Anda di halaman 1dari 31

KONSEP ASAS FALSAFAH

Konsep Falsafah

Yunani: Philosophia : Cinta kepada pengetahuan atau hikmah. Russell(1946) : Sesuatu antara teologi (ilmu ketuhanan dan agama) dan sains. Schofield (1972) : Proses menyoal.

FALSAFAH

Pemikiran atau pandangan yg benar, rasional dan bernas. Pemikiran terhasil drp. usaha kajian ahli falsafah dgn cara yg saintifik, sistematik dan logikal.

Tujuan

Mencari serta membuktikan kebenaran Memberi arah tuju atau pedoman (guide) utk perkara2 penting dalam kehidupan.

Kesimpulan
Falsafah adalah satu kajian mengenai alam semulajadi serta kehidupan manusia. Ia meliputi kepercayaan atau sikap terhadap kehidupan yang membimbing tingkah laku individu.

Falsafah Pendidikan

Boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara2 berkaitan pendidikan.

Cabang Falsafah
Ontologi/ Metafizik
Epistemologi

Aksiologi

METAFIZIK
Memberi perhatian utama kepada realiti atau kewujudan yang mutakhir. Ia mempersoalkan perkara-perkara seperti alam, jiwa/roh dan kehidupan. Cth: Apakah dia hidup? Apakah kebebasan manusia? Konsep2 yg keadaannya tidak boleh diukur spt. Realiti, perubahan, jiwa dsb.

EPISTEMOLOGI
Cabang falsafah mengenai teori pengetahuan dan perihal mengetahui. Ia mempersoalkan tentang: 1. Apakah sumber-sumber pengetahuan tersebut boleh dipercayai. 2. Apakah yang dapat diketahui oleh seseorang.

Berminat kpd konsep-konsep Cth: ahli psikologi mkaji bgm manusia berfikir dan merasai ahli epistemologi maksud konsep psikologi spt perasaan, pengamatan, pembelajaran, pengukuhan. ..Kneller jenis2 pengetahuan:
Pengetahuan Pengetahuan Pengetahuan Pengetahuan Pengetahuan wahyu (dari Tuhan) intuitif (celik akal) rasional (melalui berfikir/taakulan) empirikal (pengalaman/guna deria) autoritatif (ilmu pakar)

AKSIOLOGI

Persoalan baik/buruk, benar/salah, cantik/hodoh. 2 cabang :


etika ; kualiti moral dan t/laku manusia Estetika ; kriteria bagi kecantikan dlm kesenian, pengalaman perseorangan, alam, kehidupan.

Mempersoalkan: 1. Sama ada nilai itu objektif atau subjektif, personal atau tidak personal.

Idealisme 1. Idea 2. Kerohanian

Realisme 1. Tabii 2. Materialistik

Pragmatisme 1. Pengalaman 2. Penyelesaian masalah

Eksistensialisme 1. Individualisme 2. Pengalaman

PARENIALISME

ESENSIALISME

TRADISIONAL

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

MODEN PROGRESIVISME
REKONSTRUKSIONALISME

ESENSIALISME

Dibentuk oleh William C. Bagley, 1938. Tokoh: Thomas Briggs, Frederick Breed, Issac L. Kandel. Mengkaji semula perkara-perkara yang perlu dimasukkan dalam kurikulum sekolah, membezakan program sekolah yang penting dan tidak penting & membentuk semula autoriti guru dalam bilik darjah (Kneller, 1971).

Menekankan kebaikan mengekalkan tradisi dan tamadun masyarakat serta menggalakkan perkembangan intelektual pelajar. Mereka menuntut agar nilai masyarakat diajar dalam kurikulum. Berpegang kepada 3M (membaca, menulis, mengira)

PERENIALISME

Tabii manusia adalah tetap. Oleh itu, prinsip-prinsip pendidikan adalah tetap dan selalu berulang-ulang. Menegaskan tentang ciri-ciri intelek yang terdapat pada diri manusia. Manusia adalah makhluk yang rasional dan sekolah merupakan agensi masy. yang bertujuan membentuk manusia menjadi rasional.

Mencadangkan kaedah pengajaran seperti ingatan, pembacaan, penulisan, latih tubi dan ulang kaji. Berpendapat pendidikan mesti diberi kepada pelajar yang pandai sahaja. Pelajar yang kurang pandai diberi latihan vokasional.

PROGRESIVISME

Tokoh: John Dewey. Progresivisme menentang autoritarian dan menyokong pengalaman manusia sebagai asas untuk mendapatkan pengetahuan. Sekolah sepatutnya tidak mengajar sebarang prinsip yang tetap kepada pelajar tetapi berperanan menyediakan pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah.

Guru perlu berperanan sebagai pembimbing atau penasihat membantu pelajar mengenali masalah yang dihadapi dlm persekitaran yang berubah. Ahli progresivisme memberi tumpuan kepada proses pembelajaran. Mereka beranggapan sekolah berperanan menggalakkan kerjasama dan bukan persaingan. Sekolah juga perlu menggalakkan demokrasi.

REKONSTRUKSIONALISME

Ada beberapa persamaan dengan progresivisme. Nilai adalah hasil ciptaan manusia dan relatif mengikut kepercayaan, masa dan tempat. Lebih memberi perhatian kepada matlamat selain daripada cara. Ahli rekonstruksionalisme bergantung kepada kaedah saintifik untuk mendapatkan kebenaran.

Rekonstruksionalisme berpegang kepada falsafah pragmatisme dan prinsip-prinsip progresivisme. Pembentukan semula masyarakat yang eksplisit sebagai matlamat utama pendidikan. Menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada penemuan-penemuan hasil kajian sains tingkah laku. Aktiviti pembelajaran menolong para pelajar mengenal pasti bentuk masy yang unggul.

EKSISTENSIALISME

Tumpuan kepada kewujudan seseorang individu. Kneeler (1971), guru mestilah berusaha mendedahkan dan memerangi semua kuasa dalam kebudayaan dan masyarakat yang cuba menghilangkan sifat perikemanusiaan manusia dengan menafikan kebebasannya.

Guru mestilah menghormati kebebasan pelajar. Individu bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang datang kepada dirinya. Peranan guru bukanlah sebagai penyebar pengetahuan atau pembimbing pelajar tetapi perlu membantu setiap pelajar berjaya dalam usaha mencari kesedaran kendiri.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


Manusia sebagai khalifah. Manusia bertanggungjawab terhadap tindakannya. DASAR-DASAR PENDIDIKAN ISLAM: (Hassan Langgulung, 1979): 1. Tauhid (keesaan kepada Tuhan) 2. Kepercayaan kepada rasul & nabi 3. Kepercayaan kepada wahyu tuhan.

4. Manusia semulajadinya tidak berdosa dan mempunyai potensi yg tidak terbatas dlm perkembangan moral dan kerohanian. 5. Setiap orang bert/jawab terhadap tindakannya sendiri. 6. Kehidupan sesudah mati. 7. Persamaan dan Persaudaraan sejagat antara semua umat Islam.

MATLAMAT PEND. ISLAM

Untuk mewujudkan perkembangan yang seimbang dalam diri individu dengan nilai-nilai keislaman. Keadaan keseimbangan ini dapat diwujudkan dgn akal fikiran.

Individu beriman, berpengetahuan, berakhlak tinggi, beramal soleh. Masyarakat harmoni, menghormati,bekerjasama

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

..BERSAMBUNG

RUJUKAN: Abdul Rahman Aroff, Zakaria Kasa. Falsafah dan konsep Pendidkan. Fajar Bakti Abdul Rahim M. Ali. Pendidikan di Malaysia dan Psikologi Pendidikan. Utusan

Anda mungkin juga menyukai