Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Pada pengalaman berasaskan sekolah (PBS) yang lepas saya dan rakan-rakan telah
menjalankan kajian di sebuah sekolah di Kuala Kangsar, Perak bermula dari 27/8/2012
sehingga 30/8/2012. Pada PBS kali ini kami telah diberikan satu tugasan iaitu untuk
membuat pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru dan merekod sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Sebagai pelajar major Pendidikan Islam, kami telah diberikan satu tugas khusus
untuk merekod sesi pengajaran subjek Akidah. Kami juga telah diminta untuk memerhati
dan mengumpul maklumat berdasarkan tentang beberapa perkara yang telah ditetapkan
oleh pensyarah kami berkenaan pendidikan akidah sekolah rendah. Setelah kami
menjalankan satu sesi temu bual dengan ketua panitia pendidikan islam di sekolah tersebut,
kami dapati guru-guru yang mengajar subjek pendidikan akidah ini menyediakan isi
pembelajaran dengan merujuk sukatan yang terdapat dalam buku teks dan juga buku
panduan guru. Selain itu juga, terdapat sebilangan guru yang menggunakan kreativiti
masing-masing untuk menyediakan isi pelajaran yang sesuai dengan tahap murid-murid di
dalam sesebuah kelas. Ia banyak bergantung kepada pengalaman guru-guru tersebut
dalam menyediakan isi pelajaran yang dapat membantu murid-murid memahami
pembelajaran.
Selain daripada itu, jika dilihat dari sumber bahan rujukan yang digunakan oleh guru
yang mengajar subjek akidah di sekolah tersebut, beliau lebih banyak menggunakan bahan
rujukan dari buku teks dan pengetahuan sedia ada sahaja. Hal ini kerana, isi pelajaran
dalam buku teks sudah cukup memadai untuk membantu guru tersebut mengajar di dalam
kelas. Akan tetapi, jika guru tersebut ingin memberikan penerangan yang lebih terperinci
dan khusus, beliau akan mencari bahan rujukan dari buku-buku ilmiah yang diiktiraf dan
sesuai digunakan untuk pemahaman murid-murid sekolah rendah.
Dalam merancang langkah-langkah pengajaran pula, guru yang mengajar subjek
akidah ini akan memilih aktiviti-aktiviti yang lebih berpusatkan murid. Manakala, guru pula
sebagai pemudah cara sahaja. Sebagai pemudah cara, guru akan memberikan set induksi
yang dapat menarik minat murid-murid terhadap pelajaran. Kemudian, guru akan
memulakan pelajaran dengan bertanyakan kepada murid-murid tentang apakah yang akan
dipelajari pada hari itu. Dalam pada itu, guru subjek akidah tersebut akan menyusun aktiviti
yang selari dengan isi pelajaran yang telah dirancang.

Pada kebiasaannya, guru tersebut akan memulakan pelajaran dengan


menyampaikan isi pembelajaran secara kuliah kerana subjek akidah ini memerlukan
penjelasan yang jelas supaya murid-murid tidak terkeliru. Kemudian, pada akhir kelas guru
akan bertanyakan soalan kepada murid-murid ataupun membuat aktiviti yang berpusatkan
murid sama ada secara individu, berpasangan, atau beramai-ramai untuk melihat
pencapaian hasil pembelajaran. Disamping penyampaian isi pembelajaran yang jelas,
aktiviti yang menarik dan kreatif juga amat membantu murid-murid dalam pemerolehan hasil
pembelajaran.
Dalam penggunaan bahan bantu mengajar pula, guru akan menggunakan bahan
bantu mengajar yang maujud seperti batu, buah-buahan, daun, dan macam-macam lagi.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang maujud amat membantu dalam merangsang
pemikiran murid-murid untuk berfikir. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar yang nampak
dan boleh dipegang lebih mudah difahami dari bahan bantu mengajar yang tidak maujud
serta tidak boleh dipegang. Selain itu, guru akidah tersebut turut menggunakan kad imbas,
tayangan video, powerpoint dan bahan-bahan yang sesuai.
Guru yang mengajar subjek akidah tersebut juga telah menggunakan strategi
pengajaran yang berpusatkan murid supaya murid-murid sentiasa terlibat dalam aktiviti
pembelajaran yang dijalankan. Kaedah kuliah, soal jawab, permainan dan projek merupakan
kaedah yang dipilih oleh guru akidah tersebut dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Sebagai seorang guru, penguasaan terhadap kaedah-kaedah
yang pelbagai ini amat penting kerana melalui kaedah-kaedah yang sesuai sahaja pelajaran
akan menjadi lebih berkesan.

.1

.2

3 :

.3

5 : 3 / 1433 2012
30 ( 11.30-11.00 : )

.4
.5

20 : ( 11 9 , )

.6

.7

.8

2.1.1 :

.9 : 2 .
.10

:
1
2 2
-3

.11 :
3

.12 : -

.13 :
.14

.15 : , ICT POWER POINT

(2
)

" : - "
. " : - 2 - : "

(3
)

.
.

)1

:
.

(3
)

2 :

:6

(10
)

.. . .
2 :
2 (
2 2 ). . .

:
-

(10
)

.
.

:

:
.

-
( 3) -

2
8

/ :

-
.
9

.
- .

. 07
.
() .
- .
.
. .
.
. .
.
.
. .
10

. .
. .

.
-
. - .

.

11