Anda di halaman 1dari 2

CERPEN : SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA Zainal Rashid Ahmad SINOPSIS Cerita mengisahkan kehidupan masyarakat kampung

g yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Masyarakat menjadikan hasil alam sebagai makanan seperti ubi kayu, biji pala dan daun melong. Jika sakit, mereka akan mencampurkan segala macam herba untuk dijadikan ubat. Petua daripada orang berpengalaman dann bidan digunakan untuk memastikan sesuatu penyakit akan cepat sembuh. Peranan bidan juga begitu penting di kampung kerana dianggap pakar melenggang perut, mengalih bayi songsang dan merawat perempuan selepas bersalin. Wabak penyakit kulit akan melanda kampung selepas habis musim air pasang. Penulis ketika kecil belajar mengaji di rumah Hajah Tom, seorang janda yang kematian suaminya akibat ditembak pengganas komunis di Gulbir. Selain mengajar mengaji al-Quran, Hajah Tom juga mengajarnya menghafal beberapa surah sebagai pelindung ketika menghadai dugaan. Hajah Tom juga sering menjamu nasi kepada penulis dan rakan-rakan apabila mendapati penulis dan rakan-rakan belum makan ketika datang mengaji. Penulis juga ringan tulang apabila disuruh Hajah Tom untuk membelah kayu api dan mengupas kelapa. Di kampung tersebut terdapat sebuah surau lama yang diketuai oleh Haji Saleh Pumpong. Sebagai imam, beliau selalu menyuruh penulis dan rakan-rakannya melaungkan azan. Penulis juga membantu membersihkan surau. Pada waktu tengah hari, penulis dan rakan-rakan akan dijamu oleh Hajah Tom, nasi berlaukkan ikan cencaru belah belakang yang merupakan makanan yang paling lazat yang pernah dinikmati penulis. Hajah Tom juga meminta Haji Saleh Pumpong mengajar penulis dan rakanrakannya solat jenazah. Tiga bulan kemudian, Hajah Tom meninggal dunia. Tiga bulan selepas itu, Haji Saleh Pumpong pula meninggal dunia. Penulis sentiasa mengingati dua nama itu yang tersemat di dalam hatinya. TEMA Tema cerpen ini ialah mengenai pengabadian manusia terhadap agama, contohnya Hajah Tom mengajar penulis dan rakan-rakannya berlandaskan al-Quran, manakala Haji Saleh Pumpong pula banyak menghabiskan masa memakmurkan surau. Tema cerpen ini juga adalah mengenai kehidupan dalam masyarakat kampung yang bergantung kepada tumbuh-tumbuhan semula jadi sebagai sumber makanan dan perubatan. PERSOALAN (a) Kemiskinan dan kesederhanaan hidup. Contohnya, masyarakat kampung tidak mampu membeli ubat di klinik akibat kemiskinan yang dihadapi oleh mereka. Mereka juga menjalani kehidupan seharian dengan seadanya. (b) Kepentingan alam semula jadi kepada masyarakat kampung. Contohnya, tumbuhan semula jadi yang terdapat di sekitar belukar kampung mereka dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana tumbuhan-tumbuhan herba itu banyak khasiatnya khususnya untuk mengubati penyakit. (c) Ketaatan dan kepatuhan kepada guru. Contohnya, penulis dan rakan-rakannya sentiasa patuh akan suruhan serta ajaran guru al-Quran mereka, iaitu Hajah Tom. (d) Pendidikan agama dalam masyarakat. Contohnya, penulis dan rakan-rakannya telah diasuh dengan ajaran agama, iaitu mempelajari al-Quran sejak kecil lagi, malah mereka rajin solat berjemaah di surau kampung mereka. Latar tempat

(a) Di kampung penulis tempat penulis dan rakan-rakannya dibesarkan serta hidup yang penuh dengan kesederhanaan. (b) Di rumah Hajah Tom tempat penulis dan rakan-rakannya belajar mengaji alQuran (c) Di surau tempat penulis dan rakan-rakannya menolong Haji Saleh Pumpong membersihkan surau yang kotor akibat banjir yang melanda kampung mereka. (d) Di Gubir tempat arwah suami Hajah Tom, iaitu Sarjah Omar ditembak mati oleh pengganas komuniss. Latar masyarakat (a) Masyarakat Melayu yang tinggal di kampung. Contohnya, penulis dan rakanrakannya tinggal di sebuah kampung yang permai walaupun hidup dalam serba kekurangan. (b) Masyarakat kampung yang hidup miskin. Contohnya, penulis dan rakanrakannya sudah biasa hidup kelaparan dan adakalanya mereka makan ulamulaman jika tiada lauk untuk disajikan bersama-sama dengan nasi. (c) Masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan. Contohnya, Hajah Tom sentiasa memberi tunjuk ajar kepada penulis dan rakan-rakannya terutamanya tentang kelebihan menghafal ayat-ayat al-Quran. (d) Masyarakat yang taat kepada guru. Contohnya, penulis dan rakan-rakannya mentaati apa-apa yang disuruh dan dilarang oleh Hajah Tom. NILAI Nilai murni daripada cerpen ialah kasih sayang, contohnya Hajah Tom amat menyayangi penulis dan rakan-rakan penulis dan mereka dianggap sebagai anak sendiri, sebab itulah dia sanggup menghabiskan masa mengajar al-Quran, selalu memberikan nasihat yang berguna dan memberikan makanan tanpa mengharapkan balasan. Seterusnya, bekerjasama, contohnya, penulis membantu Hajah Tom mengupas kelapa dan membelah kayu api. Selanjutnya, semangat bermasyarakat, contohnya penulis dan rakan-rakannya bersama-sama membersihkan surau setelah musim air pasang memerangkap biawak dan ular senduk di bilik air surau dan selut serta hampir mengotori tangga surau. Akhir sekali, hormat-menghormati, contohnya, Hajah Tom dan Haji Saleh Pumpong amat dihormati oleh penduduk kampung, terutamanya daripada kalangan kanak-kanak disebabkan ketokohan dan kerendahan hati mereka. PENGAJARAN Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu mempunyai sifat kasih sayang terhadap kanak-kanak, contohnya Hajah Tom amat menyayangi penulis dan rakan-rakan penulis dan mereka dianggap sebagai anak sendiri, sebab itulah dia sanggup menghabiskan masa mengajar al-Quran, selalu memberikan nasihat yang berguna dan memberikan makanan tanpa mengharapkan balasan. Seterusnya, kita hendaklah mengetahui kepentingan mencintai khazanah alam semula jadi, contohnya penduduk kampung penulis menjadikan hasil alam sebagai ubatan seperti ubi jaga, biji pala dan daun melong. Seterusnya, kita hendaklah bekerjasama terhadap orang yang memerlukan, contohnya penulis membantu Hajah Tom mengupas kelapa dan membelah kayu api. Seterusnya, kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama, contohnya Hajah Tom mengajar penulis untuk memperoleh berkat, perlu bertawakkal, berserah dan berdoa dengan kalimat hanya Allah Yang Maha Berkuasa. Selanjutnya, kita sewajarnya mengamalkan semangat bermasyarakat, contohnya penulis dan rakan-rakannya

bersama-sama membersihkan surau setelah musin air pasang memerangkap biawak dan ular senduk di bilik air surau dan selut dan lumpur mengotori tangga surau. Akhirnya sekali, kita seharusnya mempunyai sifat hormat-menghormati.