Anda di halaman 1dari 1

Guru sebagai agen Perubahan

Guru seharusnya berperanan menjadi agen yang dapat mengubah seseorang individu. Bukan sahaja daripada aspek pendidikan, tetapi daripada beberapa aspek yang lain. Sebagai contoh, aspek Jasmani, emosi, rohani, Intelek dan sosial murid. Semasa berada di sekolah, murid-murid akan berdamping dengan guru. Bak kata orang, guru merupakan ibubapa kedua murid-murid. Tidak dapat dinafikan lagi, kadang kala murid lebih selesa untuk berdamping dengan guru di sekolah berbanding ibubapa mereka sendiri. Oleh itu, para guru seharusnya mengambil insiatif tersebut untuk mendidik murid-murid. Pendekatan yang menarik dan kreatif dalam proses pembelajaran akan mampu menarik perhatian murid agar lebih member tumpuan terhadap pembelajaran. Justeru, pada ketika itu proses pembelajaran akan menjadi lebih lancer. Guru yang terbaik bukanlah guru yang mengajar anak muridnya hanya untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, tetapi mendidik anak muridnya dalam pelbagai aspek sebagai contoh JERIS. Hal ini sejajar dengan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Personaliti seorang guru turut memainkan peranan dalam menjadi agen perubahan terhadap murid. Ini kerana memang sifat fitrah manusia untuk tertarik dengan sesuatu yang lebih teratur dan menarik. Apabila guru menunjukkan personality yang menarik terhadap murid-murid sudah tentulah murid-murid tersebut juga akan menjadikan guru tersebut sebagai idola. Dan bermula daripada detik itulah guru akan berjaya mengubah individu.

Anda mungkin juga menyukai