Anda di halaman 1dari 2

TOK DALANG INGIN MENGHANTAR UPIN DAN IPIN KE SEKOLAH. TETAPI TOK DALANG TERSESAT.

LALU TOK DALANG BERTANYA KEPADA KAK ROS BAGAIMANA CARA UNTUK KE SEKOLAH TERSEBUT.

Tok Dalang : Assalamualaikum nak. Kak Ros : Waalaikumussalam, boleh saya bantu pak cik ? Tok Dalang : Sebenarnya pak cik ingin menghantar cucu-cucu pak cik ke sekolah, tetapi pak cik tersesat. Boleh anak tunjukkan jalan? Kak Ros : Oh begitu. Baiklah pak cik, selepas ini pak cik akan berjumpa dengan dua simpang empat. Simpang yang pertama pak cik akan melalui jambatan. Selepas jambatan itu, pak cik terus lagi dan akan jumpa simpang empat yang kedua di hadapan Kilang Renesas. Selepas lampu isyarat itu, pak cik akan melalui satu jalan lurus dan di sebelah kiri pak cik terdapat Balai Polis Telok Panglima Garang. Apabila pak cik nampak simpang, pak cik perlu belok ke sebelah kiri. Setelah itu, pak cik akan melalui Kebun Baru Batu 10. Apabila tiba di persimpangan, pak cik perlu belok ke kiri dan pak cik akan nampak sekolah tersebut. Tok Dalang : Terima kasih nak atas pertolongan tersebut. Kak Ros : Sama-sama pak cik.

Lirik lagu di mana sekolah ku - melodi lagu atas rumput

Depan sekolah ada balai polis, balai polis cantik tak pernah lihat. Depan ada balai polis, sekolah yg besar. Kanan sekolah ada tasik, tasik luas tak pernah lihat. Kanan ada tasik, depan ada balai polis, sekolah yg besar. Kiri sekolah ada ada kebun, kebun cantik tak pernah lihat. Kiri ada kebun, kanan ada tasik, depan ada balai polis, sekolah yg besar. Belakang sekolah ada hutan, hutan tebal tak pernah lihat. Belakang ada hutan, kiri ada kebun, kanan ada tasik, depan ada balai polis, sekolah tengah-tengah, sekolah yang besar.