Anda di halaman 1dari 14

JM10790/10

JMS 319

KANDUNGAN

Pendahuluan

Faktor-Faktor Berlaku Revolusi

Peranan Sun Yat-Sen

Kesimpulan

11

Lampiran

12

Bibliografi

13

JM10790/10

JMS 319

Soalan 2 From 1895 until 1912, Dr Sun Yat-sen spent his years in exile. He became a globetrotter with a cause, sailing several times around the world to campaign for the Chinese Revolution. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan peranan Sun Yat-sen dalam Revolusi 1911 di China.

PENDAHULUAN Selepas bertahun-tahun rakyat Cina menderita dengan keadaan politik, ekonomi dan sosial yang tidak stabil di China maka munculah gerakan-gerakan nasionalis Cina yang menghendaki revolusi. Rakyat China memerlukan revolusi iaitu membuang order lama dan menubuhkan republik. Pergerakan anti-Manchu mula kedengaran di sana sini. Kita boleh mengkaji pertumbuhan nasionalis China jika kita menelusuri sejarah karier Bapa Kongsi Gelap China Dr. Sun Yat-sen. Dr Sun Yat-sen tidak asing bagi kita. Dr Sun Yat-sen adalah

pemimpin revolusi China. Beliau selalu digelar sebagai Bapa Republik China. Dr Sun Yat-sen adalah alat yang digunakan oleh The Hidden Hand untuk membuang sistem monarki China. Revolusi telah mengakhiri pemerintahan imperial China dan membuka kepada pemerintahan republik. Selepas revolusi, Dr Sun Yat-sen telah mengetuai Koumintang, iaitu satu parti

nasionalis yang menyatukan dan menguatkan China. Sun Yat sen(1866-1925), dikenali sebagai Bapa Revolusi China. Beliau telah dilahirkan pada 12 November 1866 di Hsiang-shan sebuah kampong 40 batu di selatan Canton. 1 Beliau mula memasuki alam persekolahan pada usia 6 tahun. Memperolehi pendidikan tradisional sehingga berumur 12 tahun. Pada peringkat awal, abangnya telah menjemput Sun Yat-sen mengikutnya ke Honolulu tetapi tidak mendapat kebenaran oleh keluarganya kerana pada masa

Immanuel C. Y. Hsu. (1990).The Rise of Modern China Fourth Edition.Oxford Uni.Press. hlm.454.

JM10790/10

JMS 319

itu Sun Yat-sen masih terlalu muda. Pada tahun 1879, beliau dihantar ke Hawaii dan tinggal bersama saudara tuanya Sun Mei atau Sun Teh Chang. Di Hawai beliau memasuki Sekolah Lolani Mubaligh Anglican.2 Sejak itu, beliau dipengaruhi oleh idea-idea Barat dan tidak lagi percaya kepada unsur-unsur tradisi dan konservatif China. Hal ini terbukti bila beliau memotong tocangnya dan kemudiannya memeluk agama Kristian. Pada tahun 1883, beliau kembali ke China dan memasuki sekolah perubatan di Hong Kong. Selepas mendapat diploma perubatan dan pembedahan beliau mempraktikkannya di Macau. Setahun kemudian, beliau berpindah ke Canton dan menyumbang perkhidmatan percuma kepada mereka yang memerlukan. Tujuannya ini semata-mata untuk mendapat sokongan daripada orang ramai3 FAKTOR-FAKTOR BERLAKU REVOLUSI a) Kelemahan kerajaan Manchu i. Rakyat ingin menggulingkan kerajaan Manchu kerana pegawai-pegawainya telah

mengamalkan korupsi dan penyelewengan. ii. Kerajaan Manchu juga sering mengalami kekalahan dalam peperangan-peperangannya

dengan Barat. Ini menyebabkan rakyat China menganggap yang Manchu telah hilang mandat dan syurga dan perlu digantikan dengan kerajaan yang baru. Oleh itu rakyat China telah menyokong idea Dr. Sun Yat Sen untuk menubuhkan kerajaan republik. b) Kesengsaraan sosio-ekonomi rakyat China i. Rakyat China semakin sengsara dari segi sosio-ekonomi apabila negara mereka sering

dilanda bencana-bencana alam seperti kemarau, banjir dan tanah runtuh. Keadaan ini
2 3

Lyon Sharman, Sun Yat-sen: His Life and Its Meaning (Stanford: Stanford University Press, 1968, hlm 10. Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Universiti Malaya, 2009, hlm 101.

JM10790/10

JMS 319

menyebabkan rakyat hilang punca pendapatan serta bekalan makanan yang tidak mencukupi. Ini menyebabkan mereka telah menyalahkan kerajaan Manchu. ii. Manchu juga tidak begitu menghiraukan kebajikan rakyat terutama orang-orang China tulen. Ini telah menyemarakkan lagi perasaan anti-Manchu di kalangan rakyat. c) Pengaruh gerakan revolusioner Rakyat China juga telah terpengaruh dengan idea-idea revolusioner yang dibawa oleh golongan intelek seperti Kang Yu Wei, Liang Chi Chao dan Dr Sun Yat-sen. Keadaan ini turut mempercepatkan lagi berlakunya revolusi ini. d) Kemajuan sistem komunikasi dan pengangkutan Kemajuan sistem komunikasi seperti sistem telegraf dan pos serta sistem pengangkutan seperti jalan raya dan jalan kereta api telah menyebabkan aliran perjuangan revolusi dapat disebarkan dengan cepat di seluruh negara China terutama ke kawasan pedalaman. Keadaan ini mempercepatkan lagi proses revolusi. e) Tindakan Manchu memilik negarakan jalan-jalan kereta api Keadaan ini telah menyebabkan timbul rasa tidak puas hati di kalangan pembesar-pembesar wilayah yang telah hilang punca pendapatan mereka sejak sekian lama. Ini menyebabkan golongan pembesar ini telah menyokong golongan revolusi. PERANAN SUN YAT-SEN Semasa menuntut di Kolej Perubatan Hong Kong, Sun Yat-sen memperlihatkan

kecenderungan ke arah perkembangan politik moden terutamanya mengenai nasionalisme, demokrasi cara Amerika dan sejarah revolusinya. Keadaan politik di Hawaii dan Hong Kong

JM10790/10

JMS 319

telah mempengaruhi beliau. Perbezaan yang begitu menonjol antara China, Hong Kong dan Hawaii benar-benar mempengaruhinya untuk menggulingkan sistem monarki dan menubuhkan kerajaan yang bercorak republik di China. Beliau sengaja memilih Hong Kong bagi melanjutkan pelajarannya kerana dari sana beliau senang berhubung dengan penduduk tanah besar bagi menyebarkan faham revolusinya.4 Ideologi Dr. Sun Yat-sen yang dikemukakan melalui Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-1) iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan rakyat telah membawa kepada revolusi. Ideologi ini juga telah menyumbang kepada pekembangan revolusioner di China yang telah mempengaruhi ramai orang China. Dr. Sun Yat-sen dan pengikut-pengikutnya telah merancang, mengatur dan mengetuai sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di China, antara tahun 1895 dan 1911. Meskipun pemberontakan -pemberontakan ini mengalami kegagalan, namun secara tidak langsung turut menyebabkan kemerosotan pengaruh dan martabat kerajaan Manchu. Usaha yang dimainkan oleh Dr. Sun Yat-sen jelas menunjukkan kejayaan kepada pembentukan Republik China melalui Revolusi China yang meletus pada tahun 1911 atas pimpinan beiau sendiri. Dalam usaha mengadakan revolusi, Dr. Sun Yat-sen berpendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut amatlah penting. Justeru itu, pada 24 November 1894, beliau belayar ke Honolulu dan dengan bantuan abangnya, beliau telah menubuhkan Hsiung Chung Hui atau Persatuan Memulihkan Negara China dengan keahliannya seramai 112 orang yang kebanyakannya golongan sarjana. Hal ini merupakan persatuan pertama yang ditubuhkan oleh Dr. Sun Yat-sen dengan slogan perjuangannya Singkirkan Orang-orang Manchu, Pulihkan

Yusoff Iskandar Khaliil Yusoff, Diskusi Sejarah, Teks Publising, Pulau Pinang, 1979, hlm 425

JM10790/10

JMS 319

Pemerintahan Orang-orang China dan Tubuhkan Republik dan Wujudkan Persamaan dalam Soal Tanah5. Dr. Sun Yat-sen telah menghantar utusan kepada orang-orang Cina di luar Negara melalui kawan Portugis iaitu Francisco Fernandes. During the same period of renewed political interest, he assumed the anonymous editorship of a Chinese supplement to the Portugese weekly published by his friend, Francisco Fernandes, in Macao. The paper circulated among the overseas Chinese, and is said to have carried violently anti Manchu propaganda.6 Hsiung Chung Hui merupakan pertubuhan politik yang pertama ditubuhkan di luar negeri dan mempunyai hubungan dengan cawangan-cawangannya. Pertubuhan ini ditubuhkan secara sulit di wilayah-wilayah dalam China bagi mencari sokongan dan bantuan untuk menggerakkan revolusi. Tujuannya ialah untuk menjalankan gerakan bagi menggulingkan Dinasti Manchu. Cawangan-cawangan Hsing Chung Hui telah ditubuhkan di Canton, Macau dan Hong Kong. Pada tahun 1895, Sun Yat Sen telah melancarkan pemberontakan di Canton dan pada tahun 1900 di wilayah Kwangtung. Beliau juga telah mempengaruhi orang-orang Cina ke arah gerakan anti Manchu. Kegiatan awal kesatuan itu ialah menawan Conton untuk dijadikan tapak perjuangannya ke kawasan-kawasan lain. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ini kerana belumpun sempat rancangannya dilaksanakan pihak pemerintah sudah dapat menghidu pergerakkan mereka. Dr Sun Yat-sen dan rakan-rakannya terpaksa melarikan diri ke Jepun yang merupakan satu-satunya negara yang bersimpati dengan perjuangannya. Semasa berada di Yokohama, beliau

5 6

Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Universiti Malaya, 2009, hlm 102. Harold Z. Schiffrin. 1970. Sun Yat-Sen And The Origins Of The Revolution. University of California.Hlm. 33

JM10790/10

JMS 319

telah menubuhkan semula kesatuannya itu dan menyusun langkah-langkah yang perlu dilakukan.7 Kemudiannya Dr Sun Yat Sen melarikan diri ke ke Amerika. Dari Amerika, beliau telah pergi ke London dan ditahan oleh agen-agen Manchu. Walau bagaimanapun, campur tangan gurunya Sir James Cantlie dan dengan kerjasama Kerajaan British, beliau telah dibebaskan. Peristiwa ini meninggalkan kesan yang penting ke arah mempercepatkan lagi proses perjuangan revolusi kerana akhbar London menyiarkan secara besar-besaran. Beliau kemudiannya melawat negara-negara Eropah dan juga Jepun dengan tujuan untuk mendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut ke arah melancarkan Revolusi China. Pada peringkat awal kegiatannya, Sun Yat Sen mendapat saingan daripada pertubuhan yang memperjuangkan pengekalan sistem monarki di negeri China iaitu Emperor Protection Society di bawah pimpinan Kang Yu Wei dan Liang Chih Chao. Mereka menolak idea melancarkan revolusi dan membentuk sebuah republik. Sepanjang tahun 1902-1905, Sun Yat-sen mengembara ke Vietnam, Singapura, Tanah Melayu, Sarawak, Jepun, Honlulu dan Amerika Syarikat untuk mencari sokongan moral dan kewangan8. Sungguhpun mendapat saingan dari Emperor Protection Society, ia tidak menghalang cita-cita Dr Sun Yat-sen untuk meneruskan gerakan menjatuhkan Dinasti Manchu. Sebenarnya bagi orang yang telah sedia tertanam semangat revolusi seperti Dr Sun Yat-sen, dimana-mana beliau pergi, segala yang dilihatnya semuanya menambahkan lagi semangat revolusinya itu. Apabila berada diluar negara, semangat beliau semakin membara untuk menjatuhkan dan menumbangkan dinasti Ching kerana melihat segala macam pembangunan dan kebebasan dikalangan rakyat dan ini jauh berbeza dengan keadaan yang dialami oleh penduduk

