Anda di halaman 1dari 1

SKRIP: Mulut Pada suatu ketika, mulut dan hidung adalah kawan baik.

Mereka saling bergantung untuk merasakan makanan supaya tuan mereka berasa sedap dan seronok dengan makanannya. Mulut berupaya merasakan pelbagai jenis deria rasa seperti masin, pahit, masam, manis, dan pedas. Dia berasa dirinya lebih megan dan mula pandang rendah kepada kawannya, Si Hidung. Si Hidung yang baik hati tidak mengambil hati dengan sikap Si Mulut sebaliknya masih berkawan baik dengannya. Pada suatu hari, tuan mereka mendapat selesama. Oleh itu, fungsi Si Hidung kurang berfungsi dan menyebabkan tuan mereka tidak mempunyai selera makan yang baik. Oleh itu, tuan mereka tidak mahu makan sebarang makanan. Si Mulut mula berasa gelisah kerana tidak dapat merasakan sebarang rasa dan deria sejak pagi tadi. Pada masa itu, Si Telinga yang sentiasa berilmu pandai menasihati Si Mulut tentang kepentingan Si Hidung. Dia menasihati Si Mulut bahawa setiap organ di muka adalah berharga dan penting. Tanpa sebarang organ, tuan mereka sukar untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Fungsi Si Hidung untuk membantu tuan berbau dan bernafas seperti biasa. Jika bukan Si Hidung, tuan tidak dapat membau bau yang wangi dan makanan yang sedap. Oleh itu, sudah tentu menganggu selera makan tuan mereka. Dengan nasihat daripada Si Telinga, Si Mulut mula menyesal tentang perbuatan dan sikapnya yang ego dan penting diri sendiri. Dia pun meminta maaf daripada Si Hidung dan berkawan baik dengannya sekali lagi.

Anda mungkin juga menyukai