Anda di halaman 1dari 70

MENGESAN CIRICIRI DAN SIMPTON GOLONGAN KANAK KANAK ISTIMEWA

( CACAT PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN )

CACAT PENGLIHATAN (BUTA DAN RABUN)

DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN


Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah
penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta.

Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan


kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan kanta. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.

KLASIFIKASI LOW VISION DAN BLIND MENGIKUT KETAJAMAN PENGLIHATAN DAN AKUITI VISUAL. Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun warna ataupun disebut penglihatan terhad (low vision). Buta:
Penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive).

Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision):


Penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive). Individu dengan penglihatan dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.

Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:

Sederhana Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta. Teruk Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti walaupun dengan bantuan alat khas. Sangat teruk Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.

Definisi mata
Mata merupakan alat indra yang terdapat pada manusia. Secara konstan mata menyesuaikan jumlah cahaya yang masuk, memusatkan perhatian pada objek yang dekat dan jauh serta menghasilkan gambaran yang berterusan dengan segera dihantarkan ke otak.

GAMBAR MATA

Struktur dan fungsi mata


Sclera : merupakan lapisan luar mata yang berwarna putih dan relatif kuat. Conjunctiva : selaput tipis yang melapisi bagian dalam kelopak mata dan bagian luar sklera. Cornea : struktur transparan yang menyerupai kubah, merupakan pembungkus dari iris, pupil dan bilik anterior serta membantu memfokuskan cahaya. Pupil : daerah hitam di tengah-tengah iris. Iris : jaringan berwarna yang berbentuk cincin, menggantung di belakang kornea dan di depan lensa; berfungsi mengatur jumlah cahaya yang masuk ke mata dengan cara merubah ukuran pupil.

Lens : struktur cembung ganda yang tergantung diantara humor aqueus dan vitreus; berfungsi membantu memfokuskan cahaya ke retina. Retina : lapisan jaringan peka cahaya yang terletak di bagian belakang bola mata; berfungsi mengirimkan pesan visuil melalui saraf optikus ke otak. Optic Nerve : kumpulan jutaan serat saraf yang membawa pesan visuil dari retina ke otak. Humor aqueus : cairan jernih dan encer yang mengalir diantara lensa dan kornea (mengisi segmen anterior mata), serta merupakan sumber makanan bagi lensa dan kornea; dihasilkan oleh prosesus siliaris. Humor vitreus : gel transparan yang terdapat di belakang lensa dan di depan retina (mengisi segmen posterior mata).

Apakah penyebab cacat penglihatan?


Bayi dan peringkat awal kanak-kanak Kecacatan 'congenital' seperti 'congenital cataract, congenital glaucoma'. Masalah semasa kehamilan seperti jangkitan kuman akibat 'rubella, toxoplasmosis' dan penggunaan alkohol. Penyebab perinatal - 'retinopathy of prematurity' Jangkitan kuman pada mata - 'ophthalmia neonatorum' Peringkat lewat kanak-kanak 'Refractive Error' 'Amblyopia/lazy eye' Keadaan Juling Parut pada lapisan kornea - jangkitan kuman, kecederaan, kekurangan vitamin A Penyakit akibat keturunan - 'albino, retinitis pigmentosa'

Orang dewasa 'Refractive Error' 'Cataract' 'Diabetic retinopathy' 'Glaucoma' 'Age related Mascular Degeneration' Sebab-sebab lain Jangkitan kuman pada mata Kecederaan pada mata - tercucuk, terkena bahan kimia. Barah mata - 'retinoblastoma'

Bagaimana untuk mengesan kurang upaya atau kecacatan di kalangan kanak-kanak? Melakukan pemeriksaan yang berkala dan tetap sepanjang kehamilan. Pemeriksaan fizikal 'Ultrasound' kepada wanita hamil risiko tinggi terutama pada peringkat awal kehamilan Ujian cecair 'amniotic' untuk mengesan keganjilan terhadap kromosom(amniocentesis) Membuat penilaian perkembangan kanak-kanak di peringkat klinik-klinik kesihatan dalam perkara-perkara berikut: Pergerakkan (motor kasar) Kebolehan mengguna tangan (motor halus) Menguruskan kehidupan seharian Komunikasi dan pendengaran Tingkahlaku dan bersosial

Struktur Pelindung Mata


Struktur di sekitar mata melindungi dan memungkinkan mata bergerak secara bebas ke segala arah. Struktur tersebut melindungi mata terhadap debu, angin, bakteri, virus, jamur dan bahan-bahan yang berbahaya. Struktur pelindung mata meliputi: *Orbita *Kelopak Mata *Bulu Mata *Kelenjar Lakrimalis

