Anda di halaman 1dari 47

PENDAHULUAN

Kurikulum sekolah di Malaysia bertujuan memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berteraskan penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selaras dengan itu, FPK telah dijadikan garis panduan untuk memperbaiki dan memantapkan sistem pendidikan negara. Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan, Huraian Sukatan Pelajaran disediakan bagi setiap tahun pembelajaran yang mengandungi objektif khusus pembelajaran sebagai rujukan guru untuk menentukan tahap pencapaian penguasaan murid dengan memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang berteraskan Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran ini juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Selain itu, Huraian Sukatan Pelajaran turut mengandungi organisasi kandungan yang merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Justeru, seseorang guru itu perlulah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Bahasa Melayu dengan melibatkan elemen-elemen yang terkandung di dalam Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran secara bersepadu.

ORGANISASI KANDUNGAN STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA

Standard

kurikulum

Bahasa

Malaysia

sekolah

rendah

digubal

dengan

memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Standard kandungan dan standard pembelajaran ini berpaksikan kemahiran bahasa dan sistem bahasa yang disokong oleh elemen pengisian kurikulum. Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan

standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah kebangsaan. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang

dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran serta nilai murni yang perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan Pernyataan dalam bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni.

Standard Pembelajaran Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.

Kemahiran Bahasa Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,

kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons.
2

Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga diberikan pada penggunaan tatabahasa yang betul.

Kemahiran Membaca Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek

pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Di samping itu, murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca.

Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan

penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.

Aspek Seni Bahasa Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan

mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni bahasa member penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan
3

seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi.

Pembentukan ayat yang

menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat

membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

Aspek Tatabahasa Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan

semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sistem Bahasa Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Malaysia membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa melayu baku.

Pengisian Kurikulum Elemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH


Kemahiran Bernilai Tambah mengutamakan pengalaman di biIk darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Bernilai Tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, serta pembelajaran secara konstruktivisme, dan kontekstual.

1. Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur,membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Antara kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah:

a) mencirikan b) mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan c) menghubungkaitkan d) membandingkan dan membezakan e) menyusun mengikut keutamaan f) menentukan urutan

g) mengenalpasti kenyataan benar dan palsu h) membezakan fakta (Menurut dalam bukunya, ) dan pendapat (I think, Ibelieve, I feel, In my opinion) i) j) k) l) menganalisis mengesan kecondongan pendapat mengenalpasti sebab dan akibat meramalkan
5

m) mensintesiskan n) mengitlak o) menganalogikan p) membuat inferens q) membuat kesimpulan r) menginterpretasikan, mentafsirkan s) menilai t) menjana idea u) mereka cipta v) merumuskan, meringkaskan w) menyelesaikan masalah x) membuat keputusanuntuk membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut,. Alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan) serta petaminda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

.2. Kemahiran Belajar cara Belajar

Kemahiran belajar cara belajar diajarkan supaya murid peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Kemahiran belajar yang perlu dikuasai ialah menentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan

pembelajaran seumur hidup.. Antara aspek kemahiran belajar cara belajar ialah:

2.1. Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif 2.2 Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan 2.3. Kemahiran membaca ( untuk pemahaman, membaca pantas) 2.4. Kemahiran mencatat dan menulis pantas 2.5. Kemahiran menghasilkan laporan 2.6. Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai, jadual, carta alir dan hierarki.

2.7.

Pengurusan masa dan gaya pembelajaran iaitu penetapan matlamat diri, rancangan pembelajaran, pengawalan tingkah laku belajar & senarai semak.

2.8. Persediaan menghadapi peperiksaan 2.9. Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei

2.10. Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang 2.11. Strategi belajar dalam kumpulan

3. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Kemahiran Teknologi Maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan memperolehi maklumat melalui internet. Kemahiran generik ini berasaskan empat bentuk penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ialtu:

3.1. TMK untuk pembelajaran tutorial. Pembelajaran secara tutorial menggunakankomputer dan perisian pendidikan sama ada dalam CDROM, cakera keras atau laman web, membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan dikawal oleh sistem. Pembangun perisian kini mereka bentuk perisian pendidikan bercirikan sistem tutorial pintar (intelligent tutorial system) dan berupaya menyesuaikan maklumat mengikut tahap keupayaan murid.

