Anda di halaman 1dari 1

10 mangsa Lubuk Yu sah dijangkiti melioidosis, leptospirosis

2010/07/23 - 15:11:06 PMCetakEmel Kawan

KUANTAN: Jabatan Kesihatan Pahang mengesahkan bahawa 10 daripada 19 mangsa yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di Hutan Lipur, Lubuk Yu, dekat Maran bulan lalu dijangkiti bakteria "melioidosis" dan "leptospirosis". Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Hoh Khai Mun, yang menerima menerima keputusan ujian sampel darah mangsa semalam. Katanya, enam mangsa disahkan dijangkit bakteria melioidosis manakala empat lagi dijangkiti oleh kedua-dua bakteria tersebut dan sembilan lain bebas dari jangkitan itu.

Katanya, sampel darah diambil terhadap mangsa dan juga enam penduduk kampung yang meninggal dunia dalam tempoh seminggu selepas operasi itu bermulai 26 Jun hingga 30 Jun lalu. Bakteria melioidosis disebabkan air dan tanah manakala leptospirosis pula ialah virus air kencing tikus. "Sehingga kini jumlah mangsa yang masih menerima rawatan adalah enam orang iaitu tiga di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, dua di Hospital Jengka dan seorang di Hospital Selayang, Selangor," katanya selepas melancarkan Kempen Tanpa Beg Plastik Peringkat Pahang di sini hari ini. Hoh berkata, pihaknya mengesyaki kira-kira 148 orang mengalami simpton jangkitan tersebut berbanding 83 orang sebelum ini. "Namun mereka hanya disyaki mengalami simpton seperti demam, batuk dan pening," katanya. Pada 10 Julai lalu, kawasan perkelahan Lubuk Yu diarahkan ditutup serta-merta selepas enam orang maut manakala 83 orang pula dijangkiti bakteria leptospirosis. Semalam, seramai 52 kakitangan dan pegawai daripada beberapa agensi kerajaan mula membersihkan kawasan itu bagi memastikannya bebas daripada virus tersebut. - BERNAMA

Anda mungkin juga menyukai