Anda di halaman 1dari 10

free web hosting | free website | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting

sb

13100

coolSteel

http://w w w .arma

basic

Search

Tanaman Hiasan (Untuk Tingkatan 2)

Tanaman hiasan memerlukan medium memasu yang kaya dengan nutrient untuk tumbuh dengan subur dan cantik. Kesuburan tanaman hiasan akan terganggu apabila nutrient di dalam pasu yang telah diambil oleh tanaman tidak digantikan semula. Seterusnya, ruang didalam pasu turut menjadi padat disebabkan pertambahan bilangan akar yang tumbuh. Keadaan ini memerlukan kerja-kerja pemasuan semula tanaman hiasan dijalankan. Hal yang demikian bagi menyediakan kembali keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan pokok dengan sihat.

Pemasuan Semula

Dijalankan untuk mengantikan medium yang kurang subur dan pasu yang tidak sesuai dengan pertumbuhan pokok. Medium dan pasu baru yang disediakan akan memberi keadaan yang baik untuk pertumbuhan pokok bagi mendapatkan nutrient, air dan pengudaraan akar.

Ciri-ciri tanaman hiasan yang memerlukan pemasuan semula

Tanaman hiasan perlu dipasukan semula apabila menunjukkan ciri-ciri yang berikut :-

i)Pertumbuhan yang kurang subur dan tidak segar dimana keadaan ini yang disebabkan oleh kandungan nutrient dalam medium berkurangan kerana telah diserap oleh pokok dalam pasu tersebut

ii)Medium dalam pasu berkeadaan padat yang bermaksud medium didalam keadaan mantap yang menyebabkab pernafasan akar terganggu dan akar sukar menembusi medium untuk menyerap nutrien.

iii)Pasu retak akibat pertumbuhan akar yang banyak dan padat. Saiz pasu tidak lagi sesuai dan perlu digunakan pasu yang lebih besar.

iv)Air siraman bertakung dipermukaan medium didalam pasu dan mengakibatkan air sukar meresap dari keadaan medium yang padat

v)Akar padat dan kelihatan keluar dari lubang dasar pasu

Tujuan Pemasuan Semula

i) ii) iii)

memudahkan tumbuhan menerima bekalan nutrient, air, kelembapan dan cahaya memudahkan pokok hiasan dialih ketempat yang hendak dihias memudahkan kerja penjagaan

Memilih Bekas Pasu yang sesuai untuk Pemasuan Semula

Pelbagai bekas boleh digunakan untuk kerja pemasuan semula tanaman hiasan seperti pasu seramik, pasu tanah liat, pasu plastik sabut kelapa, kotak kayu, bekas terbuang dan tayar terpakai. Semasa membuat pemilihan pasu untuk tujuan pemasuan semula perkara berikut hendaklah di pertimbangkan :-

i) ii)

saiz pasu yang lebih besar dari asal hendaklah digunakan bagi mengantikan pasu asal bagi menyediakan ruang untuk mengisi medium yang baru dan pertumbuhan akar pasu yang mempunyai lubang saliran di dasarnya bagi tujuan menyalirkan air siraman yang berlebihan dan mengelakkan air dari bertakung yang boleh menyebabkan kerosakan akar mudah dibersihkan kemas dan menarik dari segi bentuk dan warnanya

iii) iv)

Nota Pendek:-

Saiz pasu juga harus bersesuaian dengan saiz pokok;

Saliran lubang air hendaklah sesuai agar pengaliran air siraman yang berlebihan dapat mengalir keluar supaya akar tidak reput; Berat pasu mestilah ringan untuk memudahkan pengalihan pokok hiasan dari masa kesemasa; Lokasi yang bersesuaian untuk diletakkan pasu; Mudah untuk dibersihkan; Kelihatan menarik dan kemas Pasu tanah liat yang baru hendaklah direndamkan dalam air semalaman agar liang-liang roma pasu dipenuhi air untuk mengekalkan kelembapan pada medium; Lubang saliran air hendaklah ditutup dengan serpihan batu atau batu-batu kecil supaya medium tidak terkeluar bersama air siraman melalui lubang saliran

Menyediakan Medium Memasu

Penyediaan medium untuk pemasuan semula sama seperti menyediakan medium untuk memasu. Medium memasu yang sesuai akan memudahkan pertumbuhan akar pokok dan membekalkan nutrient yang lengkap, menyediakan ruang yang mencukupi untuk pengudaraan akar pokok dan dapat membekalkan kelembapan yang mencukupi keperluan pokok. Medium pemasuan semula disediakan dengan mencampurkan tanah loam, bahan organik dan pasir sungai mengikut nisbah 7:3:2 atau 3:2:1 berdasarkan isipadu medium

Langkah-Langkah Memasu Semula Tanaman Hiasan

Pilih pasu yang bersaiz lebih besar dari asal Bersihkan dan tutup saliran dibahagian dasar dengan serpihan pasu yang pecah

Masukkan medium memasu sehingga 1/3 memenuhi ruang pasu

Keluarkan pokok dari pasu asal Bagi memudahkan pengeluaran pokok dari pasu asal, potongkan akar-akar yang terkeluar dari lubang saliran di dasar pasu Ketukkan perlahan-lahan dinding pasu supaya medium tidak terlekat pada dinding dalam pasu

Pegang pangkal pokok dan tarik keatas perlahan sehingga medium asal bersama pokok terkeluar dari pasu atau Terbalikkan kedudukan pasu ditepi meja sambil sebelah tangan memegang pangkal pokok dan sebelah tangan mencengkam lubang didasar pasu. ketuk meja perlahan-lahan sehingga medium bersama pokok terkeluar dari pasu.

Pangkaskan dahan atau ranting yang tidak dikehendaki sebelum menanam semula ke dalam pasu yang baru

Keluarkan serpihan pasu yang digunakan untuk menutup lubang saliran pada pasu lama dan pangkaskan 1/3 bahagian medium lama untuk menyediakan ruang yang lebih banyak pada amedium baru didalam pasu

Masukkan pokok bersama medium lama yang telah dipangkas ditengah-tengah pasu baru dan ditambahkan medium pemasuan yang telah disediakan sehingga paras 2.5cm daripada permukaan pasu. Padatkan medium.

Siramkan medium dan letakkan ditempat teduh

Penjagaan

Selepas pemasuan semula , tanaman hiasan perlu dijaga supaya dapat hidup subur dan segar. Tanaman hiasan yang baru dipasu semula mesti diberi perlindungan daripada cahaya matahari daripada cahaya matahari yang terik. Aktiviti lain dalam penjagaan tanaman hiasan yang dipasu semula ialah :

a) merumput bagi tujuan membuang rumpai dan mengelakkan persaingan tanaman hiasan untuk mendapatkan nutrient, air , cahaya dan ruang serta memusnahkan tempat pembiakan perosak b) menggembur bagi memudahkan air meresap kedalam tanah untuk membaiki pengudaraan, penyerapan nutrien dan pertumbuhan akar c) membaja bagi tujuan memberi nutrient yang diperlukan supaya tumbuhan dapat membesar cepat dan subur d) mencantas bagimemotong atau membuang bahagian tumbuhan untuk mengalakkan tunas baru dan mengawal saiz tumbuhan e) mengawal perosak dan penyakit supaya tumbuhan hidup dengan subur dan menjamin pertumbuhan yang optimum f) menyiram bertujuan membekalkan air dan melarutkan nutrien serta membantu proses fotensis dan transprasi

Tanaman Hiasan Tingkatan 1

Home | Sukatan Pelajaran | Keselamatan | Kerja Paip | Reka Cipta | Lukisan | Elektrik |Tanaman Hiasan

Hantar Mesej

Sengaja Di Bina Untuk Kemahiran Hidup, SMKSegambut, Kuala Lumpur pada Feb 06, 2006 dan Di Kemaskini Terakhir pada Oleh Azizi@2006