Anda di halaman 1dari 6

Peningkatan Sosial Pendidikan Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan dengan matlamat utama

pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan bertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci. Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen, dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama yang berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendiik. Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.

PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN DALAM TAMADUN CHINA Pengenalan : Latar belakang Tamadun China di persekitaran Lembah Sungai Hwang Ho. Kurikulum merujuk apa yang berlaku dalam kelas yang melibatkan pengajaran,penilaian,pembelajaran, dan bahan-bahan. Tetapi zaman Dinasti Chin, falsafah Legalisme yang diasaskan oleh Han Fei Tsu lebih dominan. Tahap pendidikan : Guru daripada bekas pegawai kerajaan yang hilang pekerjan atau ahli akademik yang gagal peperiksaan. Pendidikan tertumpu kepada menghafaz tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami makna. Peringkat menengah Tumpuan diberi kepada latihan dalam menghasilkan karangan dan sastera serta pengkajian esei. Kurikulum peringkat tinggi-Tumpuan kepada menterjemahkan buku suci ke dalam bahasa China moden, menjelaskan kandungan buku suci dan penulisan esei. Zaman Dinasti Shang : Semasa zaman pemerintahan Dinasti Shang,kurikulum pendidikannya meliputi kemahiran dalam sistem tulisan bergambar atau ideogram. Terdapat lebih 3,000 simbol atau tulisan bergambar yang harus dihafal oleh para pelajar. Mereka yang dapat menguasai sistem tulisan ini dapat menjadi jurutulis. Zaman Chou : Zaman pemerintahan Chou Barat diwujudkan untuk anak bangsawan di ibu kota dan bandar-bandar lain. Sekolah untuk orang biasa disediakan di feudal iaitu kampung dan kampung kecil. Terdapat pendidikan asas dan sekolah lanjutan bagi pemerintah dan orang awam. Kurikulum terdiri daripada 6 bidang seni (muzik, memanah, penulisan, matematik, memandu kereta kuda beroda dua dan pelbagai upacara dan adat istiadat). Sistem pendidikan zaman ini adalah liberal dan menekankan pemahaman dalam menimba ilmu (kaedah menghafal dikutuk). Confucious berpendapat belajar tanpa pemahaman adalah pembaziran. Chou Timur perubahan sosial membawa kelahiran Hundred School of Thought 100 school of Philosophy berkembang bila wujudnya penyelewengan dalam kerajaan dan peperangan. Ahli falsafah sering bertemu untuk berbahas dan bertukar pendapat. Negeri feudal memberi keutamaan kepada bidang pendidikan dan bersaing untuk menarik golongan intelektual. Kurikulum pendidikan golongan terpelajar berusaha untuk melahirkan golongan pelajar yang berani mengkritik dan mengamalkan tradisi menghormati diri sendiri.

Dinasti Chin : Berasaskan falsafah legalisme. Pemerintah tidak mahu ada sebarang kesan masa lampau khasnya yang berkaitan dengan ajaran confucious. Sisten tulisan dipermudah dan disatukan. Dinasti Han : Universiti pertama ialah Universiti Nasional yang mempunyai 30,000 pelajar. Peperiksaan terbuka kepada awam tetapi sebenarnya , diduduki golongan kaya sahaja. Sebuah sekolah khas untuk melatih pegawai kerajaan telah ditubuhkan di wilayah Changan dan sekolah biasa didirikan di seluruh negara. Contoh Su Ma Chien yang mendapat gelaran Bapa Sejarah Negara China. Kesimpulan : Pendidikan rasmi di China berkembang melalui dikri pemerintah. Tumpuan utama pendidikan ialah untuk memajukan sensitiviti moral dan rasa tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

