Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN MENJAWAB SOALAN ESEI SEJARAH K2 SPM

1. Sumber rujukan
• Buku teks (DBP) sebagai rujukan utama.
• Pelajar harus menelitikan buku teks semasa mengulangkaji dan menjawab
soalan.

2. Bahagian-bahagian esei yang tidak diperlukan


• Pendahuluan / pengenalan / kesimpulan kerana tiada markah akan
diperuntukkan.

3. Bentuk jawapan
• Semua jawapan kepada soalan esei Bahagian B Kertas 2 hendaklah di jawab
dalam bentuk karangan.

4. Bentuk ayat
• Ayat-ayat dalam jawapan mesti lengkap dan mudah difahami.
• Elakkan menulis ayat dalam bentuk nota.

5. Huraian isi / fakta


• Bilangan isi/ fakta yang diperlukan dalam jawapan dapat dikesan dari jumlah
markah yang diperuntukkan.
• Digalakkan menulis seberapa banyak isi yang boleh, tetapi perlu merujuk
kepada pengagihan masa dan markah.
• Huraian banyak isi dalam satu perenggan sahaja tidak digalakkan
• Adakan beberapa perenggan bergantung kepada jumlah isi yang hendak
dihuraikan
• Setiap fakta harusnya mengandungi huraian yang jelas dan jika berkaitan
sertakan contoh-contoh yang sesuai.(misalnya tokoh, tempat, peristiwa dll).
• Berikan sekurang-kurangnya 2 contoh dalam huraian (di mana berkaitan)

8. Skrip yang baik


• Mengikut format pentaksiran SPM
• Tulisan yang jelas dan mudah dibaca oleh pemeriksa
• Menjawap mengikut kehendak soalan.
• Tidak perlu pendahuluan atau kesimpulan.
• Isi/fakta dihuraikan dengan jelas.
• Jawapan tidak terlalu panjang atau terlalu ringkas