Anda di halaman 1dari 32

Perkembangan Kanak-kanak Perkembangan Fizikal

Kumpulan 4
Nama Pensyarah: Dr Mior Ahmad Termizi Bin Mior Idris

Nama Ahli Kumpulan :

Farah Ilyani Bt Mohd Rusli Izzatunnajihah Md Asari Nur Fateha Bt Ab Jalil Nurul Dayana Bt Zakaria

Pengenalan
Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia ( Woolfolk & Margetts,2007). Perubahan-perubahan yang berlaku mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock,1978). Perkembangan kanak-kanak membolehkan mereka melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama dengan rakan sebaya mereka. Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.

Prinsip Perkembangan Fizikal


Prinsip asas dalam perkembangan fizikal ada empat iaitu:

Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki . - Saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu diikuti dengan perkembangan badan, kaki, dan tangan. Dalam tempoh 2 bulan, bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka. Kemudian boleh meniarap dan mengangkat badannya menggunakan lengan dan pada usia 6-12 bulan, bayi dapat mengawal kaki, dapat merangkak, berdiri dan berjalan.

Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar. - Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luar badan. - Peringkat pre natal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan. - Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan bahagian akhir perkembangan fizikal badan. Bayi juga masih tidak dapat mengawal otot-otot tangannya. - Selepas beberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua2 tangan untuk menggengam objek. Kemudian barulah dapat menggengam objek dengan sebelah tangan.

Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik - Contoh , jika kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan menangis dengan kuat. - Kemudian jika perkara yang sama berlaku, bayi sudah boleh menunjukkan kepada kawasan kepalanya yang sakit. - Apabila menguasai kebolehan berbahasa, bayi sudah dapat memberitahu kepalanya yang sakit. Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza. - Bahu mengambil masa yang lama untuk berkembang berbanding kawasan kaki dan tangan semasa peringkat remaja.

Peringkat peringkat Perkembangan Fizikal Prenatal


Perkembangan organisma bermula pada masa persenyawaan. Setiap wanita dilahirkan dengan simpanan telur di dalam kedua2 ovarinya. Ovum yang tersimpan akan memasuki tiub falopia yang dinamakan proses ovulusi. Ovum yg disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot. Persenyawaan dua ovum oleh dua sperma berbeza menghasilkan kembar dwizigot ( kembar bersaudara). Jika ovum yg disenyawakan oleh sperma bercerai kpd dua bahagian, maka kembar monozigot atau kembar serupa terhasil.

Peringkat prenatal ialah selama 9 bulan dan terbahagi kepada tiga fasa iaitu pembenihan, embrio, dan fetal. 1. Fasa Pembenihan Bermula daripada proses persenyawaan sehingga zigot melekat pada dinding rahim. ( berlaku selama 2 minggu) Zigot kemudian bergerak ke rahim. Zigot kemudiannya akan mengalami proses pembahagian sel atau mitosis.

Sel-sel baru yg terbentuk akan menjadi bahagian2 sistem saraf, otak, organ dan bahagian2 lain. Sel-sel ini juga akan menerima salinan gen yg mengandungi DNA yg diperturunkan drp ibu bapa.
Perkara ini menyebabkan tidak ada dua individu yg mempunyai baka yg sama kecuali kembar serupa yg berasal drp zigot yg sama.

2. Fasa Embrio Fasa ini bermula dr minggu ketiga hingga kelapan selepas persenyawaan. Pada fasa ini, organisma yg terbentuk dipanggil embrio. Minggu ke4 perkembangan otak,mata, telinga, dan mulut terbentuk. Minggu ke8 embrio mempunyai sistem organ yg asas, rupa muka, jari tangan dan kaki. Embrio menerima makanan, khasiat dan oksigen melalui tali pusat. Tali pusat memainkan peranan yg penting tetapi juga bertanggungjawab ke ats sebarang kecacatan yg kmungkinan berlaku ke atas bayi. Perkembangan yg agak pesat berlaku pada frasa ini.

3. Fasa fetal Fasa ini bermula pada bulan ketiga selepas persenyawaan sehingga kelahiran bayi. Pada fasa ini, ia dipanggil fetus dan pada peringkat ini organ utam bertambah saiz, otot serta beberapa pergerakan sudah boleh dikesan. Bulan ke 3 hingga 6 pergerakan bayi dapat dirasai oleh ibu dan deria penglihatan dan pendengaran bayi sudah mula berfungsi. Bulan ke 7- jika bayi lahir, mempunyai peluang untuk hidup tetapi mengalami masalah pernafasan. Berat badan dan panjang bayi juga bertambahdan mengubah kedudukan kepala pada dasar rahim.

Peringkat Prenatal

Bayi (lahir hingga 2 tahun)


1. Berat bayi semasa kelahiran puratanya 3.5kg. 2. 2 thun yg pertama, pertumbuhan & perkembangan bayi berlaku pada kadar yg pesat. 3. Berat bertambah 10kg & ketinggian bertambah 40cm. 4. Saiz & kompleksi otak juga bertambah, manakala sel neuron dalam otak berkembang dan organisasinya memerlukan pengalaman selepas lahir. 5. Pd 6-8 bulan gigi susu bawah sudah mula kelihatan. 6. Pertumbuhan ini dipengaruhi kesihatan bayi,baka,dan khasiat yg diterima sebelum/selepas kelahiran. 7. Pertumbuhannya bermula pd gusi bawah diikuti gigi atas.

8. Sekuen yg sebaliknya menyebabkan posisi rahang tidak tepat & susunan gigi yg tidak sempurna. 9. Bayi mula menunjukkan autonomi & kekuatan melalui pergerakkan seperti memusingkan badan & merangkak hasil perkembangan psikiomotor yg melibatkan otot-otot besar (leher,tangan & kaki). 10. Pergerakan otot halus (jari tangan) pula, membolehkan bayi mencapai, menggengam & koordinasi antara mata & tangan kelihatan. 11. Di akhir thun kedua, bayi sudah mula melakukan aktiviti yg kompleks yg melibatkan beberapa langkah seperti memegang pensil & menulis.

Fenomena kerosakan gigi bagi kanak-kanak

Implikasi kepada penjagaan & pembelajaran bayi.


Stimulasi visual & pendengaran perlu utk bahagian otak terbabit menyusun maklumat. Jadi, pengalaman harian biasa yg menyediakan stimulasi ini dapat merangsangkan organisasi perkembangan otak. Bayi yg tidak dapat menerima stimulasi-stimulasi ini mempunyai risiko perkembangan otaknya terganggu.

Awal kanak-kanak (2-6 tahun)


1. Kadar pertumbuhan fizikal perlahan pd peringkat ini jika dibanding dgn pertumbuhan pd tahun pertama kanakkanak tersebut. 2. Ketinggiannya 2 kali bertambah berbanding semasa dilahirkan & berat badannya 4 kali ganda. 3. Otot-otot besar sudah berkembang tapi otot halus belum berkembang dgn sempurna. 4. Kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak perempuan lebih cepat berbanding kana-kanak lelaki pd peringkat ini. 5. Perubahan dlm psikomotor ini mengikut aturan, seperti kanak-kanak boleh berjalan dahulu sebelum berlari.

6. Jadual di bawah menunjukkan beberapa pencapaian aktiviti psikomotor kanak-kanak yg boleh digunakan sebagai petunjuk perkembangan mereka.
Umur (tahun) 2 Perkembangan psikomotor - Menaiki tangga dgn bantuan - Memegang objek besar spt bola & memanipulasi objek kecil spt krayon. - Melambung bola - Membutangkan bajunya dgn sendiri - Melompat & berlari - Menaiki & menurun tangga tanpa bantuan -Menggunakan kasut roda - Menulis huruf & perkataan yg mudah

3 4

Implikasi kepada pengajaran & pembelajaran dalam kelas


Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yg perlu. Bantuan yg berlebihan akan mengalakkan pergantungan kanak-kanak kpd ibubapa/guru & menimbulkn perasaan kurang yakin. Mereka akan mendapat kepuasan jika berjaya melakukan sesuatu dgn sendiri. Elakkn membanding antara mereka kerana tahap perkembangn mereka berbeza. Guru boleh menyediakn aktiviti permainan seperti bola dll kerana mereka aktif pd tahap begini.

PERTUMBESARAN

KANAK-KANAK ( 7-12 TAHUN)


Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat. Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 hingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun.

Ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabila mereka berumur antara 10-12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Umumnya kanak-kanak menjadi semakin kurus.
Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi kepada mereka. Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik.

IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KELAS


Kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis.
Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki seperti bola sepak manakala permainan bola jaring untuk pelajar perempuan.

Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak.

AWAL REMAJA ( 12 - 15 TAHUN )


Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan mula menunjukkan sifat kewanitaannya. Manakala bagi lelaki pula akan melalui perubahan suara atau suara pecah.

Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu sebelum remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhan lelaki semasa mencapai akil baligh lebih lama.

IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KELAS Guru boleh merancang dan melaksana aktiviti seperti ceramah, kaunseling yang dapat membantu remaja menerima dirinya, rupa dan bentuk badannya. Guru boleh menyediakan latihan untuk membantu remaja membina daya tenaga dan daya tahan. Ini kerana remaja pada peringkat ini lebih sensitif terhadap perubahan fizikal dan bentuk badan. Rancang aktiviti senaman supaya menyeronokkan dan jadikannya sebagai satu aktiviti sosial yang sihat. Akil baligh juga menandakan kematangan dari segi seksual.

Guru perlu menyediakan peluang dan ruang untuk remaja membincang dan bertanya tentang perubahan yang sedang berlaku dalam diri mereka agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat. Guru perlu sensitif dan memberi perhatian kepada perubahan-perubahan ini kerana ia mempengaruhi kesediaan, keupayaan dan minat kanak-kanak di dalam pembelajaran di sekolah

BIBLIOGRAFI