3.2. TMK untuk tujuan penerokaan. Penggunaan TMK secara penerokaan yang berasaskan pendekatan konstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan mengakses maklumat daripada CDROM, internet dan portel maklumat , mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan demonstrasi yang langkah atau prosesnya dikawal oleh murid sendiri.

3.3. TMK sebagai alat aplikasi. Murid berupaya menggunakan perisian untuk membuat tugasan dan menggunakan perisian aplikasi umum seperti pemproses kata, hamparan elektronik, perisian untuk mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasi lain seperti penyemak ejaan, tesaurus dan sebagainya.

3.4. TMK sebagai alat pemudah komunikasi. Kaedah ini membolehkan murid menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dengan guru atau murid lain menerusi perkembangan terkini. Komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video atau kombinasinya.

4. Kajian Masa Depan. (KMD)

Satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau (membuat ramalan), masa kini ( menjangka akibat) dan masa depan (mengendalikan perubahan). Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.

5. Kecerdasan Pelbagai

Setiap individu memiliki kebolehan dan kecerdasan yang berbeza merangkumi kecerdasan verbal- linguistik, logik-metamatik, muzik, kinestatik, visual ruang,interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Oleh itu guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka. Kecerdasan yang dikenalpasti adalah:

5.1. Kecerdasan verbal-linguistik. Kebolehan menggunakan kata-kata (sebutan) dengan berkesan secara lisan dan penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa.

5.2. Kecerdasan logik-matematik. Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan, akibat, kecekapan membuat jangkaan menggunakan logik. menguasai prinsip sebab

5.3. Kecerdasan visual-ruang. Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

5.4. Kecerdasan kinestatik. Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, termasuk kemahiran fizikal seperti koordinasi, kelenturan, kepantasan dan keseimbangan.

5..5. Kecerdasan muzik. Kebolehan mengesan irama dan lagu termasuk membezakan dan mengubah rentak dan tempo.

5.6. Kecerdasan interpersonal. Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.

5.7. Kecerdasan intrapersonal. Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi individu. Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan dan kesedihan.

5.8. Kecerdasan naturalis. Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian. Ia merangkumi kebolehan mengesan artifak sejarah dan budaya. Kreativiti guru menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran dan jenis kecerdasan murid yang dididiknya akan memberikan rangsangan untuk belajar dengan penuh minat dan lebih menguasai ilmu yang dipelajarinya. Proses ini juga memungkinkan murid mula menyedari potensi dan kecerdasan dalam diri mereka.

6. Pembelajaran Konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme dapat melahirkan pelajar yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka sendiri. Konstruktivisme menekankan pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, serta pembinaan pengalaman melalui interaksi sosial.

Pembelajaran konstruktivisme berasaskan format 5E yang berikut: 1. Engage (menghubungkait) merangsang rasa ingin tahu murid dengan memberikan tugasan , mengemukakan soalan dan mencetuskan minat.

2. Explore (meneroka) - memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan, pertanyaan, menggalakkan kerja berkumpulan dan menjalankan eksperimen.

3. Explain (menerangkan) - menerangkan konsep, istilah, menyoal balas, penerangan, meminta bukti dengan alasan dan penjelasan.

4. Elaborate (menghuraikan) - mengembangkan konsep dalam konteks lain, membuat dan meneliti hubung kaitan konsep / topik dalam perkara lain serta membuat hubung kaitan konsep / topik dengan situasi sebenar.

10

5. Evaluate (menilai) -

menguji

kefahaman murid,

menunjukkan

kefahaman atau

pengetahuan konsep, mengukur pengetahuan dan kemahiran murid dan mengemukakan soalan terbuka.

* Menerusi prinsip pembelajaran konstruktivisme , murid akan lebih faham, yakin dan seronok untuk belajar serta penyediaan asas amalan pembelajaran sepanjang hayat.

7. Pembelajaran Kontekstual

Pendekatan pembelajaran ini mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan. Antara prinsip pembelajaran kontekstual ialah:

7.1. kandungan pelajaran disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai. 7.2. berpusatkan murid 7.3. menekankan pembelajaran secara konkrit 7.4. berasaskan kecekapan dengan melibatkan latih amal (hands-on) dan berfikir 7.5. menekankan interaksi 7.6. pembelajaran koperatif 7.7. akses kepada maklumat

* Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dengan kehidupan mereka.

11

Kemahiran Bernilai Tambah yang Dipilih:

KONSTRUKTIVISME

i.

Pengenalan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat

memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat. Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan. Satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan telah mula menarik perhatian para pendidik seluruh dunia. Pandangan baru ini menganggap murid bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pandangan ini dikenali sebagai Konstruktivisme yang mampu menyediakan warganegara yang berupaya menghadapi sebarang

kemungkinan pada masa hadapan.

12

ii.

Pengertian Konstruktivisme

Konstruktivisime

merupakan

proses

pembelajaran

yang

menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing.

Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

13

iii.

Prinsip-prinsip Konstruktivisme
Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan p&p yang berdasarkan premis

bahawa kognisi (pembelajaran) diakibatkan oleh "pembinaan mental". Dengan katakata lain, pelajar mempelajari dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahli konstruktivis menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sesuatu idea diajar serta kepercayaan dan sikap pelajar. Caine dan Caine (1991) menyenaraikan 12 prinsip pembelajaran ala konstruktivisme: 1. Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran. 2. Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada intelek sahaja. 3. Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya. 4. Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global. 5. Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan sikap. 6. Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi masalah mempelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan. 7. Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.

14

8. Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya. 9. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh menghalang

pemahaman murid. 10. Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif. 11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar. 12. Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat menyatakan kecenderungan masing-masing.

iv.

Ciri-ciri P&P Konstruktivisme

Elizabeth Murphy (197) merumus dan mencantumkan ciri-ciri p&p konstruktivisme berasaskan pendapat Jonassen (1991 & 1994), Wilson & Cole (1991), Paul Ernest (1995), Honebein (1996), dan Vygotsky (1978) untuk menghasilkan senarai berikut:

Pelbagai perspektif dan representasi konsep dan isi kandungan didedah dan digalakkan. Matlamat dan objektif diperoleh oleh pelajar atau dalam perundingan dengan guru atau system. Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih, tutor dan pemudahcara. Aktiviti, kesempatan, alat dan persekitaran dibekalkan untuk menggalakkan metakognisi, analisis-, kawalan-, refleksi- dan penyedaran kendiri.
15

Pelajar memainkan peranan utama dalam mengantara dan mengawalkan pembelajaran. Situasi pembelajaran, persekitaran, kemahiran, isi kandungan dan tugasan adalah relevan, realistik, autentik dan mewakilkan kompleksiti semula jadi dunia sebenar Sumber-sumber data primer digunakan untuk memastikan ketulenan dan kompleksiti dunia sebenar. Pembinaan pengetahuan dan bukan reproduksi fakta diutamakan Proses pengetahuan ini berlaku dalam konteks individu dan melalui rundingan, kolaborasi dan pengalaman sosial. Sikap, kepercayaan dan pembinaan pengetahuan yang lalu diambilkira dalam proses pembinaan pengetahuan semasa Penyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi dan pemahaman mendalam ditegaskan. Kesilapan pelajar merupakan peluang untuk memahami pembinaan pengetahuannya yang lalu. Penerokaan adalah pendekatan pilihan untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan secara berdikari dan mengurus pencapaian matlamatnya. Pelajar diberi peluang untuk pembelajaran bersifat latihan perintisan; di mana tugasan, kemahiran dan pengetahuan bertambah kompleks. Kompleksiti pengetahuan dicerminkan dalam saling hubungan konsep dan pembelajaran antara disiplin. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif diketengahkan agar pelajar didedahkan kepada pandangan alternatif. Tetangga (scaffolding) digunakan untuk membantu pelajar mencapai di seberang (beyond) had kebolehannya. Penilaian adalah autentik dan dianyamkan dengan pengajaran.

