Anda di halaman 1dari 3

Keadaan Manusia di Padang Mahsyar....

Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur binasa Allahs.w.t. memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebatitu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup danberteriak dengan sekuat-kuatnya: "Wahai nyawa yang telah keluar dari badan,tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telahputus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telahluruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang menjadiHakim Besar dan Raja kepada semua raja!".Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit,didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidakseperti bumi yang dahulu. Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun disatu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyalanyaladiatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah tel ah berada dihadapan mereka. Dilihatmatahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa merekaberada ditempat yang dijanjikan kiamat.Lantas mereka berkata: "Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan daninilah menunjukkan kebenaran para Rasul." Seperti yang telah Allah sebutkan dalamAl-Quran: "Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kamidari kubur tempat tidur kami?, Lalu dikatakan kepada mereka: "Inilah dia yangtelah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikanoleh Rasul-rasul !" (Yassin, Ayat: 52)Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya.Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu,manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuatfitnah kepada orang lain.2. Ada yang berupa khi n zir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasamenikam-nikam lidah sendiri.Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajartetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubunubunmereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalahorang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan

dunia denganmemperalatkan agama).8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Merekainilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalammasjid akan hal dunia.10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba. 11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orangorang sekampungnya.12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudahmudahkan sembahyang lalaidalam sembahyang)13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengkingyang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payahhendak mengeluarkan zakat.14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulutmereka.Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk daribangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia,tidaktakut pada Allah.16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalusanggup untuk bersaksi bohong.17. Ada y ang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk dari dalammulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.Darahdan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zinasemasa hidup.19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.Mereka inisuka memakan harta anak yatim secara zalim.20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilahyang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga keperut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orangyang suka meminum arak.Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat diatas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia. Bersegeralah memohon ampun kepada Allah SWT dan juga kepada orang2 yg kitaaniayai, zalimi,khianati,hutangi, sakiti, hinai, dustai. Janganlah kita remehkanmeskipun dengan hal2 yg sekecil biji sawi sekalipun kerana ketika wang, harta,pangkat darjat, anak2 sudah tidak berguna lagi, ketika berada di hadapan Allah SWTkelak, ia akan menjadi hal yg besar (sehingga 7X lipatan) yg kita terpaksamempertanggungjawabkannya. Tiada sesiapa yg dapat menolong hanyalahmalanan(pahala) baik yg kita bawa itu saja. Perlulah kita ingat bahawa syorga seorang anak terletak di bawah telapak kaki ayahdan ibu manakala

syorga ayah dan ibu pula terletak di atas telapak kedua belahtangan anak2nya (tangan yg menadah memohonkan keampunan kedua ibu dan bapanya).Sekiranya kita lalai, bersedialah mempertaggungjawapkannya bila kita berada dihadapan Yang Maha Berkuasa.

Anda mungkin juga menyukai