Anda di halaman 1dari 4

1 Februari 2013 SOALAN LATIHAN ULANGKAJI PJM 3112 NURSAKINAH BINTI MOHD HAMSANI (PISMP SAINS JANUARI 2011)

1. Sebagai ketua pentadbiran dan pemimpin di sekolah, peranan yang dimainkan olehnya dapat memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan jayanya. Senaraikan lima peranan utama yang boleh dijalankan oleh ketua panitia Pendidikan Jasmani di sekolah. a) b) c) d) Pengerusi mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Memastikan rancangan tahunan panitia disediakan Merancang pembelian alatan panitia Mendokumentasi program & aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan Jasmani e) Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan panitia Pendidikan Jasmani f) Menyediakan bilik operasi Pendidikan Jasmani seperti stor alatan PJ g) Menyelia penyelenggaraan stor PJ

2. Nyatakan lima (5) tugas guru Pendidikan Jasmani daripada aspek pengelolaan atau pengurusan di sekolah a) b) c) d) Mengajar mengikut spesifikasi waktu yang telah ditetapkan Membantu pihak pentadbiran melaksanakan aktiviti-aktiviti PJ Menguruskan peminjaman alatan di stor PJ Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) e) Merangka dan melaksanakan ujian amali PJ 3. Jelaskan lima (5) kriteria pentadbir sukan yang berkesan. (Pengurus / guru / jurulatih sukan di sekolah) a)

4. Nyatakan bagaimana guru Pendidikan perbelanjaan berhemah di sekolah.

Jasmani

dapat

melaksanakan

a) Mendapatkan penajaan daripada pelbagai pihak dalam melaksanakan aktiviti PJ di sekolah b) Tidak membuang begitu sahaja peralatn PJ yang rosak, sebaliknya membaik pulih dan memodifikasinya c) Mengamalkan langkah-langkah penjagaan alatan PJ dengan baik supaya dapat mengurangkan kos penyelenggaraan d) Merancang perbelanjaan mengikut peruntukan PJ e) Membeli peralatan PJ mengikut keperluan murid di sekolah (tidak berlebihan & tidak terlalu sedikit hingga tidak mencukupi)

1 Februari 2013 5. Berikan lima (5) faktor yang menghalang konsep permainan bersih dalam pertandingan a) Rasuah contohnya, pemain sengaja tidak mempersembahkan permainan yang terbaik kerana menerima rasuah daripada pengurusan pihak lawan b) Mutu pengadilan yang rendah c) Luntur semangat kesukanan pemain tidak menjiwai peranannya dalam sesuatu perlawanan, dan tidak menyedari kepentingan kemenangannya dalam permainan tersebut, menyebabkannya bermain dengan sambil lewa d) Masalah peribadi misalnya, seseorang pemain sengaja menyebabkan kekalahan pasukannya kerana berselisih faham dengan jurulatihnya, dan berniat memberi pengajaran kepada jurulatih tersebut.

6. Berikan lima (5) kesan negatif penggunaan dadah dalam sukan kepada atlet. a) Kesihatan : kerosakan buah pinggang, hati, ginjal, dan alat kelamin hingga sukar melahhirkan zuriat b) Pengambilan dadah berlebihan oleh atlet boleh menyebabkan maut c) Kesihatan : otot mudah koyak d) Psikologi : lebih agresif daripada biasa, yang mana atlet boleh menjadi panas baran, ingkar perintah dan tidak mampu melakukan pertimbangan secara normal sehingga boleh bergaduh dengan rakan mahupun jurulatih e) Moral : lahir atlet yang tidak jujur dan tidak ikhlas dalam melaksanakan kegiatan kesukanan f) Moral : lunturnya semangat kesukanan dalam diri atlet g) Reputasi : menjatuhkan reputasi atlet dan bidang sukan negara kerana tidak telus dalam bersukan

