Anda di halaman 1dari 3

Bina Insan Guru (ISG 2302) Pembinaan Jati Diri Padang Kemunting, Masjid Tanah, Melaka 21 hingga 23 Januari

2013 (Isnin, Selasa & Rabu)

Disediakan oleh: Siti Suhaidah binti Suhana

Program Bina Insan Guru adalah program yang wajib diikuti oleh para guru pelatih dalam usaha memantapkan jaitidri guru di dalam guru pelatih itu sendiri Program Bina Insan Guru Insan berhasrat untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental , rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat, negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesioan perguruan adalah profesion yang mulia. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang. pembentukan jati diri dan mempunyai role model, serta mampu menyesuaikan dan menangani pelbagai cabaran dalam perubahan zaman dalam era globalisasi. Pada hari pertama, sebelum memulakan program perkhemahan ini kami telah bersepakat dan bekerjasama menyediakan segala keperluan sepanjang program. Kami telah tiba seawal 6.30 pagi untuk bersama-sama memunggah barang ke dalam lori. Ini menunjukkan bahawa kami semua mempunyai semangat yang sepakat membawa berkat dan telah terpahat dalam jiwa semua guru pelatih yang mengikuti program ini. Setibanya di tapak perkhemahan, kami telah diberi taklimat berkaitan aktiviti yang akan dijalankan iaitu keyakinan di air. Sememangnya saya seorang yang fobia dengan keadaan yang berair, namun saya sangat sukakan pantai. Melihat keluasan laut dan kebesaran ciptaan Tuhan telah mendamaikan saya. Walaupun saya tidak pandai berenang saya tetap teruja untuk melakukan aktiviti air sekaligus ingin mencabar diri sendiri. Penerangan dan langkah ansur maju yang dijalankan oleh jurulatih telah berjaya menghilangkan rasa fobia saya serta meningkatkan tahap keyakinan diri ketika berada di dalam air. Jurulatih turut memberi tunjuk ajar bagi menyelamatkan mangsa di lautan dengan membuat rakit manusia. Aktiviti ini semestinya sangat berguna kepada saya apabila menghadapi kemalangan di laut seterusnya saya pasti dapat membantu mangsa. Apabila tiba waktu solat kami

berhenti seketika dan melakukan solat dalam keadaan darurat iaitu kami tidak dibenarkan menunaikan solat dengan memakai telekong sebaliknya dengan hanya berpakaian basah serta berstokin. Hal ini merupakan perkara baru dalam hidup saya serta menunjukkan bahawa islam itu agama yang mudah dan tidak perlu banyak memberi alasan jika hendak beribadat kepadaNya. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan aktiviti berkayak, walaupun saya pernah melakukan aktiviti ini debaran masih terasa kerana telah lama tidak melakukan aktiviti berkayak. Pada permulaan berkayak saya dan pasangan telah berjaya sampai ke tempat yang dituju dengan jayanya hasil usaha dan wujud kesefahaman antara kami berdua. Namun kami menghadapi masalah ketika dalam usaha kami untuk balik ke persisir pantai kami terpaksa berdepan dengan ombak dan arah angin yang kuat telah menyukarkan pergerakan kami. Namun itu semua tidak mematahkan semangat kami untuk terus berkayak dan sampai ke destinasi. Ia sama dengan kehidupan kita, walau sebesar atau sesukar manapun masalah yang datang dalam kehidupan kita, kita tidak boleh lari daripada masalah tersebut. Kita mesti menghadapinya dengan tabah sepertimana menghadapi ombak di lautan. Selain itu, saya mempelajari bahawa kawan amatlah penting dalam kehidupan kita. Tanpa kawan, banyak perkara yang tidak dapat kita rasai dan lalui dengan jayanya. Disamping itu, yang paling penting ialah ilmu mengemudikan kayak dengan cara yang betul , bukannya kekuatan sahaja. Kita tidak sepatutnya menilai kebolehan diri kita sebelum mencuba, kerana mencubalah yang akan menilai kebolehan kita. Dalam situasi perguruan, sebagai seorang guru kita patut menyediakan diri kita dengan pelbagai jenis ilmu. Ini kerana kita bakal berhadapan dengan lautan manusia yang mempunyai pelbagai kerenah. Dengan ilmu yang kukuh dan penuh dalam diri kita, mudah-mudahan kita tidak menghadapi masalah apabila mengajar kelak. Sebaliknya, jika kita tersilap mengemudikan kayak, jangan jadikan kesilapan itu kekalahan kita, sebaliknya jadikan ia sebagai satu pengajaran untuk mengubah cara kita mengemudikan kayak kita pada percubaan yang kan datang. Begitu juga dalam hidup ini, sekiranya kita gagal kerana kita tersilap langkah, maka jadikanlah kesilapan itu sebagai panduan agar kita tidak mengulang kembali kesilapan tersebut pada masa yang akan datang. Pada sebelah malam pula selepas solat maghrib berjemaah telah diadakan tazkirah spontan dan saya telah dipilih secara spontan oleh ustaz. Hal ini sememangnya diluar jangkaan saya dan saya tidak bersedia dengan sebarang bahan untuk disampaikan. Justeru saya sedikit

