Anda di halaman 1dari 3

Soalan Popular SPM 2011 5a) Huraikan bagaimanakah pengaruh Hindu Buddha di bawa ke Asia Tenggara ?

( 8 Markah ) F1 H1a H2B F2 F3 F4 H4a H4b H4c H4d H4e Dibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera. Pengaruh ini disebarkan oleh golongan penakluk dari India yang Membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara. Dibawa oleh golongan pedagang dan Vaisya. Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta. Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja Disesuaikan dengan budaya tempatan. Kajian ahli arkeologi, Jumpaan seni arca dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya di temui di Srivijaya. Ini dapat dilihat dalam amalan aspek kepercayaan, contohnya agama Buddha telah dianuti di Kedah Tua pada abad kelima Masihi, yang dianuti adalah Hindu. H4f H4g F5 H5a pada abad ketujuh Masihi, Kerajaan Takuapa dan di Pulau Bangka menganut agama Hindu mazhab Vishnu tetapi pada masa yang sama di Sumatera dan di Jawa, agama yang diamalkan ialah agama Buddha Mahayana. Penerimaan pengaruh India ini telah didorong oleh faktor perdagangan. Ini kerana perdagangan antara Asia Tenggara dengan India telah berlangsung semenjak abad kelima Sebelum Masihi lagi.

5b

Terangkan pengaruh Hindu Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara? ( 6 markah ) Mengikut sistem ini, raja menjadi ketua kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahannya. Raja dibantu oleh kerabat diraja, pembesar, termasuklah ahli agama, iaitu golongan Brahmin. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam semua aspek yang meliputi : Pentadbiran Hubungan luar Ketenteaan Khazanah harta Raja berkuasa untuk membuat undang-undang bagi mengukuhkan kedudukannya, setiap perintah raja adalah menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan. Rakyat tidak berhak untuk mempertikaikan setiap undang-undang dan perlu mematuhi setiap undang-undang Raja merupakan bayangan tuhan mengikut konsep Dewa-Raja Pelbagai adat istiadat telah diwujudkan untuk mengukuhkan lagi kedaulatan seseorang raja. Contoh ialah Istiadat Pertabalan raja. Adat istiadat ini biasanya dijalankan oleh oleh golongan. Raja di Asia Tenggara juga bercita-cita untuk menjadi raja yang terulung iaitu menguasai seluruh alam semesta. Raja telah mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta atau order kosmos. Mengikut konsep Order Kosmos, Negara dianggap sebagai suatu alam semesta. Raja dan ibukotanya dianggap sebagai Pusat Alam dan Pusat Pemerintahan Raja adalah bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraaan Negara dan rakyat selaras dengan Dharma.

F1 H1a H1b H1c H1d H1e H1f H1g F2 H2a H2b H2c F3 H3a F4 H4a H4b H4c F5 H5a F6 H6a H6b H6c F7 H7a

5c

Apakah yang anda faham dengan monumen dan apakah kepentingannya? ( 8 markah ) Candi adalah monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha dan ia berperanan rumah ibadat. Candi juga digunakan sebagai tempat menyimpan abu mayat atau jenazah diraja dan keluarganya. Ia juga sebagai tempat menyimpan patung dewa utama bagi sesebuah kerajaan awal. Ia menjadi lambang kepada keagungan Seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya. Candi Angkor wat dan Candi Borobudur melambangkan konsep order kosmos. Candi Angkor Wat dibina oleh Suryarvarman II yang bertujuan untuk menunjukkan kekuatan dan kedaulatan kerajaan Suryavarman II, kerana kejayaannya mengalahkan Champa dan menyatukan Kampuchea. Candi ini terdapat di Kemboja yang dibina untuk tujuan penyembahan agama Hindu yang melambangkan Order Kosmos.

F1 H1a F2 F3 F4 H4a F5 F6 H6a H6b F7