Anda di halaman 1dari 2

DOA HARI GURU PERINGKAT SK TAMAN SURIA, JB TAHUN 2012

. , Ya Allah , Ya Rohman Ya Rohim Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru 2012 peringkat SK Taman Suria pada pagi yang berbahagia ini dengan tema: GURU INOVATIF MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN NEGARA Ya Allah , Ya Azizi Ya Sattar, Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman, justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaikny. Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata. Ya Allah , Ya Ghoniyyu Ya Hamid, Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anakanak didik mereka, sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri, kurniakanlah kepada guru-guru kami kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan, semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya. Ya Allah, Ya Faalullima Yurid, Pada kesempatan ini, kami mohon kepada kebesaran dan kehebatanMu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur, mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami, mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami, kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru, semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud, Pandanglah kami dengan pandangan rahman dan rahim-Mu, permudahkanlah segala urusan kehidupan kami sama ada di dunia mahupun akhirat, kerana sesungguhnya kami meyakini dengan keyakinan yang tiada mengandungi syak dan keraguan bahawa tiada
USTAZ MUHAMMAD RAFIQ BIN HJ. NGADIMAN

kesenangan melainkan Engkau permudahkan urusan tersebut, dan Engkau menjadikan yang sukar itu mudah sekiranya Engkau mengizinkannya . Ya Allah, Ya Zaljalali Wal Ikrom, Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati. Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

USTAZ MUHAMMAD RAFIQ BIN HJ. NGADIMAN