Anda di halaman 1dari 13

BORANG ANALISIS & PENILAIAN BUKU TEKS ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS SUBJEK JUDUL PENULIS PENERBIT

: PERDAGANGAN______________________________________ TINGKATAN : LIMA__ : PERDAGANGAN TINGKATAN LIMA___________________________________________ : SITI AMNAH BINTI SAHRAN, RAHIMAH BINTI IBRAHIM, MAGGIE LOW POH LEAN : INFO DIDIK SDN BHD______________________________________________________

TEMPAT TERBIT: PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN___ TAHUN TERBIT: 2003__________ ARAHAN Tandakan ( ) pada skor: 1: Lemah 2: Sederhana

3: Baik

4: Cemerlang

Dalam ruangan ulasan, anda perlu menyatakan halaman dan justifikasi. KOMPONEN PERKARA SKOR 1 2 3 A. KESESUAIAN ISI 1. Kelengkapan isi kandungan KANDUNGAN DENGAN TAHAP

ULASAN (Halaman & Justifikasi) Keseluruhan buku teks ini memenuhi dan menepati kehendak Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Setiap bab akan dimulakan dengan dengan pengenalan bagi topik yang ingin dibincangkan dan diikuti oleh isi kandungan, rumusan dan peta minda keseluruhan tajuk, latihan. Selain itu juga terdapat info tambahan kepada isi pelajaran yang dibincangkan seperti info dagang, uji minda, fikirkan, laman web merentas kurikulum dan aktiviti Perbincangan isi kandungan di dalam buku teks mengikut SP & HSP yang telah ditetapkan oleh KPM. Penulis memberikan huraian kepada setiap topik dan subtopik yang dibincangkan Kedalaman isi kandungan adalah baik bersesuaian dengan tahap yang perlu dikuasai oleh pelajar. Jika

2. Keluasan isi kandungan

3. Kedalaman isi kandungan

1
sesuatu topik tersebut diulas dengan lebih dalam ianya akan membuat buku teks semakin tebal dan pelajar akan semakin malas untuk membaca maklumat tersebut. Ianya dijadikan sebagai info tambahan kepada pelajar sekiranya pelajar ingin mengetahui lebih lanjut dan guru boleh menambah maklumat tersebut semasa P&P berjalan. Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Keseluruhan bagi kesesuaian isi kandungan dengan tahap adalah cemerlang. Buku ini disediakan bersesuaian pada tahap kognitif pelajar-pelajar tingkatan 5. Walaupun perincian yang diterangkan di dalam buku teks tidak seluas dan sedalam dalamnya ianya masih ditahap cemerlang kerana ianya bersesuaian dengan pengetahuan awal yang perlu diketahui oleh pelajar. Buku teks ini juga menyediakan laman info jika pelajar ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya. Cadangan penambahbaikan bagi buku teks ini, laman info tersebut jika diolah berbentuk interaktif sebagai contoh jadikan seperti komik kartun ianya mungkin akan menyedarkan dan menarik minat pelajar untuk membaca makumat tambahan tersebut. B. KETEPATAN ISI 4. Ketepatan konsep, definisi dan Terdapat konsep yang KANDUNGAN fakta dijelaskan mengelirukan pembaca iaitu pada m/s 86 di bawah tajuk Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Ianya merujuk kepada Lesen Pembawa A. Lesen Pembawa A adalah untuk kenderaan yang mengangkut barang kepunyaan orang lain atau yang disewa kepada orang lain. Selain itu pada m/s 133 Panggilan tanpa tol juga memberikan konsep yang mengelirukan dimana Panggilan tanpa tol adalah perkhidmatan dimana peniaga menerima pangilan daripada pelanggan dan bakal pelanggan dengan mengecualikan pelanggan daripada bayaran caj panggilan. 5. Ketepatan contoh, kes, gambar, Contoh, gambar, diagram dan

2
diagram dan ilustrasi ilustrasi dalam buku teks adalah bertepatan dengan topik yang dibincangkan Keseluruhannya adalah baik Cuma pada m/s 157 terdapat istilah yang digunakan adalah tidak konsisten. Penulis kadangkala menggunakan istilah orang ramai, pengguna dan juga pelanggan untuk mengambarkan individu yang terlibat dalam promosi. Penulis berjaya menggunakan daftar ejaan yang betul semasa menulis buku teks ini.

6. ketepatan dan konsistensi istilah dan simbol

7. Ketepatan penulisan mengikut daftar ejaan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya ketepatan isi kandungan adalah baik. Penulis berjaya menggunakan contoh, gambar dan diagram dengan tepat selain penggunaan istilah secara konsisten. Walaupun terdapat istilah yang digunakan secara tidak konsisten tetapi ianya tidak begitu menjejaskan maksud keseluruhan isi kandungan tersebut. Penulis juga berjaya mengelakkan kesilapan dalam daftar ejaan. Ketepatan konsep, definisi dan fakta adalah sangat penting kerana jika ia tidak diberikan secara tepatia akan menjejaskan keseluruhan maksud tersebut. Untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku penulis seharusnya berjumpa dengan orang atau agensi untuk memastikan konsep yang digunakan adalah tepat C. KEMUTAKHIRAN 8. Kesesuaian kandungan dengan Isi kandungan yang terdapat di KANDUNGAN perkembangan ilmu dan teknologi dalam buku teks ini juga seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi. Ini dapt dilihat di dalam tajuk komunikasi. Dalam bab ini ada menyentuh mengenai perkhidmatan telekomunikasi. Melalui bab ini pelajar boleh megaplikasikan penggunaan e-mel, sidang video, videofon dalam kehidupan sehari-hari. 9. Kemutakhiran contoh, gambar, Contoh yang diberikan buku ilustrasi, peraturan dan kes teks ini banyak yang sudah sebenar. tidak terkini kerana banyak perubahan yang berlaku sebagai contoh dalam Bab 1 Perbankan (rujuk m/s 9) penulis memberikan contoh Bank Bumiputera Commerce sebagai Bank Islam dan m/s 15 Bank Bumiputera Commerce sebagai contoh bank perdagangan.

3
Bank tersebut sudah tiada lagi kerana telah digantikan degan CIMB Bank, selain itu Bank Pertanian Malaysia juga telah menukar nama sebagai Agro Bank (rujuk m/s 13 dan 199). Gambar foto pada m/s 38 juga tidak terkini kerana AffinAcffinance sudah tiada lagi pada masa kini kerana sudah bergabung dengan Affin Bank. Dalam Bab 3 Pengangkutan (rujuk m/s 88) perkhidmatan komuter. Perkhidmatan komuter telah diperluaskan sehingga ke Seremban dan juga ke Ipoh. Ianya tidak lagi tertumpu di Lembah Klang sahaja. Bab 4 Komunikasi di bawah sub bab perkhidmatan pos (m/s 124 & 125) bungkusan dan paket kecil kadar berat bagi kedua-dua barang tersebut telah naik daripada 20kg kepada 30kg dan 1 kg kepada 2 kg. Bab 7 Peranan Kerajaan sub bab Latihan dan Pengurusan. (rujuk m/s 190 & 191) Perbadanan Produktiviti Negara National Productivity Corporation-NPC) telah bertukar kepada Perbadanan Produktiviti Malaysia (Malaysian Productivity Corporation-MPC) pada tahun 2008. Perbadanan Industri Kecil Sederhana (Small and Medium Industries Development CorporationSMIDEC) dijenamakan semula pada tahun 2009 sebagai Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp. Malaysia). Di bawah sub Pembiayaan, Kementerian Pembangunan Usahawan

4
sudah tidak wujud lagi dan TEKUN telah diletakkan dibawah Kementerian Industri Asas tani. (rujuk m/s 198) Bab 8 Konsumerisme (rujuk m/s 215) Tribunal Tuntutan Pengguna telah meningkatkan jumlah tuntutan tidak melebihi RM 25 000. Penulis mengunakkan daftar ejaan yang terkini semasa menulis buku teks ini.

10.Kemutakhiran daftar ejaan

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Kemuktahiran contoh yang terdapat di dalam buku teks banyak tidak dikemaskinikan. Ada sesetengahnya sudah tidak wujud tetapi masih lagi diguna pakai. Buku teks ini perlu dikemaskini selalu selari dengan perkembangan ekonomi, teknologi serta agensi-agensi yang mengalami penjenamaan semula supaya pelajar dapat mengetahui perkembangan terkini yang berlaku di dalam negara. D. KESESUAIAN 11. Sesuai dengan perkembangan DENGAN dan kemampuan pelajar KEHIDUPAN PELAJAR Isi kandungan buku ini bersesuaian dengan tahap kognitif pelajar kerana buku ini menjadi asas kepada pelajar dalam mengetahui ilmu perdagangan. Isi kandungan yang terdapat dalam buku teks ini bersesuaian dengan pelajar kerana mereka boleh mengetahui dan mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh dalam Bab 8 Konsumerisme pelajar mempelajari hak-hak mereka sebagai pengguna. Jika mereka rasa teraniya semasa membeli barang mereka boleh mengaplikasikan apa yang mereka pelajari untuk mempertahankan hak mereka sebagai pengguna (rujuk m/s 206 & 207) Penulis banyak menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan di dalam Malaysia itu

12. Sesuai dengan keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar

13. Menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan (Malaysia)

5
sendiri. Hal ini kerana contoh yang diberikan lebih dekat kepada pelajar kerana mereka tahu akan negara mereka sendiri berbanding dengan negara luar Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya buku teks ini dibina mengikut kesesuaian kehidupan pelajar itu sendiri. Bab-bab yang dibincangkan banyak membantu pelajar dalam aktiviti harian mereka. Pelajar boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari secara teori kepada praktik. Sebagai cadangan penambahbaikkan banyakkan aktiviti yang dapat melibatkan pelajar dengan situasi yang sebenarnya supaya pelajar lebih jelas tujuan pembelajaran tersebut. Sebagai contoh pelajar diminta ke bank dan mengambil borang untuk mengeluarkan duit. Borang tersebut hendaklah di bawa ke sekolah. E. KEPEKAAN 14. Menumbuhkan kepekaan TERHADAP NILAI terhadap nilai-nilai tempatan (ikut TEMPATAN subjek) Isi kandungan di dalam buku teks ini juga ada menekankan nilai-nilai tempatan seperti nilai tanggungjawab. Ini boleh dilihat di dalam bab 8 iaitu Konsumerisme yang menekankan tanggungjawab sebagai seorang pengguna, pengeluar serta etika-etika yang perlu dipatuhi semasa menjalankan perniagaan. Ada bab di dalam buku teks ini yang boleh menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai wawasan negara seperti yang terdapat di dalam bab 7 Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan. Kerajaan berwawasan untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Maka itu pelajar diberi pendedahan mengenai bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan dalam usaha membantu mereka mengembangkan perniagaan sekiranya mereka membuka peniagaan kelak.

15.

Menumbuhkan terhadap nilai-nilai wawasan negara

kepekaan gagasan/

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Penulis juga ada menyelitkan nilai-nilai yang perlu wujud dikalangan pelajar semasa mempelajari buku teks perdagangan ini. Unsur ini penting kerana nilai-nilai tersebut hendak diterapkan dikalangan pelajar supaya mereka menjadi modal insan yang berguna. Nilai-nilai ini sebenarnya tersirat dan jika tidak diterangkan kemungkinan pelajar tidak nampak apa yang ingin

6
disampaikan. Sebagi cadangan penambahbaikan ia mungkin boleh dijadikan sebagai info tambahan yang boleh pelajar membacanya. F. FOKUS 16. Mendorong perasaan ingin tahu KANDUNGAN pelajar. Kandungan yang terdapat di dalam buku teks ini banyak melibatkan kehidupan harian. Ini akan mendorong pelajar untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Sebagai contoh bab 1 Perbankan dan Institusi Kewangan yang lain. Pelajar begitu dekat dengan bank kerana mereka diasuh oleh ibu bapa untuk menabung. Jadi ia akan mendorong pelajar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank. Tidak banyak aktiviti yang dibincangkan oleh penulis yang dapat mengembangkan daya kreativiti pelajar. Penulis juga ada menyelitkan segmen Fikirkan di dalam buku teks ini. Soalan soalan yang ditanya dalama segmen Fikirkan ini akan membantu pelajar untuk mengembangkan daya pemikiran mereka. (rujuk m/s 194) Ada bab-bab yang dibincangkan di dalam buku ini boleh mengembangkan kemahiran hidup. Antaranya adalah seperti Bab 1 Perbankan, Bab 4 Komunikasi, Bab 6 Promosi, kandungan yang terdapat di dalam bab-bab tersebut boleh membantu pelajar sebagai contoh di dalam tajuk perbankan ditunjukkan borang untuk pengeluaran duit, maka apabila pelajar ke bank ianya akan membantu pelajar untuk mengenalpasti borang yang sepatutnya digunakan

17.