16

v.

Model Konstruktivisme 5-Fasa

Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning in Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka.

Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna.

Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu.

Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.

17

Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:Bil I Pencetusan Idea Penstrukturan semula idea Fasa Orientasi Tujuan/Kegunaan Menimbulkan minat dan menyediakan suasana Kaedah Amali penyelesaikan masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar Amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konset dan laporan

II

Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik. Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.

III

i. Penjelasan Mengenalpasti idea-idea dan pertukaran alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri ii. Pendedahan Menguji kesahan idea-idea kepada situasi sedia ada konflik Pengubahsuaian, iii. Pembinaan pemgembangan atau penukaran idea baru idea iv. Penilaian Penggunaan idea Renungan kembali Menguji kesahan untuk ideaidea baru yang dibina Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa

Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporan

Perbincangan, pembacaan, input guru. Amali, kerja projek, eksperimen, tunjukcara guru Penulisan sendiri kerja projek

IV

Menyedari tentang perubahan Penulisan kendiri, idea murid. Murid dapat perbincangan kumpulan, membuat refleksi sejauh catatan peribadi dan lain-lain. manakah idea asal mereka telah berubah.

18

vi.

Mempraktikkan Pendekatan Konstruktivisme Dalam P & P

Seseorang guru telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme sekiranya:

Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka. Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah Pelajaran berpusatkan murid Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on' Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid mencari jawapan Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid Murid bekerja dalam kumpulan

19

vii.

Pembelajaran Secara Konstruktivisme

A) KONSEP

Idea asal konstruktivisme berasal daripada teori Perkembangan Kognitif Piaget dan teori Zon Perkembangan Prokimal (ZPD) Vygotsky (1896-1934). Oleh yang demikian, konstruktivisme boleh didefinisikan sebagai pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Ini bermakna murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,

mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Terdapat beberapa andaian yang dibuat oleh Von Glaserfeld. Pertama adalah, ilmu pengetahuan dibentuk oleh individu yang mengambil inisiatif sendiri. Kedua, tujuan membentuk ilmu adalah mengubahsuai diri dalam alam sekitarnya. Terakhir adalah, proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu. (Mok Song Sang, 2008)

20

B) CIRI CIRI KAEDAH PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME Kaedah pengajaran konstruktivisme mempunyai beberapa ciri: Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. Murid bebas membandingkan maklumat baru dengan pengalaman sedia ada demi mencapai kefahaman tentang sesuatu konsep. Murid juga berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. Ini bermakna, murid menggunakan pemikiran yang sama berdasarkan membandingkan

maklumat baru dengan pengalaman sendiri untuk menyelesaikan sesuatu perselisihan pandangan.

Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan sebaya. Pengalaman yang sama atau hampir sama membuatkan murid menghargai sebarang pendapat rakan-rakan lain. Justeru, untuk mencapai keberkesanan

pembelajaran, murid merancang strategi, berfikir dan akhirnya menilai aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan.

Berpusatkan murid. Guru cuma berperanan sebagai pembimbing supaya murid dapat mencari makna, terutamanya dalam merancang, mengarah dan menilai pemikirannya. Selain itu juga, kaedah pengajaran ini bersifat handson dan minds-on.

Mementingkan aplikasi kemahiran saintifik dan berfikir. Murid diajar mengenai perkembangan operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran diselesaikan berdasarkan pengalaman sendiri dan dibimbing melalui maklumat yang baru disampaikan oleh guru. Selain daripada itu, ia akan mewujudkan kerjasama dan perasaan muhibbah.

21

C) KELEBIHAN KAEDAH PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME Antara kelebihan-kelebihan kaedah pengajaran konstruktivisme ialah: guru merupakan penolong, pemudahcara & perancang. Guru hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar adalah peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Libatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas.

terapkan nilai koperatif & kolaboratif dalam diri murid. Murid diminta bekerjasama dalam kumpulan memberikan hipotesis mereka sendiri (boleh menentukan miskonsepsi). Kaedah ini boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

tidak menggunakan kaedah atau teknik tradisi seperti, syarahan, menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina dalam minda, bukannya yang wujud dalam luar minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai, membuatkan murid mudah faham dan berasa seronok.

penguasaan teknik lisan dan bukan lisan. Guru hanya membentangkan teori dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Manakala aktiviti dalam kelas memperkukuhkan lagi pemahaman murid. Ini bermakna, guru dan murid ada menggunakan kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta penguasaan teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.

22

D) KELEMAHAN KAEDAH PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME

Selain daripada kelebihan, kaedah pengajaran konstruktivisme turut mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan ialah seperti berikut:

menjadi penghalang kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru.

ketidaksediaan murid untuk merancang strategi, berfikir dan menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri. Tidak semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan diajar oleh guru.

Masalah

ini,

kadang-kala

menyebabkan

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru sedar bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik oleh murid. Perkara inilah yang kadang-kadang tidak difahami oleh murid. Tambahan pula, murid terpaksa mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sebelum mereka memahaminya. (Mok Song Sang, 2006)

23

E) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Kaedah pengajaran konstruktivisme adalah cara terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid lebih mudah memahami subjek pengajaran kerana mempunyai pengalaman sendiri. Manakala yang bagi tiada pengalaman pula, mereka boleh berkongsi bersama rakan-rakan sebaya dan menghubungkaitkan dengan pengalaman yang hampir serupa. Cadangan penambahbaikan yang difikirkan perlu dalam kaedah pengajaran konstruktivisme ini ialah dengan cara:

meningkatkan lagi peranan guru apabila aktiviti dalam kelas diadakan. Teknik pembahagian kumpulan murid-murid dalam kelas mestilah berpandukan kepada guru, supaya kumpulan menjadi teratur dan aktiviti dapat dijalankan dengan cepat.

guru-guru mesti memberi pengukuhan dan peneguhan kepada murid- murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di adakan. Penjelasan yang ringkas dan tepat berserta pujian akan menambahkan minat untuk belajar di kalangan murid-murid.

Secara keseluruhannya, kaedah pengajaran konstruktivisme ini amat sesuai dijalankan di dalam kelas. Proses penambahbaikan sepatutnya diperbaiki dari semasa ke semasa.

24

F) KESIMPULAN

Teori konstruktivisme amat menekankan kepada ilmu yang dibina oleh murid yang bermula daripada persekitaran. Pengetahuan sedia ada murid akan memberi kesan, sama ada positif atau negatif.

Model- model dalam teori konstruktivisme merangkumi proses keseronokan, proses pengajaran dan pembelajaran dengan aktiviti serta alat bantu mengajar yang pelbagai (excite), penerokaan cara mendekati konsep (explore), penerangan tentang konsep yang ingin diajar (explain), penyambungan atau tokok tambah (extend), menukar kefahaman sedia ada dengan idea yang baru dipelajari (exchange) dan penilaian sama ada konsep yang difahami oleh murid adalah konsep yang ingin diajar (examine).

Kesimpulannya di sini, pembinaan struktur ilmu tidak berlaku secara tidak sengaja. Ia mesti mempunyai perancangan dan penyediaan aktiviti yang sesuai dan yang berpatutan.