Orbita Orbita adalah rongga bertulang yang mengandungi bola mata, otot-otot, saraf, pembuluh darah, lemak dan struktur yang menghasilkan dan mengalirkan air mata. Kelopak Mata Kelopak mata merupakan lipatan kulit tipis yang melindungi mata. Kelopak mata secara refleks segera menutup untuk melindungi mata dari benda asing, angin, debu dan cahaya yang sangat terang. Ketika berkedip, kelopak mata membantu menyebarkan cairan ke seluruh permukaan mata dan ketika tertutup, kelopak mata mempertahankan kelembapan permukaan mata. Bulu mata Bulu Mata merupakan rambut pendek yang tumbuh di hujung kelopak mata dan berfungsi membantu melindungi mata dengan bertindak sebagai penghalang. Kelenjar kecil di hujung kelopak mata menghasilkan bahan berminyak yang mencegah penguapan air mata. Kelenjar lakrimalis Kelenjar Lakrimalis terletak di puncak tepi luar dari mata kiri dan kanan dan menghasilkan air mata yang cair. Air mata berfungsi menjaga kelembapan dan kesihatan mata, juga menjerat dan membuang partikelpartikel kecil yang masuk ke mata.

PUNCA MASALAH PENGLIHATAN


1. Katarak Katarak adalah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat atau tidak dirawat. Masalah katarak berbeza dengan glaucoma yang merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata.

Golongan yang berisiko menghidap katarak adalah seperti berikut:


Pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya. Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak. Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas. Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut. Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi. Katarak boleh berlaku pada bayi atau kanakkanak sekiranya si ibu menghidap jangkitan seperti penyakit Rubella semasa mengandung.

2. Glaukoma Glaukoma adalah sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan gangguan atau dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata. Pusat atau sempada penglihatan akan rosak atau hilang keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan saraf optik. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya terus menjadi buta.

Glaukoma Akut Glaukoma Akut menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan daya penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata. Glaukoma Akut memerlukan rawatan kecemasan. Rawatan awal boleh menyelamatkan penglihatan mereka yang menghidap Glaukoma Akut.

Glaukoma Kronik Glaukoma Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan. Penghidap Glaukoma tidak menyedari yang mereka menpunyai masalah Glaukoma Kronik sehingga keadaan menjadi terlalu lewat untuk mendapat rawatan.

Tanda-tanda Glaukoma Kronik Di antara tanda-tanda Glaukoma Kronik adalah ruang penglihatan semakin sempit. Penglihatan menjadi kabur dan rabun. sukar menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap (rabun ayam). Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang.

3. Degenerasi Makular Degenarasi Makular, selalunya dipanggil AMD adalah penyebab utama kehilangan penglihatan dan kerabunan. AMD berlaku apabila makular yang merupakan sebahagian dari retina yang berfungsi untuk ketajaman, dan pusat penglihatan yang diperlukan untuk membaca atau memandu semakin merosot. Degenerasi Makular terbahagi kepada dua, iaitu dalam bentuk basah dan kering.

Degenerasi Makular Kering AMD Kering adalah peringkat awal kepada penyakit ini, dan disebabkan oleh penuaan dan penjarangan tisu-tisu mokular, endapan pigmen di dalam mokular atau kombinasi kedua-dua proses di atas. Degenerasi Makular Basah AMD Basah terjadi apabila saluran darah yang baru membesar di bawah retina pecah dan menbocorkan darah dan cecair.

4. MOTILITAS OKULAR Kebolehan mata untuk bergerak terhalang. Kerosakan ini memberi masalah kepada penglihatan binokular yang mana kebolehan kedua-dua belah mata untuk memfokuskan ke atas satu objek dan menyatukan dua imej kepada satu imej yang lebih jelas.

5. AMBLIOPIA (LAZY EYE) Sesuatu keadaan di mana salah satu mata tidak berfungsi dan perlu bergantung pada sebelah mata yang sihat. Mata malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa perkembang penglihatan. Oleh sebab ketajaman penglihatan berkurang, mata menjadi malas melakukan fungsinya.

6. STRABISMUS (MATA JULING) Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza. Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau luar pada sebelah atau keduadua belah mata. Sekiranya tidak dirawat, strabismus boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan kekal.

