Anda di halaman 1dari 2

FRASA DM DAN HUKUM DM: 1. MAKSUD:a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia.

Frasa dalam bahasa Malaysia adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris. b. D bermaksud dibuat atau benda/ perkara/objek. M pula bermaksud membuat atau sifat benda itu. c. Frasa bahasa Malaysia berbentuk DM kerana benda mendahului sifatnya. 2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM :Frasa Bahasa Malaysia : ('benda' diikuti 'sifat') Contoh: -Rumah saya -Kereta baru -Bebola ikan -Lampu kereta -Buku teks -Kereta Proton -Idea baru Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Malaysia. Contoh: -Saya rumah (my house) -Baru kereta (new car) -Ikan bebola (fish ball) -Kereta lampu (car lamp) -Teks buku (text books) -Proton kereta (proton cars) -Baru idea (new idea) 3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM: i. Kesalahan kerana meletakkan sifat di hadapan manakala benda di belakang. Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris) - dia menaiki mini bas. -makan di Aisyah Restoran. -makan Maggie mee. -naik Mara Ekspress -bercicahkan cili sos. -membeli goreng pisang. -di Ah Kong kedai basikal. -berbincang lain hal. Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia) -dia menaiki bas mini.-makan di Restoran Aisyah.-makan mi Maggie.-naik Ekspress Mara.-

bercicahkan sos cili.-membeli pisang goreng.-di kedai basikal Ah Kong.-berbincang hal lain. ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan benda di hadapan dan benda yang digandakan. Contoh: Salah: (salah kerana sifat digandakan) -hal lain-lain-perkara lain-lain-peristiwa lain-lain-buku lain-lain-buku bacaan lain-lain Contoh: Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan) -lain-lain hal -lain-lain perkara -lain-lain peristiwa -lain-lain buku -lain-lain buku bacaan Contoh: Betul: (betul -hal-hal lain -perkara-perkara lain -peristiwa-peristiwa lain -buku-buku lain -buku-buku bacaan lain. kerana benda di depan dan benda digandakan)

4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah: i. Ahmad Said menjamu tetamunya dengan goreng pisang yang masih panas. ii. Kami menaiki mini bas yang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut. iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu kamil menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.