Anda di halaman 1dari 98

RANCANGAN PERNIAGAAN

PROJEK PENANAMAN CILI


MENGGUNAKAN KAEDAH
SISTEM FERTIGASI

Disediakan Oleh :

Mohd Fadzli Bin Nordin


Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

JADUAL KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1. Ringkasan Eksekutif 3

2. Pengenalan 4

3. Tujuan Penyediaan 5

4. Latar Belakang Perniagaan / Syarikat 6

5. Latar Belakang Pemilik 9

6. Rancangan Organisasi / Pengurusan 11

7. Rancangan Pengeluaran / Operasi 12

8. Rancangan Pemasaran 47

9. Rancangan Kewangan 83

10. Jadual Perlaksanaan Projek 94

11. Rumusan 98

2
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Syarikat ABCD Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada Disember 2005.

Syarikat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menceburi bidang

pertanian secara eksklusif dan lebih khusus dalam memajukan

teknologi pertanian.

Ini adalah selaras dengan wawasan kerajaan dan juga menyahut

cabaran Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) di mana pihak kerajaan

mengalu-alukan penglibatan sektor swasta dalam memajukan bidang

pertanian.

Tapak projek ini akan dijalankan di atas tanah seluas 5 ekar di

kawasan Pontian, Johor di mana pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. telah

menyewa secara pajak bagi tempoh 5 tahun. Sebagai permulaan,

pihak kami akan mengusahakan tanaman cili merah sebanyak 5,000

pokok dalam 10 buah struktur Rumah Pelindung Tanaman yang

dilengkapi dengan sistem fertigasi.

Dari segi kewangan, pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. memerlukan

pinjaman Tabung 3F dari Bank Pertanian sebanyak RM 275,000 untuk

membiayai sebahagian dari kos permulaan projek ini. Dalam

perancangan yang teliti dan prospek yang berdaya maju, kami

berharap pihak Bank Pertanian dapat meluluskan permohonan kami

bagi merealisasikan projek ini.

3
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

2.0 PENGENALAN

Industri pengeluaran tanaman berasaskan komoditi telah mengalami /

melalui pelbagai perubahan daripada sistem penanaman secara

konvensional kepada pengeluaran yang memerlukan teknologi tinggi

untuk meningkatkan pengeluaran makanan yang semakin kompetitif.

Bagi memesatkan pengeluaran hasil pertanian secara komersialisasi,

pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun perlu dibangunkan

untuk diguna pakai oleh pengusaha bagi peningkatan hasil

pengeluaran dan pendapatan.

Sistem fertigasi pengeluaran tanpa tanah merupakan tenologi terkini

yang semakin meluas penggunaannya dikalangan pengusaha bidang

pertanian, di mana ia menggabungkan pembajaan dan pengairan

dalam satu sistem di bawah struktur pelindung tanaman bagi menjamin

pengeluaran hasil tinggi serta berkualiti dan merupakan alternatif

kepada sistem penanaman konvensional.

4
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

3.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan adalah khusus untuk

memohon pembiayaan dari pihak Bank Pertanian bagi membiayai

sebahagian kos permulaan projek yang akan dijalankan oleh pihak

syarikat ABCD Sdn. Bhd. ini.

Pinjaman sebanyak RM 275,000 diperlukan dari Tabung Untuk

Makanan (3F) bagi menampung kos permulaan projek ini.

Kertas kerja ini juga disediakan untuk memberi gambaran projek

fertigasi dan analisis sebagai sokongan daya maju projek ini.

5
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN / SYARIKAT

4.1 Maklumat Syarikat

Nama Syarikat : ABCD Sdn. Bhd.

No. Pendaftaran : 0123456789

Alamat Perniagaan : 12-B, Tingkat 5, Wisma XXX,


Jalan Sinar Maju 2/21,
51000 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-98765432

No. Faks : 03-45678900

Bidang Perniagaan : Pertanian dan industri asas tani.

Jenis Perniagaan : Sendirian Berhad

Modal Dibenar : RM 1,000,000

Modal Berbayar : RM 1,000,000

Taraf Syarikat : 100% Bumiputera

Lembaga Pengarah : 1) Ali bin Abu

2) Ahmad bin Abu

3) XXXX

4) YYYY

Setiausaha Syarikat : DEFGH Management Sdn. Bhd.

Alamat Setiausaha :

Juru Audit Syarikat : IJKLM Public Accountant

Alamat Juru Audit :

6
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

4.2 Objektif, Visi Dan Misi

Objektif

 Pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan

amalan pertanian yang baik dan sistematik.

 Menggunapakai teknologi terkini untuk menghasilkan produk yang

berkualiti tinggi dan penjimatan tenaga buruh.

Visi

Visi kami adalah untuk menggunakan pendekatan teknologi terkini di

dalam sektor pertanian dan seterusnya mampu membimbing petani

lain.

Misi

Misi kami adalah untuk memberi pulangan yang besar kepada

pemegang syer syarikat, pelabur dan pelanggan kami dengan

menghasilkan produk yang berkualiti dan sistematik.

4.3 Strategi Perniagaan

Syarikat ABCD Sdn. Bhd. akan mengadakan persekitaran yang lebih

kompetitif dengan strategi berikut :

 Agro-Teknologi : Menggunapakai teknologi terkini dalam sektor

pertanian bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan dijamin

peningkatan pengeluarannya.

 Fokus Pelanggan : Mengambilkira keperluan pasaran semasa

dan kehendak pelanggan.

7
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

 K-Ekonomi : Penumpukan kepada ilmu pengetahuan melalui

internet dan R&D.

4.4 Maklumat Asas Projek

Nama Projek : Penanaman Cili Merah Secara Kaedah

Sistem Fertigasi

Lokasi : Pontian, Johor

Keluasan Tanah : 5 Ekar

Kapasiti Tanaman : 5,000 Pokok

Struktur : 10 buah Rumah Pelindung Tanaman

Sistem Pengairan : Pengairan Titis Automatik

Nama Pengusaha : Syarikat ABCD Sdn. Bhd.

Anggaran Kos : RM 275,000

Permulaaan

Anggaran Hasil : 75,000 kg setahun

Pengeluaran

Anggaran Kasar : RM 300,000 setahun

Pendapatan

Tempoh Pulang : 2 Tahun

Balik Modal

8
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

5.1 Ahli Lembaga Pengarah

1) Ali Bin Abu

Gambar

Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan,

pengursan kewangan dan sumber manusia. Mendapat

pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi .

2) Ahmad Bin Abu

Gambar

Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan,

pengursan kewangan dan sumber manusia. Mendapat

pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi

9
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

3) YYYYYY

Gambar

Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan,

pengursan kewangan dan sumber manusia. Mendapat

pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi

4) XXXXX

Gambar

Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan,

pengurusan kewangan dan sumber manusia. Mendapat

pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi

10
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

6.0 RANCANGAN PENGURUSAN

Bahagian ini menerangkan struktur organisasi dalam syarikat ABCD

Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab terhadap perjalanan syarikat secara

keseluruhannya. Manakala bagi pengurusan projek , pihak syarikat

akan menggaji kakitangan dan buruh secara kontrak bagi tempoh

selama projek itu berjalan.

Bagi pengurusan syarikat, diketuai oleh seorang Pengarah Urusan, 3

orang Kerani, 3 orang Pengurus Bahagian dan Pengurus Projek bagi

setiap projek yang dilaksanakan.

Bagi pengurusan projek, diketuai oleh seorang seorang Penyelia

Projek dan 4 orang Buruh Am bagi melaksanakan projek yang telah

dirancangkan.

6.1 Carta Organisasi

Pengarah Urusan Lembaga Pengarah

Pentadbiran & Jualan & Teknikal &


Kewangan Pemasaran Operasi

Projek Tanaman Lain-Lain Projek


Fertigasi Pertanian

11
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.0 RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI

7.1 Sistem Fertigasi

Fertigasi adalah berasal dari cantuman dua perkataan ”fertilization”

dan ”irrigation”. Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman

berjalan serentak. Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran

tanaman tanpa menggunakan tanah (soiless culture production

system). Umumnya hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja

seperti tomato, cili merah, timun, zukini, terung, melon dan strawberi

sahaja yang sesuai menggunakan kaedah ini.

Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada

dijangkiti penyakit akar seperti penyakit Phytium, Fusarium,

Rhizoctonia dan Penyakit Layu Bakteria yang kebanyakannya dibawah

oleh tanah. Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang

pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih

dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan (SPH).

Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang

terdapat di Malaysia. Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada

bahan yang lut sinar yakni telus cahaya. SPH diperlukan untuk

mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah dijangkiti oleh

sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang

disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang paling dianggap

berbahaya ialah penyakit Hawar Pucuk dan Antraknos.

12
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga

bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada

pokok menjadi terlalu cair (terkena air hujan) dan membuatkan

pemberian baja tidak berkesan.

Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ’coconut coir

dust’ atau yang dikenali sebagai ’coco peat’. Dalam bahasa mudah ia

ialah habuk sabut kelapa. ’Coco peat’ mudah diperolehi jika

dibandingkan dengan meduim tanaman komersil lain seperti ’perlite’ ,

’vermiculite’ dan ’maidenwell diatomite’. Medium tanpa tanah lain yang

boleh digunakan ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu

kerikil granit (bukan batu kapur).

Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia

diminati ramai pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara

dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan

cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga

rendah. Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin

keberkesanannya.

7.1.1 Kelebihan Sistem Fertigasi

Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding kaedah

konvensional lain. Di antara kelebihannya ialah :

1. Nutrient lengkap yang diberi, boleh dikawal dari segi jumlah dan

kehendak tanaman mengikut peringkat umur pertumbuhan.

13
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

2. Media dan persekitaran yang bersih, menjamin dan menghindarkan

masalah penyakit.

3. Mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah penyakit dan

perosak.

4. Hasil yang lebih tinggi kerana tiada pembaziran dan akar menerima

nutrient yang secukupnya.

5. Tiada masalah merumpai/ merumput.

6. Kualiti yang lebih baik.

7. Penggunaan air dan baja yang lebih cekap dan ekonomi.

8. Penjimatan tenaga buruh dengan sistem automatik.

9. Kurang penggunaan racun.

10. Jarak tanaman rapat dan diurus secara sistematik.

11. Penyakit tidak boleh berjangkit antara pokok.

7.1.2 Kelemahan Sistem Fertigasi

Kaedah fertigasi juga mempunyai kelemahan tersendiri, antaranya

ialah :

1. Kos permulaan yang tinggi kerana 70% daripada kos adalah

pembinaan Rumah Pelindung Tanaman (Struktur Pelindung Hujan

+ Kalis Serangga).

2. Perlu pengetahuan mendalam tentang teknologi ini.

3. Perlu pengurusan dan pemeriksaan yang berterusan.

4. Kerosakan pada sistem boleh mengakibat kerugian yang besar.

14
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Perbandingan Antara Sistem Fertigasi Dan Konvensional

Perbandingan Fertigasi Tanah


Jenis Tanaman Tanaman jenis sayur Semua jenis tanaman
dan buah
Struktur Pelindung Hujan Wajib ada Tidak perlu

Jaring Kalis Serangga Wajib ada Tidak perlu


Sistem Pengairan Titis dan baja Bebas
Varieti Tanaman Jenis hybrid Sebarang jenis
Air Air bersih Bebas
Modal Tinggi Rendah
Tapak Tanah Mesti rata Tidak perlu rata
Elektrik Mesti ada Tidak perlu
Pengetahuan Teknikal Sangat perlu Perlu
Keadaan Tanah Tidak penting Perlu subur
Kos Operasi Rendah kerana sistem Tinggi untuk baja,
automatik racun, merumput dsb.
Risiko Penyakit Rendah Tinggi
Risiko Kekeringan Sederhana Tinggi
Keseragaman Pokok Seragam Tidak seragam

7.1.2 Tanaman Cili

Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk

Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan,

tetapi sekarang ditanam di semua negara beriklim tropika. Nama

saintifik bagi cili ialah ’capsicum annum’.

Nama biasa ialah cili merah, cili hijau, cili, lada dan cabai,

kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah. Di Semenanjung

Malaysia, kawasan-kawasan utama pengeluar cili adalah Perak, Johor

dan Kelantan. Keluasan tanaman di semua negeri adalah seperti

tercatat di Jadual 1.

15
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Cili mengandungi zat pemakanan seperti dalam jadual 2. Di antara zat

pemakanan yang banyak terdapat pada cili ialah karbohidrat (9.5

gram).

16
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau

telah diproses dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cili

dan sos cili.

Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ’capsaicin’ ,

sayur ini sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas

dalam kebanyakkan jenis makanan terutama ’sambal belacan’.

Terdapat beberapa jenis kultivar cili yang disyorkan iaitu MC 4, MC 5,

MC 11, MC 12 dan Kulai. Ciri-ciri kultivar tersebut adalah seperti dalam

jadual 4.

7.2 KEPERLUAN OPERASI

7.2.1 Pembangunan Infrastruktur

Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluaan infrastruktur kawasan

perlu dibangunkan terlebih dahulu.

1) Penyediaan Kawasan

 Kerja-kerja awalan melibatkan permbersihan kawasan dari

tumbuhan seperti semak samun, belukar, pokok-pokok kekal

perlu dibuang dan dibersihkan.

 Kawasan tapak untuk pembinaan Rumah Pelindungan

Tanaman perlu diratakan terlebih dahulu.

 Pembinaan sistem perparitan dan saliran untuk

mengelakkan kawasan tapak projek ditenggelami air apabila

hujan.

17
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

 Pemagaran kawasan untuk keselamatan dari haiwan

perosak tanaman dan mengelakkan kecurian.

 Penyediaan jalan ladang untuk memudahkan laluan untuk

tujuan penyelenggaraan dan sebagainya.

2) Sumber Air dan Elektrik

 Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalah

penting dalam operasi sistem fertigasi ini.

3) Bangunan

Bangunan yang perlu disediakan adalah untuk tujuan pengurusan

tanaman.

 Teduhan tempat meletak tangki nutrient.

 Stor simpanan baja fertigasi dan perlatan ladang.

 Pusat pengumpulan hasil ladang.

 Pejabat pengurusan projek.

7.2.2 Penyediaan Sistem Fertigasi

Untuk membina sistem fertigasi, terdapat beberapa komponen yang

diperlukan untuk menjayakan sistem ini.

a) Rumah Pelindung Tanaman

18
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Keperluan bagi pembinaan struktur ini adalah :

1. Besi G.I. ½ ”

 Besi ini yang panjang 20 kaki, digunakan untuk

membentuk asas struktur.

 Besi ini digunakan sebagai sokongan kepada struktur

Rumah Lindungan Tanaman.

 Setiap sokongan adalah berukuran 4 kaki panjang

dan ditebuk di tengah dengan skru untuk memegang

struktur utama.

2. Besi G.I. 1”

 Besi ini digunakan sebagai kaki pada tiang yang

menyokong struktur yang diperbuat dari besi GI ½ ”

tadi.

 Biasanya, panjang adalah 4 kaki.

3. Klip Besi ½ ” (Long Hook)

 Klip besi ini digunakan untuk memegang / mengikat

tiang besi.

19
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

4. Klip PVC Hitam

 Klip ini digunakan untuk memegang plastik lut sinar.

5. Plastik UV Lut Sinar

 Plastik UV lut sinar ini digunakan sebagai bumbung

pada struktur rumah pelindung tanaman.

6. Jaring Kalis Serangga

 Jaring kalis serangga bersaiz 32 mesh dipasang

disekeliling struktur pelindung tanaman sebagai

penghalang kemasukan serangga perosak .

 Ada juga yang menggunakan plastik UV lut sinar

menggantikankan jaring kalis serangga.

20
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

b) Sistem Pengairan

Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi ini

adalah dari jenis titisan (drip irrigation) yang dikawal oleh alat

pemasa yang akan berfungsi secara automatik mengikut sela

masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan bagi sistem

pengairan ini adalah :

1. Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm)

2. Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm)

3. Paip Tertier (Microtubing 6mm)

4. Penitis (Pen Dripper 6mm)

5. Elbow PVC 1”

6. Socket Valve 1 ½ ”

7. Socket Valve 16mm

8. Ball Valve 1 ½ ”

9. Ball Valve 1”

10. Nripper / Adapter

11. Rubber Gromet Set 16mm

12. Tangki Nutrient 200/600 gelen

13. Pam Air 1.5 HP

14. Timer (Pemasa)

15. PH Meter

16. EC Meter

17. Penapis Air

21
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

c) Bahan Input

Bahan input ini adalah bahan yang digunakan untuk tanaman

dan keperluan ini berulang setiap musim. Berikut adalah senarai

keperluan bahan input :

1. Benih Tanaman – Cili

2. Tray Semaian ’Plug’

3. Polibeg 14” x 16”

4. Media Semaian

5. Media Tanaman

6. Plastik ’Silver Shine”

7. Baja Fertigasi (set A & B )

8. Racun Serangga

9. Racun Kulat

10. Kayu Penyokong

11. Dawai

12. Batu Simen / Bata

22
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.2.3 Tenaga Buruh

Memandangkan operasi sistem fertigasi ini dilaksanakan secara

automatik menggunakan alat pemasa maka keperluan bagi kerja-kerja

penyelenggaraan dan pengurusan projek adalah minimum. Bagi

melancarkan operasi projek ini, tenaga kerja yang diperlukan adalah

seperti berikut :

BIL TENAGA KERJA JUMLAH FUNGSI

1. Penyelia 1 Orang Bertanggunjawab melaksana dan


menyelia kerja-kerja harian dan
jadual tanaman
2. Buruh Am 4 Orang Melaksana kerja-kerja mengikut
arahan penyelia.

7.3 PERLAKSANAAN

Untuk melaksanakan projek tanaman cili secara fertigasi ini,

pengurusan segala gerak kerja perlu dilakukan secara teratur dan

sistematik. Langkah perlaksanaan projek ini adalah seperti beikut :

23
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

1) Penyediaan biji benih

2) Semaian Anak Benih

3) Membuat Larutan Stok

4) Penyediaan Beg Tanaman

5) Penanaman

6) Pembajaan

7) Pengurusan Sistem Pengairan

8) Kawalan serangga perosak dan penyakit

9) Penyelenggaraan tanaman

10)Penuaian

11)Pengendalian Lepas Tuai

7.3.1 Penyediaan Biji Benih

Gunakan biji benih yang tulen dan berkualiti. Pastikan biji benih yang

digunakan bebas dari sebarang penyakit dan tiada kesan serangan

serangga. Gunakan benih yang peratus percambahannya tidak kurang

dari 90%.

Ujian percambahan perlu dilakukan sekiranya benih telah tersimpan

lama di dalam stok. Apabila percambahannya tidak mencapai tahap

yang sepatutnya, biji benih perlu diganti dengan benih baru. Dalam

keadaan tertentu, rawatan biji benih perlu dibuat.

24
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.3.2 Semaian Anak Benih

Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak benih

tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50%

kejayaan. Peat moss ialah medium yang paling baik untuk dijadikan

medium percambahan. Dengan menggunakan biji benih yang

diperoleh dari sumber atau pembekal yang boleh dipercayai, peat

moss pasti dapat memberi pertumbuhan anak benih yang baik.

Dulang semaian sama ada daripada jenis plastik hitam atau plug

polistirena boleh digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpa

menjejaskan akar pokok. Dulang semaian diisi dengan peat moss dan

pastikannya tidak padat atau terlalu longgar. Buatkan lubang dengan

mencucukkan jari telunjuk sedalam 1 cm.

Masukkan biji benih yang telah dirawat denga racun kulat thiram atau

captan ke dalam lubang-lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu

plug. Siram biji-biji benih ini dengan air bersih menggunakan

penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah dan

dapat bercambah. Lubang-lubang biji benih ini jangan dikambus

terlalu padat.

Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan

diletakkan di bawah teduhan. Biarkan beberapa hari untuk biji benih

bercambah, biasanya 4 – 6 hari . Plastik hitam dibuka selepas 4 hari

dan dedahka dulang semaian pada cahaya matahari di dalam takung

25
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

pembesaran di rumah semaian bagi memastikan anak-anak pokok

tumbuh tegap dan tidak kurus.

Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT dengan

larutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium (32 – 40

watt). Anak-anak benih diberikan larutan baja dengan kepekatan

EC=1.6 μS dan ditingkatkan kepekatannya seminggu kemudian

sehingga EC = 2.5 μS. Setelah 2 minggu, anak-anak benih ini sedia

untuk diubah ke beg-beg tanaman.

7.3.3 Membuat Larutan Stok

Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100x ganda daripada yang

diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200x

ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok.

Kalsium Nitrat, Ca(NO3)2 mestilah disediakan secara berasingan

daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4 untuk

mengelakkan berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya

pemendakan.

Biasanya larutan Ca(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan

berasingan daripada 9 sebatian lain. Larutan stok ini, Ca(NO3)2 dan

zat ferum dilabelkan dengan LARUTAN ’A’ manakala larutan yang

mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3, KH2PO4, MgSO4,

MnSO4, CuSO4, ZnSO4, asid borik, ammonium molibdat atau natrium

molibdat dilabelkan dengan LARUTAN ’B’. Perlu diingat bahawa

26
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh

dicampurkan serentak. Larutan stok hendaklah dituang satu persatu

bagi mengelakkan berlakunya sebarang tindak balas kimia yang

mewujudkan sebatian lain yang tidak larut.

7.3.4 Penyediaan Beg Tanaman

Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 30 cm panjang dan 45

cm lebar. Sebaiknya plastik putih bagi mengurangkan peningkatan

suhu di dalam coco peat. Beg-beg tanaman ini setelah diisi dengan

coco peat, dicantum (staple) hujungnya (mulutnya) dan disusun baring

bagi membentuk bantal-bantal kecil. Untuk memudahkan kerja-kerja

pengendalian (memunggah, mengangkat dan menyusun), gunakan

satu bantal untuk satu pokok.

Disyorkan coco peat dibasahkan dan dituskan dahulu sebelum

dimasukkan ke dalam bantal-bantal plastik untuk mengelakkan

masalah hidung atau mata berair. Sebanyak 2 – 2.5 kg coco peat

lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman. Sebanyak 3 – 4

lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri kanan beg-

beg tanaman menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5 – 5 cm dari

aras tanah. Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari selepas

menanam.

27
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.3.5 Penanaman

Anak benih yang berumur 10 – 16 hari selepas cambah sedia untuk

diubah ke atas bantal-bantal berisi coco peat. Pada peringkat ini

ketinggian pokok 10 – 12 cm. Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih

awal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Beg-beg tanaman

ditebuk sama ada berbentuk tingkap atau bentuk X.

Anak-anak benih bersama plug peat moss dimasukkan ke dalam

lubang yang dikorek pada-pada bantal-bantal tanaman dan dipadatkan

pangkalnya. Tali lanjaran (tali bagi pokok memanjat atau melilit ke

atas) diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok. Dawai

penggantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang atau

melintangi struktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari.

Dawai ini mestilah cukup tinggi (2.5 m) untuk mewujudkan

pengudaraan yang baik.

Pastikan bahawa sistem pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkan

ke pangkal pokok agar anak-anak pokok yang baru ditanam mendapat

bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan. Pemriksaan seniasa

dilakukan pada setiap pokok untuk memastikan kesemuanya

menerima titisan larutan baja.

7.3.6 Pembajaan

Fertigasi menggunakan baja khusus yang bermutu tinggi yang dikenali

sebagai ’Glasshouse Grade’ . Baja-baja yang digunakan mengandungi

28
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

unsur-unsur atau nutrient mikro dan makro. Sebanyak 14 jenis unsur

dalam bentuk sebatian (nitrogen, phosphorus, kalium, kalsium, sulfat,

magnesium, mangan, ferumi, kuprum, zink, boron, ammonium,

molibdenum dan natrium) diperlukan sebagai asas bagi memdapatkan

satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik

(unsur lain seperti oksigen, hidrogen dan karbon diperoleh daripada

udara). Terdapat 2 formulasi baja yang sering digunakan iaitu

formulasi Larutan Wyne dan formulasi Larutan Cooper.

Larutan Wyne :

SET A SET B

1. Kalsium Nitrat 1. Kalium Nitrat


2. Mono Kalium Fosfat
3. Magnesium Sulfat
4. Ferum EDTA
5. Mangan Sulfat
6. Kuprum Sulfat
7. Zink Sulfat
8. Asid Borik
9. Natrium Molibdat

Larutan Cooper :

SET A SET B

1. Kalsium Nitrat 1. Kalium Nitrat


2. Ferum 2. Mono Kalium Fosfat
3. Magnesium Sulfat
4. Mangan Sulfat
5. Kuprum Sulfat
6. Zink Sulfat
7. Asid Borik
8. Natrium Molibdat

29
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Formulasi baja tersebut kemudiannya dilarutkan mengikut

kuantiti/kadar yang diperlukan oleh tanaman.

Kadar Baja Fertgasi Bagi Tanaman Cili

Bagi bancuhan larutan 100 liter air :

BAJA KADAR (GRAM)


SET A

1. Kalsium Nitrat 11,300


2. Ferum EDTA 164

SET B

1. Kalium Nitrat 11,100


2. Mono Kalium Fosfat 1,750
3. Magnesium Sulfat 5,640
4. Mangan Sulfat 15.4
5. Kuprum Sulfat 0.78
6. Zink Sulfat 2.2
7. Asid Borik 30
8. Natrium Molibdat 0.18

7.3.7 Pengurusan Sistem Pengairan

Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan

dengan bantuan alat pengatur masa (timer). Kekerapan dan tempoh

masa setiap penitisan bergantung pada jenis tanaman dan peringkat

umur tanaman.

Tempoh masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang

pembaziran larutan baja. Dalam tempoh penitisan yang panjang,

jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi

coco peat untuk menyerap dan menyimpannya. Penitisan selama 5 – 6

30
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuk

tanaman yang ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini, tiap-tiap

pokok menerima lebih kurang 100 – 150 ml larutan baja. Sistem

pengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan garam

galian dan juga lumut. Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk

mengesan mana-mana penitis yang tersumbat.

Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara pukul 10.00 pagi

hingga 11.00 pagi. Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu

lewat untuk memulihkan mana-mana pokok yang telah layu akibat

tidak mendapat larutan baja. Apabila penitis tersumbat, pokok akan

layu. Biasanya pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk. Cabut

penitis dari tiub dan bersihkan.

Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangka masalah ini.

Walaubagaimana pun perlu diingat bahawa penapis mestilah sentiasa

bersih dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya.

Kejadian penimbunan sisa garam galian di dalam medium tanaman

sering berlaku di kawasan tanah rendah tropika. Untuk mengelakkan

kejadian ini, medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air

bersih setiap kali sebelum pengisian semula tangki larutan baja

dilakukan.

31
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.3.8 Kawalan Serangga Perosak dan Penyakit

1) Kawalan Serangga Perosak

Oleh kerana sistem fertigasi ini menggunakan jaring kawalan

serangga, maka kawalan adalah dilakukan apabila perlu sahaja.

Maksudnya, apabila terdapat kebocoran pada jaring kalis serangga

dan membolehkan serangga menyerang tanaman maka kawalan

dilaksanakan mengikut pengesyoran seperti di dalam jadual di

bawah. Serangga yang biasa menyerang pokok cili adalah :

Peringkat
Nama Bahagian
Pokok Simptom Kawalan
Perosak Diserang
Diserang
Kutu Daun Daun, bunga Semua Daun menjadi  Sembur dengan
(Aphis spp.) dan buah peringkat kerekot, racun chlorphyrifos
muda bunga gugur atau imidachloprid
dan buah pada peringkat
terbantut. awal selepas
menanam.
 Sembur racun
permethrin,
cypermethrin atau
dimethoate jika
serangan pada
pokok berumur
lebih 60 hari.

Kutu Thrips Daun dan Semua Daun menjadi  Sembur dengan


(Thrips spp.) bunga peringkat kerekot dan racun chlorphyrifos
bunga gugur. atau imidachloprid
pada peringkat
awal selepas
menanam.
 Sembur racun
chlorphyrifos atau
malathion jika
serangan pada
pokok berumur
lebih 60 hari.

32
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Ulat Daun dan Peringkat Daun dan  Sembur dengan


Pengorek buah berbuah buah racun chlorphyrifos
Buah berlubang- jika serangan
(Helionthis lubang melebihi tahap 5%
armigera
spp.)

Lalat Buah Buah Peringkat Terdapat  Sembur dengan


(Bactocera) berbuah lorong-lorong racun chlorphyrifos
kecil di dalam apabila pokok mula
buah dan berbuah.
buah gugur.

Hamama Daun dan Pokok Daun  Sembur dengan


Merah bunga Matang berkerekot, racun amitraz,
(Tetranychus bunga gugur dicofol, malathion
spp.) dan pokok atau prothiofos
terbantut.

2) Kawalan Penyakit

Kawalan penyakit adalah elemen kawalan yang paling utama dalam

penanaman cili kerana cili bersifat amat sensitif dan mudah terkena

serangan penyakit.

Walaupun kaedah penanaman menggunakan sistem fertigasi yang

bebas tanah untuk mengelakkan ’soil borne pathogen’ tetapi ia

mudah dijangkiti dari tanah di persekitaran tapak projek. Penyakit

yang biasa menyerang tanaman cili adalah :

Bahagian Cara Kawalan


Penyakit Penyebab Simptom
Diserang Merebak
Antraknos Colletotrichum Buah Biji benih, Bintik-bintik lekok  Rawatan biji
Buah capsici angin dan berpusar, benih denga
berwarna racun kulat
keperangan captan atau
terdapat di luar thiram.
kulit buah. Lekok-  Musnahkan
lekok ini akan pokok yang
membesar, diserang.

33
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

menjadi  Sembur
kehitaman dan dengan racun
akhirnya buah kulat mancozeb
busuk dan gugur.

Bintik Daun Cercospora Daun dan Angin Terdapat bintik-  Musnahkan


capsici tangkai bintik kecil bulat bahagian yang
daun. berwarna perang kena serang.
pada daun.  Sembur racun
benomyl

Hawar Choanephora Pucuk Angin Terdapat spora-  Rawatan awal


Pucuk cucurbitarum spora hitam pada diperingkat biji
pucuk yang kena benih.
penyakit. Pucuk  Musnahkan
menjadi layu dan pokok yang
berwarna hitam diserang.

Reput Sclerotium Pangkal Tanah Daun layu,  Cabut, bakar


Pangkal rolfsii pokok terdapat maisilia dan
putih dan musnahkan
skelerotia seperti keseluruhan
biji sawi pada pokok yang
pangkal pokok. kena penyakit.
Pangkal pokok
menjadi hitam
dan mereput.

Lecuh Anak Pythium sp., Batang Tanah dan Di pangkal anak  Rawatan benih
Benih Rhizoctonia sp. anak benih air benih seakan- di peringkat
akan lecuh. awal.
Serangan yang  Elak siraman
teruk berlebihan
menyebabkan  Pastikan tapak
anak benih semaian
tumbang. mempunyai
saliran yang
baik.

Layu Pseudomonas Daun dan Tanah, air Daun layu dan  Cabut dan
Bakteria solanacearum batang dan kuning. Empulur bakar pokok
sentuhan berwarna perang berpenyakit.
akar kehitaman dan  Tentukan
berair. Jika akar saliran baik di
atau batang kawasan tapak
direndam dalam projek.
air, ianya
mengeluarkan

34
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

cecair jaluran
putih.

Mozek Mosaic virus Semua Biji benih, Daun berbintik-  Cabut dan
Daun bahagian kutu daun bintik dan bakar pokok
pokok sebagai berkerekot. Urat berpenyakit.
pembawa daun  Tentukan
penyakit. membengkak . saliran baik di
Pokok bantut dan kawasan tapak
kurang berbuah. projek.
Buah menjadi  Elak guna biji
kecil dan berubah benih yang
bentuk. berpenyakit.
 Kawal
serangga
pembawa virus
iaitu kutu daun
dan thrips
dengan
menyembur
racun
chlorpyrifos.
 Kawal rumpai
yang menjadi
perumah
serangga
pembawa virus.

7.3.9 Penyelenggaraan Tanaman

Penyelenggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang dilaksanakan

sepanjang masa proses penanaman cili secara fertigasi. Kerja-kerja ini

dijadualkan secara teratur mengikut perkembangan tanaman. Berikut

adalah kerja-kerja penyelenggaraan tanaman yang perlu dilakukan :

35
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

HARI /
GERAK KERJA AKTIVITI
MASA
 Mengira keperluan baja dan
coco peat.
 Membuat pesanan pembelian
baja mengikut keperluan.
 Membuat pesanan pembelian
coco peat.
 Membuat pesanan pembelian
beg tanaman berwarna putih
bersaiz 45 cm x 15 cm
25 Hari bertebuk di tepi sahaja.
PERSEDIAAN AWAL Sebelum  Membuat pesanan pembelian
Tanam keperluan lain seperti biji
benih, medium semaian peat
moss, dulang semaian ’plug’,
kayu pancang, tali rafia, bilah
buluh, dawai bersalut, hand
sprayer, racun serangga dan
kulat yang biasa digunakan
dan keperluan lain.

 Menyediakan dulang
semaian.
 Mengisi dulang semaian
dengan medium
percambahan peat moss.
 Melembapkan medium
percambahan.
 Merawat anak benih dengan
racun kulat ’Thiram’.
 Membuat lubang kecil 1 – 2
cm dalam (1 lubang 1 plug).
20 Hari
PENYEMAIAN BENIH Sebelum  Menyemai biji benih (1 biji
Tanam dalam 1 lubang).
 Menutup lubang berisi biji
benih.
 Menyembur dulang semaian
berisi biji benih dengan air
bersih menggunakan hand
sprayer.
 Menutup dulang semaian
dengan helaian plastik hitam
untuk memberi haba dan
mengawal lembapan medium
percambahan supaya tidak

36
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

kering.

 Membersihkan takung
pembesaran.
 Mengisi tangki pengumpul
dengan air bersih.
 Memastikan pam kecil
akuarium berfungsi dengan
19 Hari baik.
PENYEDIAAN TAKUNG
PEMBESARAN
Sebelum  Menetukan alat pengatur
Tanam masa pam akuarium boleh
dihidupkan dengan
menjadualkan 4 – 6 kali
sehari (boleh berubah
mengikut keadaan, jenis dan
umur tanaman).

 Menimbangkan baja
menggunakan formulasi yang
betul.
18 Hari
 Membancuh baja stok.
PENIMBANGAN BAJA Sebelum
Tanam  Gunakan tong biru (tebus
guna) muatan 100 liter.

 Membuka plastik yang


menutup dulang semaian.
 Memindahkan dulang
semaian ke dalam takung
pembesaran.
 Memasang alat pengatur
masa dan pam akuarium
dihidupkan.
16 Hari Hingga
 Melarutkan baja pada bacaan
PEMBESARAN ANAK 1 Hari
EC 2.5
BENIH Sebelum
Tanam  Memerhatikan pertumbuhan
anak pokok.
 Memeriksa sebarang tanda
jangkitan penyakit atau
serangga perosak.
 Membuat kawalan segera
sekiranya terdapat tanda-
tanda kerosakan.

 Membilas coco peat.


20 Hari Hingga
 Mengetoskan coco peat.
PENYEDIAAN BEG 5 Hari
TANAMAN Sebelum  Menimbangkan coco peat 2 –
Tanam 2.5 kg untuk setiap beg (
basah dan telah ditoskan).

37
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

 Mengisi coco peat ke dalam


beg tanaman.
 Mengangkut beg-beg berisi
coco peat ke dalam rumah
tanaman.
 Menyusun beg-beg tanaman
mengikut baris yang telah
ditentukan. Satu baris bagi
setiap paip tertier. Jarak
tanaman untuk cili ialah 75
cm dalam baris dan 150 cm
antara baris.
 Mencucuk alat penitis ke
dalam setiap beg.
 Menghidupkan pam dan
memeriksa semua paip
pengagihan termasuk alat
penitis untuk memastikan
tidak ada mana-mana paip
tertier yang bocor atau alat
penitis tersumbat.
 Menghidupkan pam untuk
membasahkan medium
tanaman di dalam beg-beg
tanaman.

 Mengangkut dulang-dulang
semaian ke dalam rumah
tanaman.
 Mengorek lubang 4 cm x 4
cm x 4 cm untuk dimasukkan
anak benih.
 Mencabut anak benih dengan
cermat dengan memicit
bahagian bawah plug dahulu
sebelum mencabut anak
benih. Dengan cara ini
PENANAMAN 0 Hari
ketulan tanah yang dipegang
akar tidak tertinggal di dalam
lubang plug.
 Memasukkan ketulan tanah
bersama akar ke dalam
lubang tanaman yang telah
disediakan.
 Kemaskan lubang bersama
akar anak benih supaya tidak
longgar.
 Mencucuk penitis

38
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

berhampiran dengan pangkal


anak pokok.
 Mencucuk bilah-bilah buluh
hampir kepada anak benih.
 Mengikat anak benih pada
bilah buluh bagi memastikan
pokok tumbuh tegak.

 Memeriksa semua pokok.


Memerhatikan tanda-tanda
jangkitan penyakit atau
serangan perosak seperti
belalang, cengkerik atau
siput. Jika terjumpa,
musnahkan.
 Memastikan tidak ada pokok
yang tercabut disebabkan
oleh binatang.
 Memastikan tidak ada penitis
yang tercabut atau tidak
dicucukkan berhampiran
1 Hari Dan 2 pangkal pokok.
PENYELIAAN SELEPAS
MENANAM
Hari Selepas  Menghidupkan pam sekali
Tanam pada awal pagi.
 Pastikan bahawa medium
tanaman tidak terlalu basah
sehingga air bertakung di
dalam beg-beg tanaman.
Sekiranya ini berlaku, tebuk
beberapa lubang di sisi beg
(bukan di bawah beg
tanaman) menggunakan
pisau kecil untuk mengalirkan
air keluar dengan segera.
Jika air bertakung, pokok
akan mati.

 Memeriksa setiap pokok


pada awal pagi. Mana-mana
pokok yang masih layu atau
mati perlu diganti. Sebaiknya
diganti dengan beg tanaman
yang baru keran ditakuti
3 Hari Selepas pokok yang mati tersebut
Tanam telah dihinggapi penyakit.
 Melarutkan baja stok ke
dalam tangki larutan baja.
Bacaan EC ialah 2.5
 Menghidupkan pam,

39
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

memberi baja kali pertama


kepada pokok. Masih
diberikan sekali sehari.

 Menghidupkan pam pada


awal pagi. Pemberian larutan
baja masih 1 kali sehari.
 Memeriksa setiap pokok
pada awal pagi.
Memerhatikan tanda-tanda
jangkitan penyakit atau
serangan serangga perosak.
 Sekiranya terdapat pokok
yang layu pada awal pagi,
4 Hari Hingga
periksa medium tanamannya.
7 Hari Selepas
Tanam  Sekiranya kering,
kemungkinan alat penitisnya
telah tercabut atau
tersumbat. Jika tersumbat,
cabut alat penitisnya dan cuci
saambil mengetukkannya
pada benda keras agar
bahan-bahan yang menyekat
pengaliran larutan baja akan
terkeluar.

 Menambah kekerapan
pemberian larutan baja
kepada 2 kali sehari, pada
awal pagi dan lewat petang.
 Tetapi sekiranya keadaan
7 Hari Selepas
cuaca sepanjang minggu
Tanam
redup atau berjerebu,
penambahan kekerapan
pemberian baja ini boleh
ditangguhkan.

 Membuang tunas air atau


10 Hari Hingga tunas ketiak supaya pokok
35 Hari kekal mengeluarkan satu
Selepas batang utama sahaj sehingga
Tanam cabang utama keluar.

 Membuat rawatan
pencegahan penyakit akar
PENGURUSAN
’Pythium’.
PENYAKIT DAN
SERANGGA PEROSAK
7 Hari Dan 17  Larutkan racun kulat Previcur
Hari Selepas N sebanyak 10 ml atau Foli-
Tanam R-Fos sebanyak 13 ml ke

40
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

dalam 10 liter air. Siram 100


ml bancuhan ini ke pangkal
tiap-tiap pokok.
 Pastikan bahawa pam tidak
dihidupkan sebelum rawatan
ini. Larutan baja boleh
diberikan 2 jam selepas
rawatan ini dilakukan.

 Memeriksa setiap pokok


pada awal pagi.
Memerhatikan tanda-tanda
serangan penyakit atau
serangga perosak.
 Memeriksa pucuk-pucuk
pokok untuk mengesan
serangan hama dan juga
kutu trips. Lihat di bawah
8 Hari Hingga
daun-daun di bahagian
180 Hari
pertengahan ( 2/3 bahagian
Selepas
pokok) untuk mengesan
Tanam
kehadiran afid, dan lalat putih
(white fly). Serangan ulat
pelombong daun jelas
nampak serangannya pada
daun-daun separa tua.
 Memeriksa sistem fertigasi
agar sentiasa berfungsi
dengan baik.

 Memacak dua batang


panjang, 180 cm kayu (2.5cm
x 2.5cm) atau besi galvani
20 Hari
1.25 cm, di sepanjang baris
Selepas
paip pembahagi (membentuk
Tanam
X) bagi mengikat dawai atau
tali penyokong pokok cili.

MENGIKAT POKOK  Mengikat dahan-dahan pokok


cili pada tali atau dawai
penyokong bagi
30 Hari mengelakkan dahan-dahan
Selepas daripada patah disebabkan
Tanam Hingga berat buah (dilakukan
150 Hari mengikut keperluan). Ia
dilakukan berterusan apabila
perlu.

41
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

 Membilas medium tanaman


dengan air bersih iaitu
dengan memberikan air
tanpa baja kepada semua
pokok mengikut kekerapan
25 Hari yang sedia ada.
Selepas  Ini bertujuan untuk
Tanam Dan membersihkan timbunan
Seminggu garam-garam galian dan
Sekali meningkatkan pH medium
MEMBILAS MEDIUM tanaman bagi mengelakkan
TANAMAN proses air keluar dari pokok
(deplasmolisis) yang boleh
menyebabkan pokok mati.

 Menambahkan kekerapan
penitis larutan baja kepada 4
28 Hari kemudian menjadi 5
Selepas seterusnya menjadi 6 kali
Tanam sehari mengikut
pertumbesaran pokok.

 Bunga-bunga cili mesti


menjalani proses
pendebungaan sebelum
menjadi buah.
 Pendebungaan sendiri sukar
berlaku kerana ketiadaan
agen pendebungaan seperti
seranggan atau angin jika
menggunakan Rumah
Tanaman dengan dinding
kalis seranggan ini.
 Pendebungan berbantu boleh
25 Hari
dilakukan dengan menepuk
MEMBANTU Selepas
perlahan dahan-dahan pokok
PENDEBUNGAAN Tanam Hingga
cili yang telah berbunga. Ia
Tamat Projek
dilakukan sekurang-kurannya
sekali bagi setiap 2 hari. Cara
ini terbukti berkesan dapat
meningkatkan pengeluaran
hasil cili.
 Alat penggetar bunga (pollen
vibrator) yang digerakkan
menggunkan bateri juga
boleh digunakan.
 Penggetaran tangkai-tangkai
bunga hanya akan berkesan
sekiranya dilakukan antara

42
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

pukul 10.00 pagi hingga 2.00


petang.

 Memetik buah cili masak.


55 Hari
 Membuat penggredan buah
Selepas
MEMETIK BUAH cili
Tanam Dan
Selang 3 Hari  Memasarkan buah cili

 Memetik buah cili yang


masak termasuk juga yang
hijau.
150 Hari
 Mengasingkan yang masak
MENAMATKAN Selepas
dengan yang hijau.
TANAMAN Tanam Atau
Apabila Sesuai  Mencabut semua pokok
bersama akar dan
memusnahkan semuanya.

7.3.10 Penuaian

Cili boleh dipetik 60 – 70 hari selepas menanam. Buah akan masak 30

– 35 hari selepas berbunga. Buah yang masak akan berwarna merah

dan biasanya dipungut secara manual setiap empat hari sekali.

Tempoh pengeluaran hasil adalah 3 – 6 bulan. Hasil cili bergantung

kepada jenis kultivar yang ditanam.

Peringkat yang sesuai untuk memungut hasil cili untuk kegunaan segar

ialah bila buah berwarna hijau tua kemerahan. Manakala bagi cili untuk

diproses atau cili kering, peringkat yang sesuai untuk dipetik ialah

apabila buah berwarna merah sepenuhnya. Cili dipetik dengan tangan

bersama tangkainya sekali. Sebaik-baiknya kerja-kerja mengutip hasil

dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang ketika suhu rendah.

43
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

7.3.11 Pengendalian Lepas Tuai

Selepas memetik, operasi pengendalian pasca tuai cili dilakukan

termasuklah pemilihan, pembersihan, pengeringan, penggredan dan

pembungkusan. Disamping itu, operasi tambahan yang mungkin perlu

dilakukan adalah penyahhijauan dan perawatan air panas.

Penyahhijauan

Penyahhijauan dilakukan pada cili yang cukup matang dengan cara

mendedahkannya kepada gas etilina (500 bpi) selama 24 jam pada

suhu 20º – 25º celicius dengan kelembapan relatif di antara 80 – 95 %.

Cara ini akan menghasilkan warna merah cili yang seragam.

Penggredan

Penggredan cili dilakukan secara subjektif berdasarkan warna, saiz,

tahap kesegaran, tahap kecederaan mekanik dan seranga penyakit

atau perosak.

Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh pihak FAMA, penggredan

berdasarkan warna kulit cili untuk menggambarkan tahap kematangan

ini boleh dilakukan menggunakan 6 Indeks Kematangan, iaitu :

INDEKS
KETERANGAN GAMBARAN
KEMATANGAN

 Kulit berwarna hijau


muda.
 Dipasarkan sebagai
Indeks 1 cili hijau
(Tidak Matang)

44
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

 Kulit berwarna hijau


tua.
Indeks 2  Keadaannya berkilat
(Matang)  Dipasarkan sebagai
cili merah.

 Kulit kelihatan
berwarna hijau dan
merah ataupun hijau
Indeks 3
merah.
(Cukup Matang)
 Dipasarkan sebagai
cili merah.

 Kulit berwarna
merah kehitaman
(hampir masak).
Indeks 4  Keadaan ini masih
(Cukup Matang) boleh diterima oleh
pasaran pada
peringkat runcit.
 Kulit cili berwarna
merah sepenuhnya.
Indeks 5
(Cukup Matang)

 Kulit cili berwarna


merah kehitaman.
Indeks 6
(Cukup Matang)

Pembungkusan

Bagi pembungkusan pukal, bahan yang kukuh seperti bakul plastik

yang muatannya tidak melebihi 20 kg boleh digunakan. Sementara

bagi pembungkusan runcit, bahan pembungkus seperti beg politilin

(plastik) , jaring plastik, beg kertas dan dulang polistirifom berbalut

filem polivinil klorid adalah sesuai.

45
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Penyimpanan

Pra-penyejukan dengan udara dingin pada suhu 10º C boleh

menurunkan suhu asal cili ke suhu penyimpanan dalam masa 1.5 – 2.5

jam. Cili segar dapat disimpan selama 3 – 6 minggu pada suhu 5º - 8º

Celcius dengan kelembapan relatif 90 – 95 % .

7.4 CARTA ALIRAN PERLAKSANAAN

46
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.0 RANCANGAN PEMASARAN

Bagi mendapatkan pendapatan yang maksimum dari projek yang

dilaksanakan, aspek pemasaran merupakan elemen penting yang

perlu diurus dengan cekap dan berkesan. Perancangan dan analisa

semasa penting untuk memastikan perlaksanaan sesuatu projek

menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Perkara-

perkara yang terlibat dalam rancangan pemasaran ini adalah :

1) Analisa Pasaran

2) Analisa Pesaing

3) Analisa Persekitaran

4) Analisa SWOT (Strenghten, Weekness, Oppurtunity and Threat)

5) Strategi Pemasaran

6) Pemilihan Strategi

7) Faktor-faktor Kritikal Kejayaan

8.1 ANALISA PASARAN

8.1.1 Takrif Dan Informasi Pemasaran

Definisi : Pemasaran

”Adalah satu daripada komponen sistem ekonomi keseluruhannya di

mana ia melibatkan penggunaan hasil-hasil pertanian yang

mendatangkan manfaat kepada semua.”

Definisi : Jualan

”Adalah satu proses yang melibatkan aktiviti jualan atau urusniaga.”

47
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.2 Proses Pemasaran

HIMPUNAN SETEMPAT

Kawasan Pengeluaran

HIMPUNAN PUSAT

Kawaan Pengumpulan

PEMPROSESAN / PENGILANGAN

Perubahan Bentuk

PEMBORONGAN

Pasaran Borong

PERUNCITAN

8.1.3 Saluran Pemasaran

PENGELUAR

EJEN / BROKER

PEMBORONG PEMBORONG

PERUNCIT PERUNCIT PERUNCIT

48
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.4 Penetapan Harga Sistem Hantaran

 Sayur dihantar kepada


pemborong.
PENGELUAR  Harga tidak diketahui.
 Semua jenis gred

 Persetujuan hantaran.
PEMBORONG  Tiada apa-apa bayaran

 Jualan secara tunai.


 Pengeluar – menanggung
kerosakan, susun.
AKTIVITI JUALAN
 Pemborong – ambil upah dan kos
yang terlibat.

 Pembayaran yang dibuat oleh


PENGELUAR pemborong.

8.1.5 Sistem Pemborongan Di Peringkat Borong

Sasaran : Peruncit, Pengedar, Pengguna dan lain-lain.

Hasil pertanian yang dikeluarkan akan dipasarkan mengikut sistem

pemborongan di mana sasaran utama ialah bagi peruncit, pengedar

dan pengguna sasaran. Penetapan harga adalah dipengaruhi oleh :

1) Masa

2) Kualiti

3) Kuantiti

4) Permintaan

5) Persaingan

49
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.5 Kedudukan Harga Ladang (Purata)

Harga ladang (purata) bagi cili Kulai dari tahun 1996 – 2000 mengikut

negeri :

TAHUN
NEGERI 1996 1997 1998 1999 2000
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

KEDAH 3.16 2.70 3.58 N/A 3.45

PERAK 1.30 4.32 5.89 N/A 4.41

JOHOR 4.45 4.30 5.32 N/A 3.79

KELANTAN 2.79 2.87 4.80 N/A 4.57

TERENGGANU 2.27 2.53 3.38 N/A 3.14

PERLIS 2.74 2.19 NIL N/A NIL

SELANGOR 2.56 1.70 1.80 N/A 7.50

PAHANG 4.38 3.43 5.10 N/A 3.53

SARAWAK 2.43 3.30 4.11 N/A 5.06

MELAKA 3.40 5.07 5.65 N/A 5.75

P.PINANG 3.53 3.32 4.63 N/A NIL

N.SEMBILAN 2.83 3.36 4.35 N/A 3.46

SABAH NIL NIL 2.8 N/A NIL

PURATA 3.16 3.30 4.48 N/A 3.95

50
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.6 Kedudukan Harga Borong (Purata)

Harga borong (purata) bagi cili Kulai dari tahun 1996 – 2000 mengikut

negeri :

TAHUN

NEGERI 1996 1997 1998 1999 2000


(RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

KEDAH 4.16 4.00 5.53 N/A 5.03

PERAK 1.40 5.12 6.56 N/A 5.12

JOHOR 5.31 5.51 6.61 N/A 5.21

KELANTAN 3.28 3.53 4.89 N/A 5.09

TERENGGANU 3.36 3.44 4.76 N/A 4.25

PERLIS 4.65 4.62 NIL N/A NIL

SELANGOR 6.13 5.48 7.92 N/A 6.43

PAHANG 5.62 5.30 7.26 N/A 6.01

SARAWAK 4.29 5.20 5.53 N/A 6.93

MELAKA 5.29 5.21 6.47 N/A 5.59

P.PINANG 4.45 4.49 5.89 N/A 4.86

N.SEMBILAN 4.05 4.85 5.65 N/A 4.99

SABAH 2.56 2.66 2.83 N/A 6.05

WILAYAH 5.04 4.83 6.05 N/A 5.74

PURATA 4.54 4.73 6.13 N/A 5.46

51
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.7 Kedudukan Harga Runcit (Purata)

Harga runcit (purata) bagi cili Kulai dari tahun 1996 – 2000 mengikut

negeri :

TAHUN
NEGERI 1996 1997 1998 1999 2000
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

KEDAH 5.71 6.30 7.82 N/A 7.20

PERAK 1.90 6.59 7.59 N/A 6.78

JOHOR 6.34 6.92 8.67 N/A 6.99

KELANTAN 4.31 4.89 6.07 N/A 6.09

TERENGGANU 4.65 4.92 6.99 N/A 6.19

PERLIS 5.77 5.76 NIL N/A NIL

SELANGOR 7.06 7.41 8.87 N/A 7.55

PAHANG 6.68 6.30 8.83 N/A 8.00

SARAWAK 6.20 7.58 7.39 N/A 8.91

MELAKA 6.51 6.33 7.77 N/A 6.99

P.PINANG 5.54 5.83 7.91 N/A 6.17

N.SEMBILAN 6.03 6.73 8.35 N/A 6.19

SABAH 4.33 6.65 NIL N/A 8.31

WILAYAH 6.84 7.52 8.74 N/A 7.57

PURATA 5.88 6.53 7.92 N/A 7.20

52
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.8 Kuantiti Penggunaan Cili (Metrik Tan) Peringkat Kilang, Institusi

Dan Isi Rumah.

TAHAP PENGGUNAAN
TAHUN
INSTITUSI ISI RUMAH KILANG
(MT) (MT) (MT)

1991 5,282.30 21,684.40 2,037.00

1992 5,431.70 22,248.20 1,963.00

1993 4,252.10 22,826.70 13,215.00

1994 5,203.90 23,420.20 15,197.30

1995 5,984.50 24,029.10 17,476.80

1996 6,882.20 24,653.90 20,098.40

1997 7,914.50 25,294.90 23,113.10

1998 9,101.70 25,952.50 2,658.10

8.1.9 Saiz Dan Bahagian Pasaran

Sayur cili dapat tumbuh dikebanyakan negara di dunia, namun begitu

negara Asia merupakan kawasan penanaman cili paling luas

berbanding benua lain iaitu seluas 688,710 hektar, manakala benua

Afrika mempunyai kawasan tanaman seluas 204,890 hektar.

Jumlah Keluasan (Hektar) Bagi Tahun 1998

Amerika Amerika Amerika Amerika


Afrika Asia Eropah
Tengah Latin Selatan Utara

119,730 204,890 688,710 145,411 149,350 28,438 29,620

53
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Keseluruhan pasaran bagi cili didapati banyak kepada cili segar, tetapi

bagi pasaran luar, bentuk cili yang dikeluarkan adalah cili kering.

Namun yang demikian, terdapat pelbagai jenis cili yang dapat diterima

pasaran ini termasuklah cili Bangi, cili Kulai, cili merah dan cili api.

Pengeluar utama cili dunia adalah negara China, ia berdasarkan

sumber The Chilli Pepper Institute yang mana negara tersebut meliputi

46% pengeluaran dunia iaitu sebanyak 7,025,360 metrik tan pada

bulan Disember 2002 .

Negara pengeluar utama cili dunia adalah :

NEGARA JUMLAH PENGELUARAN


PENGELUAR ( 1 MT = 1000 KG)
China 7,025,360
Turkey 1,390,000
Mexico 1,181,924
Nigeria 970,000
Sepanyol 888,400
USA 760,810
Egypt 369,500
Korea 322,341
Indonesia 274,022
Italy 245,800
Netherlands 240,000
Tunisia 210,000
Yugoslovia 209,000
Morocco 203,700
Romania 191,376
Algeria 190,000
Bulgaria 185,000
Japan 165,000
Hungary 140,000
Macedonian 110,676
Greece 110,000
JUMLAH 15,382,909
Sumber : The Chili Pepper Institute, Disember 200

54
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.10 Pendekatan Pemasaran Di Dalam Menjamin Daya Maju

Pendekatan utama yang di kenal pasti bagi menjamin daya saing

pasaran cili ialah pasaran domestik dan pasaran eksport . Maka aktiviti

pemasaran akan dilaksanakan bersesuaian dengan segmen yang

terlibat .

1) Pasaran Domestik

Pertumbuhan ekonomi, pertambahan penduduk, trend pengguna

dan gaya hidup mempengaruhi permintaan cili dalam negara.

Faktor menggalak seperti promosi, memainkan peranan penting

bagi menimbulkan kesedaran perlunya sayur-sayuran , contohnya

dalam pemakanan harian.

”Kempen Makan Sayur-Sayuran” perlulah dilihat kepada

kepentingan sayur-sayuran yang dikeluarkan di dalam negara.

Usaha ini akan dapat mengurangkan bil import, seterusnya

mengurangkan kadar tukaran wang asing. Di samping itu, galakan

perlu diberi kepada institusi-institusi seperti hotel, sekolah, pusat

latihan menggunakan sepenuhnya sayur-sayuran tempatan.

Insentif juga perlu diberi kepada industri yang menggunakan sayur-

sayuran tempatan terutamanya cili bagi tujuan pemprosesan.

2) Pasaran Eksport (Segmen Luar Negara)

Pasaran eksport utama cili Malaysia ke Singapura, Brunei, Hong

Kong dan EU, perlulah dikekalkan. Cili varieti baru perlu

55
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

diperkenalkan dan hantaran percubaan akan dibuat bagi

memungkinkan cili Malaysia dapat diterima di pasaran luar negara

khususnya pasaran baru di negara-negara EU.

Pendekatan pemasaran secara ’niche market’ serta disokong

dengan program promosi perlu dilaksanakan secara berkesan.

Sayur-sayuran organik jenis berbuah, seperti cili dan berdaun

dikenal pasti sebagai peluang pasaran ke negara-negara

pengimport utama sayur-sayuran Malaysia.

8.1.11 Masalah Pemasaran

a) Harga Tidak Stabil

Kedudukan harga yang tidak stabil di mana harga ditetapkan

mengikut keadaan semasa.

b) Kurang Saluran Pemasaran

Kedudukan pasaran yang luas melibatkan adanya saluran yang

efektif dan berkesan. Ini akan melibatkan pemilihan saluran yang

betul bagi memastikan hasil-hasil pertanian dapat disalurkan

pengguna, pemborong dan peruncit.

c) Kurang Maklumat Pasaran

Pengusaha, pengeluar atau petani yang ingin memasarkan hasil-

hasil pertanian, mereka perlu memastikan mendapat maklumat

pasaran yang lengkap dan terkini. Mereka perlu mendapat

56
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

maklumat yang lengkap mengenai sasaran utama dan kedudukan

pasaran semasa.

d) Kurang Prasarana

Wujudnya masalah kekurangan kemudahan seperti saluran

pengakutan, bekalan elektrik, bekalan air, dan sebagainya.

e) Bekalan Tidak Terjamin

Wujudnya saluran pemasaran yang tidak terjamin di mana

berlakunya pasaran tidak ada kawalan dan sumber yang baik.

f) Tidak Memenuhi Kehendak Pasaran

Terdapat juga hasil pertanian yang tidak memenuhi kehendak

pasaran semasa. Ini menyebabkan berlakunya lambakan dan

mengakibatkan pembaziran.

g) Perlaksanaan Peraturan Tertentu

Wujudnya peraturan-peraturan tertentu yang menghadkan

pengagihan pemasaran.

h) Sistem Pembungkusan

Ramai pengeluar yang mempunyai sistem pembungkusan yang

tidak menarik dan juga tidak sesuai untuk digunakan.

57
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

i) Persaingan

Persaingan yang hebat di kalangan negara-negara pengeluar cili

yang lain.

j) Kurang Pendedahan

Pengusaha kurang pendedahan dalam pemasaran terutamanya di

luar negara.

8.1.12 Langkah-Langkah Mengatasi Masalah

i) Pendekatan konsep ”Pasaran  Pengeluaran  Pemasaran”

ii) Penyebaran maklumat pasaran

iii) Mempertingkatkan promosi

iv) Penggunaan teknologi terkini

v) Pengwujudan industri hiliran cili

vi) Memperbanyakkan prasarana pemasaran

vii) Perlaksanaan penguatkuasaan

8.1.13 Strategi Pemasaran Yang Berkesan

i) Berkualiti

ii) Jaminan pengeluaran

iii) Pengendalian yang sempurna

iv) Kos pengeluaran yang minima

v) Pembungkusan yang baik

vi) Kecekapan operasi ladang kontrak

vii) Memenuhi citarasa pembeli

58
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

viii)Keberkesanan aktiviti promosi

ix) Rangkaian pemasaran yang terjamin

x) Berdaya saing

xi) Bijak mencari peluang

8.1.14 Kedudukan Pasaran Eksport Dan Import Cili Malaysia

Cili merupakan salah satu sayuran berbuah yang cukup popular di

Malaysia. Berdasarkan jadual eksport import cili Malaysia, kita boleh

merumuskan bahawa eksport cili berada dalam kedudukan agak statik

dari tahun 1995 – 2001. Namun begitu, nilai import terus meningkat

dari tahun 1995 – 2001 itu.

59
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

60
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.1.13 Pasaran Domestik

Pasaran domestik cili boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu

institusi, isi rumah dan kilang. Penggunaan cili pula boleh dibahagikan

kepada 4 kategori iaitu cili hijau, cili kering, cili merah dan cili padi.

Jangkaan penggunaan cili adalah untuk penggunaan cili tahun 2008,

2009 dan sehingga tahun 2010. Jangkaan bagi 6 tahun akan datang,

penggunaan cili akan terus meningkat berikut pertambahan bilangan

penduduk di Malaysia, dan ini akan menambahkan peningkatan

permintaan terhadap cili segar dan juga yang telah diproses cili sos

atau cili giling.

61
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Manakala penggunaan kilang juga akan terus bertambah dengan

wujudnya perhubungan di antara permintaan cili dengan penggunaan

isi rumah.

8.2 ANALISA PESAING

8.2.1 Analisis Dayasaing Tanaman Cili

Analisis dayasaing dilaksanakan bagi menentukan kedudukan

Malaysia dalam perusahaan tanaman cili berbanding negara-negara

pesaing utama iaitu Thailand, Indonesia, China dan India yang

merupakan sumber import negara.

Dayasaing tanaman cili di Malaysia dapat dinilai menggunakan kaedah

’Peta Dayasaing’ yang memperlihatkan dayasaing tanaman ini dari

segi perniagaan, teknologi dan strategi yang perlu diambil bagi

meningkatkan atau mengekalkan daya saing di pasaran terbuka ( rujuk

Peta 1).

62
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Dayasaing dan teknolgi, masing-masing dibahagikan kepada 3 tahap :

i) Dominan

ii) Berdaya Maju

iii) Lemah

Pengkelasan ini berasaskan kepada perbandingan relatif bagi

angkubah kos pengeluaran (atau lain-lain angkubah yang sesuai) dan

penghasilan (atau lain-lain angkubah yang sesuai) di antara negara-

negara pesaing.

Angkubah-angkubah kos pengeluaran (RM/tan), harga cili apabila tiba

di pasar borong Selayang (RM/tan) , harga import (RM/tan) dan kos

63
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

pemasaran (RM/tan) diguna bagi menilai dayasaing perniagaan dan

angkubah hasil (tan/ha) diguna bagi menilai dayasaing teknologi.

Berikut dibincangkan tahap dayasaing perniagaan dan dayasaing

teknologi bagi tanaman cili berasaskan harga import cili segar dan

disejukkan.

8.2.2 Dayasaing Tanaman Cili @ Angkubah Harga Import Dan Hasil

Persaingan di pasaran tempatan boleh dinilai dengan membandingkan

harga cili yang di import (harga borong bagi cili bagi Malaysia) dan

penghasilan cili se hektar bagi negara-negara pesaing (rujuk Peta 2).

64
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Malaysia berada pada kedudukan dominan daripada aspek dayasaing

teknologi memandangkan penghasilan se hektar tertinggi (19.0 tan/ha)

berbanding negara-negara pesaing. Indonesia pula berada pada

kedudukan terkebelakang dalam dayasaing teknologi dengan

penghasilan terendah iaitu 2.97 tan/ha. Pesaing terhampir pula ialah

China dengan kadar penghasilan 18.5 tan/ha dan Thailand dengan

kadar hasil 14.44 tan/ha.

Bagi dayasaing perniagaan pula, Malaysia berada dalam kedudukan

lemah kerana harga borong yang tinggi berbanding harga import dari

negara-negara pesaing.

Harga import cili segar dan disejuk beku dari Thailand adalah paling

rendah, diiukuti oleh China, Indonesia dan India. Dengan mengambil

kira dayasaing teknologi dan dayasaing perniagaan, Malaysia berada

pada kedudukan dominan dalam dayasaing teknologi dan lemah.

Dalam dayasaing perniagaan, strategi yang perlu diambil ialah ”break-

out-strategies” , dengan mempelopori penggunaan teknologi baru bagi

meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran di ladang dan

pemasaran hasil.

Kos pengeluaran di Malaysia dianggarkan kira-kira RM 0.95 / kg.

Harga cili di peringkat ladang dianggarkan pada RM 3.00 / kg dan

harga borong pula adalah RM 4.15 / kg. Wujud ketidakcekapan dalam

65
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

pemasaran cili dengan margin yang tinggi bagi peringkat ladang,

borong dan runcit.

8.3 ANALISA PERSEKITARAN

Cili dikategorikan di antara produk pertanian yang mendapat beberapa

insentif kerajaan di dalam pelaburannya.

1) Insentif Bukan Cukai

2) Insentif Potongan Cukai

3) Insentif Mengikut Projek Naungan

8.3.1 Insentif Bukan Cukai

i) Export Credit Refinancing (ECR) Scheme

Diuruskan oleh Export-Import Bank Berhad bermula 01/01/1998.

Pelaburan cili mendapat kemudahan secara langsung atau tidak

langsung daripada pinjaman jangka pendek untuk tujuan eksport

seperti berikut :

a) Kemudahan Pasca Penghantaran

Boleh memohon pinjaman semula maksimum RM50 juta

ataupun 100% daripada jumlah pinjaman dan minimum hanya

RM10 juta.

b) Kemudahan Sebelum Penghantaran

Maksimum pinjaman semula sebanyak RM50,000 ataupun 80%

daripada pinjaman asal.

66
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

ii) Export Credit Insurance And Guarantee Schemes

Skim ini ditubuhkan pada tahun 1977 dan equitinya dipegang oleh

Bank Industri Malaysia. Objektifnya adalah untuk menolong

mempromosikan eksport dan pelaburan.

iii) Industrial Technical Assistance Fund (ITAF)

Dana ini ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dengan pembiayaan

permulaan RM50 juta untuk memberi geran kepada Industri Kecil

dan Sederhana (IKS). Sebanyak RM70 juta lagi telah ditambah

untuk skim berikut :

a) Business Planning And Development Scheme

b) Process Improvement And Product Development Scheme

c) Productivity And Quality Certification Scheme

d) Market Development Scheme

iv) Fund For Food

Dana ini telah ditubuhkan pada Januari 1993. Bank Negara

Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM1,000 juta dan Bank

Pertanian Malaysia pula memperuntukkan sebanyak RM300 juta.

8.3.2 Insentif Potongan Cukai

Pelaburan di dalam pengeluaran cili telah digariskan sebagai produk

yang boleh diberi potongan cukai di bawah ”The Promotion Of

Investment Act, 1986” dan ”Income Tax Act, 1967”. Potongan boleh

dibuat secara sepenuhnya ataupun sebahagian sahaja. Tambahan

67
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

kepada potongan cukai tersebut, insentif secara potongan cukai jualan

dan duti juga boleh diminta di bawah ”Customs Act, 1967”, “Sales Tax

Act, 1972” dan “Excise Duty Act, 1976”.

i) Promotion Of Investment Act, 1986

Adalah dibawah kawalan Kementerian Perdagangan Antarabangsa

Dan Industri (MITI). Permohonan untuk perkara ini boleh dipohon

daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan

perkara-perkara yang boleh dipohon adalah :

a) Pioneer Status

b) Invesment Tax Allowance

c) Infrastructure Allowance

d) Double Deduction On Expenses For Promotion Of Exports

ii) Income Tax Act, 1967

Adalah dibawah kawalan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

dan permohonan boleh dipohon daripada Lembaga Hasil Dalam

Negeri (LHDN). Insentif-insentif yang boleh dipohon di bawah akta

ini adalah seperti berikut :

a) Agriculture Allowance

b) Reinvestment Allowance

c) Double Deduction On Research And Development

d) Double Deduction For Training

e) Double Deduction For Insurance Premiums

f) Double Deduction For Promotion Of Local Brand Name

68
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

g) Single Deduction On Pre-Operating Expenses

h) Industrial Building Allowance

i) Deduction For Capital Expenditure On Approved Agriculture

Projects

j) Special Tax Treatment For Gift

k) Tax Exemption Of Increased Exports

l) Special Capital Allowances

iii) Customs Act, 1967, Sales Tax Act, 1972 dan Excise Duty Act,

1976

Adalah dibawah kawalan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Pengecualian cukai boleh dipohoon kepada perkara-perkara

berikut :

a) Sektor Pertanian

b) Aktiviti Penyelidikan

c) Aktiviti Latihan

d) Kawalan Alam Sekitar

8.3.3 Insentif Mengikut Projek Naungan

Beberapa insentif di bawah Pekeling Kementerian Pertanian adalah

seperti berikut :

i) Taman Kekal Pengeluaran Tanaman (TKPM)

ii) Kualiti Dan Standard

iii) Skim Akreditasi Tanaman Ladang

iv) Projek Perdana

69
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

v) Khidmat Nasihat Dan Bimbingan

Taman Kekal Pengeluaran Tanaman Makanan (TKPM)

Satu kemudahan yang disediakan khas dengan kemudahan asas

untuk pengeluaran jangka pendek secara berterusan di mana pihak

MOA Inc. (agensi di bawah Kementeri Pertanian) telah diarahkan untuk

menyediakan prasarana kawasan ini. Kerja-kerja secara intergrasi oleh

agensi pertanian (Kementerian Pertanian) seperti Jabatan Pertanian,

Jabatan Parit Dan Saliran dan lain-lain, adalah termasuk kerja-kerja

pembersihan kawasan dan pembekalan sistem pengairan yang bernilai

RM10,000 / hektar, telah dijalankan.

Kualiti Dan Standard

FAMA menerusi SIRIM telah melaksanakan satu sistem berasaskan

CODEX , menyediakan satu program kawalan gred dan standard untuk

pasaran domestik dan antarabangsa. Enakment Dan Peraturan-

Peraturan Pemasaran Sayur-Sayuran, 1975 adalah berkaitan.

Skim Akreditasi Tanaman Ladang

Skim di bawah Kementerian Pertanian ini menggalakkan golongan

pengeluar untuk menyertainya. Beberapa kriteria dan pemeriksaan

perlu dilalui untuk mendapatkan sijil ini.

70
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Projek Perdana

Projek di bawah satu agensi Kementerian Pertanian membuat secara

intergrasi di mana urusan berkaitan pemasaran dan tanaman disokong

oleh badan tersebut. Projek digalakkan dikalangan ahli-ahlinya dengan

bantuan.

Khidmat Nasihat Dan Bimbingan

Semua agensi di bawah Kementerian Pertanian mempunyai tugas

memberi nasihat di dalam bidang masing-masing seperti khidmat

pemasaran dan motivasi oleh FAMA, khidmat tanaman dan subsidi

oleh Jabatan Pertanian dan MARDI.

8.4 ANALISA SWOT

8.4.1 Analisis Matrik TOWS

Matrik TOWS (rujuk Peta 3) adalah satu alat analisis (analysist’s tool)

yang digunakan bagi memaparkan kekuatan (S), kelemahan (W),

peluang (O) dan ancaman (T) bagi sesuatu projek, seperti perusahaan

tanaman cili di Malaysia.

Peta 3 : MATRIK TOWS BAGI TANAMAN CILI

KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)


1. Mempunyai tanah 1. Benih import.
subur, iklim sesuai 2. Kebun kecil dan
dan kemudahan berselerak.
infrastruktur untuk 3. Kurang pekerja.
pengeluaran. 4. Kos pengeluaran
2. Teknologi yang tinggi.
pengeluaran dan 5. Mudah rosak.
pengendalian lepas 6. Harga tidak stabil.
tuai yang cekap. 7. Kurang maklumat
3. Penggunaan dalam pasaran.
negeri bertambah. 8. Tidak memenuhi

71
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

4. Rantaian pasaran kehendak pasaran.


kukuh. 9. Sisa toksik yang
5. Khidmat sokongan tinggi.
agensi kerajaan.

PELUANG (O) Stretegi – SO Strategi – WO


1. Insentif dan galakan 1. S1/S2, O1/O2 /O3 – 1. W2, O1/O2/O3/O4
kerajaan bagi tingkat pengeluaran – tumpuan
meningkatkan bagi memenuhi penanaman
pengeluaran. permintaan dalam ekstensif di tanah
2. Penggantian import. negeri. rendah
3. Kesan WTO 2. S1/S2, O5 – tingkat menggunakan
peluang eksport pengeluaran untuk teknologi
terbuka. teroka pasaaran persekitaran
4. Kontrak pasaran eksport baru dan terkawal (seperti
dengan syarikat bangunkan pasaran sistem fertigasi)
multinasional tradisi. atau organik bagi
(contoh: pasaraya 3. S1/S2, O4 – tingkat mengurangkan sisa
besar Giant, kecekapan dan kimia.
TESCO dll , Nestle produktiviti secara 2. W3/W4/W5, O1/O2/
ekstensif bagi O3/O4 –
pengeluaran di pengeluaran secara
tanah rendah. berkelompok /
besar-besaran
dengan mekanisasi
persekitaran
terkawal bagi
meningkatkan
kecekapan dan
mengurangkan kos.
3. W1, O1/O2 –
bangunkan
teknologi
pengeluaran biji
benih .

ANCAMAN (T) Strategi – ST Strategi – WT


1. WTO dan AFTA 1. S3, T1/T2 – 1. W6, T1 – insentif
membuka peluang pendidikan dan galakan bagi
bagi negara lain promosi pengguna menerokai pasaran
mengeksport ke tentang kelebihan eksport baru dan
Malaysia. cili Malaysia. membangunkan
2. Kemasukkan cili 2. S1/S2, T3 – pasaran tradisi.
harga murah dari wujudkan insentif 2. W5, T2 –
Thailand, Indonesia, galakkan eksport penggunaan cili
China dan India. terutama import oleh institusi
3. Tahap kesedaran kemudahan dan memproses.
pengguna terhadap pengendalian lepas 3. W4, T2/T2 –
kesan makanan tuai dan teknologi baru bagi
pedas dan bertoksik pengangkutan. meningkatkan

72
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

tinggi meningkat. 3. S1/S2, T1/T2 – kecekapan,


teknologi produktiviti dan
mengurangkan kos menurunkan kos
pengeluaran dan pengeluaran.
kos pemasaran.

Strategi SO

Menggunakan kekuatan dalaman bagi mengambil kesempatan

peluang luaran.

Strategi WO

Bertujuan memperbaiki kelemahan dengan mengambil peluang luaran.

Strategi ST

Menggunakan kekuatan industri bagi mengelakkan / mengurangkan

kesan ancaman luaran.

Strategi WT

Adalah taktik bertahan bertujuan mengurangkan kelemahan dalaman

dan mengelakkan ancaman persekitaran.

8.4.2 Pemilihan Strategi

1) Meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan dalam

negeri dan eksport.

2) Tumpuan pengeluaran cili di tanah rendah di bawah persekitaran

terkawal bagi mengurangkan penggunaan bahan kimia.

73
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

3) Meningkatkan kecekapan dan produktiviti pengeluaran tanaman cili

dengan pengeluaran yang dilaksanakan secara berkelompok

menggunakan mekanisasi dan automasi bagi mengurangkan kos

pengeluaran.

4) Membangunkan teknologi pengeluaran biji benih yang toleran

kepada penyakit.

5) Pendidikan dan promosi pengguna tentang kelebihan cili tempatan.

8.5 STRATEGI PEMASARAN

8.5.1 Strategi

Beberapa strategi boleh dirangka untuk meningkatkan dayasaing

tanaman cili bagi pasaran tempatan dan eksport :

1) Strategi Produk

Bekalan yang berterusan menjadi faktor penting dalam pemasaran

cili domestik dan antarabangsa. Bagi merealisasikan matlamat

pemasaran, strategi produk perlu berkualiti, menitikberatkan

kepada pembungkusan, penggredan dan pelabelan. Untuk pasaran

jangkamasa panjang, cili Malaysia perlu melepasi standard

piawaian bagi membolehkan perluasan pasaran ke negara-negara

seperti Jepun, Taiwan, Korea, Australia, EU dan USA.

2) Strategi Harga

Bagi pasaran domestik, harga hendaklah mampu bersaing dengan

produk-produk yang diimport daripada negara jiran. Contohnya,

74
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

kedudukan harga cili Thailand agak rendah di pasaran. Maka bagi

menyaingi harga tersebut, kita terpaksa menurunkan harga di

pasaran tempatan. Bagi pasaran eksport, strategi harga perlulah

mengambil kira pasaran ”niche market” yang bercirikan produk

yang unik, berkualiti tinggi dan pembungkusan yang menarik.

3) Strategi Promosi

Pendekatan promosi yang lebih aggresif dan berkesan perlu

dilaksanakan di dalam dan luar negara. Kempen galakan memakan

sayur-sayuran tempatan dan produk-produk pertanian tempatan

hendaklah diprogramkan secara berjadual sepanjang tahun. Bagi

pasaran luar negara, aktiviti promosi perlu melihat kepada

memperkenalkan produk dari segi uji rasa, khasiat dan cara

penggunaannya.

4) Strategi Pengedaran

Sistem pengedaran yang cekap amat penting bagi memastikan

semua hasil-hasil pertanian dapat dipasarkan secara meluas. Oleh

itu, kaedah mengurangkan kadar kerosakan selepas tuai dari segi

pemprosesan, penggredan, pembungkusan dan penyimpanan,

perlu ditingkatkan. Pemasaran sayur-sayuran harus dilihat kepada

kaedah pemborongan melalui pasar borong, institusi dan

pengilangan.

75
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.5.5 Strategi-Strategi Sokongan Pemasaran

i) Rangkaian pemasaran pemborongan dan peruncitan perlu

diperbanyakkan. Sistem komisyen perlu ditukarkan kepada sistem

yang lebih telus seperti sistem lelongan. Perlaksanaan ini boleh

dipraktikkan melalui rangkaian pesaran FAMA seperti penubuhan

Terminal Makanan Negara (TEMAN) dan pasar borong baru yang

telah diprogramkan dalam Rancangan Malaysia Ke-8.

ii) Rangkaian jualan terus seperti Pasar Tani perlu diperbanyakkan

bagi membolehkan pengguna mendapatkan produk.

iii) Mewujudkan persaingan yang sihat. Peruncitan secara ’fanchais’

bagi penjualanbarang segar juga boleh diperkenalkan terutamanya

dikawasan bandar.

iv) Penguatkuasaan sistem penggredan,pembungkusan dan pelabelan

yang dilaksanakan sejak tahun 2001, membolehkan sayur-sayuran

keluaran Malaysia mempunyai standard yang tersendiri.

v) Pemasaran sayuran segar cili misalnya dikuasai oleh satu terma

disebabkan ciri mudah rosak dan kecekapan barangan tersebut tiba

di pasaran. Perlindungan yang rapi dan sesuai perlu dipraktikkan

bergantung kepada jenis sayur-sayuran yang dikeluarkan.

76
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

vi) Pembungkusan pukal (bulk packaging) yang diamalkan sekarang

menggunakan bakul buluh, guni dan lain-lain yang tidak sesuai,

perlu diubah. Trend permintaan pasaran yang memerlukan

pembungkusan yang lebih kecil menggunakan kotak, nilon bag dan

bakul plastik, merupakan kaedah pembungkusan yang terbaik.

Cara ini lebih sesuai, mudah dikendalikan dan mengurangkan

peratus kerosakan.

vii) Dasar menyekat kemasukkan barangan yang tidak berkualiti bagi

mengelakkan lambakan sayur-sayuran di pasaran yang

menjejaskan pendapatan petani perlu dikuatkuasakan.

viii)Bagi pasaran eksport, sektor udara dan laut perlu efisyen serta

menawarkan kos perkhidmatan yang kompetitif. Penyediaan ruang

kargo yang mencukupi bagi pengeksportan barangan segar dan

mudah rosak perlu dikhaskan.

ix) Sistem bayaran rebet perkhidmatan kargo udara perlulah dikaji bagi

mengimbangkan tanggungan kos ejen penghantaran. Galakan

pelaburan kepada syarikat luar yang melabur dalam sektor sayur-

sayuran untuk tujuan eksport perlulah diadakan. Di samping itu,

galakan untuk pelaburan semula (reverse investment) kepada

syarikat Malaysia yang melabur di luar negara untuk sayur-sayuran

gantian import perlu diperkenalkan.

77
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

x) Pendekatan ke arah mewujudkan lebih ramai usahawantani dalam

bidang pengeluaran, pembekalan input, pemasaran, pengangkutan

dan penggredan boleh dilaksanakan melalui cara berikut :

 Mengadakan latihan usahawantani

 Mengadakan insentif-insentif kepada usahawantani

 Mewujudkan dana dan modal pusingan

 Menyediakan rangkaian premis-premis perniagaan

 Menyediakan peluang-peluang perniagaan pelbagai bidang

seperti pembekalan input, pemprosesan dan lain-lain.

 Menyediakan teknologi yang terkini bagi bidang-bidang yang

berkesan dengan keperluan input pertanian.

xi) Kemajuan teknologi masa kini memerlukan perubahan cara

pengedaran. Pengedaran seperti e-dagang akan menjadi

pendekatan terbaru yang memenuhi keperluan pengguna yang

mementingkan keselesaan dan gaya hidup.

8.6 PEMILIHAN STRATEGI

i) Berpandukan kepada penetapan hala tuju baru komoditi cili, satu

strategi bersepadu perlu diwujudkan. Strategi tersebut haruslah

berpandukan kepada kecekapan pemasaran yang strategik di

mana ia boleh didefinasikan seperti berikut :

Kecekapan Pemasaran :

Kecekapan Faktor Luaran + Kecekapan Faktor Dalaman

78
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Kecekapan Faktor Dalaman :

Kecekapan Pengeluaran + Kecekapan Pasaran

Kecekapan Faktor Luaran = Penyelasaian kepada faktor berkaitan

ii) Faktor-faktor pengeluaran adalah amat penting untuk tujuan

berdaya saing dan berdaya maju dalam sesuatu kemajuan

pemasaran. Perkara ini boleh berhubungkait dengan kos

pengeluaran yang rendah dan pengeluaran yang berterusan. Faktor

penyesuaian tanah tidak menjadi halangan kepada penanaman cili

disebabkan semua tanah di Malaysia mempunyai tahap kesuburan

yang baik.

iii) Dalam penyelidikan menunjukkan pengeluaran per hektar Malaysia

adalah di antara yang terbaik di rantau Asia tetapi ”keeping quality”

yang mencacatkan rantaian pengeluaran (supply chain).

iv) Pusat jualan di Malaysia meliputi beberapa tempat yang agak

strategik di mana tedapat beberapa buah pasaraya hypermarket,

supermarket, kedai runcit, pasar malam, pasar awam serta lebih

280 buah gerai pasar tani. Saluran pasaran adalah agak baik

dengan adanya jalan perhubungan darat yang sempurna dan

pelabuhan yang efisyen.

79
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

v) Faktor keamanan dan kestabilan sosio politik negara amat penting

kepada perkembangan pemasaran. Malaysia boleh dikategorikan

sebagai sebuah negara yang selamat. Sekatan tarif akan

dikurangkan dengan adanyan perjanjian WTO dan perlaksanaan

AFTA, Malaysia boleh diancam oleh lambakan dari negara

persekitaran terutama dari Thailand dan Indonesia.

vi) Maka, Malaysia perlu memperkukuhkan prosedur ”phytosanitary”

untuk kemasukkan komoditi dari negara asing. Faktor bukan tarif ini

adalah senjata terbaik Malaysia untuk mengelakkan komoditi yang

tidak dikelaskan untuk dimakan. Faktor ini dapat menstabilkan

harga komoditi cili dan akhirnya dapat menceriakan petani dan

pengguna di Malaysia.

vii) Oleh itu, strategi yang perlu dijelaskan ialah negara Malaysia dapat

mengeluarkan komoditi cili dengan kos pengeluaran yang efisyen

dan kehilangan lepas tuai yang rendah serta kualiti penyimpanan

(keeping quality) yang baik. Dengan ini, bolehlah dijadualkan

rantaian penyaluran pengeluaran kepada pengguna.

80
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

8.7 FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN

i) Isu dan masalah yang mempengaruhi dalam rancangan pemasaran

cili adalah :

BIL. ISU / MASALAH PEMANTAUAN


1. Harga yang tidak stabil  Pengeluaran tidak konsisten
 Maklumat pasaran terhad
 Jadual penanaman/pemasaran
lemah
 Cuaca tidak stabil

2. Kurang saluran pasaran  Maklumat terkini lambat


 Prasarana canggih di Malaysia

3. Kurang maklumat  Penyebaran terhad


pasaran  Tidak menepati sasaran

4. Kurang prasarana  Tidak menggunakan prasarana


secara berkesan.
 Tidak menggunakan secara
optima.

5. Bekalan tidak terjamin  Mengikut musim dan selera


petani

6. Tidak memenuhi  Masih mengutamakan


pasaran pengeluaran daripada pilihan
pasaran.

7. Perlaksanaan peraturan  Perubahan akta dan peraturan


tertentu undang-undang.

8. Sistem pembungkusan  Mengikut selera penjual dan


keadaan komoditi

9. Persaingan  Perkara biasa dalam pasaran

10. Kurang pendedahan  Kebanyakan petani buta


maklumat.

11. Kualiti Penyimpanan  Genetik baru / genetik ubahsuai.

81
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

ii) Pengguna dan petani selalu merungut tentang faktor harga yang

selalunya tidak stabil. Pengguna mahu nilai ringgit yang dibayar

dan petani mahu nilai tenaga yang disumbangkan untuk

membangunkan industri cili dan titik perseimbangan perlu dicari.

iii) Faktor utama kepada harga tersebut adalah pengeluaran yang

tidak konsisten kerana faktor cuaca yang tidak kondusif sepanjang

tahun. Oleh itu, faktor tersebut dan faktor-faktor lain seperti di

dalam jadual di atas dapat di atasi dengan melahirkan produk cili

yang boleh disimpan selepas tuai dengan tempoh tidak kurang

daripada 6 bulan.

iv) Dengan penyimpanan 6 bulan ke atas, produk cili dapat distabilkan

harga sepanjang tahun dan pelan pemasaran dapat dijadualkan.

Untuk melahirkan kualiti penyimpanan yang ini perlulah ada genetik

baru yang boleh ditanam. Genetik ini diperolehi sama ada dari

pengubahsuaian genetik atau dari penemuan baru.

82
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.0 RANCANGAN KEWANGAN

Analisis kewangan ini mengambil kira kesemua kos yang terlibat serta

pulangan (hasil) yang diramal daripada projek ini iaitu penanaman

5,000 pokok cili menggunakan sistem fertigasi di dalam 10 unit rumah

pelindung tanaman (berukuran 20 kaki lebar dan 100 kaki panjang) di

atas tapak seluas 5 ekar.

9.1 ANGGARAN KOS PERMULAAN

Projek ini melibatkan kos pembangunan yang tinggi terutama kos

pembinaan struktur rumah pelindungan tanaman. Kos-kos permulaan

yang terlibat adalah :

1) Kos Pembangunan

2) Kos Operasi

3) Kos Pengeluaran

9.1.1 Kos Pembangunan

i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan

BIL PERKARA KOS (RM)


1. Meracun rumpai dan tumbuhan 2,500
secara kontrak bagi keluasan 5
ekar tanah untuk mematikan
tumbuhan supaya mudah
dibersihkan.

Kadar upah :
RM 500 / ekar x 5 ekar

2. Pembersihan kawasan secara 5,000


kontrak menggunakan jentolak /
JCB untuk keluasan 5 ekar tanah.

83
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Kadar upah :
RM 1,000 / 5 ekar x 5 hari kerja

3. Kerja-kerja merata dan 2,500


memadatkan tanah secara kontrak
bagi keluasan 5 ekar tanah.

Kadar upah :
RM 500 / ekar x 5 ekar

Jumlah Kos 10,000

ii) Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana

BIL PERKARA KOS (RM)


1. Jalan Ladang 5,000
2. Perparitan 5,000
3. Pagar Kawasan 5,000
4. Sumber Air 2,500
5. Sumber Elektrik 2,000
6. Bangunan Pejabat Operasi 15,000
7. Rumah Pam Sistem Fertigasi 10,000
8. Stor Peralatan dan Bahan Input 7,500
9. Pusat Pengumpulan Hasil 7,500

Jumlah Kos 60,000

iii) Pembinaan Struktur Rumah Pelindung Hujan

Untuk memuatkan 5,000 pokok cili yang bakal ditanam, sebanyak

10 buah rumah pelindung tanaman yang perlu dibina dengan

keluasan strukturnya adalah 20 kaki lebar dan 100 kaki panjang.

84
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

BIL PERKARA KOS (RM)

1. Besi GI 1” 50,000

2. Besi GI 1 ½ ” 20,000

3. Klip Besi Long Hook 1” 15,000

4. Klip PVC (hitam) 1” 10,000

5. Plastik Politena UV Lut Sinar 5,000

6. Jaring Kalis Serangga 5,000

7. Upah Pemasangan 10,000

Jumlah Kos 115,000

iv) Pembinaan Sistem Fertigasi

BIL PERKARA KOS (RM)


1. Paip Utama (Polypipe HDPE 1,000
35mm)
2. Paip Sekunder (Polypipe HDPE 2,000
16mm)
3. Paip Tertier (Microtubing 6mm) 3,500

4. Start Joiner 4/6mm (2 way) 1,500

5. Pen dripper 2,000

6. Off Take Valve 500

7. Rubber Gromet 500

8. Barb End Line 500

9. Digital Timer 500

10. Disc Filter 50mm 1,000

11. Pam Air 1,000

12. Tangki Air 2,700 Liter 1,500

85
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

13. Tangki Air 200 Liter 500

14. Fitting 500

15. pH Meter 500

16. EC Meter 500

17. Penebuk Lubang Efektif 4mm 500

18. Penebuk Lubang 16mm (Drill Bit) 500

19. Plastik Tutup Bumi (Silvershine) 1,500


1.2m x 250m
20. Upah Pemasangan 5,000

Jumlah Kos 25,000

9.1.2 Anggaran Kos Pembangunan

BIL PERKARA KOS (RM)


Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan
1. 10,000
Kawasan
Pembinaan Infrastruktur Dan
2. 60,000
Prasarana
Pembinaan Struktur Rumah
3. 115,000
Pelindung Hujan

4. Pembinaan Sistem Fertigasi 25,000

Jumlah Kos Pembangunan 210,000

86
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.1.3 Kos Operasi ( 4 Bulan @ 1 Musim)

Kos ini adalah perbelanjaan pengurusan projek meliputi perbayaran

gaji, elaun, bil-bil utiliti, sewa dan lain-lain bayaran yang diperlukan

setiap bulan bagi tempoh 4 bulan atau 1 musim.

i) Gaji Pengurusan / Kakitangan / Buruh

BAYARAN KOS BAGI 4


BIL PERKARA
BULANAN (RM) BULAN (RM)
1. Penyelia 2,000 8,000
(1 orang)
2. Buruh Am 3,000 16,000
(4 orang)

Jumlah Kos 5,0000 24,000

ii) Utiliti Dan Pengendalian (api, elektrik, telefon, sewa dan lain-lain)

BAYARAN KOS BAGI 4


BIL PERKARA
BULANAN (RM) BULAN (RM)
1. Sewa tanah (5 ekar) 2,500 10,000
Kadar : RM 500.00/
ekar / bulan
2. Air JBA 500 2,000

3. Elektrik 250 1,000

4. Telefon dan Faksimili 250 1,000

5. Alat Tulis dan 500 2,000


keperluan pejabat
6. Petty Cash 1,000 4,000

Jumlah Kos 5,000 20,000

87
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.1.4 Anggaran Kos Operasi ( 4 Bulan @ 1 Musim)

BULANAN 1 MUSIM
BIL PERKARA
(RM) (RM)

1. Gaji Pengurusan / kakitangan 5,000 20,000

2. Utiliti Dan Pengendalian 5,000 20,000

Jumlah Kos Pembangunan 10,000 40,000

9.1.5 Kos Pengeluaran ( 4 Bulan @ 1 Musim)

Kos ini merangkumi perbelanjaan pembelian bahan input seperti baja,

benih, racun kimia dan lain-lain. Perbelanjaan ini adalah keperluan

bagi satu pusingan tanaman dan berulang pada setiap pusingan

(musim).

9.1.6 Anggaran Kos Pengeluaran (4 Bulan @ 1 Musim)

KOS BELANJA 1
BIL PERKARA
MUSIM (RM)
1. Benih Cili (5,000 pokok) 500

2. Polybeg 16" x 16" x 0.12mm 2,000

3. Tray Semaian 'Plug' 500

4. Peat Moss 500

5. Cocopeat (Sabut Kelapa) 3,000

6. Sekam Bakar 4,000

7. Baja Fertigasi (Set A & Set B) 12,000

8. Racun Kimia 1,500

9. Lain-lain keperluan 1,000

Jumlah Kos 25,000

88
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.1.7 Jumlah Keseluruhan Kos Permulaan

Jumlah perbelanjaan yang diperlukan bagi memulakan projek ini awal

kerja-kerja pembersihan kawasan, penanaman hingga penuaian hasil,

iaitu bagi tempoh selama 4 bulan adalah :

BIL PERKARA KOS (RM)


1. KOS PEMBANGUNAN
i) Kerja-Kerja Awalan Dan 10,000
Pembersihan Kawasan
ii) Pembinaan Infrastruktur Dan 60,000
Prasarana
iii) Pembinaan Struktur Rumah 115,000
Pelindung Hujan 20’ lebar x 100’
panjang (10 buah)
iv) Pembinaan Sistem Fertigasi 25,000

Jumlah Kos Pembangunan 210,000

2. KOS OPERASI ( 4 BULAN)


i) Gaji Pengurusan / Kakitangan 20,000
ii) Utiliti Dan Pengendalian 20,000

Jumlah Kos Operasi 40,000

3. KOS PENGELUARAN (4 BULAN)


i) Benih Cili (5,000 pokok) 500
ii) Polybeg 2,000
iii) Tray Semaian 'Plug' 500
iv) Peat Moss 500
v) Cocopeat (Sabut Kelapa) 3,000
vi) Sekam Bakar 4,000
vii) Baja Fertigasi (Set A & Set B) 12,000
viii)Racun Kimia 1,500
ix) Lain-lain keperluan 1,000

Jumlah Kos Pengeluaran 25,000

JUMLAH KESELURUHAN
275,000
KOS PERMULAAN

89
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.2 HASIL DAN PULANGAN

i) Jumlah hasil yang diperolehi dianggarkan daripada bilangan pokok

yang ditanam x hasil sepokok .

Bilangan Pokok Ditanam = 5,000 pokok

Anggaran Hasil Semusim = 5 kg / pokok

Jumlah Hasil Semusin = 5 x 5,000

= 25,000 kg

= 25 tan / musim (4 bulan)

Bilangan Musim / Tahun = 3 musim

Jumlah Hasil Setahun = 25,000 kg x 3 musim

= 75,000 kg / tahun

= 75 tan

ii) Pulangan pendapatan dikira pada harga ladang.

Harga jualan di ladang = RM 4.00 / kg

Jumlah Pendapatan Semusim = RM 4.00 x 25,000 kg

= RM 100,000.00 / musim

Jumlah Pendapatan Setahun = RM 100,000.00 x 3 musim

= RM 300,000.00 / tahun

90
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

9.3 ALIRAN TUNAI

Aliran Tunai Musim 1 :

BULAN
PERKARA
1 2 3 4
PENDAPATAN
1) Hasil Pengeluaran (kg) - - - 25,000
2) Jualan ( RM 4 / kg) - - - 100,000

Jumlah Pendapatan 0 0 0 RM 100,000


PERBELANJAAN
1) Kos Pembangunan 210,000 - - -
2) Kos Operasi 10,000 10,000 10,000 10,000
3) Kos Pengeluaran 25,000 - - -

Jumlah Perbelanjaan 245,000 10,000 10,000 10,000


Lebihan / Defisit ( 245,000) (255,000) (265,000) (175,000)

Aliran Tunai Musim 2 :

BULAN
PERKARA
5 6 7 8
PENDAPATAN
1) Hasil Pengeluaran (kg) - - - 25,000
2) Jualan ( RM 4 / kg) - - - 100,000

Jumlah Pendapatan 0 0 0 RM 100,000


PERBELANJAAN
1) Kos Pembangunan - - - -
2) Kos Operasi 10,000 10,000 10,000 10,000
3) Kos Pengeluaran 25,000 - - -

Jumlah Perbelanjaan 35,000 10,000 10,000 10,000


Lebihan / Defisit ( 210,000) (220,000) (230,000) (140,000)

91
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Aliran Tunai Musim 3 :

BULAN
PERKARA
9 10 11 12
PENDAPATAN
1) Hasil Pengeluaran (kg) - - - 25,000
2) Jualan ( RM 4 / kg) - - - 100,000
Jumlah Pendapatan 0 0 0 RM 100,000
PERBELANJAAN
1) Kos Pembangunan - - - -
2) Kos Operasi 10,000 10,000 10,000 10,000
3) Kos Pengeluaran 25,000 - - -
Jumlah Perbelanjaan 35,000 10,000 10,000 10,000
Lebihan / Defisit ( 175,000) (185,000) (195,000) (105,000)

Aliran Tunai Satu Tahun :

PERKARA MUSIM 1 MUSIM 2 MUSIM 3 JUMLAH


PENDAPATAN
1) Hasil Pengeluaran (kg) 25,000 25,000 25,000 75,000
2) Jualan ( RM 4 / kg) 100,000 100,000 100,000 300,000
Jumlah Pendapatan 100,000 100,000 100,00 300,000
PERBELANJAAN
1) Kos Pembangunan 210,000 - - 210,000
2) Kos Operasi 40,000 40,000 40,000 120,000
3) Kos Pengeluaran 25,000 25,000 25,000 75,000
Jumlah Perbelanjaan 275,000 75,000 75,000 405,000
Lebihan / Defisit (175,000) 35,000 35,000 ( 105,000)

9.4 DAYA MAJU PROJEK

Kedayamajuan projek ini diukur dengan menggunakan 3 petunjuk:

1) Nilai Kini Bersih (Net Present Value) / NPV

2) Kadar Pulangan Dalaman (Internal Rate Of Return) / IRR

3) Jangka Masa Pulang Balik Modal

Dari unjuran aliran tunai seperti dalam jadual dibawah ini,

kedayaanmajuan projek ini dapat diukur.

92
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

Jadual : Unjuran Aliran Tunai Bagi Tempoh 5 Tahun

TAHUN 1 2 3 4 5
PENDAPATAN KASAR
Pengeluaran (kg) 75,000 75,000 75,000 75,000 75,000
Jualan @ RM4 / kg 300,000 300,000 300,000 300,000 300,000

PERBELANJAAN
Kos Pembangunan 210,000 - - - -
Kos Pengeluaran 120,000 120,000 120,000 120,000 120,000
Kos Operasi Dan
75,000 75,000 75,000 75,000 75,000
Penyelenggaraan
Jumlah Kos 405,000 195,000 195,000 195,000 195,000

Pendapatan Bersih (105,000) 105,000 105,000 105,000 105,000


Jumlah Pendapatan
(105,000) 0 105,000 210,000 315,000
Bersih Terkumpul

NPV @ 10% =

IRR (%) =

Tempoh Pulang Modal = 2 tahun

93
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

10.0 JADUAL PERLAKSANAAN

10.1 Kalender Perlaksanaan

BULAN
AKTIVITI LADANG
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
1) Pembersihan Kawasan
2) Penyediaan Tapak
3) Penyediaan Semaian
4) Penanaman
5) Pembajaan
6) Kawalan Perosak
7) Kawalan Penyakit
8) Penyelengaraan Tanaman
9) Penuaian
10) Aktiviti Lepas Tuai
11) Jualan Dan Pemasaran

10.2 Jadual Kerja

MINGGU AKTIVITI CATATAN


-4 Penyediaan Kawasan  Bagi projek yang baru
bermula, kerja-kerja seperti
membina jalan, perparitan,
infrastruktur dan prasarana.
 Bagi pusingan musim
seterusnya, kerja-kerja
membuang sisa polibeg
tanaman, membetulkan
sistem fertigasi dan lain-
lain.
 Memusnahkan rumpai
perumah serangga perosak
dan penyakit dan lain-lain.

-3 Penyediaan Tapak  Membersihkan bumbung


rumah pelindung tanaman
dari kulat, lumut atau
sebarang kekotoran.
 Membaiki apa-apa
kerosakan pada struktur
rumah pelindung tanaman
dan lain-lain.

94
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

-2 Penyediaan Media Tanaman  Menggaul dan mengisi


media tanaman.
 Menyediakan campuran
media dan lain-lain.

-1 Penyediaan Semaian  Menyemai benih tanaman


dalam tray semaian plug.
 Semburan baja dan
kawalan serangga dan
penyakit.
 Kawalan suhu, haba dan air
pada media semaian.

0 Penanaman  Memindahkan ke ladang.


 Menyusun polibeg ikut
barisan.

1  Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


 Pembajaan fertigasi.
 Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.

2  Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


 Pembajaan fertigasi.
 Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.

3  Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


 Pembajaan fertigasi.
 Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.

95
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

 Buang sulur air.


 Penyediaan kayu / tali /
dawai penyokong tanaman.

4  Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


 Pembajaan fertigasi.
 Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.
 Buang sulur air.
 Penyediaan kayu / tali /
dawai penyokong tanaman.

5  Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


 Pembajaan fertigasi.
 Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.

6  Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


 Pembajaan fertigasi.
 Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.

7  Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


 Pembajaan fertigasi.
 Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan

96
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

agar tidak tersumbat.

8  Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


 Pembajaan fertigasi.
 Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.

9  Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


 Pembajaan fertigasi.
 Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap
 Mula Menuai Hasil hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.
 Mula menuai hasil, selepas
60 hari cili mula masak.

10  Menuai Hasil,  Memetik cili


 Lepas Tuai  Membersih, membungkus,
 Jualan dan Pemasaran menggred.
 Pengedaran kepada
pemborong.
 Jualan terus.

11  Menuai Hasil,  Memetik cili


 Lepas Tuai  Membersih, membungkus,
 Jualan dan Pemasaran menggred.
 Pengedaran kepada
pemborong.
 Jualan terus.

12  Menuai Hasil,  Memetik cili peringkat akhir


 Lepas Tuai  Membersih, membungkus,
 Jualan dan Pemasaran menggred.
 Pengedaran kepada
pemborong.
 Jualan terus.

97
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi

11.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, projek tanaman cili secara kaedah fertigasi ini

mampu memberi keuntungan yang lumayan kepada pengusahannya

dalam jangka masa panjang.

Walaupun kos permulaan yang tinggi bagi pembangunan infastruktur

kenaikkan kos bahan input seperti baja dan racun dan kenaikkan kos

operasi disebabkan oleh kenaikkan harga bahan api baru-baru ini,

namum ia dapat diseimbangkan dengan peningkatan harga bagi cili di

pasaran.

Permintaan yang tinggi dari pengguna di sektor industri, isi rumah dan

institusi serta faktor kekurangan bekalan cili yang tinggi di pasaran,

masih menunjukkan kedayamajuan yang relevan bagi projek ini

walaupun adanya pertambahan pesaing domestik oleh sebab

peningkatan bilangan pengusahan tanaman cili di Malaysia.

Dengan mengambilkira faktor semasa di bantu oleh kakitangan

pengurusan yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ini, pihak

kami yakin dan percaya bahawa projek ini adalah berdaya maju dan

mampu memberi keuntungan yang lumayan dalam jangka masa

panjang.

98