Anda di halaman 1dari 2

BERMUSAFIR - SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW Rasulullah saw menganjurkan kita untuk bermusafir.

Rasulu...llah ada menggariskan adab-adab dan sunnah yang boleh kita bersama amalkan :)

1) Ada tujuan/niat yang betul

2) Solat sunat dua rakaat sebelum bertolak Rasulullah saw berkata inilah perkara terbaik yang perlu dilakukan sebelum bertolak daripada rumah untuk bermusafir.

3) Musafir pada hari khamis Rasulullah saw suka bermusafir pada hari khamis. Baginda tidak akan bermusafir pada hari Jumaat. dan Rasulullah saw bersabda agar bermusafirlah pada malam hari kerana ia akan memendekkan perjalanan.

4) Bawa keperluan asas. Sunnah Rasulullah membawa siwak ketika bermusafir. Baginda saw membawa juga sikat, cermin, celak dan kayu wangi.

5) Mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga sebelum berangkat

6) Meminta didoakan perjalanan agar selamat Dikisahkan, Rasulullah saw pernah meminta Umar al-Khattab mendoakan perjalanan Baginda. Rasulullah saw pun meminta sahabat mendoakan perjalanan, kita lebih-lebih lagilah kena mintak sahabat doakan, sebab gantung harap kita hanya Allah SWT.

7) Baca Bismillah

8) Pilih teman yang pekerti. Disunnahkan agar bermusafir secara berjemaah dan memilih seorang sebagai ketua.

9) Bertakbir pada aras tinggi, dan bertasbih pada aras rendah. Contohnya apabila kapal terbang nk berlepas dan berada di puncak yang tinggi, kereta nak naik bukit, jejantas maka..bertakbirlah..Allahu akbar..Allahu akbar.. apabila kapal terbang nak mendarat maka sebutlah subhanallah, subhanallah.

10) Dengar nasyid -"al-Huda" Rasulullah sepanjang bermusafir, Baginda suka mendengar nyanyian yang menenangkan tetapi tidak melalaikan. Rasulullah mahu wujudkan suasana aman dan selesa.

11) Berdoa mohon pertolongan Allah agar dipermudahkan urusan tatkala sampai pada tempat yang ingin dituju.

12) Jangan lupa bagi hadiah Bila dah bermusafir, jangan lupa beri hadiah walaupun hadiah tu kecik, tak mahal.. kerana hadiah dapat mengeratkan hati manusia. Rasulullah bersabda meskipun, ramai yang bawak balik hadiah, tetapi tak ramai yang tahu bahawa bagi hadiah selepas musafir itu sunnah Rasulullah saw. best kan sunnah Rasulullah :)

Kalau kita mengamalkan salah satu, yang bagusnya semua, kita dapat rasakan ia suatu perjalanan yang luar biasa kerana kita dah jadikan Rasulullah sebagai ikutan dan model terbaik..