Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Formula mudah. Kaki kiri Untuk kawal pedal clutch yang berada paling kiri. Kegunaannya untuk menukar gear. Caranya tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan masuklah gear yang sesuai.
Kaki kanan Untuk kawal pedal brek yang berada di tengah atau Untuk kawal pedal minyak yang berada paling kanan.
Cara hendak menggerakkan kereta Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat dan lembut. Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga terasa badan kereta bergegar hendak bergerak,tambah sedikit minyak dan kawallah kelajuan dan stereng anda.Bila sudah stabil dan meter mencecah ke 20km - 25km,tukarlah kepada gear 2 dan meter mencecah ke 30km - 35km,tukar ke gear 3,meter mencecah ke 4okm tukarlah ke gear 4 dan seterusnya tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya.
Cara hendak mengelakkan dari engin mati setelah gear dimasukkan Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda telah stabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan dengan perlahan.
Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun dibawah 30km,tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek. Untuk mengelakkan anda kelam kabut kerana anda kurang mahir.
Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan pedal brek. Sebelum mengangkat kedua-dua kaki,anda wajib bebaskan gear dulu dan tarik brek tangan atau tarik brek tangan dan bebaskan gear.
Semasa hari ujian, tiga penjuru biasanya akan dilakukan selepas membuat parking. Jom kita lihat teknik untuk buat tiga penjuru khas untuk tujuan ujian kelak.
1. Apabila anda keluar dr parking, masuk petak belah kanan (ikut anak panah yang diberikan) sehingga sampai ke tiang no 2. 2. Sambil berjalan perlahan-lahan pusing stering kekanan sampai habis dan berhenti sebelum garisan putih di depan. 3. Seterusnya pusing stering ke kiri pula sampai habis (4 x) kemudian br anda undur ke belakang dan berhenti sebelum bumper belakang kereta anda pijak garisan putih (jarak dalam 3 kaki mcm tu). 4. Kemudian pusing stering 3 x dan terus keluar dr petak 3 penjuru tersebut.
Masuk ke petak dari kiri ke kanan dan berhenti seketika Dari Kanan berundur ke belakang dan berhenti seketika Dari kiri bergerak ke kanan dan terus keluar.
Calon akan gagal jika: 1. Melanggar atau menyentuh tiang besi penanda samada semasa masuk atau keluar. 2. Badan kereta menjulur keluar 3. Melakukan olah gerak lebih 3 pergerakkan 4. Melakukan ujian melebihi 3 minit 5. Berlaku kemalangan
1. Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti. 2. Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang nombor 6 melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti. 3. Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti. 4. Pusing kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking dan berhenti (free gear dan tarik handbreak) 5. a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti (free gear dan tarik handbreak) 6. Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.
Badan kereta menyentuhi atau melebihi garisan kuning samada semasa masuk atau keluar Keseluruhan kereta tidak masuk dalam petak Sebahagian kereta tidak masuk dalam petak Badan kereta samada depan atau belakang menjulur keluar. Kereta masih berada dalam petak samada sebahagian atau keseluruhannya apabila tamat tempoh 5 minit yang ditetapkan Melakukan ujian parking melebihi masa yang ditetapkan iaitu 5 minit.