Anda di halaman 1dari 1

Tajuk Kajian KAEDAH FONIK: MURID PENDIDIKAN KHAS DAPAT MEMBINA SUKU KATA DAN PERKATAAN

Objektif Kajian Selepas kajian ini selesai dijalankan , pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

Objektif Umum Murid dapat membina suku kata dan perkataan

Objektif Khusus Murid dapat mengenal dan membunyikan abjad Murid dapat menggabungkan abjad dan membentuk suku kata Murid dapat menggabungkan suku kata dan membentuk perkataan bermakna Murid dapat meningkatkan sebutan perkataan dengan jelas dan senang difahami

Tindakan yang akan dijalankan Kaedah Fonik Cara pelaksanaan Guru menunjukkan kad abjad kemudian bertanya kepada murid abjad apa dan guru akan membunyikan abjad tersebut. Murid mencatat dalam buku catatan khas. Guru menyanyikan lagu mengikut abjad yang ditunjukkan dan murid akan mengikut nyanyian guru, kemudian murid mengulang kembali nyanyian tersebut tanpa bantuan guru. Murid menggabungkan abjad membentuk suku kata seterusnya membina perkataan. Murid menyebut suku kata yang telah digabungkan menjadi perkataan. Guru menunjukkan satu perkataan dan murid perlu menyebut perkataan tersebut.