Anda di halaman 1dari 12

Isi kandungan

Bil . Isi Kandungan Muka Surat

Pendahuluan Peranan guru pendidikan Islam di sekolah mungkin dilihat posisi seolah berada zon yang berbeza dengan pendakwah bebas. Sedangkan ia adalah serumpun. Kita semua adalah pendakwah. Bahkan peranan membangunkan sahsiah warga sekolah yang berkualiti adalah lebih besar peranannya untuk mencapai visi generasi pewaris nabi. Ulama dikitar hidupnya sejak usia mentah lagi. Berbeza dengan pendakwah yang menyeru insan yang sudah tempuhi alam dewasa untuk kembali patuh suruhan Allah. Guru sekolah umumnya, tanpa mengira latar belakang subjek yang di ajar adalah berperanan untuk menjadi pelajar membesar sebagai manusia berpaksikan Allah. Tetapi Guru pendidikan Islam adalah lebih terang nyata matlamatnya untuk mencapai halatuju mad'u menjadi insan yang bukan sahaja berilmu, bahkan meliputi iman dan taqwa sejak bangku sekolah. Segala tingkah laku zahir batin guru pendidikan Islam akan ditonton dan dinilai setiap masa untuk mereka jadikan sebagai panduan. Dan guru pendidikan Islam perlulah menngambil insan yang tidak asing lagi untuk jadikan sebagai panduan diri dan jalan pandu mendidik pelajar sepertimana yang termaktub al-Ahzab 21 : Maksudnya : Demi sesungguhnya adalah bagi kalian pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan)Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (ketika susah dan senang). Sudah pasti Baginda merupakan tauladan terbaik bagi umat sama ada dari segi budi pekerti dan perbuatan. Tidak syak lagi pada kita bahasa mengajar dengan perbuatan dan praktikal adalah lebih berkesan. Ia merupakan cara yang terbaik untuk difahami dan lebih mendorong untuk diikuti berbanding dengan pengajaran berbentuk teori dan penerangan semata-mata. Oleh itu, guru pendidikan Islam tidak boleh hanya tertumpu ketika dikelas dan mata pelajaran semata-mata. Kerana kaedah yang ditampilkan dengan perbuatan dan pratikal yang dilakukan Rasulullah terbukti memberi keberkesana berbanding teori. Sesungguhnya method yang menggabungkan antara perbuatan dan amalan ialah usulub fitrah dan semulajadi. Dalam kitab karangan Imam Ibnu Hajar ada menceritakan Nabi pernah mengutuskan Amru Al-As kepadanya dan menyeru kepada agama Islam, lalu aljulanda berkata:

sesungguhnya Nabi yang terulung ini telah mengajarku beberapa perkara antaranya Baginda tidak mengarahkan agar melakukan sesuatu kebaikan melainkan Bagindalah manusia pertama yang melakukan perkara itu. Juga tidak menegah dari melakukan sebarang kejahatan melainkan Bagindalah yang terlebih dahulu meninggalkannya. Walaupun Baginda menang namun ia tidak sombong, tidak mengatakan perkara yang tidak baik. Baginda menunaikan janji, dan daku naik saksi bahawa Baginda merupakan seorang Nabi. 2.0 Guru mendidik diri dan zon persekitarannya. Hakikatnya guru pendidikan Islam juga manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan besar dan kecil berulang-ulang. Sifat kehambaan sepenuhnya seperti junjungan Nabi kita sudah tentu perkara yang mustahil. Oleh sebab demikian, guru pendidikan Islam perlu berlapik kerendahan diri kepada Allah. Walaupun sudah terpilih menjadi insan dalam guru pendidikan Islam tetapi ia bukan bermaksud ia jaminan diri mendapat syurga. Maka dengan itu, mendidik diri disamping mendidikan insan lain mesti seiring agar tidak terkena dibatang hidung sepertimana Allah mengatakan dalam Quran : Maksudnya : Jangan kamu berkata-kata (sesuatu kebaikan) yang kamu tidak lakukan. Pesanan ini sentiasa membuat penulis berhati-hati memandu diri sebagai guru pendidikan Islam agar apa yang dikerjakan selama ini tidak sia-sia. Dalam pembangunan sahsiah diri pelajar yang masih hijau dengan tipudaya dunia, sememangnya memerlukan perhatian oleh guru dan ibu dan bapa pada setiap masa hinggalah usia selewatnya 18 tahun untuk membiarkan mereka menerokai sendiri alam yang tipu daya ini. Proses membentuk menjadi insan yang berkualiti adalah proses yang panjang dan perlu menempuhnya dengan penuh sabar oleh guru pendidikan Islam.

Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar (mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.

2.1 ETIKA KEGURUAN ISLAM Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pencipta (Allah), terhadap diri, terhadap ilmu, terhadap profesion, terhadap masyarakat dan negara, terhadap murid, terhadap rakan sejawat dan terhadap ibu bapa pelajar serta masyarakat dan negara. Tergolong dalam kelompok guru pendidikan Islam (Guru Agama /Ustaz) yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru pendidikan Islam yang mengamalkan etika keguruan Islam yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guruguru muslim khususnya guru pendidikan Islam yang baik personaliti mereka. a) Tanggungjawab Terhadap Allah 3. Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut:

2. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan dan keimanan


kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian.

3. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada
Allah.

4. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama


Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.

5. Guru

Muslim

mesti

melaksanakan

kewajiban

agama,

menghindari

laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.

6. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa


kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya. b) Tanggungjawab Terhadap Diri

2. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari
aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral. 3. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.

4. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta


ditingkatkan dari segenap aspek.

5. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak


mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara. 6. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru. c) Tanggungjawab Terhadap Ilmu 2. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam. 3. Beriltizam dengan amanah ilmiah. 4. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. 5. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan.

6. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi
spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.

7.

Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat.

d) Tanggungjawab Terhadap Profesion

2. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

3. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

4. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah


menjalankannya dengan jujur.

5. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

6. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

7. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah


menjalankannya dengan jujur.

8. Tanggungjawab

utama

seseorang

guru

ialah

terhadap

pelajarnya.

Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

9. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar


tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan.

10. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha
membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.

11. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap


pelajarnya.

12. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua
pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status- status lain.

13. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan
memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.

14. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit
mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.

15. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang
boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

16. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan


kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.

17. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. 18. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

19. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik
terhadap pelajar.

20. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.

21. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan


kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.

22. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. 23. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

24. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan


kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.

25. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. 26. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

27. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik
terhadap pelajar.

28. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan


kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.

29. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. 30. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

31. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik
terhadap pelajar.

32. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.

33. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.

34. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik


persendirian terhadap para pelajarnya.

35. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para
pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.

36. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.

37. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah


menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).

38. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesarmembesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

e) Tanggungjawab Terhadap Pelajar/Murid

2. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar


dari hal-hal lain.

3. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani,


mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.

4. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

5. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam
mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.

6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan


dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

7. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam
mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.

8. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,


lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

3.0 Kaedah Rasulullah membangunkan sahsiah pelajar bermutu. Pengajaran di zaman Nabi adalah berpidato, menerangkan, tanya jawab, diskusi, teladan dan peragaan. kaedah yang tersebut terakhir terlihat dalam cara Nabi memperagakan shalat kepada pengikut-pengikutnya, memperagakan akhlak Islami dan berbagai tindakan atau perbuatannya. Dengan cara-cara itu Nabi s.a.w menyeru umat ke arah meng-Esa-kan dan menyembah Allah, membina akhlak mulia dalam kalangan pengikutnya, seperti persaudaraan, persamaan, saling sayang dan hormat, menjaga hak dan kewajiban. Disekolah, guru pendidikan Islam mampu menerapkan nilai-nilai murni melalui perbuatan dan praktikal yang dilakukan oleh Rasulullah dan Para sahabat Baginda. Kerana manusia itu nalurinya memang menilai sesuatu lebih kepada perbuatan berbanding sudut teori. Hari ini kita dapat lihat manusia yang cerdik pandai tetapi diperbodohkan diri sendiri dengan kejahilan diri dalam ha agama dan bankrap akhlak dan moral. Mereka lebih magnet mengejar fungsi kecerdikan yang sementara (dunia) berbanding ke alam satu lagi. Ia berlaku sejak dibangku sekolah lagi, pengamatan saya ketika mendekati pelajar-pelajar yang cemerlang disekolah amatlah mendukacitakan. Sungguh dangkal tingkah laku mereka sedangkan mereka adalah manusia yang cerdik, tetapi kecerdikan itu disalahkan gunakan. Maka posisi guru pendidikan Islam jelas membawa satu anjakan paradigma untuk menarik semula insan yang cerdik dalam ilmu akademik kembali mengagungkan ilmu akhirat. Kewujudan j-QAF yang sudah hampir 10 tahun ini mampu melakukan perubahan dimasa hadapan kelak supaya anak-bangsa tidak lagi ketinggalan jauh dalam soal agama. kajian peribadi secara tidak langsung bersama beberapa murid saya tentang permasalahan ini dengan berdialog dan pemerhatian tingkah laku mereka. Banyak faktor -faktor punca murid tidak minat dan kuasai subjek agama seperti ponteng kelas atas pengaruh kawan, masalah keluarga kerana perceraian, tidak mendapat perhatian dan kasih sayang secukupnya disebabkan kesibukan ibu bapa bekerja dan penderaan fizikal dan seksual oleh ibu bapa sendiri. 9

4.0 Pendekatan Teori-Teori Barat Menurut skinner (Ilmu Pendidikan 2003) manusia berfikir dan bertingkah laku melalui pemerhatian terhadap orang lain dan meniru tingkah laku yang boleh memberi manfaat kepadanya. Jelaslah ia sama dengan teori Islam yang ditampilkan oleh Rasulullah jadikan diri sebagai model pendidikan. Menurut Bandura (Ilmu Pendidikan 2003) terdapat empat elemen penting dalam pembelajaran pemerhatian yang perlu dipertimbangkan, iaitu memberi perhatian, mengekalkan maklumat, menghasilkan tingkah laku dan motivasi dan peneguhan. Elemen-elemen penting dalam pembelajaran pemerhatian ini selari dengan kaedah yang dibawa oleh Islam melalui Rasulullah yang mendidik manusia melalui beri maklumat, perhatian, motivasi dan tingkah laku sepertimana termaktub dalam sebuah hadis mengisahkan Baginda pergi ke masjid bersama ditangannya sebatang pelepah tamar kuning yang telah kering, lalu Baginda ternampak dikiblat masjid ada kahak. Baginda pun membersihkannya menggunakan tamar tersebut dan lalu menasihati dan memotivasi agar supaya tahu menjaga kebersihan dan cara membuang kahak yang sebetulnya. Maka disini guru perlu mengambil contoh yang baik ini dengan memulakan diri sendiri dan menonjolkan kebaikan yang boleh dilihat dan ditiru oleh murid apa sahaja yang berlangsung diluar dan dalam bilik darjah. Terbukti Teori-teori yang ditampilkan di atas mampu mengubah seseorang murid jika pendekatannya dan kaedahnya kena pada tempatnya. 5.0 Berani menyuarakan kebenaran Permasalahan yang sering dilepas pandang oleh guru pendidikan Islam khususnya saya yang lemah ini ialah masih tidak ada kekuatan untuk mendidik rakan-rakan sejawatan dalam hal-hal melibatkan aqidah dan akhlak. Kedangkalan tingkahlaku mereka kadangkala begitu jelek, tidak terkecuali guru besar dan guru penolong kanan dan kiri. Dugaan ini mendidik diri saya akan bersabar dan cuba memberi masa untuk mendidik mereka satu hari kelak bukan berlandaskan nafsu. Tetapi kerana Allah semata-mata. Kebimbangan utama saya ialah bimbang menyuarakan kebenaran berlapikkan riak dan takabbur. 1

Sepertimana telah berlaku ujian yang sungguh menguji kesabaran saya di IPGKBA oleh pensyarah akademik yang suka perolok-olokkan hukum Islam, hinggakan saya menjadi tanda tanya dimana kekuatan pensyarah agama disana. Hanya Allah yang mengetahui. Disinilah kita boleh nampak dengan jelas, apabila sesuatu pentadbiran tidak memandang mulia dan jadikan ahli agamawan sebagai rujukan dalam urusan pentadbiran, ahli agama (mufti, pendakwah, pensyarah, guru agama) perlu memberanikan diri untuk menegur walaupun akan diperlekehkan. Di sekolah saya contohnya, guru besar tidak menitik beratkan soal akhlak dan hukum. Beliau lebih mementingkan prestasi dalam akademik khususnya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh sebab demikian, kami sebagai guru agama disitu perlu berusaha memberikan peranan untuk kualitikan murid dalam soal ibadah dan akhlak walaupun tidak mendapat sokongan yang sepatutnya oleh kepala pentadbir. Kerjaya adalah melibatkan semua ragam manusia yang pelbagai sikap dalam agama, sepertimana Rasulullah saw bersabda: Orang yang bercampur dan bergaul dengan manusia dan bersabar terhadap kerenah mereka, lebih baik daripada orang yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar terhadap seksanya. H.R Ibnu Majah dan Tirmizi. Rumusan Peranan guru pendidikan Islam di sekolah atau dimana sahaja untuk pembangunan sahsiah warga sekolah yang baik dan berkualiti memerlukan kerjasama antara ramai pihak. Tanpa sokongan dan dan dorongan ia mustahil akan mencapai tahap yang dikehendaki. Sepertimana Islam bermula dengan para sahabat Rasulullah yang bergabung tenaga dan harta, begitu jualah di sekolah. Guru pendidikan Islam harus mengetuk hati guru-guru akademik agar mereka sudi bersatu dalam pembinaaan sahsiah yang berkualiti. Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalanjalan kami. al-Ankabut 69. 1

BIBLIOGRAFI Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni 2011. Mendidik Remaja Muslim Menjadi Orang Beriman & bertaqwa. Pustaka Al-Shafa SDN. BHD As-Syeikh al-A'llamah al-Muhaddith al-Faqih Abdul Fattah Abu Ghuddah al-Halabi 2009. Ar-Rasul al-Muallim. Al-Azhar Media Abdullah Basmih, 1985, Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran Kuala Lumpur : Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, Abdullah Ishak, ( 1989), Sejarah Perkembangan Pelajaran Dan Pendidikan Islam, : Al- Rahmaniyah, Kuala Lumpur. Abdullah Nasih Ulwan. (2002). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam . Terjemahan Ahmat Semait. Syed. Pustaka Nasional Singapura. Ahmad Mohd. Salleh (1997) Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ahmad Mohd.Salleh, 1997 Kuala Lumpur: Pendidikan Islam, Asas Dinamika Guru. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, Al-Syaibany, Omar Muhamad al-Toumy (1979). Falsafah pendidikan Islam (Terjemahan: Hasan Langgulung ) , Jakarta: Bulan Bintang. Hasan Langgulung (1991). Pendidikan Islam menghadapi abad ke 21. Shah Alam: Hizbi Hasan Langgulung, Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam Dan Peralihan Paradigma Kuala Lumpur: Pustaka Aman. . . ,

Anda mungkin juga menyukai