7 8

Yusoff Iskandar Khaliil Yusoff, Diskusi Sejarah, Teks Publising Sdn Bhd, Pulau Pinag, 1979, hlm 425 Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Universiti Malaya, 2009, hlm 102.

JM10790/10

JMS 319

China. Oleh itu dengan penuh kesedaran Dr Sun Yat-sen berhasrat akan menumbangkan Dinasti Ching dengan apa cara sekalipun. Itulah azam dan perjuangannya yang begitu kental. Atas galakkan daripada penuntut-penuntut China di luar Negara, Dr Sun Yat-sen mula memikirkan usaha untuk menubuhkan parti revolusi. Oleh sebab keperluan untuk menubuhkan semua kumpulan revolusi dalam sebuah organisasi bertujuan untuk mengelakkan pertindihan usaha dan perebutan kuasa antara mereka.9 Di Jepun, beliau menghidupkan Hsiung Chung Hui. Antara tahun 1903 hingga tahun 1904, beliau sering berulang-alik antara Jepun, Hawaii, Amerika dan Eropah. Dalam musim panas tahun 1905, beliau pulang ke Jepun dan bertemu dengan dua orang nasionalis China iaitu Huang Hsung dan Sung Chiao Jen. Dengan galakkan dan sokongan Kerajaan Jepun, Dr Sun Yatsen dan pengikut-pengikutnya telah berjaya mengumpulkan orang-orang China dari pelbagai golongan di Tokyo. Dalam perjumpaan yang besar ini, Dr Sun Yat-sen telah menubuhkan Tung Meng Hui atau Liga Bersatu pada 20 Ogos 1905. Tung Meng Hui merupakan gabungan Hsiung Chung Hui dengan 2 persatuan revolusioner yang lain iaitu Hua Hsiung Hui dan Kung Fu Hui. Tujuan Tung Meng Hui ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah republik di China. Pada tahun 1905, Dr Sun Yat-sen sekali lagi melawat Eropah dan Jepun dengan tujuan untuk mendapat sokongan penuntut-penuntut China di sana. Beliau telah mengadakan pertemuan dan menubuhkan perkumpulan-perkumpulan pelajar di Tokyo, Brussels, Paris, Berlim, London dan lain-lain. Beliau telah berjaya mempengaruhi mereka ke arah melaksanakan revolusi bagi menggulingkan Dinasti Manchu. Tung Meng Hui ditubuhkan dengan tujuan untuk

Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Universiti Malaya, 2009, hlm 102.

JM10790/10

JMS 319

menggulingkan Dinasti Manchu dan menubuhkan sebuah republik di China. Selain itu, Tung Meng Hui juga akan menjadikan tanah-tanah hak kerajaan dan menghapuskan penguasaan kuasa-kuasa asing di China. Pimpinan Tung Meng Hui dikuasai oleh Dr Sun Yat-sen dan Tung Meng Hui merupakan pertubuhan revolusiner yang paling berkesan yang terdapat di China ketika itu. Anggota-anggota Tung Meng Hui berjumlah 10,000 orang dalam tempoh setahun penubuhannya. Cawangancawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Singapura, Brussels, San Francisco dan Honolulu. Manakala di China, cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Hankow,