7. NISTAGMUS Nistagmus adalah pergerakan bola mata yang kelihatan bergerak-gerak secara teratur tetapi pergerakan itu terjadi sendiri. Nistagmus merupakan salah satu tanda adanya masalah pada mata itu sendiri atau adanya kelainan di otak. Seseorang boleh menghidap penyakit ini sejak lahir atau dapat dideritai di kemudian hari.

CIRICIRI KANAKKANAK CACAT PENGLIHATAN

SECARA UMUM
Mempunyai mata yang tidak boleh memfokus

Sering mengerdip atau menggosok mata

Kebanyakannya mempunyai mata juling

Sering tersandung atau terjatuh dan terlanggar objek kecil

Mengelak dari cahaya terang

Kerap berkerut atau mengecilkan mata

Mengadu sakit kepala, pening atau loya selepas membuat kerja yang perlu penumpuan

Menundukkan kepala ke tepi atau ke depan

Tidak dapat mencari dan mengambil objek kecil yang terjatuh

Menutup sebelah mata

Memegang buku atau objek dekat dengan muka

Mungkin menoleh ke arah lain apabila dipanggil; ini tidak bermakna mereka tidak memberi perhatian, tetapi mereka mungkin mempunyai pandangan tepi yang lebih baik

Jika mereka separa buta, mereka mungkin dapat melihat bayang, warna atau gambar yang besar

MENURUT PERKEMBANGAN INDIVIDU


Kognitif Pengamatan dan daya anggaran berat sesuatu jisim amat lemah kerana terbatas

Tidak memahami konsep bentuk

Tidak memahami bendabenda abstrak

Keliru dengan huruf

Psikomotor

Lebih mengetahui konsep sejuk dan panas melalui sentuhan

Lemah dalam melukis saiz dan jarak dalam mata pelajaran Matematik.

Emosi dan Tingkah Laku


Selalu menutup mata sebelah Kerap menggosok mata

Sering mencari-cari baris ayat yang dibaca

Selalu terlanggar objek

Meniru kerja kawan

Selalu mengadu sakit kepala, loya dan pening

SIMPTON KANAKKANAK CACAT PENGLIHATAN

SECARA UMUM
Aktiviti harian Susah untuk menempatkan objek yang sudah terbiasa dalam suasana yang biasa Perubahan bagaimana melakukan aktiviti yang biasa dilakukan seperti menonton tv dan memandu

Juling apabila cuba untuk fokus kepada sesuatu objek

Memakai pakaian yang tidak sepadan

Makan / Minum
Kerap menumpahkan makanan

Susah untuk makan dengan sempurna menggunakan pinggan

Kerap tersentuh / terlanggar dengan objek yang berdekatan dengan objek yang ingin diambil

Susah menggunakan barang barang keperluan makan ( sudu, garfu & chopstick )

Membaca / Menulis
Selalu mengadu cahaya yang ada tidak mencukupi untuk menulis atau membaca

Tulisan tangan menjadi kurang jelas

Sukar untuk menulis diatas baris didalam buku

Sukar untum membaca tanpa memegang objek tersebut dekat dengan mata

Keupayaan

Selalu terlanggar sesuatu

Sukar untuk berjalan pada permukaan yang tidak rata

Berpaut pada dinding apabila berjalan walaupun tidak mengalami masalah kecederaan atau kecacatan anggota

DISEBABKAN OLEH MASALAH BERKAITAN MATA a) Glaukoma ( Satu kumpulan keadaan mata yang menjejaskan penglihatan ) b) Sindrom mata kering c) Katarak ( Kawasan yang berawan terbentuk didalam mata ) d) Age related macular degeneration ( Secara beransur ansur penglihatan akan merosot dalam tempoh masa panjang )

a) Glaukoma i- Glaukoma kronik ( jangka panjang ) * Tidak ada simpton yang ketara kerana ia berkembang begitu perlahan * Medan penglihatan luaran akan terjejas dahulu diikuti medan penglihatan kearah pusat mata

ii- Akut glaukoma ( jangka panjang tetapi teruk ) * Mata merah * Pening kepala * Sakit disekitar mata * Nampak gelung di sekitar cahaya * Mata terasa amat sakit

iii- Kognital glaukoma ( hadir semasa kelahiran atau sejurus selepas kelahiran ) * Mata yang besar * Sensitif pada cahaya * Mata berair * Juling * Penglihatan nampak kabur dan mendung

b) Sindrom mata kering * Mata merah * Mata berair ( apabila terdedah kepada angin ) * Kelopak mata melekat apabila bangun dari tidur * Merasa mata sangat kering * Sakit mata yang teramat sangat dan bertambah teruk setiap hari

c) Katarak * Penglihatan terjejas oleh keadaan tahap cahaya yang berbeza * Contoh : Sukar melihat jika cahaya malap dan sebaliknya

d) Age related macular degeneration ( AMD ) i- AMD kering * Sukar untuk membaca teks bercetak atau bertulis (kerana ternyata kabur) * Menghadapi kesukaran mengenal muka orang * Penglihatan akan kelihatan samar-samar atau kurang nampak dengan baik, dan warna juga boleh muncul kurang bercahaya.

