Anda di halaman 1dari 21

1

Maksud Hegemoni.

Istilah hegemoni berasal daripada istilah Yunani, hegeisthai (to lead). Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli psikologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa. Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemoni membawa makna pengaruh atau penguasaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain.
2

Pengaruh dan dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99). Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan tanpa berlakunya kekerasan, sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar .

Maksud Barat.

Selalunya kita menganggap Barat sebagai masyarakat Barat dan tamadun Barat. Masyarakat adalah terdiri daripada perlbagai kumpulan manusia yang menetap pada mulanya di Eropah dan selepas itu berhijrah ke merata-rata tempat di dunia ini. Pada umumnya, masyarakat Barat terdiri daripada kumpulan manusia yang tinggal dalam entiti politik yang sekarang ini kita kenali sebagai negara-negara Eropah.
4

Maksud Hegemoni Barat.

Hegemoni Barat boleh dikatakan satu keadaan di mana pengaruh pemikiran masyarakat Barat dalam hampir segala perkara yang kita lakukan dalam kehidupan kita seharian. Secara umumnya hegemoni Barat melibatkan semua perkara dalam kehidupan kita yang kita lakukannya mengikut kebiasaan masyarakat Barat tanpa kita sedari.
5

Sebenarnya penguasaan bahasa pengantar juga secara tidak langsung menunjukkan hegemoni Barat. Penguasaan bahasa Inggeris menjadi begitu penting di Malaysia iaitu bertujuan untuk membolehkan kita berinteraksi dengan masyarakat Barat yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi antarabangsa.

Maksud Globalisasi.

Definisi umum yang dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia untuk menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil serta usaha menyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya. Merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.

Menurut Kamus Dewan, globalisai membawa maksud fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala terdapat juga cendiakiawan barat mentakrifkan globalisasi adalah sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan tidak terhingga iaitu merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi

HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI

Hegemoni Barat terhadap Media Hegemoni Barat terhadap Ekonomi Hegemoni Barat terhadap Politik Hegemoni Barat terhadap Sosial Hegemoni Barat terhadap Hak asasi Manusia

Hegemoni Barat Terhadap Politik.

Politik merujuk kepada kuasa yang terdapat dalam kehidupan sesebuah kumpulan manusia dan bagaimana kuasa tersebut di susun, dibahagikan, dan digunakan. Politik sebenarnya merujuk kepada kuasa memilih yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan. Individu atau kumpulan kecil yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berikut dianggap sebagai mempunyai kuasa politik.

10

Antara kesan hegemoni Barat terhadap politik ialah wujudnya sistem pemerintahan demokrasi. Demokrasi mula digunakan oleh Plato dalam bukunya The Republic, tetapi sistem demokrasi yang dicadangkan oleh beliau amat berbeza daripada bentuk-bentuk demokrasi yang wujud pada hari ini. Dua sistem demokrasi hari ini yang penting untuk tujuan kursus ini adalah sistem demokrasi di Amerika Syarikat dan Great Britain.

11

Sistem demokrasi Amerika Syarikat merupakan sistem yang paling tertua diamalkan. Sistem demokrasi Great Britain pula telah banyak mempengaruhi sistem demokrasi yang wujud di Malaysia pada hari ini. Sistem politik di Malaysia merupakan gabungan sistem politik barat dengan sistem politik tradisional. Pada waktu sekarang, sistem politik pada peringkat tempatan, negeri, dan kebangsaan lebih mirip kepada sistem politik yang terdapat di Great Britain, iaitu sistem raja berpelembagaan.

12

Selain daripada wujudnya sistem demokrasi, hegemoni Barat juga menetapkan beberapa prinsip yang perlu dipatuhi oleh negara jajahan. Negara yang menjadi penyokong terhadap pemerintahan politik Barat akan diberikan pelbagai anugerah. Bagi negara yang menentang akan dianggap sebagai musuh dan akan dikenakan pelbagai sekatan termasuk ekonomi, diplomatik dan lainlain. Ternyata hegemoni Barat terhadap politik amatlah berkuasa dan berpengaruh.
13

Hegemoni Barat Terhadap Sosial.

Pada hari ini, dunia barat terutamanya Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeksportatan budayanya. Berlaku pertukaran dan penyataan simbol yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan lain-lain dari Barat ke dunia luar. Pengaruh Barat terhadap sosial ialah terbahagi kepada empat iaitu budaya makan, budaya fesyen, budaya hidup dan budaya muzik serta hiburan.
14

Budaya makan Pelbagai jenis makanan barat dapat dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia. Makanan barat seperti Spaghetti, pasta serta minuman bergas tidak hanya boleh didapati di negara Barat malahan juga dapat di seluruh dunia. Budaya fesyen Anak-anak muda semakin ghairah mengikut segala perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti Maybelline, Cristian Dior serta jenamajenama pakaian seperti Bonia dan Levis menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya.
15

Budaya Hidup Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Masyarakat dunia hari ini juga lebih terdedah kepada budaya yang menggunakan produk rokok yang menajakan budaya hidup barat. Budaya Muzik dan Hiburan Muzik sperti Jazz, rock, disco dan yang terkini adalah muzik black metal telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga diadakan di luar Amerika.

16

Hegemoni Barat Terhadap Hak Asasi Manusia.

Pemikiran hak asasi manusia bermula dari barat akibat daripada penindasan masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik, dan agama oleh golongan diraja dan Gereja Katholik Rom pada suatu masa dahulu. Selepas zaman kebangkitan semula (renaissance) masyarakat Eropah, timbul pendapat berbeza untuk memahami keadaan manusia dan peranannya di dunia ini.
17

Berdasarkan pemikiran masyarakat Amerika Syarikat, 3 hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Hak asasi manusia yang pertama- kehidupan membawa maksud bahawa setiap manusia berhak untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya. Kemunculan hak asasi ini mungkin daripada masalah penindasan yang berlaku di Eropah pada suatu masa dahulu di mana pihak Raja dan Gereja mempunyai hak untuk membunuh sesiapa sahaja mengikut kehendak mereka tanpa sebarang pembicaraan yang berkecuali.
18

Hak asasi manusia yang kedua- kebebasan bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-mana orang lain. Hak asasi manusia yang ketiga- mengejar kebahagiaan, sebenarnya adalah kebebasan untuk mengumpul harta. Masyarakat Barat pada waktu dahulu tidak bersetuju dengan kuasa Raja dan kerajaan mereka boleh mengenakan sebarang cukai menganggap bahawa harta adalah satu anugerah daripada Tuhan. Kebolehan memungut harta dianggap penting untuk membolehkan mereka terus menunaikan persetujuan daripada mereka.
19

Dari segi politik, hak asasi manusia sering dikaitkan dengan hak sivil, politik, demokrasi global, tanggungjawab dan ketelusan pemerintahan. Sistem demokrasi sebenarnya membantu memastikan hak asasi manusia tidak tergugat oleh pemerintahan yang menekan rakyat. Dari segi budaya pula, hak asasi manusia sentiasa bertembung dengan pendekatan nilai, adat dan cara hidup sesebuah masyarakat. Dalam hal ini, pertembungan antara nilai Barat dengan bukan Barat dilihat sebagai puncak konflik budaya yang wujud.
20

Kesimpulan..

Melalui hegemoni yang begitu kuat sama ada media, ekonomi, politik, sosial dan budaya, kita melihat Barat seolah-olah telah berjaya menguasai dunia tanpa sempadan. Melalui perkembangan teknologi yang begitu hebat, penjajahan ini tetap akan berlaku walaupun tanpa kehadiran mereka di kalangan negara-negara yang dijajah. Arus globalisasi yang kita hadapi hanya membenarkan satu budaya dan satu gaya hidup. Orang yang tidak menerimanya dianggap ketinggalan zaman. Hanya yang mempunyai kekuatan dan jati diri mampu bertahan daripada arus ini.
21