Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ARA KERTAS KERJA PROGRAM PENINGKATAN DISTINCTION HERE I COME 2012 MATA PELAJARAN

: BAHASA INGGERIS 1. PENGENALAN

Program DISTINCTIONS HERE I COME adalah satu program yang dirangka khusus untuk membantu calon-calon yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM,dan MUET 2011. Program ini akan memberi pendedahan dan informasi kepada semua calon tentang cara-cara untuk melengkapkan diri bagi memenuhi kehendak dan keperluan mata pelajaran-mata pelajaran tersebut serta teknik-teknik untuk menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan dalam kertas peperiksaan dengan penuh keyakinan. Program ini berdasarkan Teras 6 PIPP iaitu Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. 2. MATLAMAT

Meningkatkan kesedaran kendiri calon-calon untuk lulus dengan cemerlang dan seterusnya dapat meningkatkan peratus kelulusan dan kuantiti peratus lulus mata pelajaranmata pelajaran Bahasa Inggeris PMR dan SPM, English dan MUET bagi tahun 2011. 3. OBJEKTIF 3.1 Memberi informasi terkini dan mapan berkaitan teknik-teknik menjawab kertas soalan Bahasa Inggeris PMR dan SPM, serta MUET 3.2 Menyuntik keyakinan pelajar agar lebih bersedia dan yakin untuk menempuh peperiksaan 3.3 Memberi rangsangan dan dorongan kepada pelajar untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris PMR dan SPM, dan MUET 3.4 Memberi kesedaran akan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris untuk peluang masa depan pelajar yang lebih cerah 3.5 Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan dengan mewujudkan kluster kecemerlangan pendidikan. 4. KUMPULAN SASARAN 4.1 Semua calon PMR 2012 4.2 Semua calon SPM 2012 4.3.Semua calon STPM (Tingkatan 6 Atas) 2012 5. STRATEGI

Semua guru yang terlibat akan diberi taklimat berkaitan program DISTINCTIONS HERE I COME ini. Guru-guru akan ditugaskan untuk mengenal pasti dan menyedia bahanbahan berkaitan yang sesuai untuk digunakan sepanjang program ini. Semua calon PMR, SPM,dan MUET pula akan didedahkan dengan informasi terkini berkaitan kehendak dan keperluan menjawab soalan-soalan kertas peperiksaan. Melalui program ini Panitia Bahasa Inggeris bertujuan memperkenalkan standard dan penandaarasan baru.

6.

PELAN TAKTIKAL

Guru-guru berkolaborasi untuk mengenalpasti dan menyedia bahan-bahan berkaitan yang sesuai untuk diguna di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan yang telah dikenalpasti ini akan digunakan secara berkala dan konsisten di dalam kelas sepanjang tempoh program ini. Bagi memantapkan keberkesanan input yang diberi kepada pelajar, dicadangkan latihan-latihan seperti soalan-soalan peperiksaan yang lepas, soalan-soalan ramalan serta latihan masa cuti (Holiday Package) diberikan. Satu sesi Taklimat / Bengkel Menjawab Soalan Kertas Peperiksaan berkaitan juga akan dijalankan samada oleh penceramah jemputan atau penceramah dalaman yang berkaliber. 7. PELAKSANAAN PROGRAM A. Taklimat / Bengkel Menjawab Soalan Peperiksaan : 7.1 Tarikh :-PMR (Bahasa Inggeris) -SPM (Bahasa Inggeris) -MUET Masa : 1 - 2 jam = Dewan Dato Haji Ismail Hashim = Bilik ETV - April - Mei - April dan Oktober

7.2 7.3

Tempat :-PMR dan SPM -MUET

B. Bengkel Teknik Penulisan PMR dan SPM 7.4 Tarikh PMR (Bahasa Inggeris) SPM (Bahasa Inggeris) MUET Masa : 2 jam Tempat : PMR SPM MUET -Bilik Anjung Bestari - Makmal Bahasa - Bilik ETV - Mac - April - Mei

