Anda di halaman 1dari 6

Pewarisan bahasa daripada satu generasi kepada generasi ini tentunya akan menyebabkan perubahan berlaku pada bahasa

tersebut,sama ada dari segi bunyi bahasa,bentuk kata,makna atau struktur ayat. Bahasa yang hidup ialah bahasa yang sentiasa berkembang dan terus dituturkan oleh bangsa berkenaan. Demikian juga bahasa yang bermigrasi akan terus hidup di tempat barunya jika ada kumpulan manusia yang menuturnya. Jangka hayat sesuatu bahasa itu juga akan lebih lama jika terdapat usaha-usaha penutur untuk menuturkannya kepada anak cucu mereka. Sesuatu bahasa itu mempunyai liputan wilayah pertuturan sama dengan kawasan penuturnya menetap dan berada. Penyebaran bahasa ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor penarik dan penolak. Faktor penarik merujuk kepada tempat yang hendak didatangi mereka itu dan menawarkan keadaan hidup yang lebih daripada di tempat yang sedia ada. Faktor penolak pula adalah kerana mereka ingin lari daripada keadaan yang tidak selesa di tempat asal mereka seperti kejadian kemarau,banjir, taufan dan malapetaka lain. Selain itu, migrasi penutur sesuatu bahasa juga berlaku atas sebab-sebab politik,sosial,dan ekonomi.

Yunus Maris dalam kamus fajar -bahasa sebagai tutur kata ,pertuturan,bunyi yang dituturkan oleh manusia menjadi perkataan, rangkai kata ,ayat, apa-apa yang tertulis, adab dan budi pekerti. A.S Hornby dan E.C Parnwell dalam The Progressive English Dictionary -bahasa sebagai perkataan dan penggunaannya yang diwujudkan oleh sesuatu bangsa dan digunakan oleh Negara tersebut. Kamus bahasa Arab Al-Munjid -bahasa (al-lughat) sebagai perkataan yang difahami antara manusia dalam sesuatu kaum atau sesuatu golongan. Thomas Pyles dan John Algeo -bahasa sebagai satu system isyarat dan percakapan umum yang merupakan media komunikasi antara manusia . Tanpa bahasa , manusia tidak mungkin dapat berinteraksi , berkomunikasi dan hidup bersamasama dalam sebuah masyarakat.

Menurut Wilhelm Von Humboldt sarjana Jerman (abad ke-19),bahasa merupakan satu sintesis daripada bunyi yang dibentuk oleh Lautform dan (bentuk luaran) fikiran yang dibentuk oleh Idenform (bentuk dalaman)(1930, 1838;94). Bahasa menurut Von Humboldt adalah satu aktiviti (kegiatan) yang dapat dihuraikan menurut satu set prinsip-prinsip yang jumlahnya terbatas berdasarkan beragam-ragam ucapan yang tidak terbatas jumlahnya dapat diterbitkan (cf. definisi Chomsky 1957) Menurut de Saussure , bahasa adalah satu sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi (soundimages) dan kedua-duanya bersifat psikologi. Yang paling mustahak menurut de Saussure bukanlah erti atau bunyi secara terpisah , tetapi gabungan dan hubungan kedua-duanya dalam rantaian ucapan menurut hokum-hukum tatabahasa.

Charles F. Hockett (1958),seorang sarjana lingustik Amerika abad ke-20 pengikut Bloomfield telah mendefinisikan Bahasa daripada sudut psikologi behaviorisme iaitu sebagai satu sistem tabiat-tabiat yang sangat rumit .

John B. Carrol, (1944, 1963) seorang sarjana psikologi Amerika abad ke-20 ini telah mendefinisikan bahasa daripada sudut lingustik sebagai satu sistem berstruktur daripada bunyi-bunyi vocal dan urutan bunyi-bunyi yang digunakan sewenang-wenang atau boleh dipakai dalam komunikasi antara perorangan oleh sekumpulan manusia. Definisi bahasa yang paling baru dan lazim telah meneliti bahasa menurut fungsi dan bentuknya. Menurut fungsinya , bahasa adalah satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi ucapan yang dipilih dan disusun sewenang-wenangnya untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat sebagai alat komunikasi. Menurut bentuknya , bahasa telah didefinisikan oleh Chomsky (1957, 1965) sebagai sejumlah ayat-ayat yang tidak terbatas,iaitu setiap ayat mempunyai panjang yang terbatas dan terdiri daripada sejumlah unsur-unsur atau elemen-elemen yang terbatas pula jumlahnya. Tambahan pula bahasa merupakan perilaku yang diatur oleh rumus-rumus. Kesimpulan Bahasa boleh didefinisikan sebagai sistem lambang , sistem bunyi dan sistem suara yang melahirkan budi bahasa, sopan santun dan akhlak yang mulia.

SUMBER RUJUKAN
Buku bahasa dalam tamadun islam (Mustafa hj. Daud) Buku Pengantar Psikolinguistik Moden ( MANGANTAR SIMANJUNTAK) Buku Bahasa Melayu STPM kertas 1&2 ( NIK SAFIAH KARIM & NORLIZA JAMALUDDIN) Linguistik Melayu edisi kedua ( disunting oleh zulkifley hamid,Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman) Buku kamus dewan dan pustaka