Anda di halaman 1dari 1

Contoh laporan LAPORAN AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS SK. MATANG, 34750 MATANG, PERAK.

Pada 24 April 2010, Program lawatan sambil belajar telah diadakan oleh persatuan Pendidikan Agama Islam kepada murid-murid Pendidikan Khas Matang ke Cameron Highlands. Dengan disertai seramai 23 orang murid dan 18 orang guru. Lawatan ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan aktiviti luar. Kami bertolak dari SK Matang pada pukul 7.15 pagi dan terus ke perhentian R&R Sungai Perak untuk sarapan pagi. Rombongan kami turut diiringi oleh wakil pihak PLUS sehingga ke Cameron Highlands. Dalam pukul 11.00 pagi rombongan sampai dan meneruskan lawatan ke Mardi. Dikawasan tersebut kami melihat pelbagai jenis tanaman yang diusahakan oleh pihak Mardi antaranya strawberry, anggur dan sebagainya. Setelah selesai lawatan di Mardi, kami berhenti rehat dan makan tenggahari di taman berdekatan dengan Mardi. Seterusnya perjalanan diteruskan ke Kea Farm dan pusat jualan sayur sehingga ke pukul 6.00 petang. Seterusnya kami bertolak pulang dan tiba di SK Matang dalam jam 9.00 malam. PENUTUP Adalah diharapkan program ini mendapat manfaat sebagaimana yang telah dirancangkan. Rehlah yang dijalankan ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara murid-murid dan guru-guru. Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

RODZIYAH BINTI JOHAN Setiausaha Program Lawatan, Riadhah dan Mobiliti. Program Pendidikan Khas SK Matang.

PN.SHAMSIAH BT HJ MOHD JAIZ Penyelaras Pendidikan Khas 2010 SK Matang

Anda mungkin juga menyukai