7.5 7.6

C.Aktiviti-aktiviti program yang lain akan dijalankan sewaktu kelas berlangsung (proses pengajaran dan pembelajaran) 8. JAWATANKUASA PROGRAM Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Penyelaras Setiausaha AJK 9. : Pengetua : Pn. Nooraliza Bt Nasruddin(PK Pentadbiran) : Pn. Wan Jamilah bt Wan Hassan (PK HEM) : Pn. Norliza Binti Noor Ali : Koordinator Tingkatan 3, 5 dan 6 : Semua guru Bahasa Inggeris, dan MUET

ANGGARAN PERBELANJAAN (Teknik Menjawab & Teknik Penulisan BI) Kertas cetak (A4) Bayaran Penceramah Jamuan Ringan Hadiah (Cenderahati & kuiz) Rencam : 10 rim X RM 10.00 : 6 orang X RM 100.00 : 6 orang X RM 20.00 : = RM 100.00 = RM 600.00 = RM 120.00 = RM 150.00 = RM 100.00

: JUMLAH 10. SUMBER KEWANGAN Wang P.C.G

-----------------= RM 1070.00 ==========

11.

PENILAIAN DAN PEMANTAUAN 11.1 Pelajar-pelajar dapat memberi respon spontan positif semasa disoal balas oleh penceramah / guru di dalam bengkel / kelas. 11.2 Pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan input teknik menjawab soalan dengan memberi jawapan tepat dan jelas dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun serta Peperiksaan Percubaan.

12

INDIKATOR KEJAYAAN 12.1 Pelajar-pelajar dapat mengikuti, memahami serta mengaplikasi input-input yang diterima sepenuhnya dengan menjawab semua soalan di dalam kertas peperiksaan. 12.2 Peningkatan samada dalam kualiti lulus ( peningkatan peratus kelulusan mata pelajaran tersebut secara keseluruhan ) atau kuantiti lulus ( peningkatan peratus kelulusan bilangan calon yang menduduki mata pelajaran tersebut ).

13.

PELAN KONTIGENSI Guru-guru mata pelajaran tersebut akan menggunakan bahan-bahan sedia ada panitia seperti transparensi, buku-buku rujukan, VCD dan sebagainya untuk menyampaikan informasi yang dirancang sekiranya tiada penceramah jemputan yang sesuai / sudi hadir dengan menggunakan slot waktu pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Alternatif kedua, guru-guru berkolaborasi dengan kalangan guru mata pelajaran terbabit dan melantik salah seorang yang berkaliber untuk menjadi penceramah dalaman sebagai ganti.

Disediakan oleh,

Pn. Norliza Binti Noor Ali Ketua Panitia Bahasa Inggeris SMK Sungai Ara

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ARA KERTAS KERJA PROGRAM PEMULIHAN I Love Literature 2012 MATA PELAJARAN : BAHASA INGGERIS 1. PENGENALAN

Latarbelakang pelajar yang rata-ratanya mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah, tiada inisiatif dan tidak berminat mempelajari Bahasa Inggeris kerana beranggapan bahasa itu sukar untuk difahami telah mendorong Panitia Bahasa Inggeris untuk merangka Program I Love Literature Month ini. Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua ataupun bahasa ketiga yang wajib dipelajari oleh semua pelajar di peringkat sekolah menengah. Justeru adalah amat penting bagi para pelajar ini untuk disuntik minat mereka dan seterusnya mengubah paradigma dan konotasi mereka untuk lebih berminat dan ingin memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Program ini berdasarkan Teras 2 PIPP iaitu Membangunkan Modal Insan. 2. MATLAMAT Meningkatkan minat dan keinginan para pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris 3. OBJEKTIF 3.1 Merangsang minat pelajar terhadap Bahasa Inggeris dengan menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif. 3.2 Menggalakkan pelajar mempelajari Bahasa Inggeris dengan cara membaca dan menghayati hasil karya dalam Bahasa Inggeris. 3.3 Memberi keyakinan kepada pelajar bahawa Bahasa Inggeris boleh dipelajari jika rajin membaca. 3.4 Membangunkan Modal Insan dengan cara memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, menambah kemahiran dan kompetensi serta menerapkan sifat berdisiplin diri. 4. KUMPULAN SASARAN Semua pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 5. STRATEGI

