Anda di halaman 1dari 14

SINOPSIS

Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan

Allah.

TEMA
Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kapten Mamat dan Masnah atas ketentuan Ilahi. .Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak.Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum.Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya..

PERSOALAN
1. Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami. 2. Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum,, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya.. 3. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami . 4. Persolan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.

WATAK UTAMA
Kapten Mamat Perwatakan
Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum. Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disia-siakan.

WATAK SAMPINGAN
Masnah
Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anaknya. Masnah amat menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia. Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami menjadi tempat bergantungnya selama ini.

Latar tempat Anjung rumah Kapten Mamat. Ketika Manisah meminpin


tangan anaknya naik ke anjung Kapal. Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora

Latar masyarakat
Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan. Setelah kematian Baharum, kesatuan kerjanya akan membayar pampasan Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika berdepan dengan isteri dan anak-anak arwahBaharum

LATAR
Latar masa tengah hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia membuka bajunya

GAYA BAHASA
Penggulangan kata Contoh : yang malang, yang melinang air mata, yang menanggung rindu. Personifikasi Contoh : badannya dihembus angin. Simile Contoh : jantung saya terasa bagai ditikamtikam

NILAI
Nilai simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya. Nilai kasih sayang, Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya. Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai, Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum. 2. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri.Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati, Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya. 3. Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting, Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.

PENUTUP
Hidup tanpa penyesalan, bererti tidak melakukan sesuatu yang akan mendatangkan penyesalan. Tiada yang tahu apa yang akan terjadi esok hari. Boleh jadi penyesalan hari ini tidak boleh lagi diperbaiki, sebab kesempatan itu telah berlalu, atau tidak pernah tiba. Justeru menambah dalam penyesalan. Kerana itu sentiasa melakukan tindakan yang terbaik adalah kewajpan. Menjalani hidup sebaiknya hari ini, demi kebaikan di masa yang akan datang.

KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK JALAN GENTING KELANG, 53300 SETAPAK, KUALA LUMPUR TUGASAN POWERPOINT CERPEN PENANGGUNGAN NAMA : NURSALEHA BT AB RAHIM KURSUS : SENI KULINARI 2 NAMA PENSYARAH : PN. SHARIFAH BT HUSAIN TARIKH : 18.2.2013

ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN .. SINOPSIS .. TEMA DAN PERSOALAN .. WATAK UTAMA .. WATAK SAMPINGAN .. LATAR .. GAYA BAHASA .. NILAI .. PENGAJARAN .. PENUTUP

PENDAHULUAN
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya NURSALEHA BINTI AB RAHIM dari kelas KV2 SK2 akhirnya dapat menyiapkan folio yang telah diberikan oleh PUAN SHARIFAH BT. HUSAIN Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya PUAN SHARIFAH BT. HUSAIN yang telah banyak membantu saya memberi maklumat yang diperlukan dalam folio ini. Seterusnya saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang turut membantu saya untuk menyiapkan folio ini.Akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai