Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU MESYUARAT MAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

KELAB SUKAN DAN REKREASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB SUKAN DAN REKREASI IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

KERTAS CADANGAN

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB SUKAN DAN REKREASI IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

1.0

TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan serta sokongan daripada pihak Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran IPG Kampus Bahasa Melayu KL bagi menubuhkan Kelab Sukan dan Rekreasi IPG Kampus Bahasa Melayu. Penubuhan kelab ini adalah antara kelab yang ditubuhkan demi melengkapkan para pelajar dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang seimbang dari segi emosi, jasmani, spiritual, intelek dan hubungan sosial.

2.0

LATAR BELAKANG Kelab Sukan dan Rekreasi ditubuhkan atas pertimbangan pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan setelah mendapat permintaan daripada para pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu sendiri. Antaranya ialah mereka ingin melaksanakan aktiviti yang berbentuk sukan lasak. Selain itu, mereka menginginkan sesuatu kelainan daripada aktiviti biasa seperti bola sepak, bola tampar, futsal, badminton dan sebagainya. Mereka juga ingin aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti berkayak, mendaki gunung, orientering dan sebagainya. Selan mendapat kemahiran, mereka juga boleh diberikan tauliah untuk sesuatu aktivit tersebut sebagai persediaan sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan. Dengan kemahiran tersebut, mereka akan menjadi aset penting dalam sesebuah sekolah tersebut selain mempunyai pakej lengkap untuk menjadi seorang guru yang serba boleh.

3.0

ASAS PERTIMBANGAN 3.1 Melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran aktiviti luar Sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan. 3.2 Memastikan seseorang pelajar itu mendapatkan sekurangkurangnya tiga pentauliahan dalam aktiviti sukan dan rekreasi ini. 3.3 Meningkatkan imej produk IPG agar mereka dikenali sebagai pakej lengkap iaitu insan yang serba boleh dalam semua perkara. 3.4 Mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan dapat mengurangkan sindrom home sick. 3.5 Aktiviti sukan dan rekreasi juga salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberikan pendedahan dengan mewujudkan iklim luar bilik darjah yang menggalakkan bakal guru secara aktif pada tahap yang kompleks di samping menguji ketahanan jasmani,emosi,rohani,intelek,dan sosial 3.6 Dapat memupuk semangat toleransi,kerjasama,dan setiakawan di samping mampu membentuk kepimpinan serta kekentalan jiwa sebagai seorang bakal guru.

4.0

CADANGAN 4.1 4.2 Carta Organisasi Kelab. (Lampiran 1) Perancangan Aktiviti Tahunan (Lampiran 2)

5.0

IMPLIKASI

Diharapkan pihak IPG Kampus Bahasa Melayu dapat meluluskan kertas cadangan ini demi menghasilkan guru yang betul-betul bersedia menhhadapi cabaran 2020. Selain itu, dengan adanya kelab ini juga diharapkan dapat mengangkat mutu sukan IPG Kampus Bahasa Melayu ini selain membina sahsiah pelajar yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan aspek kemahiran tanpa mengabaikan nilai-nilai ketimuran yang telah lama kita kekalkan ini. 6.0 SYOR Majlis dengan segala hormatnya dipohon agar memberi pertimbangan dan cadangan terhadap penubuhan Kelab Sukan dan Rekreasi ini demi kebaikan bersama.

Disediakan oleh,

....................................................... (MASYWAWI BIN MOHD NOR) Pensyarah, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Bahasa Melayu, 59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai