Anda di halaman 1dari 48

TEORI EMOSIONAL EMOTIF TERAPI

Teori Rasional Emotif Terapi

M.A dan Ph.D bidang psikologi klinikal (Uni Columbia)

27 Sept 1913, Pittsburgh, AS

ALBERT ELLIS

1959, Ins Terapi Rasional Emotif di New York

Reason & Emotional In Psychotheraphy

Mempraktikkan terapi perkahwinan,

keluarga dan seksual dalam bidang kaunseling. Hasil kajian secara klasikal berasaskan psikoterapi pada tahun 1947-1953, Ellis mendapati bahawa terapi psikoanalisis (Freud) tidak begitu menyeluruh (tidak mendalam) dan tidak saintifik Hipotesis REBT : Emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan

Di dalam proses teraputik emosi-rasional,

klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Teori ini lebih bersifat pendidikan daripada perubatan Teori ini juga dikenali sebagai REBT (Rational Emotive Behavior Theraphy) dan Terapi Rasional Emotif

Pendekatan
Aspek utama
kognitif emosi aspek tingkah laku

Penekanan kepada:
pemikiran

Penganalisaan penilaian perlakuan


membuat keputusan.

Prinsip pemikiran dan tindakan, bukan

hanya mengikut perasaan Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional.

Konsep Asas / Model

Berdasarkan konsep teori yang diperkenalkan,

Albert Ellis membentuk model ABC untuk menghuraikan sekuan peristiwa yang membawa gangguan psikologikal manusia.

konsep asas rebt

A B

Activating Event (Peristiwa yang berlaku/tingkah laku/ sikap Individu) Belief System (Sistem Kepercayaan tentang A) Consequence (kesan emosi & tingkah laku)

D E

Dispute (Sangkal/hujah/pertikai):kaedah membantu klien mencabar kepercayaan tidak rasional) 3 cara: kenalpasti (detecting), berhujah(debating)& discriminating

Effect ( hasil) : kesan baru/falsafah baru


Further reaction/ New Feeling : perasaan baru.Apakah yang harus dilakukan oleh klien untuk mengelakkan diri dari mengulangi kepercayaan

Contoh situasi
A - peristiwa : Maria dimarahi oleh guru kerana tidak

membuat kerja sekolah. B - sistem kepercayaan : Maria membenci gurunya dan merasakan semua guru jahat C - kesan emosi /t/laku: Maria merasa sedih , malu dan ponteng . D - mempertikaikan sistem kepercayaan yang salah : Kaunselor menyerang ketidaklogikan berfikir klien dan membawanya ke arah berfikir yang lebih logik.
E - kepercayaan yang baru : positif F - Feeling/ Further Reaction :Apa yang perlu dilakukan

oleh maria untuk tidak mengulangi kepercayaan tidak rasionalnya.

Matlamat / FOKUS
Membantu klien memperkembang pemikiran

rasional dan logikal melalui galakan mereka memikir dan memahami pemikiran tidak rasional yang diwarisi masa dahulu. Klien dibimbing untuk melihat dan menganalisis peristiwa yang diaktifkan dan ganguan emosi yang dialami. Pencapaian matlamat hanya berjaya apabila klien benar-benar memahami punca asas yang menimbulkan gangguan emosi dan harus mengikisnya dengan gantian percayaan rasional atau logikal.

Objektif
Memperbaiki dan mengubah segala

perilaku yang tidak rasional dan tidak logik menjadi rasional dan logik agar klien dapat mengembangkan dirinya. Menghilangkan gangguan emosi yang merosakan

Peringkat I

Peringkat II

Proses Kaunseling Rasional Emotif Behavioral

Peringkat III

Peringkat IV

Peringkat I

Membina hubungan kaunselor-klien dengan teknik mendengar secara empatik dan membina iklim yang kondusif

Peringkat II

Membimbing klien supaya mendedahkan tingkah laku emotif dan behavioral di bawah sistem Model ABC

Peringkat III

Kaunselor membantu klien membezakan percayaan rasional dengan tidak rasional dan memahami bagaimana percayaan rasional membawa hasil positif manakala kepercayaan tidak rasional membawa hasil negatif.

Peringkat IV

Menggunakan teknik pertikai dari masa ke semasa untuk melatih klien mencabar percayaan tidak rasionalnya. Latihan kerja rumah diberikan untuk menangani kepercayaan tidak rasional dan mengekalkan percayaan rasional yang baru dipelajari.

TEKNIK

Teknik-Teknik dalam Kaunseling Rebt :

Klien (manusia) berfikir, berperasaan dan bertindak secara

serentak. Kaitan yang begitu erat menyebabkan jika salah satu sahaja menerima gangguan maka yang lain akan terlibat sama. Jika salah satu diubati sehingga sembuh, dengan sendirinya yang dua lagi akan turut terubat. (Amir Awang, 1997 : 78)

Teknik-Teknik dalam Kaunseling Rebt :

Atas pandangan itu, walaupun RET lebih menitikberatkan aspek kognitif dalam perawatan, tetapi aspek tingkah laku dan emosi turut diberi perhatian. Oleh sebab itulah dalam REBT, terdapat tiga teknik yang besar:
1. Teknik-teknik Kognitif 2. Teknik-teknik Emotif 3. Teknik-teknik Behavioristik.

Teknik-Teknik dalam Kaunseling Rebt :


1.Teknik-teknik Kognitif
Teknik-teknik kognitif adalah

teknik yang digunakan untuk mengubah cara berfikir klien.


Ada beberapa teknik besar yang

digunakan :

Teknik-Teknik Kognitif :
1.1

Teknik Pengajaran Dalam REBT, kaunselor mengambil peranan lebih aktif dari pelajar. Teknik ini memberikan keleluasan kepada kaunselor untuk berbicara serta menunjukkan sesuatu kepada klien, terutama menunjukkan bagaimana ketidaklogikan berfikir itu secara langsung menimbulkan gangguan emosi kepada pelajar tersebut.

Teknik-Teknik Kognitif :
1.2 Teknik Persuasif
Meyakinkan pelajar untuk mengubah pandangannya kerana pandangan yang ia kemukakan itu tidak benar. Kaunselor langsung mencuba meyakinkan, mengemukakan pelbagai argumentasi untuk menunjukkan apa yang dianggap oleh pelajar itu adalah tidak benar.

Teknik-Teknik Kognitif :

1. 3 Teknik Konfrontasi

mempertikai idea yang tidak rasional


Kaunselor menyerang ketidaklogikan berfikir pelajar dan membawa pelajar ke arah berfikir yang lebih logik.

Teknik-Teknik Kognitif :
1.4 Teknik Pemberian Tugas kerja rumah kognitif Kaunselor memberi tugas kepada pelajar untuk mencuba melakukan tindakan tertentu dalam situasi nyata. Misalnya, menugaskan pelajar bergaul dengan anggota masyarakat kalau mereka merasa dipencilkan dari pergaulan atau membaca buku untuk memperbaiki kekeliruan caranya berfikir.

Teknik-Teknik Kognitif :
1.5 Menukar penggunaan bahasa seseorang
Penggunaan bahasa yang tidak sesuai punca proses pemikiran

terpesong.
Klien belajar perkataan mesti., sepatutnya

dan seharusnya kepada lebih suka..

Teknik-Teknik dalam Kaunseling Rebt :

2. Teknik-teknik Emotif
Teknik-teknik emotif adalah teknik yang digunakan untuk mengubah emosi klien.
Antara teknik yang sering digunakan ialah:

Teknik-teknik Emotif :
2.1 Teknik Sosiodrama
Memberi peluang mengekspresikan pelbagai perasaan yang menekan klien itu melalui suasana yang didramatisasikan sehingga klien dapat secara bebas mengungkapkan dirinya sendiri secara lisan, tulisan atau melalui gerakan dramatis

teknik-teknik Emotif
2.2 Teknik 'Self Modelling' Digunakan dengan meminta klien berjanji dengan kaunselor

untuk menghilangkan perasaan yang menimpanya. Dia diminta taat setia pada janjinya.

teknik-teknik Emotif
2.3 Teknik 'Assertive Training'
Digunakan untuk melatih, mendorong dan membiasakan klien

dengan pola perilaku tertentu yang diinginkannya.

teknik-teknik Emotif
2.4

Teknik Rational-Emotif Imageri

Satu bentuk latihan mental direka bentuk untuk

membina corak emosi baru.


Klien membayangkan diri mereka sedang

berfikir,merasakan dan bertingkahlaku seperti apa yang ia fikir,ia rasaka dan ia lakukan.

teknik-teknik Emotif
2.5 Main Peranan

Klien mencuba sesuatu tingkahlaku yang ia rasa dalam sesuatu

situasi. Terapis mencelah untuk menunjukkan kepada klien apa yang ia katakan pada dirinya selalu mengganggu hidupnya. Di sini klien akan cuba mengubah dirinya dari rasional kepada yang lebih rasional

Teknik-teknik Behavioristik.
Teknik ini khusus untuk mengubah tingkah laku pelajar yang

tidak diingini.
Terapis REBT menggunakan prosedur terapi tingkahlaku

terutamanya pelaziman operan,latihan asertif dan modeling,prinsip pengurusan kendiri dll


Antara teknik ini ialah:

Teknik-teknik Behavioristik

1.1

Teknik Reinforcement

Mendorong pelajar ke arah perilaku yang diingini dengan

jalan memberi pujian dan hukuman. Pujian pada perilaku yang betul dan hukuman pada perilaku negatif yang dikekalkan.

Teknik-teknik Behavioristik
1.2 Teknik Social Modelling
Digunakan membentuk perilaku baru pada pelajar melalui

peniruan, pemerhatian terhadap Model Hidup atau Model Simbolik dari segi percakapan dan interaksi serta pemecahan masalah.

Proses/Langkah-Langkah Kaunseling REBT :

LANGKAH 1 : Mengenal pasti kecenderungan dan cara berfikir klien

tersebut. (Contoh: Saya bukan seorang yang menarik kerana orang selalu mencemuh saya. Saya malu dan saya mesti bersembunyi dari mereka). Kemudian mengenal pasti sama ada kecenderungan dan cara berfikir itu boleh diubah. Jika kecenderungan dan cara berfikir pelajar tersebut boleh diubah, maka kaunselor bolehlah meneruskan kepada langkah kedua.

Proses/Langkah-Langkah Kaunseling REBT :


LANGKAH 2 : Kaunselor hendaklah menyuruh klien tersebut berhenti

berfikir sedemikian kerana ia tidak menguntungkan. Kaunselor perlu menekankan masalah yang dihadapi klien itu adalah disebabkan caranya berfikir yang salah kerana dia menilai keseluruhan dirinya dari perspektif orang atau kawannya. Dengan penekanan itu diharap akan menimbulkan fikiran baru dalam dirinya.

Proses/Langkah-Langkah Kaunseling REBT :


(Contoh: Yalah, kenapakah saya menilai diri saya dari perspektif

mereka dan saya mesti berfikiran yang baik tentang diri saya sebab saya tidak gembira dengan cara berfikiran saya sebelumnya). Seandainya nampak perubahan pada diri pelajar tersebut, maka kaunselor bergerak pada langkah ketiga.

Proses/Langkah-Langkah Kaunseling REBT :


LANGKAH 3 :
Kaunselor hendaklah berusaha mengganti fikiran pelajar

tersebut dengan cara berfikir yang baru yang lebih rasional dan logik yang boleh diterima pelajar tersebut. Kaunselor boleh mengemukan bukti bagi menguatkan hujah kaunselor tersebut bagi membina satu pemikiran baru dalam dirinya.

Proses/Langkah-Langkah Kaunseling REBT :

(Contoh: Saya tidaklah teruk sangat kerana dalam kehidupan

saya tidak seorang, sebenarnya masih ada orang yang suka dan menghargai diri saya).

Proses/Langkah-Langkah Kaunseling REBT :


LANGKAH 4 : Perubahan diri pelajar tersebut akan nampak dilihat pada tindak-tanduk, air muka dan cara dia membalas perbualan tersebut. Jika positif maka kaunselor terus memimpin klien itu supaya klien tersebut dapat bertindak dan mengamalkan perlakuan mengikut fikiran barunya tersebut.

Proses/Langkah-Langkah Kaunseling REBT :


(Contoh: Saya tidak akan bersembunyi lagi. Saya akan mencari

seseorang untuk bercakap-cakap, sekurang-kurangnya saya berusaha untuk diri saya. Saya percaya manusia itu berbezabeza, pasti ada yang boleh menerima diri saya seadanya).

KESIMPULAN :
Kemudian, kaunselor secara yakin mesti menekankan bahawa

pelajar/klien tersebut akan melalui satu kehidupan yang lebih baik jika dia terus mengamal dan mempraktikkan cara berfikirnya yang baru tersebut.

Pandangan Teori Terhadap Manusia Hubungan emosi dan pemikiran adalah berhubung rapat dan tidak boleh untuk dipisahkan. Segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dan pembelajaran

KEKUATAN
Pendekatan ini cepat sampai kepada

masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan itu perawatan juga dapat dilakukan dengan cepat. Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam menghadapi gejala / masalah yang lain. Klien merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara berfikir.

Kelemahan
Tahap kecerdasan minda

menyebabkan ada klien yang tidak dapat dibantu sepenuhnya Ada setengah klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai. Ada juga klien yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logik.

Ada juga setengah klien yang memang suka

mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup mereka