gelabah dan teragak-agak ketika menyampaikan tazkirah. Sebagai seorang guru seharusnya saya bersedia dalam apa jua keadaan dan boleh menjalankan tugas dengan sebaiknya. Dalam aktiviti berkumpulan kami telah ditayangkan dengan video tentang kepayahan, kesusahan dan cabaran yang dialami oleh guru di pedalaman. Seterusnya tayangan ini telah membuka mata dan minda saya tentang guru yang mengajar di kawasan pedalaman. Saya perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan di tempatkan untuk mengajar di kawasan pedalaman. Ketika menjalankan aktiviti kembara pada awalnya kumpulan kami telah mendahului kumpulan lain. Namun dipertengahan jalan salah seorang daripada ahli kumpulan kami menghadapi masalah kesihatan dan menyebabkan dia tidak dapat meneruskan aktiviti ini. Walaubagaimanapun, perkara ini telah mengeratkan lagi hubungan kami sebagai satu kumpulan. Melakukan aktiviti kembara ini telah mendekatkan kami dengan alam sekitar. Sepanjang perjalanan, kami meredah lopak, selut dan lumpur serta banyak lagi halangan yang kami tempuhi. Suka dan duka kami tempuhi bersama sebagai satu kumpulan. Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya kami semua telah berjaya menamatkan perjalanan kami dengan jayanya. Tiba di kawasan memasak kumpulan kami telah tertinggal pinggan dan kami terpaksa menggunakan segala apa sahaja yang boleh digunakan. Ini menunjukkan bahawa kami boleh mengadaptasikan diri dengan sebarang situasi. Pada sesi pidato spontan telah memberi pendedahan kepada saya bahawa sebagai seorang guru kita seharusnya dapat bertindak secara profesional dan tidak terlalu beremosi apabila diminta mengeluarkan dan menyuarakan pendapat. Program seperti ini banyak mengajar saya sebagai seorang guru pelatih untuk mempersiapkan diri saya menjadi seorang guru yang baik apabila saya menerima diploma nanti. Tanpa program seumpama ini amat malanglah seseorang guru itu kerana tiada pendedahan awal yang diterima apabila menjadi seorang guru kelak. Beberapa penambahbaikan pada diri juga perlu saya perbaiki antaranya disiplin dalam diri perlu ditingkatkan lagi agar matlamat yang dirancangkan dapat dicapai. Masa yang telah ditetapkan perlulah dipatuhi. Disamping perlu menguasai semangat kepimpinan yang tinggi bagi melahirkan barisan pendidik yang boleh memimpin anak-anak bangsa kita di masa hadapan. Begitu juga dalam melakukan perancangan dengan lebih awal dan perlu pandai menguruskan masa dengan lebih efisien.

Anda mungkin juga menyukai