ii- AMD basah * Herotan visual, contohnya garis lurus mungkin mula muncul ikal atau bengkok

CARA PEMULIHAN/ CARA MEMBANTU/ CARA MENGATASI

SECARA UMUM
Letakkan objek yang berbunyi di bahagian berlainan di dalam rumah Sediakan aktiviti yang menggunakan deria lain.

Galakkan kanak-kanak ini mencari dan merasa tekstur yang berlainan di sekeliling rumah

Baca dengan kuat cerita-cerita yang mempunyai jalan cerita yang mudah diteka

Galakkan kanak-kanak ini mencari dan merasa tekstur yang berlainan di sekeliling rumah

Beri penerangan, dan biarkan mereka mengalami situasi itu.

Guntingkan simbol, bentuk, huruf dan nombor daripada kertas pasir atau kadbod.

Sediakan kawasan yang khas bagi aktiviti bermain.

Tunjukkan kanak-kanak ini bagaimana membuat gosokan dengan mewarna di atas sesuatu tekstur yang menarik.

Barang permainan dan bahan-bahan lain hendaklah berwarnawarni

Pastikan bahawa kawasan bermain mempunyai cukup cahaya

Lekatkan label yang diperbuat daripada kadbod tebal

Susun barang-barang di rumah

Ajar kanak-kanak yang tidak cacat untuk memperkenalkan diri mereka dan menerangkan mengenai aktiviti atau permainan mereka kepada kanak-kanak cacat penglihatan.

Perluaskan pembelajaran kanak-kanak ini dengan berbual dengan mereka semasa menjalankan aktiviti.

Galakkan kanak-kanak ini membina blok secara memanjang.

MENGIKUT DERIA
i- Sentuh Pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz.

ii- Pendengaran *Bercakap dengan kanak-kanak kesempatan. *Galakkan kanak-kanak bercakap *Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat

iii- Bau Pastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda

iv- Rasa Galakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur

CACAT PENDENGARAN

Masalah Pendengaran
Pengenalan
Masalah pendengaran merupakan sesuatu kecacatan saraf yang paling kerap berlaku di dalam suatu populasi manusia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 250 juta penduduk mengalami masalah kepekakan. Kejadian masalah kepekakan kongenital adalah dianggarkan seramai 1 hingga 3 orang di dalam setiap kelahiran. Sebanyak 50 peratus masalah berkenaan adalah disebabkan oleh faktor genetik ataupun pendedahan kepada faktor persekitaran yang lain. Selain itu, sebanyak 70 peratus masalah kepekakan kongenital dikaitkan dengan faktor genetik yang diklasifikasikan sebagai tidak bersindromik. Sementara sebanyak 30 peratus lagi dikelaskan sebagai kepekakan bersindromik yang boleh didiagnosa secara klinikal dalam satu atau lebih 400 bentuk sindrom . Aspek kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran dan umur semasa pengesanan merupakan perkara yang amat penting dan serius dalam mempengaruhi perkembangan kemahiran bertutur-berbahasa, kognitif dan psikososial.

Bahagian Dalaman Telinga

Jenis masalah pendengaran


Masalah pendengaran adalah perkara biasa yang sering berlaku terhadap manusia. Terdapat tiga jenis masalah pendengaran: 1. konduktif (gangguan aliran bunyi) Kecacatan telinga jenis konduktif ini adalah disebabkan masalah bahagian tengah dan luar telinga. Masalah ini biasanya akan memberi kesan kepada semua gelombang bunyi dan ia tidak teruk.

2. sensorineural(saraf deria) Masalah sensorineural ini adalah disebabkan masalah dalam telinga atau saraf auditori. Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran.

3. Campuran (gabungan masalah konduktif dengan sensorineural) Masalah pendengaran ini adalah gabungan daripada jenis konduktif dan sensorineural. Kehilangan pendengaran yang teruk juga dikenali sebagai pekak atau tuli.

Punca kecacatan Pendengaran

Berikut merupakan punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah pendengaran: 1. Sejarah penyakit tersebut dalam anggota keluarga. 2. Pengumpulan cecair dalam bahagian tengah rongga telinga. 3. Bayi yang baru lahir dengan berat badan kurang daripada 1.5 kilogram.