Memperkembangkan kreativiti

daya

18.Mengembangkan daya kritikal

19.

Mengembangkan hidup

kemahiran

7
bagi mengeluarkan duit, begitu juga dengan bab komunikasi. Di dalam bab tersebut telah dinyatakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak pejabat pos, sedikit sebanyak ia dapat membantu palajar. Bab Promosi juga membantu pelajar sekiranya mereka ada menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Melalui bab tersebut pelajar diajar bagaimana untuk mempromosikan perniagaan mereka. Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

G. TEKNIK 20. Bab dan sub bab di paparkan PENYAJIAN secara konsistensi dan sistematik KANDUNGAN

21. Ketertiban konsep, definisi dan fakta

22. Bersifat konstekstual

Penulis berjaya menyusun bab dan sub bab dengan baik sekali. Penulis mengambilkira apa yang patut diketahui atau dipelajari terlebih dahulu dalam menyusun bab dan sub bab yang perlu dikuasai oleh pelajar. Konsep, definisi dan fakta tersusun mengikut aturannya. (rujuk m/s 52 & 53) dalam bab ini penulis menghuraikan maksud indemniti dan juga menerangkan prinsip-prinsip yang terdapat di dalam imdemniti. Bab-bab yang terkandungan di dalam buku teks ini bersifat kontekstual kerana ianya mempunyai kaitan dengan asas kepada perdagangan. Ianya relevan dengan aktiviti-aktiviti perdagangan yang dijalankan Pembahagian bab di dalam buku ini seimbangan kecuali pada Bab 1 iaitu Perbankan

23. Keseimbangan di antara bab dan sub bab

8
dan Institusi Kewangan Lain huraiannya lebih panjang berbanding bab-bab yang lain kerana skop perbincangannya lebih luas. Kesinambungan antara bab dan bab tidak dilihat di dalam buku ini. Sebagai contoh selepas mempelajari bab Perbankan kemudian pada bab 2 pula Insurans. Tetapi kesinambungan antara bab dengan sub bab adalah baik sebagai contoh dalam Bab 6 Promosi selepas peranan promosi dihuraikan, penulis menerangkan pula jenis-jenis promosi. Selepas itu diterangkan pula jenis-jenis media pengiklanan dan akhir sekali faktor pemilihan media tersebut. Makna yang diterangkan didalam buku teks ini mudah, jelas dan senang difahami.

24. Kesinambungan di antara bab/ sub bab/ topik.

25.Keutuhan makna yang terdapat dalam bab/ sub bab/ topik Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

H. PAPARAN 26. Berpusatkan kepada pelajar KANDUNGAN PEMBELAJARAN

Kebanyakan aktiviti yang dicadangkan oleh penulis banyak berpusatkan kepada pelajar. Aktiviti tersebut juga banyak melibatkan perbincangan dalam kumpulan di mana pelajar perlu berinteraksi sesama mereka untuk menyelesaikan tugasan tersebut. (rujuk m/s 92) bahagian aktiviti. Aktiviti yang dicadangkan juga ada yang bersifat pembelajaran kendiri. Begitu juga dengan laman web yang dicadangkan

