Anda di halaman 1dari 7

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSS DAERAH KOTA SETAR 2011

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSD KOTA SETAR 2011


1. PENGELOLAAN

Pertandingan ini dikelolakan bersama oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan (Pengerusi) dan Sekolah Kebangsaan Kuala Kedah (Naib Pengerusi) di bawah anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Kota Setar.

2.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

2.1 Selain daripada undang-undang yang terkandung, pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 2.2 Semua kejadian am akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). 2.3 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-undang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 2.4 Bagi pertandingan Bawah 12 tahun, undang-undang berkaitan keluasan padang adalah seperti yang dilampirkan. 2.5 Undang-undang berkaitan dengan bola pertandingan bagi kategori Bawah 12 tahun, akan menggunakan bola sepak saiz 4.

3.

PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah yang bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Daerah Kota Setar. 3.2 Setiap sekolah berhak menghantar satu pasukan sahaja bagi satu-satu peringkat

umur. 3.3 Pengurus Pertandingan (Sekolah Pengelola) akan menguruskan semua permohonan penyertaan dan menentukan tarikh tutup permohonan tertakluk kepada keputusan sebulat suara yang dibuat semasa mesyuarat Penguruspengurus Pasukan.

4.

KELAYAKAN PEMAIN

4.1 Seorang pemain yang berdaftar dengan sekolah adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan yang sama. 4.2 Seorang pemain yang telah berdaftar dengan satu pasukan tidak layak lagi didaftar dengan pasukan lain dalam siri pertandingan yang sama (meskipun dari daerah yang berlainan).

4.3 Kelayakan umur pemain adalah seperti berikut : 4.3.1 Pemain yang lahir pada atau selepas 01 JANUARI 1999, layak bermain dalam Kategori Bawah 12 Tahun. 4.3.2 Pemain yang lahir pada atau selepas 01 JANUARI 1996, layak bermain dalam Kategori Bawah 15 Tahun. 4.3.3 Pemain yang lahir pada atau selepas 01 JANUARI 1993, layak bermain dalam Kategori Bawah 18 Tahun. (Tertakluk kepada perkara 4.1) 4.3.4 Nombor Pendaftaran Sekolah (School Registration Number) MESTI ditulis pada ruang yang disediakan di Borang Pendaftaran Pemain / Senarai Pemain. 4.4 Pemain Kategori Bawah 15 Tahun dan Kategori Bawah 18 Tahun perlu menunjukkan Kad Pengenalan atau Surat Akuan JPN 1/9 atau JPN 1/11 yang disahkan (dokumen ini dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Pendaftaran, Petaling Jaya) kepada pegawai bertugas di padang permainan yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola. 4.5 Pemain Kategori Bawah 12 Tahun dikehendaki menunjukkan salinan Surat Beranak yang disahkan oleh Guru Besar masing-masing. Mana-mana pemain Bawah 15 Tahun yang sedang belajar dalam Tingkatan Satu tetapi masih belum mempunyai Kad Pengenalan, salinan Surat Beranak yang disahkan Pengetua perlu digunakan sekiranya belum memiliki JPN 1/9 atau JPN 1/11. 4.6 Sebarang pertikaian hak dan status mana-mana pemain akan ditentukan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingannya dan keputusannya adalah muktamad.

5.

PENDAFTARAN DAN WARNA JERSI

5.1 Hanya pemain yang didaftarkan di dalam Borang C07 sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak ini. 5.2 Seramai 18 orang pemain dan EMPAT ORANG pegawai (dikalangan WARGA JABATAN PELAJARAN sekolah SAHAJA) hendaklah didaftar bagi setiap pasukan. Pendaftaran bagi setiap perlawanan ialah 18 orang pemain dan 11 pemain utama sahaja akan masuk ke padang. Selebihnya adalah pemain simpanan. Ini tidak termasuk pemain yang dikenakan hukuman gantung permainan. 5.3 Borang senarai pemain (starting list) untuk setiap perlawanan mesti diserahkan kepada pegawai perlawanan (Guru / Pegawai Bertugas) sebelum sesuatu perlawanan itu dimulakan. Senarai pemain dan EMPAT (4) orang pegawai (WARGA JABATAN PELAJARAN sekolah SAHAJA) bagi setiap pasukan yang didaftarkan sepanjang pertandingan ini adalah dikira muktamad. Pengelola akan menyediakan Borang Senarai Pemain yang lengkap dan Pengurus atau Jurulatih hanya perlu menandakan ( / ) sebagai pemain utama atau ( X ) sebagai pemain simpanan di ruang STATUS PEMAIN. CATATAN : Senarai 18 pemain dan EMPAT (4) orang pegawai (WARGA JABATAN PELAJARAN sekolah SAHAJA) yang didaftarkan di borang pendaftaran pemain / senarai pemain pada hari perlawanan pertama adalah dikira muktamad pada sepanjang kejohanan ini. 5.4 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan dan mendaftar satu set warna jersi bagi setiap kategori semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan. Sekiranya terdapat masalah persamaan warna maka pasukan pelawat perlu menukar jersi yang berwarna berlainan kerana pihak pengelola tidak menyediakan jersi. Nama pasukan yang disebut dahulu adalah dikira sebagai tuan rumah. CATATAN : Pengurus-pengurus pasukan yang terlibat, sila berunding mengenai warna jersi yang akan digunakan sebelum hari perlawanan.

6.

FORMAT PERTANDINGAN

Sila rujuk Peraturan Am (8) Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Ada dua (2) jenis format pertandingan bagi kategori Bawah 18 Tahun. * Pasukan yang bertanding dibahagikan kepada DUA DIVISYEN dengan LAPAN (6) kumpulan iaitu ABCDEF. DIVISYEN SATU terdiri daripada Kumpulan A dan Kumpulan B DIVISYEN DUA terdiri daripada Kumpulan C, D, E, dan F.

*Pusingan Awal akan dijalankan secara LIGA kumpulan dengan menggunakan peraturan dan undangundang pertandingan liga.

DIVISYEN SATU (KUMPULAN A & KUMPULAN B) Dua pasukan terbaik dari kumpulan A dan B secara automatik layak ke Separuh Akhir. Perlawanan dalam Separuh Akhir dan Akhir adalah secara kalah mati dengan menggunakan peraturan dan undang-undang yang berkaitan. Pertandingan tempat ketiga dan keempat TIDAK akan diadakan. DIVISYEN DUA (KUMPULAN C, D, E, F,) Pasukan Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan bermain di peringkat suku akhir secara kalah mati dengan menggunakan peraturan dan undang-undang yang berkaitan. Perlawanan dalam Separuh Akhir dan Akhir adalah secara kalah mati dengan menggunakan peraturan dan undang-undang yang berkaitan. Pertandingan tempat ketiga dan keempat TIDAK akan diadakan. 6.1 MATA DAN KEDUDUKAN PASUKAN DALAM PUSINGAN AWAL (LIGA). Pada peringkat ini, Pasukan yang menang memperolehi 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata. Jika terdapat persamaan mata dalam menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN kumpulan , maka penentuan adalah berdasarkan perkara-perkara berikut : 6.1.1 Perbezaan jaringan yang banyak. 6.1.2 Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak. 6.1.3 Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dalam perlawanan liga. (head to head) 6.1.4 Sekiranya tiada keputusan, maka keputusan akan ditentukan oleh pihak pengelola (lambungan duit) dan keputusannya adalah muktamad. 6.2 FORMAT PERMAINAN KALAH MATI. Format ini akan dijalankan pada peringkat suku akhir,separuh akhir dan akhir. Jika berlaku seri , maka masa tambahan diberikan (Rujuk tempoh permainan) dan jaringan emas TIDAK AKAN digunapakai. Sekiranya selepas tamat masa tambahan kedudukan masih seri, maka keputusannya akan ditentukan dengan mengambil sepakan dari tanda penalti mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada. 6.3 TEMPOH PERMAINAN 6.3.1 PUSINGAN AWAL (LIGA)

KATEGORI

SETIAP SEPARUH MASA

REHAT

BAWAH 15 TAHUN BAWAH 18 TAHUN

25 MINIT 30 MINIT

5 MINIT 5 MINIT

6.3.2 SUKU AKHIR, SEPARUH AKHIR, AKHIR * JIKA SERI, PERATURAN TAMBAHAN MASA DIGUNAPAKAI.

MASA TAMBAHAN

KATEGORI

SETIAP SEPARUH MASA

REHAT

BAWAH 15 TAHUN BAWAH 18 TAHUN

35 MINIT 40 MINIT

5 MINIT 5 MINIT

7.5 + 7.5 MINIT 10 + 10 MINIT

6.4 PERTUKARAN PEMAIN Seramai LIMA (5) orang pemain daripada 18 yang didaftarkan pada setiap perlawanan boleh ditukarkan pada bila-bila masa permainan dengan mengisi Borang Pertukaran Pemain yang akan disediakan.

7.

PAKAIAN PEMAIN

7.1 Sila rujuk peraturan antarabangsa. 7.2 Setiap jersi yang digunakan hendaklah bernombor sepertimana yang dicatat dalam borang pendaftaran C07. 7.3 Setiap pemain diwajibkan memakai shin-guards . 7.4 Semua pemain diwajibkan memakai kasut bola / football boots bersama sarung kaki (stockings) yang menutupi shin-guards . 7.5 Semua pemain dikehendaki memakai pakaian kemas dengan memasukkan jersi ke dalam seluar. 7.6 Ketua Pasukan (Team Captain) atau penggantinya diwajibkan memakai arm band

8.

PENGADIL DAN PEMBANTU PENGADIL

Pihak Pengelola dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan menyediakan pengadil dan pembantu pengadil. Setiap bayaran pengadil dan dua orang pembantu pengadil bagi sesuatu perlawanan

adalah menjadi tanggungjawab sekolah yang bertanding. Bayaran Pengadilan adalah secara TUNAI dan dapatkan resit rasmi daripada Pegawai / Guru Bertugas. Pihak pengelola BERHAK menuntut bayaran pengadilan daripada sekolah yang gagal menghadiri perlawanan. Bayaran-bayaran adalah seperti berikut: 1) PENGADILAN = 2) PENYERTAAN = RM 25.00 TUNAI SETIAP PERLAWANAN BAGI SETIAP PASUKAN. RM 50.00 TUNAI BAGI SETIAP PASUKAN. PENYERTAAN MESYUARAT

PENGURUS/JURULATIH DIPINTA MEMBAWA BERSAMA BAYARAN PASUKAN ATAU PASUKAN-PASUKAN ANDA PADA HARI PENGURUS-PENGURUS PASUKAN.

9.

MENARIK DIRI, MENYERAH KALAH DAN KELEWATAN

9.1 Menarik diri atau menyerah kalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. 9.2 Pasukan yang menarik diri dalam pusingan awal TIDAK LAYAK untuk meneruskan perlawanan peringkat seterusnya. 9.3 Bagi pasukan yang menarik diri semasa perlawanan sedang berjalan, kesemua perlawanan pasukan terbabit TIDAK DIAMBILKIRA. 9.4 Bagi pertandingan pusingan awal dan peringkat kalah mati kelewatan melebihi 15 minit dari jadual perlawanan, maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan mata kemenangan 3 mata dan jaringan 3 0. 9.5 Mana-mana pasukan / sekolah yang enggan bermain, menarik diri atau enggan meneruskan perlawanan akan dikenakan tindakan tatatertib dan pihak Pengelola berhak membuat laporan bertulis kepada pihak PPD Kota Setar.

10.

BANTAHAN

Sebarang bantahan hendaklah dibuat oleh Pengurus Pasukan (GURU SAHAJA) dengan menyerahkan bersama Surat Bantahan beserta wang sejumlah RM 200.00 sahaja kepada Pengelola dalam tempoh : 15 minit selepas perlawanan tamat. Wang RM 200.00 tersebut akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut didapati benar oleh Juri Rayuan. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad. (Sila rujuk senarai juri rayuan yang dilampirkan).

11.

AMARAN KAD KUNING DAN KAD MERAH PERATURAN TATATERTIB MSSM

Di bawah kuasa yang diberikan dalam Peraturan Am 15 MSSM, AJK Pengelola Pertandingan membuat satu keputusan dalam AMARAN KAD KUNING / KAD MERAH seperti berikut: A. B. C. D. 2 (dua) amaran dalam masa pertandingan - gantung 1 (satu) perlawanan 2 (dua) amaran dalam perlawanan - gantung 1 (satu) perlawanan Perintah keluar padang - gantung 2 (dua) perlawanan Perintah keluar padang atas kesalahan yang serius - gantung semua perlawanan dan tindakan tatatertib akan dikenakan. Semua pengurus / jurulatih perlu peka dalam hal ini.

12.

ETIKA PERMAINAN

Pengurus (GURU) dan Jurulatih pasukan (Warga Jabatan Pelajaran) bertanggungjawab kepada etika dan tingkah laku pegawai, pemain dan para penyokong pasukannya serta memastikan semangat kesukanan yang tulin terpelihara. Konsep Fair Play, Please anjuran FIFA/FAM perlu ditegaskan. Sebarang bentuk penipuan dalam pendaftaran, sengaja tidak hadir dalam perlawanan atau menunjukkan sikap kurang sopan terhadap mana-mana pegawai pertandingan atau pemain, atau keluar padang memprotes keputusan pengadil (referi) dan pembantu pengadil adalah antara perbuatan yang dianggap serius dan bertentangan dengan etika pertandingan.

13.

HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN

Segala hal yang tidak diperuntukan di bawah peraturan ini dan segala tafsiran peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh AJK Pengelola Pertandingan yang keputusannya adalah MUKTAMAD kecuali diputuskan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Kota Setar Setiausaha Pengelola, Pertandingan Bola Sepak MSSM Daerah Kota Setar 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan 06250 Alor Setar.

Anda mungkin juga menyukai