Anda di halaman 1dari 16

2.3 Jenis-jenis sukan rekreasi 2.3.

1 Menyatakan jenis-jenis sukan rekreasi serta faedahnya

Sukan Rekreasi
Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.

Sumber : http://www.scribd.com/doc/20894453/Definisi-sukan-rekreasi

Mengikut Hammerman et.al (1985), sukan rekreasi ialah landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian

Sumber : http://www.scribd.com/doc/20894453/Definisi-sukan-rekreasi

Mengikut Knapp (1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

Sumber : http://www.scribd.com/doc/20894453/Definisi-sukan-rekreasi

Rajah 1: Jenis-jenis program sukan rekreasi Sumber: Mohd.Salleh Aman, Sukan dalam Masyarakat Malaysia,2004, m/s 187-188 Program sosial Mengutamakan kerjasama. Penglibatan peserta adalah berdasarkan minat dan tujuan yang sama dan tidak bersifat pertandingan. Aktiviti lebih mengutamakan hubungan kemanusiaan & selalunya dilangsungkan dalam bentuk majlis makan malam, parti dan lain-lain. Contoh: memancing, hari keluarga, perkhemahan, BIG, sukaneka, sukan rakyat, majlis makan malam.

Program Kebudayaan Aktiviti memberi peluang kepada perkembangan individu, mengasah dan meluaskan daya kreativiti dalam pelbagai bidang. Contoh bidang: a) seni lukis dan kraft tangan, cthnya: lukisan dan kerja tukangan kayu b) gerak tari, cthnya: tarian rakyat dan senaman beramai-ramai c) drama, cthnya: teater dan bercerita d) pembacaan dan penggunaan bahasa, cthnya: membaca dan menulis e) muzik, cthnya: menyanyi secara individu, nyanyian berkumpulan seperti nasyid dan koir, persembahan pancaragam, konsert, tarian dan permainan tradisional
2

Program istimewa rekreasi Merupakan gabungan beberapa aktiviti rekreasi dalam satu acara yang biasanya mempunyai tema tertentu. Aktiviti diubah suai, digabung dan dipersembahkan secara unik, ada format tersendiri dan mengikut tema yang tetap. Contoh: perarakan kereta berhias & festival flora dan fauna -malam kebudayaan (ada tema) jika ada perkhemahan

Program sukan Merupakan apa saja aktiviti sukan yang dimainkan secara pilihan sendiri sama ada di air (perahu), udara (flying fox) atau darat. (paintball). Boleh dilaksanakan secara individu / kumpulan. Termasuk pertandingan sukan yang melibatkan penyertaan ramai tetapi untuk keseronokan walaupun bersifat satu pertandingan. Program/ aktiviti rekreasi menitikberatkan penyertaan atas pilihan sendiri supaya peserta berasa seronok, puas hati dan dapat bersosial. Program/aktiviti boleh dijalankan dalam bentuk pertandingan tetapi bukan bertujuan utama utk menang tetapi keseronokan.

Sumber: Mohd.Salleh Aman, Sukan dalam Masyarakat Malaysia,2004,p/g187-188

Kategori Sukan Rekreasi

Sukan Instruksional

Sukan Ekstramura Sukan Kelab Sukan Informal Sukan Intramural

Rajah 2: Kategori Sukan Rekreasi Sumber: Mohd. Salleh Aman, Asas Pengurusan Sukan, 2005, m/s 115-116

Jadual 1: Kategori Sukan Rekreasi Sukan Instruktional Peluang pembelajaran tentang kemahiran, strategi dan peraturan sukan Sukan Informal Penglibatan sukan atas pilihan sendiri Sukan Kelab Digerakkan oleh kumpulan biasa yang mempunyai minat yang sama Sukan Intramural Melibatkan penyertaan peserta individu dalam lingkungan komuniti (sekolah, firma atau kem tentera) yang dilantik dan ditentukan oleh jawatankuasa atau majlis sukan Terdiri daripada acara berstruktur penyertaan terhad ikut komuniti tertentu Sukan Ekstramural Melibatkan penyertaan peserta secara berstruktur antara komuniti Contoh: pertandingan Liga dan pertunjukkan

Melibatkan tunjuk ajar atau bimbingan kepada peserta melalui pengajaran formal,klinik dan bengkel Tahap bimbingan: 3 peringkat asas,pertengahan dan tinggi

Tujuan:peroleh kecergasan dan keseronokan, bukan untuk menjuarai pertandingan

Fokus kepada kejurulatihan, penajaan pasukan ,bermain, bersosial atau menggabungkan -nya

Adalah untuk pemenang sukan Intramural bertanding antara satu sama lain

Memerlukan urusan pentadbiran yang minimum, tetapi penyediaan tempat dan peralatan harus diberi perhatian

Mempunyai sistem pengurusan dan pentadbiran yang teratur dan sistematik

Kebanyakan disusun dengan asing lelaki dengan perempuan. Acara campuran mengambil kira perbezaan tahap dan kebolehan peserta

Boleh dilangsungkan dalam bentuk festival dengan membuka penyertaan daripada pelbagai komuniti

Sumber: Mohd. Salleh Aman, Asas Pengurusan Sukan, 2005, m/s 115-116

Jenis-jenis sukan dan rekreasi: Sukan rekreasi secara umumnya terbahagi kepada empat jenis, iaitu tahap aktif, tahap pasif, sukan luar bilik (outdoor ) dan sukan dalam bilik (indoor).

Jenis-jenis sukan dan rekreasi

Tahap Aktif
Tahap Pasif Sukan Luar Bilik

Sukan Dalam Bilik

Rajah 3: Jenis-jenis sukan dan rekreasi

1. Sukan Rekreasi luar bilik Sukan rekreasi luar bilik ialah sukan rekreasi yang dimainkan di luar bilik tanpa ditutupi oleh bumbung. Kebanyakan jenis sukan rekreasi ini menggunakan kawasan atau gelanggang yang lebih kecil. 2. Sukan Rekreasi dalam bilik Sukan rekreasi jenis ini adalah sukan di dalam bilik ditutup oleh bumbung. Biasanya, sukan rekreasi ini menggunakan gelanggang yang lebih kecil. Segelintir jenis sukan ini perlu dijalankan dalam keadaan yang tiada angin seperti badminton dan ping pong. 3. Sukan Rekreasi tahap aktif Sukan rekreasi jenis ini menggunakan tenaga fizikal yang tinggi (guba lebih tenaga) manakala tenaga mental yang rendah. Sukan ini biasanya menggunakan pergerakan anggota badan secara aktif. Kebanyakan jenis sukan ini adalah untuk menyihatkan badan.

4. Sukan Rekreasi tahap pasif Sukan rekreasi pasif adalah aktiviti yang menggunakan tenaga mental yang lebih daripada tenaga fizikal. Rekreasi ini biasanya tidak menggunakan atau menggunakan tenaga fizikal yang rendah. Tujuan rekreasi ini kebanyakan adalah sebagai hiburan, hobi seseorang atau mengisi masa lapang. Ia lebih tertumpu kepada aktiviti yang menghiburkan seseorang dari emosi dan psikologi.

Contoh-contoh sukan rekreasi:

Jenis-jenis sukan rekreasi


Luar Bilik

Aktif
Berbasikal Berenang Bermain tenis Mendaki bukit Bermain bola jaring

Pasif
Menonton televisyen Melukis

Dalam Bilik
Bola sepak Angkat beban Olahraga Pingpong Hoki Boling Berkeno Yoga Memanah Gimnastik Perkhemahan

Menjahit Lawatan Berjalan

Rajah 4: Jenis-jenis sukan rekreasi dan contohnya

Contoh-contoh sukan rekreasi dan faedahnya 1. Sukan Rekreasi Aktif a) Berbasikal Faedah: Melatih kekuatan dan daya tahan otot di bahagian kaki Mengelakkan daripada penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi, obesity, diabetes dan sebagainya Boleh membantu memperbaiki perasaan dan mood seseorang Boleh mengawal berat badan kita Mengekalkan kecergasan fizikal dan koordinasi seseorang. Menjimatkan masa dalam perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain Menyeronokkan dan menyihatkan tubuh badan Sumber: Abdul Alim Abdul Rahim, Panduan Perkhemahan Simpulan dan Pioneering, 2004, m/s: 21 b) Berenang Faedah: Memantapkan kesihatan badan dan sentiasa aktif Mengurangkan kesan sampingan akibat stress Melibatkan banyak otot di bahagian atas dan bawah badan berbanding bentuk latihan lain Aktiviti ini selamat kepada semua peringkat masyarakat tidak kira orang tua atau wanita mengandung Mengawal berat badan dan satu aktiviti yang menggerakkan keseluruhan badan Berfaedah kepada sistem kardiovaskular dan meningkatakan sistem peredaran darah Meningkatkan kekuatan otot, fleksibiliti Menjauhi daripada penyakit Sumber: http://sutihana.com/blog/index.php/berenang/kebaikan-berenang.html c) Bermain tenis Faedah: Melatih ketangkasan dan kepantasan untuk menerima bola Meningkatkan kemahiran menangkap bola dan membuat servis Melatih pemain mempunyai koordinasi yang betul Menyihatkan badan Perasaan akan bertambah ceria melalui sukan
7

Melatih kekuatan otot

Sumber: http://hassansini.blogspot.com/2006/04/faedah-senaman-pada-kaki.html d) Mendaki Bukit Faedah: Membakar lemak Menguji kekuatan otot kaki Menguji ketahanan, kesabaran dan semangat yang tidak mudah putus asa Boleh menikmati keindahan alam Memupuk nilai-nilai murni seperti saling membantu, toleransi, semangat perpaduan, kesabaran, ketahanan dan sebagainya. Sumber: http://hassansini.blogspot.com/2006/04/faedah-senaman-pada-kaki.html e) Bermain Bola Jaring Faedah: Menguatkan otot tangan Menguji ketangkasan dan kepantasan menerima bola Menguji fokus seseorang semasa menjaring bola Memberi kekuatan kepada paha dan bahu Dapat mengurangkan berat badan dengan membakar lemak Badan akan sihat, jauhi daripada penyakit Otak cerdas, badan cergas Sumber: http://hassansini.blogspot.com/2006/04/faedah-senaman-pada-kaki.html 2. Sukan Rekreasi Pasif a) Menonton televisyen Faedah: Sebagai hiburan Mengurangkan stress Mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga Mempelajari ilmu dan maklumat yang terbaru Mengetahui peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di dunia Dapat mempelajari bahasa yang lain seperti Korean daripada Korean drama b) Melukis Faedah: Memperkembangakan daya pemikiran seseorang
8

Dapat mengcungkil bakat Berfikiran lebih kreatif Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah Melatih tumpuan dan keprihatinan seseorang semasa melukis

c) Menjahit Faedah: Dapat meningkatkan kemahiran jahitan Mempunyai satu kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian dan pekerjaan Menguji kesabaran Melatih kemahiran jahitan Membuka peluang pekerjaan: membuka kedai jahit baju d) Lawatan ke muzium Faedah: Mempelajari ilmu yang baru Menikmati barang-barang yang telah pupus atau pada zama purba Lebih mengenali sejarah, tokoh, budaya zaman dahulu Mengisi masa lapang dengan baik Selamat berbanding dengan aktiviti yang aktif e) Berjalan Faedah: Meningkatkan daya tahan kardiovaskular Mengurangkan berat badan Mengurangkan tekanan Lebih selamat daripada aktiviti yang aktif Menyihatkan badan Sumber: http://hassansini.blogspot.com/2006/04/faedah-senaman-pada-kaki.html

3. Sukan rekreasi dalam bilik (indoor) a) Angkat beban Faedah: Meningkatkan tenaga dalaman Membina otot tubuh badan
9

Meningkatkan kekuatan otot Berpeluang mengharumkan nama Negara jika mewakili Negara pergi pertandingan

b) Ping-Pong Faedah: Melatih kepantasan pemain Melatih tindak balas yang pantas pemain Tidak menggunakan tenaga fizikal yang tinggi Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah 3. Boling Faedah: Untuk keseronokan Mengeratkan hubungan rakan sebaya, rakan sekerja atau ahli keluarga Sesuai untuk semua peringkat masyarakat Dapat melatih kekuatan di bahagian tangan Melatih koordinasi badan dan juga fokus kepada sasaran 4. Yoga Faedah: Dapat menenangkan pemikiran kita , lebih relaks dan mengurangkan tekanan stress Membentuk postur yang baik Melatih teknik pernafasan bagi menyatukan tubuh dengan minda dan minda dengan jiwa Melatih kelenturan dan imbangan badan Sesuai untuk kerperluan fizikal kerana pergerakannya lebih perlahan dan berbentuk meditasi Latihan fizikal yang meregabg dab menguatkan tubuh Sesuai sama ada orang muda atau dewasa atau orang tua 5. Gimnastik Faedah: Mempertingkatkan kemahiran fizikal mereka Membantu mengurangkan kecederaan otot kerana menitikberatkan kelenturan tubuh Mempertingkatkan kekuatan otot
10

Membina tukang yang sihat dan kuat Mempunyai kelenturan badan yang baik Memperkembangkan kemahiran kognitif dengan lebih afektif Membantu mengurangkan masalah tingkah laku Menguasai kemahiran sosial Meningkatkan daya kreativiti dalam persembahan pergerakan Membolehkan individu mengurusan badan dengan lebih cekap Sumber: http://kaf2023kumpulangimnastik.blogspot.com/2010/03/5.html

4. Sukan Rekreasi Luar Bilik (outdoor) a) Bola sepak Faedah: Menitikberatkan kesabaran fizikal dan emosi Menyihatkan badan Meningkatan daya tahan dan kekuatan otot Meningkatkan koordinasi Membentuk semangat berpasukan dan saling mempercayai Meningkatkan stamina seseorang b) Olahraga Faedah: Merupakan asas kepada semua sukan rekreasi Melatih ketangkasan, kepantasan, koordinasi dan sentuhan untuk bertindak balas Meningkatkan keyakinan diri Menjauhi daripada penyakit seperti penyakit jantung, obesiti dan sebagainya c) Hoki Faedah: Memupuk semangat perpaduan antara ahli kesukanan Memupuk semangat kesukanan dan etika sukan Menguji kemahiran memegang stick Menguji kemahiran mengawal dan membawa bola Menguji ketangkasan dan kepantasan

11

d) Bersampan/Berkeno/Berakit Faedah: Menguatkan otot-otot fizikal Menguji kecekalan dan ketahahan Dapat menikmati keindahan alam Meningkatkan daya tahan otot tangan Melatih ketahanan mental Sumber: Abdul Alim Abdul Rahim, Panduan Perkhemahan Simpulan dan Pioneering, 2004, m/s: 22 e) Memanah Faedah: Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran Mealtih daya penglihatan seseorang Melatih kekuatan di bahagian tangan Melatih imbangan badan yang bagus Melatih individu bertenang dan menstabilkan emosi Mengeratkan hubungan semasa bertukar pendapat dan berkongsi maklumat atau teknik memanah yang betul dan baik Sumber: http://golden-arrows.blogspot.com/2009/04/faedah-memanah.html http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/07/kebaikan-atau-faedahmengisi-masa.html

f) Perkhemahan Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti luar di mana seseorang itu perlu berada dan tinggal buat sementara waktu di medan terbuka seperti di hutan, tepi pantai dan kawasan lain. Semasa berkhemah setiap aktiviti perlu dilaksanakan secara bersendirian/ berkumpulan seperti penyediaan makanan, kebersihan tempat dan aktiviti-aktiviti lain. Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. Melalui perkhemahan, kita boleh mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu.

12

Faedah-faedah perkhemahan

1. Menimba pengalaman dan pengetahuan Melalui perkhemahan, kita dapat menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan yang kita tidak dapat dalam kehidupan biasa.

2. Menjalani kursus dan sebagai satu kaedah pembelajaran Perkhemahan merupakan satu strategi, kaedah dan proses

pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan secara langsung kepada pelajar.

3. Membuat penyelidikan dan kajian Kita akan menjalani pelbagai penyelidikan dan kajian tentang flora dan fauna semasa menjalani aktiviti perkhemahan untuk memenuhi objektif perkhemahan. Contohnya, kajian empirikal.

4. Berekreasi bagi membina semangat dan motivasi diri yang tinggi ataupun sekadar untuk berseronok sahaja Apabila menghadiri sesuatu perkhemahan, gangguan dan kecelaruan yang dialami oleh ramai penduduk bandar besar dapat dikurangkan atau diatasi.

5. Membentuk, membina, memupuk semangat dan motivasi dalam usaha untuk memupuk sikap kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi di samping kecemerlangan akademik Selain cemerlang dari akademik, aktiviti-aktiviti kokurikulum yang lain seperti perkhemahan juga penting untuk memupuk sikap kepimpinan dan sahsiah yang baik.

6. Berdikari dan ikhtiar hidup Kita dapat mengalami dan menghayati ikhtiar hidup selepas menyertai perkhemahan.
13

Kita dapat hidup seorang diri di sesuatu tempat dan mereka akan menjadi sangat berdikari.

7. Mengamalkan kebersihan Kita dapat dilatih untuk menjaga kebersihan dan keceriaan tapak perkhemahan dengan ahli sekumpulan. Kebersihan alam sekitar akan menyebabkan kita menjauhi daripada penyakit- penyakit

8. Berdisiplin, berdedikasi dan mematuhi peraturan Kita akan lebih berdisiplin, berdedikasi dan mematuhi peraturan selepas menyertai aktiviti perkhemahan yang mempunyai peraturanperaturan yang ketat.

9. Merancang segala aktiviti dan keperluan Sebelum menjalankan aktiviti perkhemahan, kita haruslah merancang segala aktiviti dan menyediakan semua keperluan agar aktiviti perkhemahan dapat dijalankan dengan lancar. Melalui cara ini kita dapat dilatih untuk merancang dan membuat penyediaan untuk semua perkara.

10. Cergas dan yakin pada diri sendiri Melalui aktiviti perkhemahan, kita akan dilatih dari semua segi terutamanya dari segi fizikal dan mental. Otak yang cerdas dan badan yang cergas akan dihasilkan, secara tidak langsung keyakinan diri akan dapat ditingkatkan.

14

11. Menghargai alam sekitar ciptaan Tuhan Melalui kajian empirikal yang kita jalani semasa aktiviti perkhemahanan, kita akan diterapkan nilai kepercayaan kepada Tuhan dan akan lebih menghargai flora dan fauna yang merupakan ciptaan Tuhan.

12. Menghilangkan tekanan dan stress Perkhemahan dapat menenangkan fikiran kita Mereka akan bersikap ceria dan melupai perkara yang tidak baik

13. Melatih kita bersedia dalam menghadapi keadaan yang serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh dari bandar Mempunyai ketabahan dan sedia menghadapi cabaran semasa menjalani aktiviti-aktiviti perkhemahan.

14. Mempuk nilai berdisiplin dan mematuhi peraturan Pelajar berpeluang untuk menyemai sikap berdisiplin dengan

mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam perkhemahan seperti menjalankan tugas dan memainkan peranan masing-masing dalam perkhemahan.

15. Bekerjasama dan memupuk nilai kerjasama Perkhemahan terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan

kepercayaan serta adat yang berbeza. Sikap toleransi perlu diamalkan sepanjang perkhemahan dan

mengatasi masalah-masalah yang dihadapi.

16. Mengeratkan

hubungan

silaturahim

antara

satu

sama

lain

dan

meningkatkan kemahiran sosial Setiap pelajar perlu bekerjasama, bertukar-tukar fikiran, melakukan aktiviti bersama rakan sebaya dan di situlah dapat meningkatkan sosialisasi antara satu sama lain serta dapat mengeratkan hubungan.
15

17. Melahirkan bangsa dan rakyat yang sihat Dapat melahirkan rakyat yang sihat sejahtera kerana berpeluang menjalankan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan kecergasan fizikal.

18. Mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah Aktiviti perkhemahan secara langsung dapat mengurangkan masalah sosial dan juga mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

19. Mewujudkan masyarakat yang harmoni Perkhemahan besar dapat menyemaikan perasaan muhibah dan

perpaduan di kalangan peserta.

20. Mengukuhkan perpaduan di kalangan semua kaum Semangat perpaduan dapat dipupuk dan dapat bekerjasama antara satu sama lain untuk mencapai keharmonian dan kesejahteraan hidup.

Sumber: Khairul Azman Arshad, Asas perkhemahan dan ikhtiar hidup, 1997, m/s: 15 Kasim, R. b., Sukan dan Rekreasi, 2008, m/s: 6-11 Abdul Alim Abdul Rahim, Panduan Perkhemahan Simpulan dan Pioneering, 2004, m/s: 9-27

16