25

HASIL PEMBELAJARAN DAN HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang

kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan pembelajaran di bilik darjah. Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempatempat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid. dalam konteks pengajaran dan

HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Enam dipersembahkan dalam tiga lajur. Lajur pertama ialah Hasil Pembelajaran. Lajur kedua Huraian Hasil Pembelajaran, dan lajur ketiga ialah Cadangan Aktiviti / Nota.

a. Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran dalam lajur pertama mengandungi pernyataan hasil pembelajaran yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu memberikan tumpuan pada murid untuk menguasai hasil pembelajaran.
26

Hasil pembelajaran tahun enam adalah seperti yang berikut: Kemahiran Bahasa Hasil Pembelajaran 1.0 Mendengar & Bertutur 2.0 3.0 4.0 5.0 Membaca 6.0 7.0 8.0 Menulis 9.0 10.0 11.0 1.1, 1.2, 1.3, 1.4, 1.5, 1.6 2.1, 2.2 3.1, 3.2, 3.3 4.1, 4.2, 4.3, 4.4 5.1, 5.2, 6.1, 6.2, 6.3, 6.4, 6.5, 6.6 7.0 7.1, 7.2, 7.3 8.0 8.1, 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.6 9.0 9.1, 9.2, 9.3 10.0 10.1, 10.2, 10.3 11.1, 11.2, 11.3, 11.4 Kemahiran Berbahasa

Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur merangkumi kemahiran berbual, bercerita, menyampaikan maklumat dan berbincang. Kemahiran membaca pula memberikan penekanan pada kemahiran membaca kuat, membaca dan memahami maklumat, serta membaca, menaakul, dan menghayati teks yang dibaca. Bagi kemahiran menulis, tumpuan diberikan pada kemahiran menggunakan pelbagai jenis ayat, dalam menghasilkan penulisan . Penekanan juga diberikan pada kemahiran mencatat dan menyusun maklumat serta menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif. Perincian bagi setiap kemahiran tersebut adalah seperti berikut:

27

I. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan. Hasil Pembelajaran bagi Kemahiran

Mendengar dan Bertutur ialah berbual, bercerita, menyampaikan maklumat, dan berbincang.

1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal. 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian

menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai. 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara. 1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan. 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat. 1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

28

2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca , atau dialami. 2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. 2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat.

3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. 3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan. 3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang.

4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila 4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat , dan tersusun. 4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain. 4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang terancang. 4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat.

29

II. Kemahiran Membaca Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keberkesanan membaca. Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat , menaakul , dan menghayati teks.

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks 6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet. 6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan. 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. 6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh. 6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus. 6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi dalam bahan ilmu.

30

7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang dibaca 7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat. 7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera. 7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.

III. Kemahiran Menulis Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan. Hasil pembelajaran bagi Kemahiran Menulis ialah keupayaan

menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan membuat ulasan.

8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. 8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas. 8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara. 8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuah karangan.
31

8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.

9.0 Mencatat dan menyusun maklumat 9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan. 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca. 9.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara kohesif.

10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif 10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna. 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. 10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca 11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya. 11.2 Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran. 11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa. 11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain.

32

b. Huraian Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran dalam lajur kedua menyatakan secara jelas aras kemahiran yang perlu dicapai oleh murid mengikut tahap keupayaan dan kemajuan mereka sama ada pada Aras 1, Aras 2, atau Aras 3. Aras 1 ialah aras paling asas yang harus dicapai oleh semua murid. Kandungan kurikulum bagi aras ini adalah yang paling minimum yang harus dikuasai oleh semua murid. Aras 2 ialah aras bagi murid yang berpencapaian sederhana manakala Aras 3 ialah aras paling tinggi bagi murid yang berpencapaian cemerlang. Pemeringkatan berdasarkan aras ini sejajar dengan pembelajaran tanpa

konstruktivisme dan membolehkan

murid yang cemerlang terus maju

mengabaikan murid yang berpencapaian rendah. Apabila murid berupaya mencapai Aras 1, maka mereka boleh meneruskan pembelajaran ke Aras 2 dan seterusnya ke Aras 3. Sekiranya seseorang murid masih tidak berupaya mencapai Aras 1, maka guru hendaklah melatih dan membimbing murid tersebut sehingga mereka menguasai aras tersebut sepenuhnya. Dalam hal ini, penilaian terhadap pencapaian murid bagi setiap aras perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti sama ada murid perlu dibimbing lagi atau boleh beralih ke pelajaran seterusnya.

