Kewajipan Seorang Muslim - Fathi Yakan

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

Kewajipan-kewajipan Seorang Saudara Muslim: "Wahai saudara yang jujur!

Keyakinan saudara terhadap persetiaan (baiah) ini, menuntut saudara menunaikan kewajipan-kewajipan berikut ini sehingga menjadi batu-batu yang kukuh bagi binaan kita". 1. Membaca Al-Quran kira-kira satu juzuk setiap hari 2. Membaca Al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), merenungi maksud pengertiannya.mempelajari sirah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w dan sejarah angkatan salafussoleh ,memperbanyakkan membaca hadis-hadis Rasulullah s.a.w dan menghafal sekurang-kurangnya empat puluh hadis iaitu hadis 40 susunan Imam Nawawi. mempelajari sebuah risalah atau kitab mengenai usul-usul akidah dan sebuah kitab mengenai hukum-hakam fekah. 3. Segera berjumpa doktor supaya diperiksa kesihatan am saudara dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh melemahkan kesihatan. 4.Menjauhkan diri dari meminum kopi, teh atau minuman menyegarkan kecuali di ketika yang sangat perlu 5. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara 6. Saudara hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta. 7. Saudara hendaklah menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji 8. Saudara hendaklah bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab) dan sanggup menyimpan rahsia, berani mengaku kesilapan diri sendiri, sanggup menyedarkan diri sendiri dan mampu mengawal diri ketika marah. 9. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. 10. Bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk, bersikap merendah diri 11. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara 12. Cergas dan terlatih dalam melakukan kerja-kerja kebajikan am (segera melakukan kebajikan. 13. Bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur, memberi kemaafan dan mengampunkan kesilapan-kesilapan orang lain dan sentiasa bersabar dan bertenang, bertimbang-rasa. memelihara pergaulan dan akhlak yang baik dengan orang ramai, memelihara adab-sopan secara Islam, menaruh belas kasihan terhadap yang lebih muda dan menghormati orang-orang yang lebih tua, melapangkan tempat duduk di dalam majlis-majlis perhimpunan, janganlah mengintai-intai, mengumpat-umpat dan menceroboh,meminta izin terlebih dahulu sebelum memasuki ke satu-satu tempat dan ketika hendak mengundurkan diri daripadanya. 14.Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji risalah-risalah Ikhwanul Muslimin, memiliki (perpustakaan) sendiri walaupun kecil, mendalamkan ilmu pengetahuan dan kepandaian saudara. 15. Membuat sesuatu pekerjaan ekonomi sekalipun saudara sudah kaya-raya . 16. Janganlah mencari-cari kerja di dalam jabatan-jabatan kerajaan 17. Berjaga-jaga supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan amanah

18. Menuntut hak-hak saudara dengan cara yang baik dan menunaikan hakhak orang lain dengan sempurna tanpa perlu dituntut dantidak menangguhnangguhkan. 19. Menjauhi permainan judi dan menjauhi sebarang cara penghasilan yang haram 20. Menjauhi amalan riba dalam seluruh muamalat 21. Menggunakan harta kekayaan Umat Islam kepada jalan-jalan yang menggalakkan perusahaan dan institusi-institusi ekonomi Islam 22. Menyumbangkan untuk dakwah kita dari harta dan mengeluarkan zakat yang wajib malah menguntukkan sedikit daripada harta itu untuk menolong pengemispengemis dan orang-orang yang terputus rezeki sekalipun pendapatan saudara sangatlah kecil. 23.Menyimpan sebahagian dari wang pendapatan untuk waktu-waktu kecemasan walaupun sedikit 24. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam ( beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w) 25.Pulaukan mahkamah tempatan dan sebarang proses kehakiman yang bukan Islam, kelab-kelab, akhbar-akhbar, perkumpulanperkumpulan, sekolah-sekolah dan institusi-institusi yang menentang fikrah Islamiah. 26. Merasai diri saudara berada di bawah pengawasan Allah s.w.t, mengingati hari akhirat dan bersedia untuk ke sana dan mempertingkatkan perjalanan hidup seharihari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan hemat dan keazaman yang kuat. Dekatkanlah diri kepada Allah s.w.t dengan cara mengerjakan ibadat-ibadat sunat seperti sembahyang tahajud (di waktu malam), berpuasa sekurangkurangnya tiga hari setiap bulan, memperbanyakkan zikir di dalam hati dan lidah dan berdoa dengan doa-doa yang ma'thur dalam setiap keadaan. 27. Melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya)dan sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk. 28. Mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yangmungkin. 29.Berpuasa pada bulan Ramadan dan menunaikan Haji ke Baitullah apabila saudara berkemampuan pergi ke sana dan jika belum mampu hendaklah membuat persediaan untuknya mulai sekarang. 30. Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjihad dan bercita-cita untuk mati syahid serta melakukan persediaan sedaya-upaya untuk berjihad dan mati bersama-sama dengan para syuhada'. 31.Memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar. memperuntukkan masa selama satu jam sebelum tidur untuk menghisab diri tentang kebaikan-kenaikan dan kejahatan-kejahatan yangtelah dilakukan, menjaga masa dan menjauhkan perkara syubahat dan samar-samar hukumnya supaya saudara tidak terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram. 32. Melawan hawa nafsu , menjaga penglihatan saudara (dari benda-benda atau tempat-tempat yang haram)dan kuasailah desakan-desakan naluri

saudara dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal lagi baik dan elakkanlah diri dari sesuatu yang haram 33. Menjauhkan diri sama sekali dari arak, minuman yang memabukkan dan melemahkan kesihatan badan 34. Menjauhkan diri dari berdampingan dengan rakanrakan yang jahat, rosak dan segala tempat berlakunya maksiat dan dosa. 35. Memerangi tempat-tempat permainan yang keji apatah lagi menghampirinya malah menjauhkan diri dari cara hidup yang bermewahmewahan dan bersenang-lenang. 36. Mengenali setiap seorang ahli dengan sebenar-benar pengenalan. Di samping memperkenalkan diri saudara kepada mereka sama seperti saudara mengenali mereka dengan cara menunaikan dengan sempurna hak-hak persaudaraan seperti kasih-sayang, menghargai, memberi pertolongan, mengutamakan diri mereka dan menghadiri majlis-majlis mereka, janganlah saudara ketinggalan dari menghadirinya kecuali keuzuran yang tidak dapat dielakkan, membuktikan bahawa saudara benar-benar mengutamakan diri mereka dari diri saudara sendiri. 37. Melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan 38. Menyiarkan dakwah saudara di segenap ceruk rantau dan melaporkan kepada pucuk pimpinan tentang keadaan suasana yang mengelilingi dan janganlah melakukan sesuatu kerja yang menjejaskan dasar-dasar seruan kita melainkan dengan mendapat keizinan terlebih dahulu (dari pucuk pimpinan). Dalam melakukan kerja sedemikian, mempunyai hubungan yang rapat dengan pucuk pimpinan,malah dari sudut jiwa dan amalan saudara hendaklah menganggap dirisaudara adalah seorang perajurit yang sentiasa bersiap-sedia dikhemahnya, hanya menunggu saat menerima perintah dan tindakan.

Anda mungkin juga menyukai