27. Pembelajaran kendiri

9
di mana pelajar boleh melayari laman web tersebut dengan sendiri sebagai maklumat tambahan yang mereka ingin ketahui. (rujuk m/s 97) bahagian aktiviti. 28. Bervariasi Ianya hanya pada tahap sederhana, kerana buku teks ini seperti buku-buku teks yang lain dimana buku diolah dengan hanya memaparkan hasil pembelajaran bagi setiap topik, huraian yang berbentuk esei, latihan yang berbentuk objektif dan esei. Kelainan yang ada bagi buku ini dapat dilihat apabila banyak menyelitkan maklumat-maklumat tambahan yang boleh dibaca sebagai tambahan ilmu pengetahuan. Selain itu juga banyak gambar rajah yang dipaparkan berwarna. Ini menambahkan seri pada buku teks tersebut disamping menarik minat pelajar. Buku teks ini tidak bias kerana ini kandungan pembelajarannya bersifat universal. Buku teks ini tidak banyak aktiviti yang boleh mengembangkan kemahiran proses. Kebanyakan bab yang dibincang lebih kepada teori. Melalui aktiviti yang dicadangkan oleh penulis ianya banyak membantu daripada segi komunikasi interaktif iaitu komunikasi yang melibatkan antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar Subjek perdagangan tiada amali/praktik yang dijalankan

29. Adil & demokrasi (tidak bias lokasi, gender, etnik dll) 30. Mengembangkan proses kemahiran

31. Mencipta komunikasi interaktif

32. Menekankan aspek keselamatan (bagi subjek amali/ praktik) Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

10

I. KELENGKAPAN 33. Ada kata pengantar DOKUMENTASI

Kata pengantar adalah daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia iaitu Datuk Abdul Rafie b. Mahat. Pada tahun 2010 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang baru di gantikan dengan Datuk Abd Ghafar b. Mahmud Penulis juga memberikan glosari di akhir bab tetapi ianya lebih baik diletakkan di setiap akhir bab supaya pelajar lebih jelas kedudukan istilah tersebut berada pada bab yang mana mereka pelajari. Selain itu juga ada perkataan yang sukar tetapi tidak dimasukkan di dalam glosari (rujuk m/s 61) istilah endowmen elok dimasukkan kerana perkataan ini jarang digunakan dalam kehidupan harian. Penulis ada menyertakan peta minda bagi keseluruhan tajuk tetapi ianya lebih baik diletakkan di awal bab supaya pelajar dapat mengetahui keseluruhan bab yang akan dipelajar. Selain itu juga peta minda itu juga seharusnya dapat menerangkan perkaitan antara sub sub topik yang terdapat di dalama topik tersebut. Terdapat info dagang yang diberikan sudah tidak terkini lagi sebagai contoh rujuk m/s 9 contoh-contoh bank saudagar yang diberikan sudah tiada lagi pada masa kini. Sumber

34. Definisi istilah dinyatakan

35. Ada carta/ Advance organizer pada awal bab

36. Sumber maklumat terkini: teks, data, gambar, jadual, diagram, nama, tarikh & sumber internet.

10

11
internet untuk dilayari juga ada yang berubah (rujuk m/s 11) bahagian laman web bagi Bank Simpanan Nasional sudah bertukar kepada www.mybsn.com.my begitu juga laman web Bank Pembangunan Infrastuktur Malaysia Berhad menjadi www.bpmb.com.my. Laman Web m/s 47 www.niam.org.my juga sudah tidak wujud. Penulis merumuskan isi dan fakta penting yang terdapat di dalam setiap bab Hanya contoh soalan tidak diberikan di dalam buku teks ini. Tugasan dan latihan diberikan pada setiap bab pada akhir topik Sumber rujukan adalah dari tahun 1993 sehingga tahun 2002. Rujukan tersebut dianggap lama sebagai contoh m/s 229 Graham, I., 1997 Menghadapi Masa Depan Komunikasi. Seri Kembangan: Eastview Publication Sdn Bhd. Seperti yang diketahui teknologi komunikasi adalah paling cepat mengalami perubahan. Maka sumber rujukan juga perlulah yang terkini. Indeks yang diletakkan di belakang buku memudahkan pencarian sesuatu bab atau topik yang ingin dibaca. Tiada lampiran yang disediakan di dalam buku teks ini selain daripada bibliografi, glosari dan indeks.

37. Ada rumusan pada setiap topik/ bab. 38.Tugasan, latihan dan contoh soalan diberi pada setiap bab.

39. Ada bibliografi/ rujukan terkini

40. Terdapat Indeks

41. Ada lampiran (bagi perkara yang berkaitan

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

11

12

Sila lampirkan salinan dari mana-mana halaman buku teks (yang berkenaan) sebagai bahan-bahan bukti.

12