Anda di halaman 1dari 22

Topik

4
1. 2. 3.

Rawatan Pertolongan Cemas

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menjelaskan prinsip-prinsip dan amalan pertolongan cemas; Mengaplikasikan asas pertolongan cemas untuk kecederaan di luar dan dalam badan; dan Menjelaskan langkah-langkah bantu mula.

X PENGENALAN
Kemalangan merupakan sesuatu yang tidak boleh dijangkakan. Apakah yang akan anda lakukan apabila menghadapi situasi tersebut? Ia boleh terjadi di mana-mana sahaja, mungkin di rumah, pusat pengajian, tempat rekreasi, tempat tidur dan sebagainya. Apabila berlaku sesuatu kemalangan di persekitaran anda, beberapa perkara perlu dilakukan untuk menyelamatkan mangsa kecemasan. Jika situasi ini berlaku secara mengejut, anda perlu bertindak serta-merta. Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa atau individu yang tercedera. Pertolongan cemas merupakan suatu cara atau rawatan awalan yang diberikan kepada mangsa sebagai salah satu usaha untuk mengelakkan kecederaan yang dialami oleh mangsa menjadi serius sementara menunggu bantuan tiba.

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

51

4.1

PRINSIP-PRINSIP DAN AMALAN PERTOLONGAN CEMAS

Terdapat prinsip-prinsip dan amalan yang tertentu dalam pertolongan cemas. Mari kita lihat definisi dan tujuannya terlebih dahulu.

4.1.1

Definisi

Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa atau individu yang tercedera dalam sesuatu kemalangan atau mengalami sebarang kesakitan yang mengejut sementara menantikan ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan.

4.1.2

Tujuan

Tujuan pertolongan cemas ialah untuk cuba menyelamatkan nyawa, mengurangkan keparahan kecederaan dan memulihkan mangsa sementara menunggu bantuan perubatan tiba. Antara matlamat pertolongan cemas adalah: (a) (b) (c) Untuk menyelamatkan seseorang yang berada dalam kesakitan atau terlibat dalam kemalangan; Menghadkan kesan-kesan kecederaan; dan Menggalakkan dan membantu pemulihan.

4.1.3

Peraturan Tertentu dalam Pertolongan Cemas

Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi semasa memberikan pertolongan cemas. Berikut adalah merupakan tindakan yang perlu dilakukan semasa memberi pertolongan cemas: (a) Menilai Situasi Kecemasan (i) (ii) Penilaian adalah penting dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan tenang dalam keadaan atau tempat peristiwa itu berlaku. Pemerhatian terhadap keadaan sekitar dan pengawasan terhadap lain-lain bahaya terhadap diri dan mangsa.

(iii) Hindarkan diri anda daripada sebarang risiko.

52 X

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

(b) Keperluan untuk Memastikan Kawasan Kecemasan Selamat (Rujuk Rajah 4.1) (i) (ii) Keselamatan diri perlu dipastikan sebelum melakukan pertolongan kepada mangsa. Pastikan mangsa dihindarkan daripada bahaya dengan memindahkan mangsa dari tempat yang dikhuatiri mendatangkan bahaya.

(iii) Jangan bertindak sendiri jika di luar kemampuan anda. (iv) Awasi diri dan mangsa agar tidak terdedah kepada mana-mana kemungkinan bahaya.

Rajah 4.1: Memastikan keselamatan mangsa

(c)

Menilai Semua Kecederaan dan Memberi Pertolongan Cemas (i) Cuba lindungi mangsa daripada sebarang bahaya. Nilai mangsa dengan kaedah pemulihan pernafasan CPR dan dapatkan bantuan dengan segera. Pastikan keadaan mangsa yang tercedera sama ada: x x x x Sedar sepenuhnya atau tidak; Masih bernafas tetapi tidak sedarkan diri; Tidak bernafas tetapi mempunyai denyutan nadi; dan Tidak mempunyai nadi.

(ii)

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

53

(d)

Meminta Bantuan atau Pertolongan (Rujuk pada Rajah 4.2) (i) (ii) Segera pastikan pertolongan pakar telah dipanggil dan dalam perjalanan. Sementara menunggu bantuan tiba, pastikan anda mendapat pertolongan daripada orang lain untuk memastikan beberapa perkara iaitu: x x x x x x Memastikan kawasan kemalangan selamat; Membuat panggilan kecemasan; Mendapatkan peralatan pertolongan cemas; Mengawal lalu lintas atau keadaan kemalangan; Mengawal pendarahan atau menyokong tubuh mangsa; dan Membantu mengalihkan mangsa ke tempat yang difikirkan selamat.

Rajah 4.2: Meminta pertolongan

54 X

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

4.2

ASAS PERTOLONGAN CEMAS KECEDERAAN LUAR DAN DALAM

Perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila mendekati mangsa yang mengalami kecederaan yang teruk adalah seperti berikut: (a) Saluran Udara (i) Periksa sama ada saluran udara mangsa diperiksa bagi memastikan sama ada tidak dihalang oleh lidah, bendalir rembesan ataupun benda asing. Cara yang perlu dilaksanakan untuk memberi bantuan terhadap saluran udara ialah dengan meletakkan mangsa berbaring menelentang dengan tegak dan mulut mangsa dibiarkan terbuka. Dua jari digunakan untuk membersihkan mulut daripada sebarang halangan yang boleh dilihat.

(ii)

(iii) Periksa dan keluarkan gigi palsu sekiranya alat tersebut longgar. (iv) Pastikan tangan tidak dimasukkan terlalu dalam kerana ia boleh menyebabkan halangan yang tidak dapat dilihat termasuk pada saluran udara. (v) Periksa sama ada mangsa masih bernafas. Jika tidak, berikan bantuan pernafasan.

(vi) Periksa sama ada nadi mangsa masih berdenyut. Jika tiada, lakukan tekanan pada dada (kompresi dada). (b) Pendarahan (i) Teknik penekanan secara langsung ke atas anggota badan dan tangan adalah satu cara meminimumkan sebarang jangkitan. Tekanan dilakukan dengan menggunakan kain yang bersih (Sila rujuk pada Rajah 4.3).

(ii)

(iii) Keadaan pegangan tangan ataupun kaki adalah pada paras jantung. Teruskan tekanan sehingga pendarahan berhenti ataupun sehingga pasukan ambulans tiba. (iv) Jangan alihkan kain yang digunakan walaupun ia telah basah dengan darah.

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

55

(v)

Selapis kain digunakan untuk mengenakan tekanan yang mampat bagi menghentikan pendarahan.

(vi) Kaedah ini juga boleh digunakan dalam tekanan secara langsung untuk menghentikan pendarahan di bahagian-bahagian lain. Apabila pendarahan tidak dihentikan, seorang yang mengalami pendarahan boleh mati dalam masa satu minit jika saluran darah utama terpotong. (vii) Tindakan untuk menghentikan pendarahan dengan serta-merta perlu dilakukan bagi menyelamatkan nyawa mangsa.

Rajah 4.3: Rawatan bagi kecederaan akibat tertusuk

(c)

Pitam/Pengsan (i) Keadaan di mana individu tidak sedarkan diri dalam masa yang singkat. Individu akan jatuh rebah dan sedar semula dalam masa yang singkat setelah darah mengalir kembali ke otak (sila rujuk pada Rajah 4.4).

(ii)

(iii) Beberapa tindakan yang perlu diambil bila berhadapan dengan keadaan ini iaitu: x x x x x Beri ruang kepada mangsa; Baringkan mangsa dalam keadaan terlentang di kawasan yang lapang; Longgarkan pakaian yang ketat; Rendahkan kepala sehingga sampai ke kaki. Keadaan yang sama dilakukan apabila mangsa sedar selama beberapa minit; dan Bawa mangsa ke kawasan yang lapang atau hantar mangsa pulang.

56 X

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

Rajah 4.4: Mangsa pitam

(d)

Terseliuh dan Terkehel (i) (ii) Suatu keadaan di mana otot atau salur penyambung otot terpusing. Apabila keadaan itu terjadi ia akan menyebabkan sakit dan bengkak.

(iii) Tindakan yang perlu diambil ialah: x Jika kaki terseliuh, buka kasut sebelum ia bengkak. Begitu juga jika di bahagian-bahagian lain, buka benda yang menutupi bahagian yang sakit; Rehatkan di kawasan selamat; Lekapkan dengan ais pada bahagian yang cedera; dan Balut dan rehat sehingga denyutan hilang.

x x x
(iv)

Jika kesakitan teruk bawa jumpa doktor untuk tindakan lanjut.

(e)

Patah Tulang (i) Salah satu kecederaan yang sering berlaku ialah kecederaan retak dan patah tulang. Apabila suatu tulang retak atau patah, beberapa masalah lain akan timbul yang berkaitan dengan otot, tendon, saraf dan salur darah kerana struktur-struktur tersebut melekat atau berhampiran dengan tulang. Kecederaan tulang dapat dikenal pasti apabila berlaku simptomsimptom berikut: x x Rasa sakit pada bahagian tulang; Mangsa mendengar bunyi atau terasa tulang patah;

(ii)

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

57

x x

Tidak berupaya untuk menggerakkan anggota yang tercedera; dan Terasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota yang tercedera.

(iii) Bunyi atau geselan hujung tulang yang tidak normal. (iv) Bengkak atau warna kebiruan kelihatan pada bahagian yang tercedera. (v) Bentuk, kedudukan atau pergerakan tulang atau sendi menjadi tidak normal.

(vi) Jika kecederaan itu baru berlaku, demah tempat yang tercedera dengan ketulan ais atau dengan tuala yang telah direndam dalam air sejuk. x x x Ia akan mengurangkan bengkak, lebam dan kesakitan. Balut bahagian yang tercedera dengan kain kapas; Pastikan ikatan splin pada bahagian yang menyokong tulang yang patah atau retak (Rajah 4.5); Untuk mendapatkan sokongan yang lebih teguh, bahagian yang tercedera perlu diampu pada bahagian anggota yang tidak tercedera bagi kecederaan fraktur anggota bahagian atas; Sebagai contoh, bagi kecederaan fraktur anggota bahagian atas, lengan hendaklah sentiasa diampu pada badan dengan anduh; dan Balut kaki yang tercedera bersama-sama dengan kaki yang tidak tercedera. Ketulan ais membantu mengurangkan kesakitan (Rajah 4.6).

(vii) Tinggikan bahagian yang cedera sementara menunggu bantuan atau semasa membawa mangsa ke hospital.

58 X

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

Rajah 4.5: Bahagian yang diikat menyokong tulang yang patah

Rajah 4.6: Ais bantu mengurangkan kesakitan

(viii) Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa memberikan pertolongan cemas ialah: x x x x x x Bertindak dengan segera kerana setiap saat boleh membawa perubahan; Jangan gerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau belakang kecuali dalam keadaan yang sangat diperlukan; Dapatkan seseorang untuk menghubungi ambulans dan doktor sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas; Jangan tarik pakaian mangsa yang terluka dan terbakar; Tenangkan diri dan tenangkan mangsa; dan Jangan paksa mangsa yang tidak sedarkan diri untuk mengambil sebarang cecair.

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

59

Rajah 4.7: Angkat kaki mangsa untuk meningkatkan aliran darah ke otak

Rajah 4.8: Selimutkan tubuh mangsa untuk mengelakkan kesejukan

(f)

Renjatan (i) Rawatan bagi renjatan mestilah dilakukan dengan segera selepas disahkan keadaan renjatan itu dan setelah punca kemalangan dialihkan. Baringkan mangsa dengan telentang serta angkat kaki mangsa untuk meningkatkan aliran darah ke otak (Rajah 4.7).

(ii)

(iii) Selimutkan tubuh mangsa untuk mengelakkan kesejukan ataupun kehilangan haba dan longgarkan pakaian yang ketat dan tali pinggang untuk mengurangkan jerutan di kawasan leher, dada ataupun pinggang (Rajah 4.8). (iv) Jangan berikan sebarang cecair kerana ia tidak dapat diserap dengan mudah jika diberi melalui mulut. Hubungi ambulans dan bawa mangsa ke hospital secepat mungkin. (v) Tinggikan kaki untuk mengurangkan peraliran darah ke jantung.

60 X

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

(g)

Tercekik (i) Keadaan di mana mangsa tercekik disebabkan makanan ataupun objek-objek lain dan mangsa berhenti bernafas. Lakukan bantuan pemulihan pernafasan untuk keadaan begini. Objek perlu dikeluarkan bagi mengelakkan gangguan terhadap pernafasan mangsa.

(ii)

(iii) Pastikan dapat mengeluarkan objek yang menyumbat kerongkong mangsa dengan memasukkan jari atau tangan ke dalam mulut mangsa. (iv) Tanggalkan pakaian untuk mendedahkan bahagian dada. Ikut arahan untuk memberi bantuan pemulihan pernafasan. (v) Rawatan tercekik:
x

Pemulihan bagi kanak-kanak ialah dengan menghalakan kepala mangsa ke bawah (Rajah 4.9);

Rajah 4.9: Rawatan tercekik kanak-kanak x x x

Letakkan badannya di atas lengan atau lutut kamu; Buka mulutnya dan suruh mangsa batuk; Sekiranya orang dewasa tercekik, biarkan mangsa tunduk dalam keadaan kepala lebih rendah daripada paru-parunya (Rajah 4.10);

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

61

Suruh mangsa batuk, sekiranya benda penghalang masih tidak keluar dan tindakan yang perlu dilakukan ialah mengekalkan kedudukan asal dan tepuk belakang mangsa; Jika benda penghalang kelihatan tetapi tidak dapat diluahkan, ia perlu dikeluarkan dengan jari; dan Sekiranya benda penghalang masih tidak keluar, mangsa perlu dirujuk ke hospital.

Rajah 4.10: Mangsa tunduk dalam keadaan kepala rendah

(h)

Terbakar dan Melecur


x

Dalam kes terbakar yang teruk, minta bantuan perubatan dengan segera; Buangkan semua aksesori dan pakaian yang mengecut dari kawasan yang terlibat; Rendamkan kawasan yang terlibat ke dalam air sejuk dengan segera ataupun kenakan tuala yang basah dan lembap di kawasan tersebut. Anda juga boleh menuangkan air ke bahagian yang terbakar itu atau letak di bawah air sejuk yang mengalir. Teruskan rawatan ini selagi kesakitan masih dirasai; Untuk luka kebakaran yang disebabkan oleh bahan kimia, tuangkan air ke atas kulit atau letakkan di bawah air yang mengalir (Rajah 4.11). Kemudian tutupkan kawasan tersebut dengan kain yang bersih untuk mengelakkan gangguan daripada udara; dan

62 X

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

Jika luka terbakar tersebut adalah besar, tenangkan mangsa dan lakukan rawatan untuk renjatan.

Rajah 4.11: Tuangkan air ke luka terbakar

(i)

Mata (i) Merawat kecederaan mata: x Cara yang paling baik bagi mengeluarkan benda asing dari mata adalah dengan membiarkannya keluar bersama air mata. Kadangkala adalah perlu untuk anda membasuhnya keluar; Basuh mata dengan menuangkan air dengan banyak ke atas mata. Jika benda asing itu dapat dilihat dan berada di permukaan mata, cuba keluarkannya dengan perlahan-lahan menggunakan hujung bucu sapu tangan ataupun menggunakan putik kapas (Rajah 4.12); Sekiranya benda asing tersebut terbenam di dalam mata, jangan cuba keluarkannya; Tutup mata tersebut menggunakan lapikan mata yang telah disteril atau menggunakan kain yang bersih dan minta bantuan perubatan dengan segera (Rajah 4.13); dan Jangan sekali-kali gunakan sebarang bahan kimia. Ia boleh menyebabkan kecederaan mata yang serius.

x x

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

63

Rajah 4.12: Mengeluarkan benda asing dengan perlahan-lahan

Rajah 4.13: Tutup mata tersebut menggunakan lapikan mata yang steril

(j)

Keracunan (i) (ii) Sesuatu yang termakan atau telah terlebih tarikh luput (lama). Ubat-ubatan juga boleh menjadi racun sekiranya tersalah makan atau dimakan oleh kanak-kanak.

(iii) Tindakan yang perlu diambil ialah:


x x x x x x

Dapatkan maklumat (nama atau jenis) makanan yang dimakan oleh mangsa; Telefon doktor dan maklumkan nama makanan yang diambil; Bancuh 2 atau 3 sudu garam di dalam segelas air panas dan beri mangsa minum (supaya mangsa muntah); Jika dia tidak mahu minum, masukkan jari ke dalam mulutnya hingga ke tekak untuk memastikan mangsa muntah; Lebih banyak muntah, lebih baik; dan Selepas muntah, berikan mangsa minum air susu (untuk mencairkan racun yang tinggal di dalam badan).

SEMAK KENDIRI 4.1


Apakah tujuan pertolongan cemas?

64 X

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

4.3

LANGKAH-LANGKAH BANTU MULA

Bagi menangani situasi kecemasan, beberapa tindakan yang sepatutnya dilakukan semasa memberi pertolongan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan boleh diberikan:

4.3.1

DRABC

Berikut adalah definisi DRABC. D (Danger) Pastikan mangsa berada dalam keadaan dan tempat yang selamat. Cuba pastikan mangsa bertindak balas terhadap panggilan anda. Periksa saluran pernafasan untuk memastikan tidak tersekat atau tersumbat akibat daripada lidah, cecair dari anggota badan atau sekitarnya atau benda-benda asing seperti gigi palsu dan gula-gula atau sebagainya. Periksa pernafasan mangsa. Peredaran darah.

R (Response)

A (Check airways)

B (Check breathing) C (Circulation)

4.3.2

TOTAPS

Berikut adalah definisi TOTAPS. T (Talk) O (Observe) T (Touch) A (Active) P (Passive) S (Skills) Bercakap dengan mangsa sambil menenangkannya. Lakukan pemerhatian untuk memastikan tanda-tanda kecederaan dan gerak balas mangsa. Sentuhan untuk menentukan tahap kecederaan. Pergerakan aktif yang dilakukan oleh mangsa. Pergerakan pasif oleh mangsa. Menguji kemahiran sebelum dan selepas rawatan.

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

65

4.3.3

RICE

Berikut pula adalah definisi bagi R.I.C.E. R (Rest) I (Ice) C (Compression) E (Elevation) Rehatkan mangsa dan cuba tenangkan. Letakkan ais batu pada tempat yang cedera untuk mengurangkan pengaliran darah. Sesuatu yang dapat mengawal pergerakan darah dengan mengenakan tekanan pada tempat yang cedera. Meninggikan tempat yang tercedera untuk mengurangkan pengaliran darah (kesakitan).

4.3.4

EAR dan CPR

Rawatan bagi EAR dan CPR boleh dilihat di bawah: (a) Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation - CPR): (i) Merupakan suatu teknik untuk menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar.

(ii)

(iii) Bantuan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh. Penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. (iv) Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama.

66 X

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

(b)

Terdapat dua langkah utama untuk melakukan CPR, iaitu: Langkah I: Bantuan pernafasan mulut ke mulut (Rajah 4.14).

Rajah 4.14: Bantuan pernafasan mulut ke mulut

Langkah II: Melakukan tekanan luaran atau External Cardiac Compression (ECC) pada bahagian tengah dada atau sternum mangsa. Tekanan luaran atau ECC ialah suatu teknik untuk mengepam darah dari jantung secara manual. Teknik melakukan CPR bagi orang dewasa, kanakkanak dan bayi adalah berbeza. Kita perlu mengetahui perbezaan ini apabila hendak melakukan CPR supaya tidak memudaratkan mangsa iaitu: Langkah I: Melakukan pernafasan mulut ke mulut. (i) (ii) Baringkan mangsa di atas permukaan yang rata dan agak keras; Melutut di sisi kiri kepala mangsa. Buka saluran pernafasan dengan menolak dahi dan dagu mangsa ke belakang;

(iii) Picit hidung mangsa untuk menutup lubang hidungnya; (iv) Lekapkan mulut kita pada mulut mangsa dan hembus nafas; dan (v) Lakukan sebanyak dua kali.

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

67

Langkah II: Melakukan ECC (i) Melutut di kiri badan mangsa. Kesan lokasi pertemuan di antara tulang rangka dengan cuaran xyphoid dengan menggunakan jari telunjuk dan jari tengah tangan kiri; Letakkan pangkal tapak tangan kanan bersebelahan jari telunjuk tangan. Titik ini ialah tempat tekanan yang akan dilakukan;

(ii)

(iii) Letakkan tapak tangan kiri di atas tangan kanan yang berada di dada; (iv) Condongkan badan ke hadapan dan tekan bahagian dada sambil meluruskan bahagian siku; (v) Tekan sehingga lebih kurang 5sm ke bawah pada kadar kelajuan 80 tekanan seminit sebanyak 15 tekanan;

(vi) Beri dua kali hembusan bantuan pernafasan; (vii) Ulang langkah (5) dan (6) sehingga mangsa pulih atau sehingga bantuan tiba; dan (viii) Periksa denyutan nadi selepas 10 hembusan nafas. Pelaksanaan CPR untuk bayi, kaedah dua ibu jari dengan tangan membulat di kawasan dada adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah lama yang disarankan, iaitu menggunakan dua jari. Penggunaan dadah penghalang sumbatan yang baharu adalah disarankan apabila bantuan perubatan profesional tiba, termasuklah saranan mengenai dadah mana yang patut digunakan. (c) Resusitasi Udara Hembusan (Expired Air Resuscitation - EAR): (i) Adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi.

(ii)

68 X

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

(iii) Terdapat tiga teknik yang digunakan dalam kaedah ini: 1. Mulut ke Mulut x Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut.

2.

Mulut ke Hidung x Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar.

3.

Mulut ke Hidung dan Mulut x Merupakan kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut. EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan, dan pemberi pertolongan cemas perlu bersedia dengan potensi mereka untuk melakukan resusitasi. Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah pernafasan tertentu seperti asma atau emfisema boleh menyebabkan pernafasan terhenti yang memerlukan EAR dengan segera dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa. Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperoleh dua pernafasan yang berkesan.

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

69

Indikasi untuk EAR iaitu sianosis atau kepucatan. Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang daripada 4 hingga 5 kali dalam seminit. Prosedur EAR:


Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher. Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu). Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin. Gunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paruparu. Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan kepada orang dewasa. Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat. Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba. Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR).

70 X

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan saluran udara. Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan pada leher. Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan tekan dada jika pernafasan dan nadinya masih tidak ada. Jika anda perlu melentangkan mangsa bagi membolehkan resusitasi dijalankan, anda memerlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan kedua ibu jari kakinya berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala.

Bantuan EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberi kepada seseorang yang tercedera semasa kemalangan atau sakit secara mengejut sebelum mendapat rawatan daripada pengamal perubatan yang bertauliah. Pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa dapat mengurangkan kesakitan dan mencegah kecederaan daripada menjadi lebih serius sekali gus menyelamatkan mangsa. Kecederaan fraktur boleh dibantu dengan melakukan prosedur RICE merehatkan atau menenangkan mangsa (rest), mendemah bahagian yang tercedera (ice), melakukan tuaman pada bahagian yang tercedera (compression) dan meninggikan bahagian yang tercedera (elevation).

TOPIK 4

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

71

Mangsa kecederaan yang mengalami tersekat pernafasan boleh dibantu dengan prosedur EAR iaitu meninggikan (elevation) bahagian atas laluan udara (airway) supaya laluan udara tidak tersekat dan memberikan mangsa bernafas dengan sempurna (resuscitation). Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa memberikan pertolongan cemas ialah: (i) (ii) Bertindak dengan segera, setiap saat boleh membawa perubahan. Dilarang menggerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau belakang kecuali dalam keadaan yang sangat diperlukan.

(iii) Memastikan seseorang ditugaskan untuk menghubungi ambulans dan doktor sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas. (iv) Dilarang menarik pakaian daripada mangsa yang mengalami luka kebakaran. (v) Menenangkan mangsa.

(vi) Pastikan mangsa yang tidak sedarkan diri tidak dipaksa untuk mengambil sebarang cecair.

C.P.R. (Resusitasi kardiopulmonari) D.R.A.B.C. E.A.R. (Resusitasi hembusan udara) Kecederaan mata Keracunan Patah tulang Pendarahan Pertolongan cemas

Pitam/pengsan Renjatan RICE Terbakar/melecur Tercekik Terseliuh/terkehel TOTAPS