Guru-guru berkenaan akan diberi taklimat tentang Program I Love Literature Months Guru-guru digalakkan untuk menggunakan sebarang bahan bantuan mengajar yang bersesuaian untuk digunakan oleh pelajar. Guru-guru juga boleh menggunakan NIE sebagai membantu menjadikan aktiviti membaca lebih menarik.Guru-guru juga digalakkan membawa sebarang CD lagu atau gambar berkenaan dengan tajuk-tujuk literature yang diajar. Program ini diharap dapat meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. 6. PELAN TAKTIKAL

Penggunaan buku teks literature mengikut tingkatan dan CD etems semasa menjalankan kelas. Pelajar-pelajar juga akan ditayangkan cerita-cerita dari buku teks yang mereka pelajari. Teknik pementasan juga akan diadakan sebagai projek kelas untuk literature. Pelajar juga akan didengarkan lagu-lagu dalam Bahasa Inggeris

7.

PELAKSANAAN PROGRAM 7.1 7.2 7.3 Tarikh : Jun - Ogos Masa : Sesi persekolahan mengikut jadual kelas masing-masing Tempat : Kelas masing-masing

8.

JAWATANKUASA PROGRAM Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Penyelaras Setiausaha AJK : Pengetua : Pn. Nooraliza Bt Nasruddin (PK Pentadbiran) : Pn. Wan Jamilah bt Wan Hassan ( PK HEM) : Pn. Norliza Bt Noor Ali : Koordinator Tingkatan 1, 2 dan 4 : Semua guru Bahasa Inggeris Tingkatan 1, 2 dan 4

9.

ANGGARAN PERBELANJAAN Kertas Mahjong Kertas Manila CD English Literature Alatulis (gam, gunting dsb.) : 4 gulung X RM 8.00 : 100 keping X RM 0.70 : 10 keping X RM 29.90 : : JUMLAH = RM 32.00 = RM 70.00 = RM 299.00 = RM 200.00 ------------------= RM 601.00 ===========

10. 11.

SUMBER KEWANGAN Wang P.C.G PENILAIAN DAN PEMANTAUAN - Pelajar menunjukkan minat untuk menyelesai dan menghabiskan permainan bahasa yang disediakan contoh bina perkataan. - Pelajar ingin sentiasa turut terlibat dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan.

12

INDIKATOR KEJAYAAN 12.1 Pelajar-pelajar dapat menambah perbendaharaan kata melalui pembacaan. 12.2 Pelajar-pelajar dapat membina ayat Bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan-perkataan yang baru dipelajari. 12.3 Pelajar-pelajar dapat menggunakan akhbar untuk mencari bahan-bahan berkaitan dengan tugasan yang diberi. 12.4 Pelajar lebih bersikap positif terhadap literature.

13.

PELAN KONTIGENSI

Sebagai alternative, pelajar-pelajar boleh menyediakan bahan-bahan berkaitan informasi Bahasa Inggeris seperti syonynms, antonyms, idioms dan proverbs menggunakan kertas mahjong atau kertas manila untuk dilekatkan di papan notis Bahasa Inggeris di kelas masing-masing. Pelajar juga dikehendaki menulis synopsis buku yang dibaca dan diisi ke dalam buku Nilam. Disediakan oleh: Pn. Norliza Bt Noor Ali Ketua Panitia Bahasa Inggeris

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ARA KERTAS KERJA PROGRAM PEMULIHAN PASS PASS PASS 2011 MATA PELAJARAN : BAHASA INGGERIS 1. PENGENALAN

Penguasaan Bahasa Inggeris sangat penting untuk peluang masa depan yang lebih cerah kepada lepasan sekolah terutamanya untuk melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi mahupun untuk menceburi peluang-peluang pekerjaan yang ada di pasaran kini. Sebagaimana yang kita sedia maklum kelulusan di atas kertas menjadi bahan bukti tahap pencapaian dan penguasaan Bahasa Inggeris seseorang pelajar. Justeru, Panitia Bahasa Inggeris merangka Program PASS PASS PASS ini bagi membantu pelajar-pelajar yang berpotensi untuk lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris agar peluang yang menanti mereka di masa depan tampak lebih cerah. Program ini berdasarkan Teras 4 PIPP, iaitu Merapatkan Jurang Pendidikan. 2. MATLAMAT

