Anda di halaman 1dari 2

Toleransi Islam dalam masyarakat berbilang agama

Harakahdaily
Mon | Jan 05, 09 | 12:36:30 pm MYT
Dalam sejarah panjang peradabannya, Islam adalah agama yang paling terkehadapan
memprojekkan faham toleransi dan hubungan simbiosis rakyat berbilang kaum dan agama.
Iklan

Ketika negara Islam pertama diwujudkan di Madinah, perlembagaan negaranya menggariskan


peruntukan-peruntukan yang cukup jelas tentang hak-hak warga negara termasuk kumpulan-
kumpulan minoriti.
Allah berfirman: "Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang
paling baik, kecuali dengan orang-orang yang zalim di antara mereka dan katakanlah: 'Kami telah
beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada kamu;
Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah satu; dan hanya kepada-Nyalah sahaja kami berserah diri.'"
(Surah al-Ankabut: 46)
Hak-hak asasi rakyat bukan Islam di negara Islam dibahagikan kepada dua iaitu hak dilindungi
daripada segala ancaman luar dan hak dilindungi daripada segala penganiayaan dan
pencerobohan dari dalam negara.
Hak paling utama yang diberikan kepada orang bukan Islam adalah perlindungan daripada
kekejaman, penindasan dan ketidakadilan yang berlaku dalam negara. Dalam erti kata lain, rakyat
beragama Islam mestilah menjaga diri dan lidah mereka daripada menyakiti rakyat bukan Islam.
Mereka tidak seharusnya mempunyai perasaan bermusuhan, dendam dan benci kepada orang
bukan Islam.
Seriusnya Islam dalam menjaga adab dan tuntutan ini digambarkan oleh sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesiapa yang menyakiti zimmi (rakyat bukan Islam), maka dia telah menyakiti aku; dan sesiapa
yang menyakiti aku, dia telah menyakiti Allah." (At-Tabrani)
Ketika Khalifah Umar r.a. melawat Baitul Maqdis di awal pemerintahannya, beliau terus ke
tempat ibadah Nabi Daud lalu mendirikan solat di bawah pintu gerbang Nabi Daud. Umar
kemudiannya melawat gereja Kristian yang terbesar di Jerusalem dengan diiringi paderinya.
Ketika sampai waktu solat, paderi yang mengiringinya menjemput beliau menunaikan solat di
dalam gereja tetapi pelawaan itu ditolak oleh Umar.
Umar sebaliknya berkata: "Sekiranya aku bersembahyang di gereja ini, aku khuatir suatu hari
nanti orang-orang Islam akan menjadikannya helah untuk mengambilalih gereja ini dari kamu."
Itulah sekelumit kisah daripada ribuan kisah sejarah yang menjelaskan tentang toleransi Islam
terhadap perbezaan agama.

Anda mungkin juga menyukai