c. Cadangan Aktiviti / Nota Cadangan Aktiviti / Nota dalam lajur ketiga mengandungi cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu belajar di bilik darjah. Cadangan tersebut disesuaikan dengan Huraian Hasil Pembelajaran serta mengambil kira elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum. Contohnya kemahiran meramal dan membuat pilihan. menggunakan kajian masa depan atau mengaplikasikan jenis kecerdasan pelbagai yang unik bagi seseorang murid. Semua cadangan ini hanyalah sebagai panduan untuk guru. Guru boleh mengubah suai atau memilih teknik atau aktiviti lain yang sesuai dengan kebolehan murid.

33

PEMILIHAN HASIL PEMBELAJARAN DAN HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang hendak dilakukan perlulah berkaitan dengan hasil pembelajaran dan huraian hasil pembelajaran berdasarkan Pembelajaran Konstruktivisme. Berikut ialah antara hasil pembelajaran dan huraian hasil pembelajaran yang telah dipilih:

Fokus utama - 1.1 Aras 1 ( i )

1.0

Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal.

1.1

Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.

Aras 1 i. Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca.

Fokus sampingan - 8.1 Aras 1 ( i )

8.0

Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan.

8.1

Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.

Aras 1 i. Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.

34

PRINSIP PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Kemahiran bernilai tambah perlu diintegrasikan dengan kandungan isi pelajaran sesuatu subjek. Oleh itu guru harus terlebih dahulu mengenalpasti kandungan mata pelajaran untuk disisipkan dan mengajarkan kemahiran bernilai tambah tertentu. Dari segi kurikulum, kemahiran bernilai tambah ialah unsur dalam pengisian kurikulum.

Sebagaimana unsur-unsur lain (nilai murni, ilmu, patriotisme dan kewarganegaraan, dan peraturan sosiobudaya) kemahiran bernilai tambah diintegrasikan secara

penyerapan. Kurikulum Bahasa Melayu semakan baru mengekalkan prinsip asas pengajaran iaitu penggabungjalinan dan penyerapan. Walaupun penggabungjalinan hasil pembelajaran dengan kemahiran bahasa , tatabahasa dan kosa kata menjadi prinsip asas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, prinsip penyerapan perlu diberikan bagi merangsang dan menggalakkan murid menguasai kemahiran yang dipelajari.

Sehubungan itu, penyerapan kemahiran bernilai tambah mengambil kira: 1. Kesesuaian kemahiran bernilai tambah dengan objektif dan hasil pembelajaran. 2. Bahan dan teknik untuk mengajarkan kemahiran bernilai tambah.. 3. Penyusunan langkah untuk mencapai hasil pembelajaran. 4. Peruntukan masa bagi langkah untuk menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah. 5. Aspek penilaian formatif hasil pembelajaran dan kemahiran bernilai tambah.

35

36

37

38

39

40

RUMUSAN

Pembelajaran secara konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran tentang bagaimana manusia belajar. Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi yang baharu. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat tersebut dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk pengetahuan yang baharu dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

Dalam Pembelajaran Konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru. Ini kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa serta memperoleh kefahaman tentang perkara tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Sesungguhnya pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.

Berdasarkan pernyataan tersebut, maka bolehlah dirumuskan bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada utuk membina pengetahuan baharu.

41

REFLEKSI

Alhamdulillahakhirnya tugasan kerja kursus Bahasa Melayu 3101 yang diamanahkan telah berjaya disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Saya berasa sangat gembira dan berpuas hati kerana melalui tugasan ini, banyak pengalaman dan pengetahuan telah saya perolehi.

Pada mulanya, setelah menerima soalan kerja kursus ini saya berasa sangat bimbang dan tertanya-tanya tentang tugasan yang perlu dibuat. Tambahan pula, program pensiswazahan guru yang diikuti ini ialah program jarak jauh yang memerlukan usaha dan pengorbanan yang bukan sedikit lantaran tugas yang sedang dipikul di sekolah. Jadual interaksi yang diterima juga menunjukkan betapa kekangan masa memerlukan kami memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap modul yang dipelajari.