Meningkatkan potensi pelajar untuk lulus kertas Bahasa Inggeris dengan sekurangkurangnya dengan pencapaian Gred D di peringkat PMR dan Gred 7D di peringkat SPM. 3. OBJEKTIF 3.1 Menyuntik keyakinan pelajar agar lebih bersedia dan yakin untuk mempelajari Bahasa Inggeris 3.3 Memberi rangsangan dan dorongan kepada pelajar untuk lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris 3.4 Memberi kesedaran akan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris untuk peluang masa depan pelajar yang lebih cerah 3.5 Merapatkan jurang pendidikan dengan mencapai sekurang-kurangnya markah lulus bagi semua pelajar. 4. KUMPULAN SASARAN Calon-calon PMR dan SPM yang berpotensi untuk lulus kertas Bahasa Inggeris. 5. STRATEGI

Mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi untuk lulus (GALUS) melalui Analisa markah Peperiksaan Akhir Tahun 2010. Menentukan guru-guru terlibat serta menempatkan pelajar-pelajar mengikut kelas masing-masing. Aktiviti-aktiviti seperti latih tubi berfokus ke arah soalan-soalan peperiksaan dan soalan soalan ramalan. Program ini diharap dapat mengurangakan kadar keciciran dan gagal dalam Bahasa Inggeris. 6. PELAN TAKTIKAL

Pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti akan diberi latih tubi secara berkala dan konsisten. Latihan yang dicetak, penggunaan sumber-sumber rujukan serta ABM sedia ada Panitia Bahasa Inggeris akan digunakan secara optimum. Pelajar-pelajar juga akan turut disediakan Latihan Waktu Cuti untuk mengisi waktu senggang mereka.

7.

PELAKSANAAN PROGRAM 7.1 7.2 7.3 Tarikh : Mac - September Masa : Sesi persekolahan mengikut jadual kelas masing-masing Tempat : Kelas masing-masing

8.

JAWATANKUASA PROGRAM Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Penyelaras Setiausaha AJK : Pengetua : Pn. Nooraliza Bt Nasruddin (PK Pentadbiran) : Pn Wan Jamilah bt Wan Hassan (PK HEM) : Pn. Norliza Bt Noor Ali : Koordinator Tingkatan 3 dan 5 : Semua guru Bahasa Inggeris Tingkatan 3 dan 5

9.

ANGGARAN PERBELANJAAN - Kertas A4 : 4 rim X RM 10.00 - Kerja mencetak : - Alatulis (pen, pencel dsbnya.) - Transparensi : 1 set X RM 495.00 - Rencam : JUMLAH : RM 40.00 : RM 120.00 : RM 200.00 : RM 495.00 : RM 100.00 ----------------: RM 995.00 =========

10.

SUMBER KEWANGAN Wang P.C.G

11.

PENILAIAN DAN PEMANTAUAN Pelajar dapat menjawab dan lulus kertas Bahasa Inggeris bagi Ujian Bulanan ke 2. Latihan pelajar sentiasa dikutip dan disemak. Gerakerja masa cuti dibereskan oleh pelajar dengan sempurna.

12

INDIKATOR KEJAYAAN

Peningkatan jumlah bilangan calon yang lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat PMR dan SPM, 13. PELAN KONTIGENSI

Sebagai alternatif, pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti akan dijadikan anak angkat kepada guru-guru Bahasa Inggeris. Guru-guru ini akan membimbing pelajar-pelajar ini secara individu ataupun berkumpulan bergantung kepada kesesuaian masa dan keperluan semasa.

Disediakan oleh, Pn. Norliza Binti Noor Ali Ketua Panitia Bahasa Inggeris SMK Sungai Ara

Anda mungkin juga menyukai