Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PERTANDINGAN POWER POINT SEMPENA MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL

Aktiviti Tarikh / Tempat Sasaran Guru Terlibat

: Pertandingan Power Point : 04/09/2012 (Kelas Tingkatan 1 dan 2) : Pelajar Tingkatan 1 dan 2 : En. Noorainuddin dan En. Amiruddin

Objektif : Mencungkil kemahiran pelajar dalam menggunakan perisian komputer. Menggalakkan pelajar menggunakan perisian komputer dalam bidang pembelajaran. Memahami pembelajaran dan pengajaran bagi topik yang dibincangkan. Ringkasan Aktiviti : Semua pelajar Tingkatan Satu dan Dua yang mengambil mata pelajaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi diminta untuk membuat cabutan bagi memilih tajuk yang akan dibentangkan dengan menggunakan perisian Power Point. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka dikehendaki bekerjasama dalam melakukan aktiviti ini. Pembentangan akan dilakukan pada waktu P&P Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. Guru telah membimbing mereka bagaimana cara untuk melakukan aktiviti ini dengan memberikan beberapa peratuhan. Ulasan : Semua pelajar yang terlibat telah menjalankan aktiviti Power Point dengan bersemangat. Walaupun terdapat pelajar yang kurang mengetahui cara penggunaan Power Point tersebut namun mereka mencuba untuk mempelajarinya dengan bantuan rakan yang lain. Secara keseluruhannya, aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pelajar. Masalah / Cabaran : Pembesar suara tidak dapat berfungsi dengan baik kerana mengalami kerosakan. Cara Mengatasi : Oleh hal yang demikian, guru menggunakan alternatif lain dengan menukarkan kepada pembesar suara yang lain.

Disediakan oleh, 1. En. Noorainuddin 2. En. Amiruddin