BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

TAJUK 1 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU
• SINOPSIS Komponen ini tertumpu kepada kajian semantik yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan kepada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Untuk memahami bahasa, kita kita perlu memahami makna kata dan morfem yang membentuknya. Kita juga perlu mengetahui makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan. • HASIL PEMBELAJARAN 1. 2. • Menjelaskan tentang semantik , fitur makna, makna leksikal, dan makna ayat. Menghubungkaitkan antara bidang semantik dengan ilmu linguistik.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.1

Semantik dan Makna

Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa istilah penting terutama sekali istilah semantik dan makna. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah semantik? Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik.
1

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Istilah ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique. Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagain”ilmu tentang makna atau erti”. Kini makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik.Manakala makna pula secara umumnya membawa erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberikan bermacam-macam pengertian yang lain. Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi kata makna, iaitu: (i) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata, atau (ii) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata atau frasa bertulis oleh pembaca. Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kurang 16 pengertian bagi perkataan makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of Meanings. Antara pengertian yang diberikan termasuk makna seperti ‘suatu sifat intrinsic, konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu kemahuan’, dan ‘emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu’. Jadi, berdasarkan pengertian oleh Ogden dan Richard, kita fahami bahawa erti makna cukup menarik tetapi rumit sekali untuk memahami maksud kata makna. 1.2 Semantik dan Linguistik

Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistic seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengahtengah deretan ini. Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang”, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.

2

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

1.3

Semantik dan Sejarah

Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian semantik telah member focus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi, selepas tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur dalam semantik (Ullmann, 1996). Tahun 1931merupakan detik bersejarah dalam sejarah semantik. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language. Penerbitan tulisan ini telah membawa trend baharu dalam bidang semantik. Menurut Ullmann (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi member perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu.

Aktiviti Kendiri 1.3.1 (a) Apakah maksud istilah semantik? (b) Berikan dua definisi tentang bidang semantik Aktiviti Kendiri 1.3.2 Bidang semantik boleh dibahagikan kepada beberapa subbidang, seperti semantik linguistik dan semantik falsafah. Bolehkan anda menyenaraikan tiga lagi subbidang semantik serta fokus kajiannya bagi setiap subbidang tersebut?

3

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

TAJUK 2 MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU
• SINOPSIS Topik ini akan menerangkan tentang leksikal. Dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata bukanlah tersusun dalam satu senarai yang panjang dan mendatar. Ia juga bukan menegak secara homogen iaitu mengandungi semua perkataan dalam sesuatu bahasa itu, seperti tersusunya dalam bentuk kamus. Sebaliknya, susunannya adalah secara berlapis dalam bentuk strata yang banyak serta nmempunyai hubungan konsepsi antara satu sama lain. Susunan perkataan juga mempunyai perkaitan dari segi penggunaannya. Hal ini bermakna sesuatu perkataan yang digunakan mestilah bersesuaian serta berselarasan dengan sesuatu situasi atau keadaan. Perkaitan tersebut lazimnya mempunyai hubungan dengan kebudayaan. • HASIL PEMBELAJARAN 1. Membezakan antara sinonim dan antonim. 2.Men jelaskan tentang fitur makna dan makna leksikal dalam bahasa Melayu. • TAJUK-TAJUK 2.1 Sinonim dan Antonim

2.1.1 Sinonim Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan ‘kereta’ dan ‘motokar’, ‘sejuk’ dan ‘dingin’, ‘suka’ dan ‘gemar’, ‘ganggu’ dan ‘kacau’, ‘lupus’ dan ‘luput’, ‘loncat’ dan ‘lompat’ dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu. Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di sekeliling kita. Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang tertulis ‘Tolong jangan usik, kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini’. Di perpustakaan pula, terdapat kata-kata yang berbunyi ‘Dilarang membuat bising, bercakap dan berbual-bual’. Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat.

4

laras sosial.” “Perkataan ‘banyak’ boleh digunakan sama ada bagi ‘manusia’. Contoh ayat.1. ‘haiwan’ dan ‘benda’ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. Walau bagaimanapun. dalam dialek Perak. 2. Dalam dialek Kedah. ‘tumbuhtumbuhan’. 5 . ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.3 Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. yang maksud konvensionalnya ialah ‘timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah’. ‘belalang’ bermakna ‘cakcibau’. 2.2 Sinonim Konteks Perkataan ‘jemput’ dan ‘udang’ banyak digunakan dalam konteks protokol. Contohnya perkataan ‘banyak’ dan ‘ramai’ mempunyai makna yang sama. Misalnya ‘penyanyi’ ialah orang yang ‘bernyanyi’ manakala ‘biduan’ bermaksud ‘status’ yang tinggi dalam profesionalisme seni. 2. ‘batas’ ialah ‘jalan raya’.4 Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Jika anda menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut” akan menunjukkan makna yang salah. ‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan. manakala ‘undang’ dalam konteks tulisan.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Dalam semantik.1. 2.1.1. Sebenarnya.1 Sinonim Pinjaman ‘Belalang’ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. iaitu sinonim pinjaman.1. dan kolokasi. “Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.1.1.1. konteks. Alasannnya. ada beberapa jenis sinonim.

2 Antonim Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Demikian juga perkataan ‘laju’ bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa. Selain itu. 2. Cotohnya.1 Antonim pasangan komplemen Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. sihat-sakit.1. panjang-pendek. Selain itu. gembirasedih dan sebagainya.1.2. duduk-bangun.1.2. tajam-tumpul.2 Antonim hubungan darjah Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil. perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. tebal-nipis. kembang-kuncup. Sebagai contoh. baik lawannya jahat. Oleh itu kata nafi ‘tidak’ kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut. tinggi-rendah. cantik lawannya hodoh. tinggi lawannya rendah. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. perkataan – perkataan seperti tidak hidup-mati. 6 . Namun demikian. misalnya perkataan ‘lena’ lawannya ‘tidak lena’ ataupun ‘mati’ bermaksud ‘tidak hidup’. tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini.menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan ‘tikus kecil’. tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Sebagai contoh. misalnya sejuk lawannya panas. antonim disebut sebagai perkataan berlawanan. perkataan tidur-jaga. miskin lawannya kaya dan sebagainya. perkataan ‘kecil’ pada ‘kerbau kecil’ sebenarnya . Terdapat beberapa jenis antonim seperti: (a) Antonim pasangan komplemen (b) Antonim hubungan darjah (c) Antonim hubungan bertentangan 2. kurusgemuk dan sebagainya. Secara umumnya. sebatang kayu itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 2. hidup-mati. dan tidak mati-hidup.

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 2. 7 . Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama.2. tetapi berbeza dari segi makna. 2.2 Homonim Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim.3 Antonim hubungan bertentangan Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Dengan kata lain. murid-guru. Sebagai contoh.2.3 Polisem Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. tetapi berbeza makna seperti yang disebutka tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim.kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Dalam hal ini. 2. mawar.1 Hiponim Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh. melur. perkataan ‘kepala’ yang membawa maksud ‘ketua’ tidak sama maknanya dengan ‘kepada kereta api.2 Hiponim. sama ada bunyi atau ejaan yang sama.melati.2.2. 2. ‘kepada manusia’ dan ‘kepala surat’. hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama. tetapi berlainan makna. Secara umumnya. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai. misalnya beri-terima. Homonim dan Polisem 2. jual-beli. polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.1. Contohnya jika X ‘beri’ barang pada Y bermakna Y akan ‘terima’ barang itu. majikan-pekerja dan sebagainya. Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara.

3. secara normalnya ‘bisa’ digunakan untuk menggantikan perkataan ‘boleh’.1 (a) Huraikan jenis-jenis sinonim beserta dengan contohnya (b) Dengan contoh yang sesuai. terangkan perbezaan antara hiponim dan polisem.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Sebagai contoh. Berdasarkan contoh-contoh tersebut. Contoh lain ialah perkataan ‘bisa’ yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan. Aktiviti Kendiri 2. kata bantu ‘tentang’ boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara.2. Dalam perbualan di Indonesia. seperti dalam ayat “Kita tentang habis-habisan”. ‘tentang’ dan ‘bisa’ bervariasi maknanya. Ada masanya perkataan ‘tentang’ boleh membawa maksud ‘lawan’. 8 .

Menghuraikan perubahan semantik dan teori pembuktian.Dalam konteks berbahasa.1 Makna Ayat Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. 3. Tanpa unsur ini. Bagi ayat persoalannya sangat rumit.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 3 MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU • SINOPSIS Topik ini akan menjelaskan tentang makna ayat dalam bahasa Melayu. kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Walau bagaimanapun dalam banyak perkara kita berkomunikasi menggunakan frasa dan ayat. Seperti yang telah dijelaskan perkataan dan morfem merupakan unit terkecil bahasa yang mempunyai makna. Dalam tajuk ini juga akan dihuraikan penganalisisan makna auat Bahasa Melayu mengikut Kerangka Generatif Chomsky untuk menunjukkan perubahan semantik dan pengembangan makna. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. 2. Kita telah pun mempelajari hubungan makna perkataan dan unsur semantik sebagai semantik leksikal sebelum ini. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat. • HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan definisi makna ayat. 9 . Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna. maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif. Makna frasa dan ayat bergantung pada makna perkataan yang terkandung dalamnya dan bagaimana perkataan itu distruktur dan digabungkan. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat.

struktur dalaman dan struktur luaran. Seterusnya. Konsep yang terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan. Ia diketahui. Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain. Hipotesisnya.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 3. semua bahasa dilihat dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Aktiviti kendiri 3. Menurutnya lagi. strukrur dalaman pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. 10 . ayat-ayat yang diungkapkan oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya.2 Kerangka Generatif Chomsky Bagi Chomsky “language is not a habit Structure”.2.1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan makna ayat? (b) Huraikan empat konsep utama Kerangka Generatif Chomsky. Chomsky telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Kerangka Generatif iaitu kemampuan berbahasa. disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan. Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk rumus-rumus. perlakuan berbahasa. Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar.

Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur. Menghuraikan proses pengembangan makna. Manakala penyempitan makna pula ialah proses perubahan makna daripada makna yang umum kepada makna yang lebih khusus.2 Penyempitan Makna Menurut Chaer (1995). 2. • HASIL PEMBELAJARAN 1. tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut ‘berlayar’ . dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar. Contohnya ‘berlayar’.kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik. Menghuraikan perubahan semantik dari aspek penyempitan makna. 4. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Pateda (1986). iaitu satu proses perubahan makna daripada makna yang khusus kepada makna yang lebih umum. penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas. sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebut ‘saudara’. Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan biologis.1 Pengembangan Makna Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. 11 . • KERANGKA TAJUK-TAJUK 4. Akhir sekali anjakan makna yang bermaksud makna yang mengalami proses perubahan berdasarkan situasi atau keadaan.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 4 PERUBAHAN SEMANTIK • SINOPSIS Tajuk ini akan mengupas tentang perubahan semantik daripada segi pengembangan makna.

Walau bagaimanapun kata ’ahli’ juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang. sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. 12 .BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga.

kepentingan peristilahan dalam Bahasa Melayu. terutamanya dari segi peristilahan. Peranan MABBIM. 5. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM. Cabaran dan masa depan peristilahan. kursus ini juga mengandungi sumber istilah Bahasa Melayu. Bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai 13 . 2.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 5 • SINOPSIS PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Kursus ini mengandungi pengenalan. bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik. dan cabarannya pada masa hadapan. Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia atau MABBIM telah memainkan peranan untuk mewujudkan satu bentuk ejaan dan istilah yang baku atau seragam sejak tahun 1972. Di samping itu. Pembakuan itu dilakukan untuk pengembangan dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai ilmu pengetahuan. yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu.1 Pengenalan Walaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah. politik dan ekonomi Malaysia . Menjelaskan definisi istilah dalam bahasa Melayu. istilah singkatan dan lambang Bahasa Melayu dan ejaan dan peristilahan Bahasa Melayu • HASIL PEMBELAJARAN Setelah mengikuti kursus ini. konsep peristilahan. sejarah penggubalan peristilahan. Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan. peranan Dewan Bahasa dan Pustaka. anda dapat : 1. Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf. Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan memancarkan kepelbagaian corak pengayaan bahasanya. Prinsip – prinsip pembentukan istilah. 3. definisi. Ketiga – tiga negara itu juga mempunyai kaedah tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa Melayu. prinsip pembentukan istilah. Kepentingan Peristilahan dalam Bahasa Melayu. 4. 5.

bahasa berteknologi tinggi dan bertamadun melalui peristilahan. iaitu mempunyai teori yang tersendiri. Kedudukan istilah menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan bersifat teknikal. Melalui istilah.1 1. yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku. Untuk menguji pengetahuan dan kefahaman anda kaitkan peranan Bahasa Melayu dari segi jati diri rakyat Malaysia. Akan tetapi semua usaha itu tidak memberi manfaat jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak menghargai sumbangan badan berkenaan. Manakala teori yang lebih khusus. dan bersama – sama meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang maju di rantau ini dan dunia umumnya. simbol dan objek. Hingga kini. bahasa lisan/tulisan. dan objek. Dapatkan seberapa banyak maklumat dari perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang ilmu. iaitu lambang. Vienna. bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidang-bidang ilmu yang lain. Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa Melayu. Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU komunikatif yang sesuai. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam bahasa itu. Latihan 5. Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Nyatakan konsep peristilahan dan pengistilahan 2. sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. 14 . Eugen Wuster. Dari segi teorinya. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara. makna. Teori ini dikembangkan oleh Professor Dr. Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep.

Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya).3 Penggandaan Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah. Tata istilah atau ‘terminology’ pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa.(berinteraksi).…-an (pemprosesan).2. Contohnya.1. -an (hasilan).2. tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu.2 Imbuhan dan Pengimbuhan Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum.2. alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.1. Misalnya. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha.4 Gabungan Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. kata hidrogren. Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Namun demikian. bumiputera dan sebagainya. pengandaan dan penggabungan. 5. kata umum boleh menjadi istilah. Walau bagaimanapun. 5. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. nitrogen.1 Kata akar Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan. istilah ialah kata.2. fonem. neonatal. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. 5.1. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. alofon. Misalnya: ber. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). peN.2 Definisi Istilah Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591). menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh 15 . Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004).1. asid.1 Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau fungsi nahu. 5. algebra dan sebagainya.2. gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. warganegara. 5. Misalnya: rumah.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 5.

Secara ringkas. Latihan 5. DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah. forum. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. Sehingga hari ini. Jawatankuasa istilah yang paling awal ditubuhkan ialah Jawatankuasa Istilah Ekonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A. Pada pendapat anda. Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi yang memberi panduan dan mengawal kerja-kerja peristilahan. taklimat. Untuk memperkukuhkan lagi peranannya. Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956. nyatakan usaha-usaha yang telah di mainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka terhadap perkembangan dan kemajuan peristilahan di Malaysia. Aziz telah menyaksikan beberapa ciri perkembangan di dalam perwujudan istilah ekonomi yang tidak menyenangkan beliau. kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah ‘bajet’ digunakan). Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat. Ungku A. menyebarkan panduan 16 . rancangan Dewan Bahasa di radio.2 1. dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa. peranan Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam memajukan bahasa amat penting dan tidak ada badan – badan lain yang mampu berperanan sebagaimana yang dimainkannya. Aziz. Jawatankuasa istilah ditubuhkan berdasarkan permintaan individu yang berwibawa sebagai pemimpin masyarakat atau sebagai ahli akademik. kursus. sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. beliau juga seorang pejuang bahasa kebangsaan. Sebagai pengerusi dan pengarah pertama DBP.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Perbincangan tentang perkembangan bahasa di Malaysia tidak akan lengkap sekiranya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak disentuh. tatabahasa dan perkamusan. Di dalam bidang bahasa. mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU masyarakat pengguna bahasa. 5. Contohnya. Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah. mengapa pengistilahan amat penting di negara kita? 2. Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1980. DBP merupakan satu satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk memajukan bahasa Melayu.

 Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Oleh itu. dan negara-negara lain. sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.  Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem. Apa yang jelas. Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara Brunei Darussalam. Apabila membentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini dalam tahun 1950-an. antara peranan yang dilaksanakannya ialah. Kalau tidak ada di dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu. pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Istilah-istilah asing yang dipakai oleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia atau istilah asing yang tidak dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah diterima jadi istilah Melayu.  Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Dengan itu.  Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM. Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu. Pada tahun 1950-an.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU bahasa. istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera.  Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu. Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam bahasa Melayu pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan ilmu pengetahuan. Di bawah ini diberikan contohnya: a) Acid b) Aciditiy c) Acidic asid (bukan acid) keasidan (bukan asiditi) berasid (bukan asidik) 17 .  Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik. Kalau istilah Indonesia itu tidak sesuai atau tidak memuaskan hati barulah dibentuk baharu. bolehlah diambil istilah yang dipakai di Indonesia. Oleh yang demikian. khidmat nasihat. mengadakan kempen “Mencintai Bahasa Melayu” dan mengawasi penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. kerana memang bahasa di Tanah Melayu hendak disamakan dengan bahasa di Indonesia. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah baharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga buah negara yang terlibat. DBP juga telah mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain. istilah baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran atau keadaan yang dimaksudkan oleh istilah asing itu. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM).

adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid. ii. asiditi. iii. ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Selain itu. Contohnya jika ada kata berakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata “kaji”. Pembentukan istilah baharu. Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubalpenggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kearah peringkat antarabangsa. dan Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. v. Berdasarkan pedoman yang baharu itu. Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden. dalam semua bidang ilmu atau yang popular. hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia. Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa. iv. penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. cara dan pedoman. Pada masa lalu apabila menggubal istilah. Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. dan asidik. Contohnya adalah seperti yang berikut: a) Biology kajihayat b) Anthropology c) Sociology d) Archeology e) Phonology f) Geology g) Psychology h) Climatology kajimanusia kajimasyarakat kajipurba kajibunyi kajibumi kajijiwa kajiiklim 18 . iaitu: i.

Misalnya: i. seperti farmasi. Fixed price ii. antropologi. Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang lebih tua. terutama sekali bidangbidang ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia. kajitumbuhan. kajipenyakit dan berbagai-bagai lagi. Persamaannya sangat banyak. jika membentuk atau menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa induk. dan yang seumpamanya. sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang terbit di Malaysia. maka ditetapkan dasar kedua. jika berbeza pun hanya kerana pengaruh persekitaran dan penjajahan yang berlainan. Jerman dan Sepanyol. iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendak mempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang sedia ada. iv. tetapi mengapa pula perkataan “organ” diciplak daripada bahasa Inggeris. linguistik. dan boleh dijadikan panduan untuk membentuk pelbagai istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk di atas seperti kajiserangga. Bagi dasar yang ketiga pun penting. iaitu bahasa Melayu Johor-Riau. bahasa asing juga? Oleh itu. Dasar yang kelima akan dapat merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain. supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis. farmakologi. atau menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat yang maju seperti Peranchis. kajihaiwan. Demikian juga daripada bentuk istilah seperti di atas menggambarkan bahawa bahasa Melayu memang cukup kaya dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kata istilah baharu dalam bahasa Melayu. Oleh itu. filologi. kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama. Kalau di Indonesia ada pengaruh bahasa Belanda.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Berdasarkan conoth – contoh di atas bentuk istilah memang baik dan sesuai kerana ia seragam. untuk merealisasikan dasar – dasar berkenaan maka DBP telah menyediakan lapan kaedah atau cara. untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas. kajilautan. iii. di Malaysia pula ada pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Market price Price list Cost price 19 - harga tetap harga pasaran senarai harga harga kos . iaitu: Bagi istilah pinjam-terjemah. Selain itu kita dapat berkongsi membaca bukubuku rujukan. Dengan itu akan dapat memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapat meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. a) Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu. kajibintang. dan kita dapat menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat. neurologi. fotosintesis.

kejuruteraan. Contohnya seperti Greenland. hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam bentuk istilah (bukan terjemahan) yang ringkas dan jumlah perkataan atau suku kata yang minimum. DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut: i. b) Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri. dan Sesuatu istilah asing. penyelarasan. James Watt dan lain-lain. d) Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai bahasa Melayu-Indonesia. Kata-kata istilah ini diserap sahaja dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital kamera. walau dalam apa bidang sekalipun. keseragaman. Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah: 20 . Cost section - bahagian kos Untuk kepentingan kecekapan. atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya. Bagi istilah pinjaman. orang atau gelaran atau idiom. ii. Wellington. hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya. Contohnya seperti radio. praktis. Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu hendaklah terbatas kepada (menurut keutamaan): a) Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. iii. ekonomi dan ilmiah. atau tidak ada persamaan Melayunya. c) Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya. Burkina Passo. Contohnya seperti computer dan digital camera. maka (mengikut keutamaan): i. Ini bermakna hanya dalam bidang-bidang seperti perubatan. farmakologi. Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam satu bidang ilmu tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya. televisyen dan sebagainya. Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya. aeroangkasa dan seumpanya.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU v.

morfem peristilahan. Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas. Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah kata yang dipinjam. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya. Antara tajuk-tajuk penting yang dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah: i. 21 . Tetapi perkataan nuklear (daripada nuclear) boleh dipinjam. bentuk prototaip dan paradigma kata atau perangkat kata.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar. seperti kosa kata bahasa asing. atomization dan yang seumpamanya. dan skema tatacara pebentukan istilah yang mengandungi tujuh langkah yang ditetapkan seperti yang berikut: a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai. Contohnya kita meminjam hanya perkataan “atom” dan tidak boleh meminjam kata atomic. kata dasar dan kata akar. kata gabungan. iaitu: i. Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. imbuhan. kerana ini mempunyai pengertian yang khas. istilah khusus dan istilah umum. tataistilah dan tatanama. banyak perkara dan tajuk baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali. kata berimbuhan. pada umumnya. menyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut bentuk asal Rumawi-Yunani atau bentuk istilah asal. ii. sama ada kata nama atau kata sifat. sekalipun kata akarnya nucleus. Sumber istilah. terutama bagi istilah bukan ilmiah. sehingga pedoman ini menjadi panduan yang jelas dan tidak mengelirukan. atau menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan bunyi menurut ejaan Melayu-Indonesia. Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah. ii. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu. terutamanya bagi istilah ilmiah. b) mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu bahasa Melayu-Indonesia. hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang berikut: a) mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani.

f) Kata dalam bahasa asing lain.H. c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai. h) Pilih yang terbaik antara istilah baharu.2 1. komunikasi maklumat.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai. Latihan 5. Untuk perkembangan Bahasa Melayu. dan Bapak Mashuri Saleh S. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat. Layari Internet 1. kesusasteraan dan sebagainya. e) Kata dalam bahasa Inggeris.1 1. Manakala. Nyatakan dasar – dasar pembentukan istilah bahasa Melayu di Malaysia. pada 23 Mei 1972 di Jakarta. Menteri Pendidikan Malaysia. menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia. 5. Latihan 5. iaitu Negara Brunei Darussalam. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985.4. perubatan. yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. teknologi. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM). Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha – usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap.4. perekonomian. d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai. Indonesia dan Malaysia. Dengan sokongan pengurusan grafik banding bezakan peranan DBP dengan MABBIM dalam perkembangan Bahasa Melayu. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains. atas alasan apakah dasar-dasar pembentukan istilah di laksanakan? Mengapa? 2. 22 . Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.4 Peranan MABBIM MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara. setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn. perundangan. Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.

Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden. hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia. ii. cara dan pedoman. kerana bentuk – bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid. iii. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar. pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Pembentukan istilah baru. iaitu: i. apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa MelayuIndonesia. istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. asiditi. Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. dan asidik.5 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Pada tahun 1950-an. iv. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubalpenggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kea 23 . dan v. Dengan itu.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 5. dalam semua bidang ilmu atau yang popular. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an.

Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. ii. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. kata kerja. Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan. abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. iv. dan kata adjektif.6 Prinsip Pembentukan Istilah Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. Pinjaman juga turut dilakukan.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama.6. saperti kata nama. Kata terbitan. Di dalam proses pembentukan istilah. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu. Kata gabungan. Pada masa lalu apabila menggubal istilah.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU rah peringkat antarabangsa. badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus. 5. i. Kata ganda. iii. Contohnya jika ada kata berakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris mala dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata “kaji”. penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. 5. Di samping itu. Contoh: Kata nama: buruj constellation rawan gristle cahaya light Kata kerja: pecut Imbas reka accelerate scan invent elastic 24 Kata adjektif: kenyal .

6. a. Arab dan Jawa. sisipan atau apitan. akhiran.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Rawak Cemas random anxious Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Paradigma dengan me(N)-. Contoh : Cerpen tabika pawagam MARA BERNAMA KOBENA cereka kugiran RISDA ADUN PLUS BERNAS 5. Paradigma dengan Penambah me(N)Contoh: Menulis mengajar mengamal membesar mengubah mengairi penulis pengajar pengamal pembesar pengubah penulisan pengajaran pengamalan pembesaran pengubahan pengairan tulisan ajaran amalan - c. berContoh: memberhentikan pemberhentian perkecualian pembelajar perhentian pelajaran 25 . Paradigma kata dengan imbuhan berContoh: belajar bertapa bertani pelajar pertapa petani pelajaran pertapaan pertanian b.2 Istilah Kata Terbitan Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit.

-inContoh: Gigi susu tapak kuncup sambung 5. -el-.3.an Contoh: saksi Kesaksian bermakna Kebermaknaan terbuka Keterbukaan penduduk Kependudukan sesuai kesesuaian f. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-. perContoh: Mempersatukan Memperoleh mempelajari pemersatu pemeroleh pelajar pemersatuan pemerolehan persatuan perolehan pelajaran e. Paradigma kata dengan me(N)-. Ganda Penuh Contoh: langit-langit labi-labi buku-buku b. Ganda Suku Kata Awal Contoh: Tetikus Cecair gegua rerongga Rerambut jejari kanak-kanak paru-paru guru-guru gerigi tenusu telapak kemuncup sinambung 26 . Paradigma kata dengan ke .BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU d.6. -er-. a. Istilah Kata Ganda Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi. -em-.

Tanpa Imbuhan: Contoh: garis lintang daftar masuk mesin kira tangan ganda tiga atas aras laut mesin atur huruf segi empat tepat kamera laut dalam ii.contoh seperti: 27 . Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur Contoh .contoh seperti : saksi pendakwa dalam talian mengambil alih penerima janji pelarasan gaji atas talian menerima pakai gelombang melintang iii.4 Istilah Bentuk Gabungan Batu-batan Bengkang-bengkok Hingar-bingar Mudar mandir rempah ratus Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Kata Ganda Berentak Contoh: Warna-warni Serta-merta Bolak-balik Dolak dalih Pupu poyang 5.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU c. i.6. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan Contoh: dedaunan pepohonan jejarian d. sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya Contoh. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 28 . (1987). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Darwis Harahap (1994). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 7: Semantik . Binaan Makna. Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu.1985.145-164) Abdullah Hassan & Ainon Mohd. cuba anda senaraikan contoh – contoh lain yang berkaitan dengan istilah kata ganda dan bentuk gabungan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (1994). Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Berdasarkan contoh – contoh di atas. Semoga berjaya. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Tatabahasa Dinamika. Buku rujukan Abdullah Hassan (ed).4 1.hlm. Azman Wan Chik.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Jagaan perlindungan Perjanjian meluluskan kedudukan anggaran perbelanjaan terealisasi Latihan 5. Rencana Linguistik.

angelfire. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut. perbendaharaan kata serumpun.html accessed on 5 July 2007. perbendaharaan kata bahasa asal . TAJUK 6 SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU • SINOPSIS Topik ini akan menerangkan tentang sumber istilah Bahasa Melayu. keadaan atau ciri yang dimaksudkan.  kata berkenaan tepat memberi makna. proses.com/id/ahmad awang/meaning. bentuk – bentuk istilah (ungkapan) asing yang tetap dan pembentukan istilah pelbagai bidang. 29  . konsep. 6. Ini berdasarkan perbendaharaan kata umum Bahasa Melayu.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU http://www. penyerapan istilah asing. kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama.

Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman. Contoh – contoh seperti:  gambut (daripada bahasa Banjar) – peat  nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain  engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut  dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf  dening (daripada dialek Kelantan) – yoke 6. 6. dipilih hospital Fisiologi dan kaji tugas organ. Contoh – contoh seperti: Istilah Bahasa Asal   Atom Electron 30 Istilah Bahasa Melayu  Atom . bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. dipilih fisiologi  kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Contoh: Hospital dan rumah sakit.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu.

4. dan Kepraktisan.  Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan. 6. spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.2 Istilah Asing yang sudah lazim 31 .4. Hal ini bergantung pada:    Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat.4 Penyerapan Istilah Asing Istilah asing boleh dipinjam atas dasar. Kemudahan belajar bahasa.  Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU       Professional Psychology Structure Radio Television Radiography        Elektron Profesional Psikologi Struktur Radio Televisyen Radiografi 6.1 Bentuk-Bentuk Serapan Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.  Sesuai maknanya. 6. Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya.

(1994). weltanschauung d. Contoh – contoh seperti : Istilah Asing      Campaign Custom Dengue Grant Pension      6. Tatabahasa Dinamika. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan. Nyatakan dari mana sumber istilah Bahasa Melayu diperoleh? 2. bona fide b. fait accompli c. digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak miring. esprit de corps c. 32 .3 Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap Istilah asing atau ungkapan tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Contoh: a.1 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. cal de sac Kempen Kastam Denggi Geran Pencen Istilah Bahasa Melayu Latihan 6.4. Bahaskan mengapa ungkapan atau bahasa asing amat di perlukan dalam perkembangan peristilahan di Malaysia? Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. istilah . 6.istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah: a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Bahasa Inggeris Audioconferencing Autosave Broadcast Client-server Connection-oriented network Data scrambler Digital camera Digital certificate Digital purse Digital signature Bahasa Melayu Sidang audio Autosimpan Siaran.siar Pelanggan-pelayan Rangkaian berorientasikan sambungan Pengarau data Kamera digital Sijil digital Dompet digital Tandatangan digital b) Istilah Undang Undang Bahasa Inggeris Administrative order Civil disorder Civil rights Double jeopardy Diplomatic immunity Extradiction Fraud Fugitive offender Fundamental rights Judicial review Legitimacy Mala fide Mandatory procedure Bahasa Melayu Perintah pentadbiran Gangguan awam Hak sivil Pendakwaan dua kali Kekebalan diplomatik Ekstradisi Fraud Pesalah buruan Hak asasi Kajian semula kehakiman Kesahan Mala fide Tatacara mandatory 33 .5 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu.

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Native Natural justice Anak negeri Keadilan asasi c) Istilah Komputer Bahasa Inggeris Access Bench mark Cursor Data base Download End user Font Hardware Integrated circuit Local area network Bahasa Melayu Capaian Tanda aras Kursor Pangkalan data Muat turun Pengguna akhir Fon Perkakasan Litar bersepadu Rangkaian kawasan setempat d) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan Bahasa Inggeris Balance sheet Bridging loan Buy out Buy-back price By-product Capital gain Cash flow Certificate of authorization Chief executive officer Deed of trust Investment climate Long term debt Short-term financing Sole agent Bahasa Melayu Kunci kira-kira Pinjaman penyambung Beli habis Harga beli balik Keluaran sampingan Laba modal / keuntungan modal Aliran tunai Perakuan kuasa Ketua pegawai eksekutif Surat ikatan amanah Iklim pelaburan Hutang jangka pendek Pembiayaan jangka pendek Ejen tunggal 34 .

waitress (P) Bahasa Melayu Dewan besar Bankuet Hotel jimat / hotel kelas ekonomi Bufet Pusat khidmat urusan Daftar masuk Daftar keluar Koktel Guna siang Bilik mewah Bilik kelamin Bilik majlis Jamuan tengah hari Katil-kembar Pramusaji f) Fotografi Bahasa Inggeris Abstract photography Between-the-lens shutter Camera angle Daylight film Effective aperture Flash Ground-angle view Half-length portrait Invisible light Latitude of exposure Main lighting Out of focus Periscopic lens Quartz lens Reflect camera Bahasa Melayu Fotografi abstrak Pengatup antara kanta Sudut kamera Filem warna cahaya siang Apertur berkesan Dengar Pandangan sudut bawah Potret separuh Cahaya halimunan Latitude dedahan Pencahayaan induk Luar fokus Periskop Kanta kuarza Kamera reflex 35 .BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Steering committee Jawatankuasa pemandu e) Istilah Perhotelan Bahasa Inggeris Ballroom Banquet Budget hotel Buffet Business centre Check-in Check-out Cocktail Day use Deluxe room Double room Function room Luncheon Twin bed Waiter (L).

Kepakaran : i. tidak semudah untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru. Bagi orang yang tidak memahaminya. ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal. bahasa pinjaman) Latihan 6. Beri pendapat anda tentang kualiti peristilahan yang di gunakan.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU g) Istilah Matematik dan Statistik Bahasa Inggeris Aerial cable Affine Affine geometry Affine variety Aggregate Aggregation Aggregative Aggregative index Aggregative model 6. Walau bagaimanapun. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa. linguis dan pendidik. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu. mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya dengan hati terbuka. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum: Kepesatan ilmu : i. Suatu masa dahulu.6 Bahasa Melayu Kabel aerial Afin Geometri afin Aneka afin Agregat Pengagregatan Berdaya agregat. banyak isu yang berkaitan dengan peristilahan oleh media-media massa di Malaysia. bagi orang bahasa. ii.2 1. dan kritikan sinis ini sering terdengar. bahasa serumpun. Kritikan yang dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu. Adakah anda setuju bahasa yang digunakan itu tepat dengan apa yang hendak dinyatakan? 36 . mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka. tentu sekali banyak cabarannya. khusus daripada kalangan yang kurang memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah. pengagregatan Indeks pengagregatan Model berdaya agregat Cabaran – Cabaran Pembentukan Istilah Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar.

pur (Terjemahan oleh Abdullah Hassan) Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang – Undang.hlm 19-26). Musa (2006). W. O. Grady. Nik Safiah Karim dan rakan(2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Buku rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Makna dalam Bahasa Melayu.Syntax ang semantics 3: Speech acts. (1975). Hashim Hj. Addision Wesley Longman. Semantics: The analysis of meaning. Kuala Lumpur.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Sila rujuk pakar-pakar peristilahan yang berdekatan dengan anda. Semantik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab2:Kepelbagaian Makna bagi perkataan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Edisi Kedua).F. Pengantar Falsafah Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lu. Grace. Palmer.R. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). 37 . New York: Seminar Press. (1992). S. (2001 ). H. Nathesan.

cuba menerangkan perbezaan antara singkatan dengan lambang.1 Definisi Singkatan Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah kependekan. merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 7 ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG BAHASA MELAYU • SINOPSIS Topik ini akan menerangkan dan menjelaskan tentang singkatan dan lambang bahasa.1 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang 7.1. • HASIL PEMBELAJARAN Menjelaskan tentang konsep singkatan. akronim dan lambang dalam bahasa Melayu. Selain itu. ringkasan . Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau 38 . 7.

tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya: Mara Perkim Bernama Tadika Cerpen Kugiran Berdikari Pawagam Perkeso Majlis Amanah Rakyat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Berita Nasional Malaysia taman didikan kanak – kanak cerita pendek kumpulan gita rancah berdiri dengan kaki sendiri Panggung wayang gambar Pertubunhan Keselamatan Sosial d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan : a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Misalnya : lab ( laboratory) b) Menyingkatkan huruf ejaan. Misalnya: sin cm cos hab sinus sentimeter konsinus habitat c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Manakala Asmah Hj. Misalnya: JKR TLDM IPGKTAR LUTH ABIM ADUN IKIM Jabatan Kerja Raya Tentera Laut DiRaja Malaysia Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak Lembaga Urusan Tabung Haji Angkatan Belia Islam Malaysia Ahli Dewan Undangan Negeri Institut Kefahaman Islam Malaysia 39 . Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan akronim. istilah begini dipanggil akronim.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata.

1 1.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 7.2 Definisi Lambang Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi. dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Penggunaan lambang – lambang istilah belum dikuasai dengan sepenuhnya oleh pelajar atau masyarakat di Malaysia. 40 . fonem.suku kata.1. Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya. morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan. Beri pendapat anda? Layari internet Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. Contoh : meter kilogram second ampere degree candela radian steradian mole hecto centi mega giga meter kilogram saat ampere darjah kandela radian steradian mol hekto senti mega giga m kg s A K cd rad st mol h c M G Latihan 7.

Dalam bahasa Melayu banyak perkataan diperoleh dan dikenal pasti dalam bahasa sumber yang lain. bahasa Yunani. TAJUK 8 EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU • • SINOPSIS HASIL PEMBELAJARAN Topik ini akan menerangkan tentang transliterasi dan transkripsi.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu 41 . Bahasa – bahasa bereknaan seperti bahasa Arab. bahasa Sankrit dan bahasa – bahasa lain. Semoga anda berjaya.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Tamat. 8. Berdasarkan transkripsi dan transliterasi istilah atau perkataan tersebut digunakan dalam bahasa Melayu tanpa mengubah sebutan dan makna asal atau sumber perkataan tersebut.

tidak diubah.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf 9perkataan dsb)daripada abjad sesuatu tulisan (misalantulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dsb dalam abjad system tulisan lain (spt Rumi). Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu diterjemahkan. Contoh transliterasi Arab.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan. maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya: bureau police ambulance biro polis ambulans tanpa Ejaan nama khas. Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh : Bismillahirrahmanirrahim muslimin mslimat untaz ustazah haji hajah fikir hadith gaib zakat akad lafaz solat iman imam talak lian sujud kiam 8. yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin. Misalnya: 42 . Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain.

Merujuk buku atau bahan internet . Dengan merujuk buku dan internet.html accessed on 5 July 2007. Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Azman Wan Chik. Semoga anda terus berjaya. Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Binaan Makna. Kuala Lumpur. Bezakan antara ejaan transliterasi transkripsi dalam Bahasa Melayu. Tamat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Darwis Harahap (1994). Tatabahasa Dinamika.com/id/ahmad awang/meaning. (1994). Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. http://www. senaraikan cotoh – contoh ejaan transkripsi yang banyak digunakan oleh media massa terutama media cetak di Malaysia.1 1. senaraikan contoh – contoh lain ejaan transkripsi yang berkaitan.1985. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Baekelund Cannizzaro Aquadag Dacron Keops Dmitri Ivanovic Mendeleev Anton Chekhov Mao Tze Tung Latihan 8. 3. dengan ejaan 2.angelfire. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata 43 .

Kamus Dewan Edisi Keempat.BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang – Undang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.2008. 44 . Teuku Iskandar.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful