Anda di halaman 1dari 8

Penganjur: Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Klinik Kesihatan Pantai Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Dewan Bandaraya

raya Kuala Lumpur (DBKL) Pejabat Penerangan Lembah Pantai Persatuan Penduduk Bukit Angkasa

JOM SIHATJOM Program Kesihatan Dan Kecergasan

March April 2013

Pendahuluan: Satu program kesihatan dan kecergasan dalam komuniti telah diadakan di kawasan perumahan Bukit Angkasa dengan kerjasama diantara Klinik Kesihatan Pantai dan Persatuan Penduduk Komuniti Bukit Angkasa, Lembah Pantai. Ia merupakan lanjutan dari program yang telah dilancarkan pada 18 Disember 2010 serta dirasmikan oleh Datuk Ibrahim bin Thamby Chik, wakil kepada Dato Raja Nong Chik bin Dato Raja Zainal Abidin. Program ini dipantau oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menangani masalah penyakit tidak berjangkit. Pada tahun ini, program yang dijalankan lebih menumpukan kepada mereka yang mempunyai faktor risiko untuk mendapat penyakit NCD. Mereka akan dibimbing dengan modul-modul berkaitan yang telah disediakan oleh pihak kementerian dan juga meningkatkan aktiviti kecergasan seperti senamrobik dikalangan komuniti bagi membantu masalah menangani masalah berat badan yang menjadi salah satu faktor risiko penyakit NCD. Selain dari menyediakan aktiviti kecergasan dan pendidikan kesihatan, kami ingin memperkasakan komuniti mengenai penyakit NCD dan melatih mereka membuat pemeriksaan saringan kesihatan sendiri. Sebagaimana kita sedia maklum, penjagaan kesihatan selama ini diletakkan dibahu anggota kesihatan sahaja tanpa melibatkan anggota masyarakat. Justeru, kami ingin membimbing komuniti agar tahu bagaimana melakukan pemeriksaan sendiri kesihatan kepada diri sendiri dan juga orang lain dengan mengadakan bengkel cara-cara mengambil tekanan darah, kandungan gula dan juga BMI. Kami akan membimbing mereka untuk menyediakan sudut kesihatan didalam komuniti di mana mereka boleh menjalankan aktivitiaktiviti kesihatan dan juga melakukan pemeriksaan kesihatan. Sekiranya program yang dijalankan ini berjaya dan menunjukkan impak yang positif, kami berharap agar ia akan menjadi contoh kepada komuniti sekitar untuk mengadakan aktivitiaktiviti seperti ini. Dan diharapkan ini juga akan menjadi budaya bagi komuniti setempat agar menjalani aktiviti sihat dengan mengamalkan aktiviti kecergasan sepanjang masa. Daripada 123 orang peserta yang telah disaring dan dikenalpasti mempunyai risiko, 30 peserta tetap telah bersedia untuk mengikuti program ini dengan mengikut jadual yang telah diaturkan. Tetapi pihak kami tidak menghalang mana-mana individu yang ingin mengikuti program ini pada bila-bila masa walaupun mereka bukan peserta program. Berat badan, tekanan darah dan kandungan gula peserta tetap akan di periksa secara berkala. Kami juga akan mengadakan penutup program pada bulan Julai bagi memberikan penghargaan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti progarm ini dan seterusnya berjaya mengubah faktor risiko yang mereka ada. Sememangnya beban penyakit NCD kini adalah tinggi di negara kita mahupun diseluruh dunia umumnya. Namun dengan usaha yang akan dijalankan ini mudah-

mudahan akan menjadi permulaan untuk mengurangkan beban kejadian penyakit NCD pada masa akan datang.

2.0 Objektif: 2.1 Objektif Umum: Mewujudkan jalinan kerjasama diantara klinik kesihatan dan masyarakat untuk pencegahan penyakit kronik melalui promosi gaya hidup sihat. 2.2 Objektif Khusus: 2.2.1. Memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai faktor risiko penyakit kronik yang boleh diubah (modifiable risk faktor) 2.2.2. Mendidik masyarakat mengenai gaya hidup sihat dan mempraktikkannya 2.2.3. Mengenalpasti mereka yang digolongkan dalam kategori borderline dan berisiko dan menyediakan pakej intervensi dengan menggunakan modul yang disediakan. 2.2.4. Menilai peratusan penduduk yang telah berkurang faktornya risiko setelah menjalani pakej intervensi. 2.2.5 Memperkasakan komuniti supaya mengamalkan gaya hidup sihat bagi tujuan mengurangkan risiko penyakit NCD. 2.2.6. Meningkatkan kolaborasi berkaitan amalan gaya hidup sihat antara pelbagai agensi kerajaan dan swasta diperingkat komuniti. 2.2.7. Membimbing sukarelawan untuk membuat saringan pemeriksaan kesihatan sendiri 2.2.8. Membantu sukarelawan dan komuniti untuk menubuhkan klinik Jom sihat bagi membuat pemeriksaan kesihatan dikalangan penduduk. 2.2.9. Menubuhkan kelab COMBI bagi menangani kejadian demam denggi

3.0 Penglibatan Agensi : Bagi menjamin program ini berjalan lancar seperti yang dirancang, ia melibatkan pelbagai pertubuhan kerajaan dan juga bukan kerajaan (NGO). Diantara agensi yang akan kami kerjasama :
3.1.

3.2. 3.3. 3.4.


3.5. 3.6.

3.7. 3.8.

Jabatan Kesihatan Negeri (Unit NCD,Unit Pendidikan Kesihatan,Unit Pemakanan, Unit Kaunseling dan Unit Kesihatan dan Pekerjaan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Pemimpin Masyarakat Pejabat Penerangan Lembah Pantai Persatuan Penduduk Blok 6 dan Blok berdekatan Persatuan Wanita Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pantai Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia

4.0 Tarikh dan Tempat 4.1. Tarikh 4.2. Tempat : Januari 2011- Julai 2011 : Dewan Komuniti Blok 6, Bukit Angkasa

5.0 Cadangan Aktiviti : 5.1. Aktiviti Bermaklumat : Pendidikan kesihatan mengikut 5 modul yang disediakan: i) Modul penyakit NCD dan factor risiko ii) Modul Senaman dan Aktiviti kecergasan iii) Modul Pemakanan dan Pengurusan berat badan iv) Modul Panduan berhenti merokok v) Modul Panduan menangani stress 5.2. Aktiviti Kecergasan - Senamrobik - Poco-poco - Berjalan 10,000 langkah - Berjalan dalam air -Berjalan beramai-ramai di Taman Tasik Perdana, KL 5.3. Aktiviti Kemahiran - Bengkel sukarelawan

- Pertandingan masakan sihat 5.4. Aktiviti Kemasyarakatan - Gotong royong membersihkan kawasan perumahan 5.5. Aktiviti Kesihatan - Pemeriksaan BP/RBS/Kolestrol dan BMI - Ujian saringan Kesihatan (CVD) - Khidmat Nasihat (pengurusan berat badan/Stress/berhenti merokok/pemakanan) - Saringan kesihatan mental - Menubuhkan Klinik Jom Sihat kendalian sukarelawan - Menubuhkan kelab COMBI - Demo pemakanan sihat - Sesi pengurusan bersama Pakar (secara individu)

5.6. Aktiviti Penghargaan - Penutup program dengan memberi penghargaan kepada sukarelawan, peserta paling aktif/berdisiplin, peserta yang paling banyak menurunkan berat badan dan juga peserta yang berjaya berhenti merokok.

6.0 AHLI JAWATANKUASA 6.1. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM Jom SihatJom

6.2. AHLI JAWATANKUASA KERJA (Klinik) Penasihat Pengerusi :Dr Azah bt Abd Samad :Dr Bariyah Kadas

Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Setiausaha Bendahari AJK

:Dr Razila Farra Razali :Dr Shanti A/P T.K Arasu :PPP Nadzri :En Mohd Ezani :SN Tg Nor Afzan SN Rozita SN Siti Nurhafizoh JM Noradila JM Safiza JM Norfaeza PPK Balachandran PT Zarifah

7.0 Kesimpulan Amalan cara hidup sihat adalah penting untuk mencegah berlakunya penyakitpenyakit kronik. Program Kesihatan dan Kecergasan yang bakal diadakan di Bukit Angkasa, Lembah Pantai ini diharap dapat membuka lembaran baru dan mewujudkan kerjasama serta penglibatan masyarakat kearah perubahan tingkahlaku yang sihat. Diharapkan kejayaan program yang memperkasakan komuniti ini akan menjadi contoh kepada komuniti yang lain dalam mencapai kesejahteraan dan kesihatan kepada masyarakat setempat.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai