Anda di halaman 1dari 56

JANTUNG

FADILLA LAYANG JOCYLENE BINTI CHRISTOPHER COLUMBUS

ANATOMI DAN PENGURUSAN JANTUNG

Jantung???
Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu jantung memainkan peranan utama dalam peredaran darah. Jantung mempunyai empat ruangan dan dianggap sebagai sebuah pam kerana ia berfungsi untuk mengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh.

Jantung terletak di tengah-tengah bahagian dada di antara dua paru-paru. Bahagian pinggir bawahnya terletak di permukaan atas otot diafragma. Jantung biasanya bersaiz genggam penumbuk bagi orang dewasa. Darah berjumlah antara tiga hingga enam liter boleh dimuatkan di dalam jantung pada satu masa.

Jantung mula berdenyut pada akhir minggu ketiga bayi masih dalam peringkat fetus iaitu ketika organ-organ lain baru mula membentuk. Selama mana pun ia berdenyut, jantung juga mempunyai masa rehat. Ia rehat pada waktu di antara dua denyutan. Ventrikal kiri mengambil 0.3 saat untuk berdenyut dan mengepam darah ke tubuh. Kemudian jantung rehat selama 0.5 saat.

Jantung (heart) merupakan satu pam berotot. Dinding jantung terdiri daripada otot kardium (cardiac muscles) yang mengecut secara automatik tanpa kawalan saraf. Pengecutan otot ini disifatkan sebagai miogenik (myogenic). Tisu jantung mendapat oksigen dan nutrien dari arteri koronari (coronary artery) dan karbon dioksida diangkut keluar oleh vena koronari (coronary vein).

Jantung manusia terdiri dari dua ruang atas (atrium kiri dan atrium kanan) dan dua ruang bawah (ventrikel kiri dan ventrikel kanan).

Bahagian kiri dan kanan jantung dipisahkan oleh dinding jantung yang dinamakan septum. Ini mengelakkan percampuran darah beroksigen disebelah kiri dengan darah terdeoksigen disebelah kanan jantung. Ruang atrium adalah lebih kecil daripada ruang ventrikel.

Dinding atrium adalah lebih nipis daripada dinding ventrikel. Ini kerana atrium hanya mengepam darah ke dalam ventrikel dibawahnya, manakala ventrikel pula terpaksa mengepam darah ke organ badan yang lain dengan tekanan yang lebih tinggi. Dinding ventrikel kiri pula lebih tebal dan berotot berbanding dengan dinding ventrikel kanan kerana ventrikel kiri perlu mengepam darah ke seluruh badan, manakala ventrikel kanan hanya mengepam darah ke peparu sahaja (lungs).

Terdapat injap (valve) dalam jantung untuk mengelakkan aliran balik (backflow) darah dan memastikan darah mengalir dalam satu hala sahaja. Injap trikuspid (tricuspid valve) terletak di antara atrium kanan dan ventrikel kanan. Injap bikuspid (bicuspid valve) pula terletak diantara atrium kiri dan ventrikel kiri. Kedua-dua injap ini memastikan tiada aliran balik darah dari ventrikel ke atrium. Pada pangkal arteri pulmonari dan aorta, terdapat injap sabit (semi-lunar valves) yang mengelakkan aliran balik darah ke dalam ventrikel kiri dan kanan.

Pada dinding atrium kanan berdekatan dengan bukaan vena kava, terdapat tisu gentian kardium yang dinamakan nodus sinoatrium (sinoatrial node). Nodus ini juga disebut sebagai perentak jantung (pacemaker). Diantara atrium kanan dan ventrikel kanan, terdapat gentian sel kardium yang dipanggil nodus atrioventrikel (atrioventric ular node). Pada dinding dalam ventrikel, terdapat gentian yang khusus untuk menghantar impuls saraf dan dikenali sebagai gentian Purkinje (Purkinje fibers).

Nodus sinoatrium menjana impuls saraf yang menyebabkan otot kardium mengecut secara spontan untuk memulakan denyutan jantung. Impuls saraf yang terhasil juga merangsang pengecutan atrium yang seterusnya merebak ke nodus atrioventrikel, lalu ke gentian Purkinje, yang menghantar impuls saraf ke otot kardium di ventrikel untuk memulakan pengecutan ventrikel. Gentian Purkinje bekerjasama denga nodus sinoatrium dan nodus atrioventrikel untuk mengawal kadar denyutan jantung.

Mengarah peredaran darah. Peredaran darah dapat dilakukan ke beberapa tempat berdasarkan ruangan di dalam jantung

Menjana dan mengekalkan tekanan darah. Denyutan jantung akan menjana tekanan darah dan seterusnya mengalirkan darah ke seluruh tubuh

FUNGSI JANTUNG

Membawa bekalan darah ke tisu. Kadar denyutan jantung yang berbeza akan membuatkan jumlah darah yang dialirkan berbeza.

