Anda di halaman 1dari 15

Sejarah Kellie's Castle

Info tambahan: Dikatakan bahawa William Kellie Smith membuat lawatan singkat ke Britian dulu, dan sebab lawatan ini tidak di ketahui dengan kukuh namun ada mengatakan ia menghadiri reunion singkat dengan isteri dan anak-anaknya. Anthony telah dihantar pulang ke kampung halaman untuk menyambung pelajarannya di sana dan Agnes (isteri Tuan Kellie) menemaninya. Sekembalinya ke Europe, Tuan Kellie membuat detour ke Lisbon, Portugal untuk mengambil lift untuk istana Kellie yang telah dipesan dulu namun dia tidak berjaya pulang ke Malaya kerana meninggal dunia akubat penyakit radang paru-paru. Pada December 1926 William Kellie Smith di kebumikan dia British Cemerety dan isteri beliau Agens menjual semua share dalam syarikat dan juga semua ladang yang ada, hingga kini dia tidak lagi datang ke Malaya. Anthony Kellie Smith terbunuh ketika perang dunia kedua dan Helen tidak pernah lagi kembali ke sini.
__________________________________________________________________ ___________________

Pada pokok ini di katakan terdapat bentuk seperti seekor beruang yang sedang berpaut / berpeluk pada batang pokok, cuba anda perhatikan di mana atas adalah mukanya yang memandang ke sini serat tangan kanan memegang dahan dan kaki seperti mahu memanjat. Hal ini ditemui oleh seorang pelakon terkenal Gerak Khas iaitu Zulkifli ketika mahu bergambar bersama dengan anak-anak, hal ini adalah merupakan satu penemuan baru pada tahun 2007

Keratan Akhbar Kosmo pada tahun 2007 aku bergambar di hadapan Kellie's Castle dan berdiri di atas jambatan sebuah sungai yang mengalir deras

Fasad luar bangunan ini, di sebelahnya adalah Rumah Kellas dan juga rumah pekerja William Kellie Smith

Menara di Kellie's Castle yang menjadi satu ikon prominent pada binaan ini menempatkan beberapa ruang seperti : 1. lorong ke tingkat atas, 2. laluan utama ketingkat atas, 3. bilik-bilik tetamu, 4. bilik bacaan, 5. ruang lift, 6. ruang pesta (party), 7. ruang simpanan barang kering (cadar, bantal, etc), 8. simpanan arak (wine cellar), 9. ruang minuman (Tuan Kellie bersama rakan-rakan)

Menara di ambil dari tempat dimana Tuan Kellie berdiri sambil memerhatikan ladang Kinta Kellas

Gambar dari pintu masuk utama Kellie's Castle

Rongga udara dari batu-bata

Tangga menuju ke tingkat atas yang menempatkan tempat simpanan barang kering, railing kayu ini dibuat dari pada kayu chengal

Kemasan lantai yang cantik dan masih terpelihara di ruang minuman Tuan Kellie dan juga tempat simpanan barang

Tiang-tiang ini merupakan shaft udara yang dibuat untuk membantu pengudaraan terowong bawah tanah, di percayai castle ini mempunyai 4 terowong rahsia

Senibina Moorish tegas diperlihatkan dengan arch tingkap ini, frame tingkap ini dibuat dari kayu Chengal

Koridor utama di tingkat 2, sebahagian dinding ini telah diplaster dengan kemasan dari bahan tertentu. Ia sangat licin dan tekstur kemasan nampak seperti marmar (licin dan keras) berbanding dengan plaster atau skimcoat zaman sekarang.

Korridor utama di tingkat bawah, di sini dikatakan roh Tuan Kellie berlegar-legar di malam hari menjaga rumahnya ini, kerana beliau meninggal ketika dia di Lisbon, Portugal dan tidak dapat melihat perkembangan pembinaan di saat akhir hayatnya.

Perigi ini adalah merupakan juga ventilation shaft kepada terowong rahsia yang menghubungkan kepada sebuah kuil yang jaraknya 500m dari castle

Photo dari ruang makan di tingkat bawah, ruang ini sangat sejuk dan mempunyai pemandangan yang cantik di samping berdekatan dengan ruang dapur serta rumah pekerja

Laluan ke bilik rahsia dimana Tuan Kellie bercadang untuk menjadikan ia tempat persembunyian anak-anaknya dan juga isteri jika berlaku sebarang malapetaka, dari bilik rahsia itu kita akan dapat lihat sesiapa sahaja yang menyeberangi sungai dan juga dapat melihat ke arah kuil

Kemasan lantai ruang court yard menggunakan brick yang di atur

Pada bahagian tepi dinding setiap penjuru di tingkat atas anda akan dapat lihat ukiran yang cantik di buat dengan tangan, terdapat di bahagian cornice dan bahagian atas tiang

Di bahagian koridor tingkat atas, tiang juga mempunyai ukiran dari tangan yang halus, gambar di atas adalah replica kaki tiang

dan gambar ini pula adakah replica penyokong tiang yang di atas tadi

Ukiran tangan yang begitu cantik di ruang tetamu tingkat atas

Ini pula ukiran cornice yang telah di cat dan di tebuk, menjadikan ukiran itu timbul. Ini akan anda dapat lihat di tingkat atas bersebelahan dengan ruang tetamu

Ruang ini adalah merupakan ruang lift di bahagian menara castle, ia sepatutnya menjadi ruang lift pertama di Malaysia pada tahn 1926, namun hasrat Tuan William Kellie Smith tidak kesampaian di sebabkan beliau di serang sakit radang paru-paru (pneomonia) dan meninggal dunia di Lisbon, Portugal

Arca ini adalah pintu keluar di sebelah klinik dan juga terletak di antara rumah Kellas

Lantai terracota di rumah utama

Tiang di arch menuju ke halaman belakang

Sebahagian fasad rumah kellas yang masih utuh dan jika anda dapat lihat di kanan fasad ini ada diletakkan tupang untuk support fasad

pandangan menghala ke beberapa ruang bilik yang telah musnah dan di tumbuhi pokok

AKu bergambar di rumah para pekerja, ada kira-kira 3 buah bilik kecilk untuk perkerja kalu tak salah aku

pemandangan kellies castle dari belakang rumah pekerja

Dapur ini masih lagi utuh dan ia merupakan oven Tuan Kellie Smith, penggunaan batu bata dari tanah liat ini sebenarnya merupakan satu startegi agar haba yang dibekalkan pada makanan yang di masak adalah serata sebab tanah liat ini menyerap hapa dan dapat mengekalkan haba dengan lama

Tidak banyak yang kita ketahui untuk rumah kellas ini, namun apa ia adalah rumah pertrama yang Tuan Kellie Smith duduki bersama dengan keluarganya pada tahun 1905, walaubagaimana pun kebanyakkan bahagian rumah ini telah musnah akibat perang dunia kedua. Jika anda ke sini anda akan dapat lihat ia mempunyai beberapa bahagian seperti rumah utama, klinik, court yard, tempat tinggal para pekerja dan juga dapur ruang

memasak. Lantai yang di gunakan di rumah utama dan terrace ke rumah pekerja adalah dari jenis terracota dan ia nampak cantik dan masih teratur.

Anda mungkin juga menyukai