Anda di halaman 1dari 2

Forum 2:

Kriteria Pemilihan dan Penilaian media (KF)


Bincangkan kriteria reka bentuk visual yang harus dipertimbangkan untuk menghasilkan
bahan multimedia yang berkesan.

Terdapat tiga kriteria penting dalam reka bentuk visual yang harus
dipertimbangkan untuk menghasilkan bahan multimedia yang berkesan iaitu elemen
visual, elemen verbal dan elemen yang menarik perhatian.

Elemen visual terdapat tiga jenis iaitu visual realistik, visual analogik dan visual
organisasioanal. Visual realistik adalah visual yang lebuh detail dan hampir sama dengan
bahan asal. Visual jenis ini adalah lebih sesuai untuk pelajar dewasa kerana menurut Teori
Perkembangan Kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget, pelajar dewasa sudah
berada di peringkat operasi formal (formal operational stage) yang tidak memerlukan
konkrit material dalam pembelajaran tetapi boleh memahami idea yang abstrak. Visual
realistik mudah difahami tetapi boleh mengelirukan jika pertama kali ditunjukkan kepada
pelajar. Kadar realisme visual menjadi kurang berkesan jika visual terlalu realistik atau
terlalu abstrak. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya guru menggunakan bahan
yang sederhana kadar realistiknya. Contohnya, guru menayangkan gambar manusia
sebenar, bukan gambar kartun.

Jenis elemen visual yang seterusnya ialah visual analogik yang bermaksud
menyampaikan konsep secara analogi. Contohnya apabila guru menunjukkan visual yang
mengandungi belon, tiub kaca berbentuk Y, leher botol, kepingan kaca di dalam baling
kaca bagi menggambarkan sistem pernafasan manusia. Ini akan memudahkan pelajar
untuk mempelajari dan memahami konsep sistem pernafasan manusia.

Jenis yang seterusnya ialah visual organisasional. Jenis ini adalah meliputi carta
aliran, graf, peta, dan carta organisasi. Visual ini digunakan untuk menunjukkan
perhubungan dan kaitan antara konsep-konsep yang berturutan. Ini mampu memudahkan
pemahaman pelajar terhadap turutan konsep tersebut. Contohnya apabila guru
memaparkan carta organisasi berkenaan proses perkumuhan manusia.

Elemen yang seterusnya ialah elemen verbal. Elemen ini mementingkan


pemilihan huruf atau fon dari segi stail huruf, saiz dan jenis huruf dan warna. Terdapat 6
gaya penghurufan iaitu stensil, unistensil, huruf tampal bagi Mesin Kroy, huruf potong
untuk majalah, huruf pindah dan huruf komputer bagi digital. Antara prinsip asas
penghurufan ialah 8-10 perkataan untuk satu baris dan 8-10 ayat dalam satu slaid.format
teks juga harus konsisten dan tulis teks mengikut pola pergerakan mata. Terdapat 3 jenis
stail huruf iaitu sans serif, serif dan pelbagai. Stail huruf hendaklah konsisten dan
harmoni dengan elemen lain. Satu atau dua jenis fon sahaja yang sesuai digunakan dalam
satu persembahan Power Point. Warna pula hendaklah yang ada kontras antara latar
dengan teks atau imej bagi menunjukkan penegasan idea yang penting dengan yang
kurang penting. Warna seharusnya lembut dan selesa dipandang oleh audien.

Elemen yang terakhir ialah elemen tarikan iaitu dari segi kejutan, tektur dan
interaksi. Dengan adanya kejutan, minat dan perhatian para audien dapat ditarik dan
dikekalkan. Tektur pula menjadikan visual lebih realistik. Sebagai contoh apabila guru
menunjukkan imej 3-D kubus yang beranimasi. Bahan visual juga haruslah mempunyai
ciri-ciri yang membolehkan interaksi antara pelajar dan bahan tersebut, contohnya,
terdapat kuiz, demonstrasi dan manipulasi bahan yang menarik relajar untuk mencuba.

Anda mungkin juga menyukai