Cadangan Masa Tajuk Standard Pembelajaran Utama 30 Minit Lampu Isyarat Murid didedahkan dengan lampu isyarat bagi memastikan keadaan lalu lintas selamat untuk semua pengguna jalan raya. Kemahiran Fokus Utama : 1.1 Aras 3(i), 7.1 Aras 3(i) PKJR : 1.4.1, 1.4.2, 1.4.3, 1.4.4, 1.4.5 Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. Menjelaskan fungsi lampu isyarat 2. Menyebut dan mengeja warna lampu isyarat 3. Menulis warna lampu isyarat dengan betul Sistem Bahasa Tatabahasa Kata Adjektif Kosa Kata - bulat Merah Nilai Murni Alat Bantu Mengajar warna kuning terang hijau
Langkah Langkah Pengajaran Bil 1. Aktiviti P&P Mengenal Lampu Isyarat 1. Guru memaparkan video klip iklan Hari Raya dan bersoal jawab dengan murid. Contoh Soalan : - Apa yang kamu Nampak dalam iklan tersebut? 2. Murid diperkenalkan dengan bentuk , warna dan lambang lampu isyarat melalui poster dan slaid pengajaran. 3. Murid diterangkan dengan fungsi lampu isyarat. 4. Murid menyebut dan mengeja perkataan. 5. Murid bersoal jawab dengan guru tentang bentuk dan warna yang ditunjukkan. Permainan : Mari jalan-jalan 1. Murid membentuk kumpulan mengikut jenis kenderaan yang dinaiki dalam aktiviti simulasi Contoh : Kumpulan satu Kumpulan dua Kumpulan tiga kereta motosikal basikal Video Klip Alat Bantu mengajar
Slaid Pengajaran
Kad Imbasan
2.
3. Murid bergerak mengikut jenis kenderaan sambil membunyikan kenderaan tersebut. 4. Pergerakan murid dikawal oleh lampu isyarat. 5. Murid dapat menerangkan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna jalan raya. Menyanyikan lagu Lampu Isyarat 1. Murid membaca dan memahami lirik lagu yang diberikan. 2. Murid menyanyi lagu Lampu Isyarat. Video Klip Lagu
4.
5.
Rumusan Pengajaran dan Pembelajaran 1. Menunjukkan video klip akibat tidak mematuhi peraturan jalan raya. 2. Murid melengkapkan teka silang kata. 3. Murid mewarna dan melabel lampu isyarat.
Lembaran Kerja