Anda di halaman 1dari 5

1.

TUJUAN Kertas kerja cadangan ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam Selangor bagi mengadakan Seminar Pemantapan Pra Praktikum sesi 2009.

2.0

LATAR BELAKANG Biro Akademik dan Pembangunan Sumber Manusia Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 adalah sebuah exco yang baru diwujudkan di dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pada tahun ini. Biro ini ditubuhkan berperanan untuk merancang dan menyelaras segala program yang melibatkan akademik dan sahsiah. Selain itu, fokus utama exco ini adalah terhadap pembangunan imej institut daripada aspek akademik dan pembangunan sumber manusia di samping membantu dalam memantapkan prestasi akademik dan modal insan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam Selangor. Justeru, pihak Biro Akademik dan Pembangunan Sumber Manusia mengambil inisiatif untuk mengadakan Seminar Pemantapan Pra Praktikum bertujuan untuk mencapai fokus utama penubuhan biro ini. Seminar ini diadakan untuk membantu guru-guru pelatih yang bakal menjalani praktikum di sekolah.

3.0

RASIONAL Biro Akademik dan Pembangunan Sumber Manusia merupakan platform untuk melahirkan guru-guru pelatih yang mampu menjalani praktikum dengan cemerlang. Hal ini kerana kebanyakan guru-guru pelatih yang dihantar ke sekolah untuk menjalani praktikum dengan cemerlang

sehingga mendapat maklum balas negatif daripada pihak sekolah terutama Guru Besar dengan menyatakan bahawa mereka tidak mahu lagi menerima guru-guru pelatih keluaran IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor. Oleh itu, Biro Akademik dan Pembangunan Sumber Manusia mengambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut dengan menganjurkan Seminar Pemantapan Pra Praktikum ini.

4.0

OBJEKTIF

Berikut adalah beberapa objektif seminar ini diadakan : 4.1 4.2 Memberi pendedahan dan panduan kepada guru-guru pelatih yang bakal menjalani praktikum tentang kemahiran dalam praktikum. Meningkatkan pencapaian guru pelatih dalam praktikum serta kefahaman dan penghayatan guru-guru pelatih terhadap etika keguruan. 4.3 Melahirkan guru-guru yang berkualiti dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam Selangor setaraf dengan guruguru yang menamatkan pengajian dari Institut Pendidikan Guru Malaysia yang lain. 4.4 Mewujudkan keterampilan dan sikap profesional guru pelatih atau pelajar itu sendiri dalam menghadiri sebarang aktiviti atau program yang berlangsung di maktab. 5.0 KUMPULAN SASARAN Semua pelajar-pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan Januari 2009 yang bakal menjalani praktikum. 6.0 TARIKH 5 Mei 2009 (Selasa)

7.0

TEMPAT Dewan Syarahan Idris Al-Marbawi

8.0

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Penaung Tn Hj Amin bin Mohd Rashid Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam Penasihat Tn Hj Sasman bin Hj Yasir Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam Pengerusi Mohd Amirrullah Maula Ismail Exco Akademik dan Pembangunan Sumber Manusia Timbalan Pengerusi Nurul Ashikin Tahir Naib Exco Akademik dan Pembangunan Sumber Manusia Setiausaha Muhd Azman bin Azahar Naib Setiausaha Nur Asilah binti Kamarudein Bendahari Mohd Zaki bin Mohamed Som

Naib Bendahari Aina Farhanah bt Ghazali Ketua Penyelaras Program Mohd Zawiruddin bin Zubir Penolong Penyelaras Program Nurul Syamimi binti Ramlee Ajk Protokol Hafizuddin bin Yahya Ajk Seranta Mohd Bukhari bin Hashim Ajk Pendaftaran Fadhlan Syahidi bin Khairullah Ajk Dokumentasi Muhd Azli bin Mustapa Ajk Tugas Khas Izatul Sahera bt Mustapa Ajk Buku Program Norfarahin bt Mohd Zamzri Ajk Jamuan Hafawati binti Zakaria

9.0

TENTATIF PROGRAM 9.15 malam - Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis 9.30 malam - Seminar Pemantapan Pra Praktikum oleh : Dr. Ibrahim bin Mohamed zin Penyampaian cenderahati untuk penceramah 11.00 malam - Bersurai

10.0

PENUTUP Adalah diharapkan, seminar yang akan dijalankan ini dapat

mempertingkatkan pencapaian guru-guru pelatih terutama guru pelatih KPLI dalam praktikum yang bakal mereka hadapi tidak lama lagi. Oleh itu, kami memohon agar kertas kerja ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan supaya seminar ini dapat dijalankan bagi mencapai objektif utamanya. Segala kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai