Anda di halaman 1dari 4

PENJANAAN

Penjanaan elektrik merupakan satu peranti yang menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik, dan biasanya menggunakan induksi elektromagnetik. Penukaran terbalik tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal dilakukan melalui motor elektrik, dan motor dan generator mempunyai banyak persamaan. Sumber penggerak utama bagi kuasa mekanikal mungkin reciprocating atau enjin wap turbin, air yang jatuh melalui kuasa hidro (turbin atau kincir air, enjin pembakaran dalam, turbin angin, mesin jana tangan (hand crank), udara mampat atau sebarang sumber tenaga mekanikal yang lain.

1. PENERANGAN
1.1 Sistem kuasa elektrik adalah ditakrifkan sebagai satu rangkaian yang mengandungi komponen-komponen yang bersalingkait untuk memenuhi keperluan berikut secara berterusan : i. Menukar tenaga bukan elektrik kepada tenaga elektrik . ii. Mengahantar tenaga elektrik dalam bentuk yang sesuai bagi satu jarak yang jauh . iii. Menukarkan kembali tenaga elektrik kepada bentuk yang boleh diterima oleh penggunanya . 1.2 Tiga keperluan ini dipenuhi oleh tiga bahagian sistem kuasa iaitu : i. Sistem Penjanaan. ii. Sistem Penghantaran. iii. Sistem Pengagihan. 1.3 Susunan bahagian sistem kuasa adalah ditunjukkan oleh Rajah 1.1.

2. SISTEM PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK


2.1 Penjanaan merupakan proses pegeluaran tenaga elektrik dengan kadar yang banyak dan diperolehi daripada stesen janakuasa elektrik hasil daripada pergerakan air, gas, stim dan sebagainya. 2.2 Rajah 1.2 adalah contoh proses pertukaran tenaga yang berlaku di dalam sesebuah stesen janakuasa elektrik ;

2.3 Stesen janakuasa elektrik mengandungi mesin yang berfungsi untuk menukarkan bahan mentah seperti arang batu, gas, hidro dan sebagainya kepada bentuk tenaga mekanikal. Tenaga ini digunakan untuk menggerakkan penjana segerak yang menjadi komponen utama penjanaan tenaga elektrik. Proses ini ditunjukkan oleh Rajah 1.3.

a) Stesen Janakuasa Arang Batu

Prinsip kendalian : i. Bahan api seperti arang batu dibakar supaya dapat memanaskan air yang telah disalurkan ke dandang. ii. Hasil daripada pemanasan air, ia akan mengeluarkan stim yang bertekanan tinggi. iii. Stim tersebut disalurkan ke turbin dan seterusnya memutarkan kipas turbin. iv. Pemotongan uratdaya akan berlaku dan menghasilkan dge. Tekanan stim yang keluar daripada turbin akan menjadi rendah dan disalurkan ke kondenser supaya ditukarkan kepada air. Air tersebut disalurkan ke kawasan takungan air dan akhirnya pam akan mengepam semula air ke dandang. v. Proses berulang.

Anda mungkin juga menyukai