Oleh yang demikian, pelaksanaan tugasan ini memerlukan saya bertindak bijak untuk mengatasi sebarang masalah yang timbul agar dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan lancar. Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan, saya telah berusaha mendapatkan maklumat dan bahan yang berkaitan melalui buku, majalah dan melayari internet. Selain itu, maklumat daripada rakan-rakan yang lain turut membantu saya lebih memahami perkara yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Saya bersyukur kerana keluarga dan rakan-rakan sentiasa memberi sokongan dan bekerjasama apabila saya memerlukan bantuan. Pengorbanan dan kerjasama mereka telah menguatkan semangat saya untuk membuat tugasan tersebut dengan lebih baik lagi.

42

Setelah

mengumpulkan

maklumat

yang

berkaitan

dengan

tajuk

serta

mentafsirkannya mengikut apa yang telah difahami, barulah saya sedar bahawa cara pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah perlulah ada pendekatan yang jelas,

sesuai serta berkaitan dengan sesuatu kemahiran yang ingin disampaikan.

Tidak dinafikan bahawa selama ini cara pengajaran guru lebih banyak berpandukan huraian sukatan pelajaran tanpa menitikberatkan kaedah atau

pendekatan yang berkaitan dengan tajuk yang diajar. Cara pengajaran sesuatu kemahiran itu juga hanya bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman guru semata-mata. Oleh demikian, wajarlah guru-guru mengaplikasikan ilmu pengetahuan tentang kemahiran bernilai tambah ini supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan serta objektif dapat dicapai sepenuhnya.

Melalui pengetahuan dan pemahaman tentang tugasan tersebut, saya telah mengaplikasikan kemahiran bernilai tambah yang berkaitan dalam pengajaran makro di bilik darjah. Bantuan dan kerjasama daripada rakan-rakan guru dan juga anak-anak didik di sekolah telah banyak membantu saya melaksanakan tugas yang berkaitan dengan lancar. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sangat berharga dan memberi kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Saya berharap segala hasil usaha saya ini mendapat kejayaan serta diterima oleh pensyarah pembimbing iaitu Encik Mukhtar Bin Hj.Darwish. Saya mengakui bahawa masih terdapat banyak kekurangan dalam hasil tugasan ini. Namun saya terima dan sanggup belajar daripada setiap kelemahan itu kerana tiada kejayaan tanpa kegagalan. Segala teguran akan dijadikan sebagai ingatan dan panduan bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. InsyaAllah

43

BIBLIOGRAFI
BUKU: 1. Tuan Jah Tuan Yusof (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

2. Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.), Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS (06 Ogos 1999)

3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum.

4. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSR Tahun 6. Pusat Perkembangan Kurikulum.

LAMAN WEB:
1. http://www.teachersrock.net 2. http://www.scribd.com/doc/35694245/Kemahiran-Bernilai-Tambah 3. http://www.scribd.com/doc/39711849/Kepentingan-Kecerdasan-Visual-Ruang 4. http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/perubahan-

iklim/393-mengapakah-pentingnya-kitar-semula
5. http://images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=A0oGdWH450hOn0kA3TtX

NyoA?ei=UTF-8&p=kitar%20semula&fp_ip=my&fr2=tab-web&fr=yfp-t-892
6. http://www.scribd.com/doc/13626069/Kata-Pinjaman-Dalam-Bahasa-Melayu

44

SENARAI LAMPIRAN

1. Soalan / JPT Tugasan Kerja Kursus Projek.

2. Jadual penentuan tugasan kerja kursus.

3. Jadual grafik.

4. Lembaran kerja.

5. Hasil kerja murid

6. Gambar aktiviti p&p

45

46

Disunting oleh: Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.), Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS. 06 Ogos 1999 http://www.teachersrock.net

47

Anda mungkin juga menyukai