4.Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak yang teruk semasa proses kelahiran. 5.Jangkitan kuman seperti Congenital Rubella dan Congenital Syphilis. 6.Jangkitan kuman pada lapisan dalam otak (meningitis). 7.Penggunaan ubat-ubat yang ada kesan toksik kepada telinga seperti ubat penyakit barah, ubat untuk penyakit batuk kering (tuberculosis).

8.Selalu terdedah kepada bunyi yang bising seperti letupan bunga api, bunyi muzik yang kuat dan sebagainya. 9.Tahi telinga yang tebal dan mengeras dalam telinga. 10.Gegendang telinga yang telah pecah. 11.Jangkitan pada bahagian tengah telinga (otitis media). 12.Peningkatan umur.

Tanda dan gejala


Peringkat kanak-kanak : Tindak balas hanya boleh dilihat apabila bunyi bising. Lambat atau gagal untuk bertutur.

Peringkat dewasa: Kerap meminta orang mengulangi percakapan. Sukar untuk mendengar dalam suasana yang hingar atau bising.

Kerap membesarkan bunyi media elektronik seperti radio, televisyen dan sebagainya. Mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan keluarga dan rakan. Mendengar bunyi-bunyi dalam telinga (titinus).

Komplikasi
Apakah kesan daripada masalah pendengaran? Mempunyai masalah berkomunikasi. Mempunyai masalah pembelajaran atau pendidikan. Gangguan emosi. Sikar untuk menjalinkan perhubungan sosial. Harga diri yang rendah. Perasaan terasing, kecewa dan hilang keyakinan.

Saringan cacat pendengaran


Bagaimanakah untuk mengesan kehilangan pendengaran awal? Adalah tidak mustahil untuk mengetahui pendengaran bayi seawal sebulan selepas bayi itu dilahirkan. Penilaian pendengaran perlu dibuat apabila punca-punca yang disenaraikan di atas terdapat pada bayi tersebut atau pada bila-bila masa sahaja masalah tersebut disyaki berlaku.

Pengurusan dan Rawatan


Adalah lebih baik jika kita membuat langkah-langkah pengurusan dan rawatan mengikut jenis-jenis kecacatan pendengaran. 1. Jenis konduktif Kebanyakkan kecacatan jenis ini boleh dirawat menggunakan rawatan ubat atau pembedahan. Tahi telinga atau kotoran dalam telinga yang menyumbat di dalam telinga perlu dibuang kotoran tersebut. Jangkitan kuman pada bahagian rongga tengah telinga boleh dirawat dengan diberi ubat ataupun dengan membuat pembedahan. Otosclerosis boleh dirawat dengan membuat pembedahan.

Gunakan alat bantuan pendengaran jika kaedah ubat dan pembedahan tidak berjaya. Jenis sensorineural Kebanyakkan kecacatan pendengaran jenis ini melibatkan kehilangan pendengaran yang kekal dan tidak dapat dipulihkan dengan ubat-ubatan atau pembedahan. Masalah jenis ini diurus seperti berikut: Kaedah menguatkan keupayaan pendengaran 1. Menggunakan alat bantuan pendengaran yang sempurna. 2. cochlear implant diperlukan terhadap kecacatan pendengaran yang teruk serta masih tidak memberi kesan melalui pengguanan alat bantuan pendengaran.

Latihan strategi berkomunikasi 1. Kemahairan mendengar 2. Kemahiran berkomunikasi Kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan pendengaran sejak lahir lagi perlu perlu dimasukan ke dalam program intervensi awal awal secepat yang mungkin bagi meransang perkembangan kognitif dan bahasanya. Terdapat pelbagai pilihan komunikasi di negara ini : 1. Komunikasi lisan 2. cued speech 3. Bahasa isyarat

Pemulihan Bila untuk mulakan rawatan pemulihan? Intervensi awal perlu bermula sebaik sahaja kanak-kanak mula dikesan mengalami masalah pendengaran seawal usia 6 bulan lagi Beri ibubapa makumat dan pendidikan tentang pendengaran yang normal,pertuturan dan perkembangan bahasa Rujuk untuk program intervensi awal kepada: Pakar Telinga, hidung & tekak, 'speech pathologist, audiologist' di hospital Klinik Kesihatan 'Community Based Rehabilitation Centre Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 'Integrated School' oleh Kementerian Pendidikan Sekolah pendidikan khas Sekolah cacat pendengaran oleh Kementerian Pendidikan

Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai