Anda di halaman 1dari 1

Tidak tahu mengapa, hati ini cukup terkesan dengan sebuah cerita realiti yang disampaikan kepada saya.

Mulanya, saya tidak merasa apa-apa dengan kisah tersebut. Tetapi, apabila saya merenungi, alangkah hancurnya sekeping hati, kerana cinta manusia. Saya mungkin tidak layak untuk menyatakan bahawa saya merasai sama apa yang dirasai, kerana saya sendiri tidak pernah merasa mencintai dan dicintai dengan cara yang sebegitu,tetapi, walaupun terputus tanpa ikatan sekalipun, saya tetap meyakini bahawa cinta yang berputik dalam hati tetap akan meninggalkan kesan, kenangan dan ingatan berpanjangan. Silapnya lelaki, kerana selalu memberikan harapan tidak pasti. Jika tidak meyakini, jangan sesekali memulakan apa-apa sahaja perhubungan dengan wanita. Wanita itu lembut hatinya. Dan jauhilah segala perbuatan yang menghampiri ke arah zina. Kita selalu nampak ringan sahaja SMS tanpa keperluan,kita selalu pandang sebelah mata sahaja bila bergayut dengan pasangan, kita selalu pandang sahaja bila nampak anak muda berduaan, sedangkan, padanya tiada apa yang menghalalkan. Nampak ISLAMIK itu bukan lah ISLAMIK, kerana ISLAMIK itu pada caranya, yang benar-benar digariskan oleh ALLAH. Perbuatan menghampiri zina akan bertopengkan seindah bayangan pelangi andai tidak dipandang dengan mata hati. Punca kecewa, kerana kita selalu berharap, dan member harapan. Buat kakakanda saya yang disayangi, yang mengalami kenangan lampau sebegitu, yakinilah bahawa kakak adalah insan bertuah yang dipilih oleh ALLAH. Ada dikalangan manusia lain yang terputus jodohnya, atau tidak sampai jodohnya disebabkan hal-hal yang lebih parah daripada itu. Yakinilah ketentuan ALLAH buat kita semua adalah yang terbaik. Setiap manusia diuji oleh ALLAH berbezabeza. Ujian buat kakak adalah salah satu tanda cintaNYA kepada kakak. Cubalah kita bayangkan, andainya ALLAH menetapkan kita dengan jodoh dengan seorang lelaki yang luarannya baik, tetapi matanya tidak terjaga dari memandang wanita, hatinya tidak terjaga dari memikirkan wanita lain,muamalatnya juga tidak terjaga. Lalu peluang untuk dia mencari lain selepas berkahwin adalah tinggi, jiwa juga terbeban kerana cemburu. Ya! Mungkin kita hanyalah wanita biasa-biasa. Bukan wanita yang terbaik agama untuk mendapatkan pasangan yang menjaga, namun, kita semua memiliki rasa yang sama, kita juga berhak mendapatkan yang terbaik, bukan memperdagangkan takdir hidup. Perkahwinan bukan untuk perceraian.