1 Februari 2013 ESEI 1. Teknologi memainkan peranan yang amat besar dalam arena sukan abad ini selaras dengan era globalisasi yang sedang pesat membangun. Huraikan lima (5) fungsi Pusat Sains Sukan yang berteraskan teknologi di negara ini. (cth : gym) Pusat Sains Sukan yang berteraskan teknologi di negara ini berperanan melahirkan atlet bertaraf dunia, meningkatkan prestasi atlet ke tahap optimum, membentuk jurulatih yang kreatif dan inovatif, memanfaatkan aplikasi saintifik dalam pembangunan dan pengembangan atlet, dan merapatkan jurang teknologi antara negara maju dengan negara ini. Dengan adanya Pusat Sains berteraskan teknologi, Malaysia mampu melahirkan atlet-atlet bertaraf dunia. Hal ini kerana teknologi-teknologi terkini digunakan oleh jurulatih dan atlet dalam menjalani latihan kesukanan secara konsisten. Misalnya, atlet bagi acara balapan tidak menghadapi kekangan cuaca untuk menjalani latihan dan mengekalkan stamina. Ini kerana latihannya boleh dijalankan di dalam gimnasium menggunakan trademill yang boleh mengukur jarak dan kelajuannya seperti dia berlari di atas trek. Lantaran itu, prestasi atlet dapat ditingkatkan ke tahap optimum, yang mana atlet dapat mengekalkan kecergasan walaupun telah bermain bagi tempoh masa yang lama, dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Pusat Sains Sukan berteraskan teknologi juga berfungsi dalam melahirkan jurulatih yang kreatif dan inovatif. Hal ini kerana, jurulatih perlu menyesuaikan teknik latihan yang dijalankan ke atas atlet dengan teknologi yang telah disediakan. Secara tidak langsung, jurulatih dan atlet akan mengikuti perkembangan teknologi semasa, dan cuba mengaplikasikannya dalam latihan rutin mereka. Pembangunan dan perkembangan atlet dengan memanfaatkan aplikasi saintifik dapat terlaksana di Pusat Sains Sukan berteraskan teknologi ini. Hal ini jelas dilihat apabila atlet bukan sahaja tahu apa yang mereka lakukan, tetapi juga faham mengapa mereka melakukan sesuatu latihan. Mereka juga cekap dalam mengekalkan stamina dan kecergasan tubuh mereka. Antara fungsi terpenting Pusat Sains berteraskan teknologi di negara kita juga adalah merapatkan jurang teknologi antara negara maju dengan negara kita.Dengan mencontohi negara-negara maju dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi ini, penggiat sukan negara kita akan dapat memperbaiki reputasi dan prestasi hingga dapat bersaing di peringkat dunia. Justeru, kewujudan Pusat Sains berteraskan teknologi ini tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya dalam memartabatkan lagi sukan di mata masyarakat Malaysia dan masyarakat dunia.

1 Februari 2013 2. Sebagai setiausaha sukan, anda diminta membantu jawatankuasa Program 3K merangka keselamatan berkaitan kemudahan sukan di sekolah terutama semasa menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani, kegiatan kokurikulum atau sukan. Jelaskan dengan contoh langkah-langkah keselamatan dalam sukan yang boleh diaplikasikan dalam program tersebut. Langkah-langkah keselamatan dalam sukan yang boleh diaplikasikan dalam Program 3K ialah meletakkan papan tanda keselamatan, mengemaskini buku peraturan, menyelenggara kemudahan PJ, memberi taklimat keselamatan & menjalankan latihan kebakaran. Peraturan sukan di sekolah seperti peraturan penggunaan padang, peraturan penggunaan alatan dan bilik-bilik khas sukan perlu dikemaskini dan dimasukkan dalam buku peraturan sekolah untuk diedarkan kepada murid, guru-guru dan warga sekolah. Peraturan ini juga boleh ditampal pada dinding stor alatan PJ, berhampiran padang, dan di kawasan-kawasan tertentu di mana aktiviti PJ dijalankan. Sebaran tentang peraturan sukan ini bertujuan agar semua warga sekolah cakna tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil. Oleh itu, risiko kemalangan dalam PJ dan sukan dapat diminimakan. Taklimat keselamatan yang menjurus kepada bidang PJ dan sukan juga perlu disampaikan secara kepada murid dan warga sekolah sempena Program 3K ini. Taklimat ini bertujuan memaklumkan langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil oleh warga sekolah sekiranya berlaku sesuatu musibah seperti kebakaran, gempa bumi dan sebagainya. Taklimat boleh dijalankan dalam bentuk ceramah umu, pengisian dalam P&P dan demonstrasi. Di samping itu, latihan dan simulasi kebakaran yang melibatkan aktiviti PJ dan sukan juga harus dijalankan. Kebiasaannya, sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah, warga sekolah perlu berkumpul di padang. Tetapi sekiranya kebakaran tersebut berlaku di padang atau mana-mana kawasan ketika berlangsungnya aktiviti PJ dan sukan, murid juga perlu mengetahui langkah yang perlu diambil, dan tempat untuk berkumpul Jawatankuasa Program 3K juga boleh mengadakan sesi perkongsian antara atlet sekolah dengan murid-murid tentang pengalaman mereka mewakili sekolah, zon, daerah dan negeri dalam bidang sukan. Contohnya, mengadakan forum yang melibatkan atlet bola sepak negeri sebagai panelisnya. Lazimnya, wakil-wakil ini lebih berpengalaman dalam menjalani aktiviti sukan termasuklah kemalangan dan risiko dalam sukan. Pendedahan seperti ini penting bagi murid-murid lain yang tidak berpeluang merasai pengalaman tersebut. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai maklumat dan ilmu tentang pengurusan risiko dan kemalangan dalam sukan.