Tiga lapisan tisu dari luar ke dalam jantung ialah


Lapisan luar Perikardium (fibrous tissue) Lapisan tengah Myokardium (muscular tissue) Lapisan dalam Endokardium (epithelium squamous tissue)

PERIKARDIUM
Dua lapisan kantung membran yang memagari jantung. Lapisan berserabut perikardium luar, dipanggil perikardium berserabut, melindungi jantung dari bersentuhan dengan dinding dada dan struktur lain di dada, termasuk paru-paru dan sternum. Perikardium membalut sepenuhnya sekitar jantung, melanjutkan sekitar asas saluran yang besar.

Dua ligamen melekat atas perikardium iaitu belakang sternum Ligamen lain yang longgar menyambung bawah perikardium pada diafragma. Struktur ini menambat hati pada dada manusia. Lapisan dalaman perikardium terkandung filmy envelope. Permukaan kedua-dua perikardium parietal, yang kenalan perikardium berserabut, dan epicardium, yang meliputi myocardium agak seperti tisu basah. Di dalam filmy envelope adalah cecair berair yang melincirkan jantung. Perikardium dalaman membentuk untuk membendung bidang yang hampir tanpa geseran untuk jantung berdegup. Perikardium adalah terdedah kepada keradangan dan jangkitan.

MIOKARDIUM
Tisu otot yang membentuk dinding jantung itu. Sel-sel miokardium adalah unik dalam struktur mereka, kerana dapat mengadun struktur otot dan saraf supaya dapat kontrak kedua-dua dan menjalankan impuls elektrik. Arteri koronari menyediakan rangkaian yang luas untuk membekalkan darah ke myocardium, yang memerlukan kira-kira 70 peratus daripada oksigen darah. Apabila usia yang semakin meningkat, tisu bergentian dan lemak cenderung untuk menyusup masuk ke myocardium, dan akan mengurangkan keberkesanannya.

ENDOKARDIUM
Endokardium adalah lapisan tisu yang garis dalam jantung. Ia memainkan peranan dalam mengawal fungsi myocardium, otot jantung. Endokardium itu dibuat daripada sel-sel epitelium yang serupa dengan mereka yang saluran darah talian.

ARTERI, VENA DAN KAPILARI


Saluran darah terdiri daripada 3 jenis saluran darah iaitu arteri, vena dan kapilari. Ketiga-tiga salur darah ini mempunyai fungsi serta ciri yang berbeza

ARTERI
Arteri ialah saluran yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian badan lain seperti tangan, otak, kaki dan sebagainya. Arteri mempunyai dinding tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan denyutan jantung. Arteri bercabang-cabang membentuk ateriol untuk membentuk kapilari darah. Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.

VENA
Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain seperti tangan dan kaki. Vena mempunyai dinding yang nipis dan lumen yang besar kerana darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah. Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya ke satu arah sahaja iaitu ke arah jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang terkecil dinamakan venul. Semua vena membawa darah terdeoksigen kecuali vena pulmonari.

KAPILARI
Kapilari ialah salur darah yang terkecil dan menghubungkan arteriol kepada venul. Dindingnya yang nipis untuk memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dengan tisu-tisu berlaku dengan cepat. Kapilari adalah sel yang mempunyai nukleas dan sel endothelial

PERBEZAAN ANTARA SALURAN DARAH


Arteri Terletak lebih dalam pada badan Dinding tebal dan berotot Lumen kecil Tiada injap kecuali arteri pulmonari Membawa darah keluar dari jantung Pengaliran darah cepat pada tekanan tinggi Kapilari Terletak antara arteriol dan venul Dinding nipis, setebal satu sel sahaja Lumen yang sangat kecil Tiada injap Vena Terletak berdekatan permukaan kulit Dinding nipis dan kurang berotot Lumen besar

Semuanya berinjap kecuali vena pulmonari Membawa darah dari Membawa darah ke dalam arteriol ke venul jantung Pengaliran darah perlahan, Pengaliran darah perlahan tekanan darah semakin pada tekanan rendah menurun

Membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari

Darah beroksigen pada Membawa darah hujung arteriol dan darah terdeoksigen kecuali vena terdeoksigen pada hujung pulmonari venul

PERSAMAAN
Berkongsi lapisan epitelium. Menghantar darah, gas dan nutrien lain. Boleh didapati di semua bahagian dalam badan manusia. Sebahagian daripada sistem peredaran darah.