SISTEM PENDIDIKAN TAMADUN CHINA - MATLAMAT PENDIDIKAN DALAM TAMADUN CHINA. Pengenalan 1. Latar belakang sistem pendidikan China Pendidikan amat penting dalam Tamadun China. Masyarakat China sangat menghormati golongan intelektual. Kerajaan bertanggungjawab menyediakan keperluan dan kemudahan pendidikan seperti menyediakan rumah guru, rumah penaung yang kaya, rumah berhala dan pondok. Terdapat ruang pemujaan Confucius di bilik darjah. Kanak-kanak mula bersekolah semasa berumur 7 tahun. Pelajar membawa kerusi, buku, kertas, pensel dan dakwat sendiri ke sekolah. Terdapat sekolah menengah dan sekolah tinggi yang menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan kerajaan. Sekolah-sekolah ini ditaja oleh kerajaan, persendirian, golongan kaya dan pegawai kerajaan. Pada zaman Maharaja Wu Ti dalam Dinasti Han (140-87 S.M), sekolah tinggi ditubuhkan di ibu kota dan menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah di provinsi dan daerah. Pada zaman Maharaja Yan Kuang dalam Dinasti Sui, sekolah dan perpustakaan imperial telah ditubuhkan. Pada zaman Dinasti Ming, kolej golongan belia dan universiti kebangsaan telah ditubuhkan pada peringkat pusat. Pada zaman Hsuan Tsung, Akademik Han Lian telah ditubuhkan. Selain itu, sekolah-sekolah telah ditubuhkan secara besar-besaran. Seterusnya sistem percetakan telah diperkenalkan. MATLAMAT SISTEM PENDIDIKAN TAMADUN CHINA 1. Untuk memenuhi keperluan kerajaan dan negara Demi memberikan suatu asas yang kukuh untuk mengekalkan kuasa politik, birokrasi dan kedaulatan maharaja serta mengekalkan keharmonian masyarakat dan taat setia rakyat terhadap raja dan negara. Pendidikan sebenarnya tidak menggalakkan pemikiran bebas rakyat bawahan atau golongan atasan. Sebaliknya bertujuan membendung pemikirannya supaya dapat memupuk hubungan erat rakyat dengan kerajaan, menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat. Fahaman Confucianisme telah menjadi asas ideologi politik dan kurikulum pendidikan China sejak Dinasti Han untuk mewujudkan sekelompok elit (scholargentry). Kelompok ini telah menyerap nilai-nilai moral dan etika Confuciusnisme yang akan menyokong dan memperkukuhkan status politik Maharaja China dan kerajaannya.

2. Peperiksaan awam Pendidikan di China mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem peperiksaan yang diamalkan. Tiada had umur yang ditetapkan untuk mengambil peperiksaan. Seseorang yang lulus dalam peperiksaan awam akan menjadi pegawai dan pentadbiran dalam sistem pemerintahan di China. Peperiksaan dikendalikan dengan ketat. - Mereka yang meniru dikenakan hukuman mati. Untuk memastikan tidak berlakunya penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan. Mereka yang mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik dengan disediakan makanan. Mereka dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan. Setelah lulus, mereka akan menjadi ahli seumur hidup di Emperial Academy (organisasi intelek) 3. Untuk menegakkan hubungan dan kepentingan nilai kekeluargaan Sifat ketaatan terhadap ibu bapa, orang tua dan penghormatan terhadap pegawaipegawai kerajaan. Untuk memupuk nilai-nilai moral dan etika yang diperlukan oleh pihak pemerintah, maka kurikulum pendidikan adalah berdasarkan Sembilan Buku Suci iaitu: Five classics dan The Four Books. Five Classics ialah Shu Ching (Book of History), Shih Ching (Book of Poetry), Yi Ching (Book of changes), Li Chi (Book of Rites) dan Chun-Chiu (Spring and Autumn Annals). The Four Books terdiri daripada Annalests, Great Learning, Doctrine of the Mean dan Works of Mencius. 4. Untuk membezakan golongan elit (pemerintah) dan golongan massa (diperintah) Pendidikan China dianggap sebagai kayu ukur untuk membezakan dua golongan ini. Menurut pemikir Confuciusnisme, elit yang berpendidikan tinggi ialah Chun Tze atau manusia unggul ( the super or man). Oleh itu rakyat harus menghormati Chun Tze. Pendidikan dianggap sebagai penentu peranan dan hierarki masyarakat China tradisional. 5. Untuk memilih pegawai kerajaan (birokrasi) Sejak zaman Dinasti Han, sistem peperiksaan awam telah diwujudkan untuk memilih pegawai kerajaan. Calon-calon yang cemerlang dalam peperiksaan akan dilantik memegang jawatanjawatan kerajaan di ibu kota dan wilayah. Sistem ini dikekalkan sehingga kejatuhan Dinasti Ching pada tahun 1911.

6. Untuk menyebarkan pemikiran dan falsafah pemikir-pemikir China - Antara pemikir China ialah Kung Fu Tze, Lao Tze dan Mo Tze. KESIMPULAN: 1. Matlamat pendidikan di China adalah untuk melahirkan rakyat China yang berpendidikan bagi membolehkan mereka menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. 2. Bahkan sistem pendidikan dapat mengubah kedudukan mereka dalam masyarakat (mobiliti sosial)