Wuchang dan Hanyang. Dr Sun Yat-sen telah melawat tempat-tempat di mana terdapat orangorang Cina seberang laut dengan tujuan untuk mendapat sokongan mereka ke arah menjayakan Revolusi China. Melalui cawangan-cawangan seberang laut Tung Meng Hui, Dr Sun Yat-sen mendapat bantuan kewangan dan merekrut sukarelawan bagi melaksanakan revolusi. Dr Sun Yat-sen telah memainkan peranan penting dalam perkembangan perasaan antiManchu di kalangan orang-orang China. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan perjuangannya di kalangan orang-orang China, khasnya di kalangan mereka yang berada di seberang laut. Beliau berkhutbah pemberontakan nasionalis melalui rencana-rencana akhbar. Beliau telah menerbitkan akhbar sendiri iaitu Ming Pao. Melalui penerbitan ini, idea-idea republik beliau disebarkan. Selain berjaya mengumpulkan dan mempengaruhi orang-orang China yang berada di Jepun, terutamanya para pelajar, beliau juga berkunjung ke merata tempat di dunia khasnya di Amerka dan Eropah. Tujuannya ialah mendapat sokongan moral dan material dari masyarakat China di luar negeri. Kesungguhan beliau telah menghasilkan kejayaan. Beliau berjaya mendapat sokongan moral mereka, khasnya dari segi kewangan. Sokongan tersebut sangat penting bagi membolehkan Tung Meng Hui menjalankan kegiatan pemberontakan di

JM10790/10

JMS 319

China. Hasil usaha Dr Sun Yat-sen yang bersungguh-sungguh itu menyebarkan Tung Meng Hui begitu popular dan mendapat sambutan dari pelbagai golongan sama ada dalam atau luar negeri. Gerakan revolusioner pimpinan Dr Sun Yat-sen mendapat sokongan pelajar, rakyat China yang tidak puas hati dengan Kerajaan Manchu, ahli-ahli kongsi gelap dan tentera China yang dilatihkan secara Barat. Perjuangan beliau menjadi lebih berkesan dan menarik sokongan orang-orang China kerana beliau mengemukakan ideologi dan prinsip perjuangan. Beliau mengemukakan prinsip rakyat atau San Min Chui iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan rakyat. Dr Sun Yat-sen telah mengemukakan ideologi revolusi yang jelas dalam menjayakan perjuangannya. Langkah awal yang dijalankan oleh Dr Sun Yat-sen ialah untuk menyedarkan Fahaman Republik di kalangan orang-orang Cina supaya perjuangannya akan mendapat sokongan ramai. Prinsip perjuangan Dr Sun Yat-sen dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat atau San Min Chu I iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial atau penghidupan rakyat. Prinsip nasionalisme dikhaskan kepada orang-orang Cina dalam perjuangan membebaskan negeri China dari Kerajaan Manchu. Walau bagaimanapun, perjuangan Dr Sun Yat-sen menyentuh imperialisme Barat kerana beliau mendapat sokongan dan bantuan kuasa-kuasa Barat. Prinsip kedua iaitu demokrasi bertujuan untuk menggantikan pemerintahan Manchu atau pemerintahan monarki kepada corak republik atau demokrasi. Prinsip ketiga bermaksud pemerintahan yang akan mengutamakan kebajikan rakyat. Ideologi San Min Chu I telah menyumbangkan kepada perkembangan gerakan revolusiner di negeri China kerana ramai orang Cina telah dipengaruhi olehnya. Tujuannya untuk melaksanakan prinsip-prinsip tersebut. Antara tahun 1895-1911, Dr Sun Yat-sen dan pengikutnya telah merancang, mengatur dan mengetuai sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di negeri China. Walaupun

JM10790/10

JMS 319

pemberontakan-pemberontakan itu gagal tetapi ianya telah mengakibatkan kemerosotan pengaruh dan martabat Kerajaan Manchu. Pemberontakan Wuchang di bawah pimpinan Li Yuan Hung yang meletus pada 10 Oktober 1911 yang menandakan permulaan Revolusi China dimulakan oleh tentera-tentera China yang dipengaruhi oleh Tung Meng Hui. Wilayah-wilayah lain dibawah pengaruh Tung Meng Hui juga turut meberontak dan mengisytiharkan bebas dari Kerajaan Peking. Revolusi ini telah menyebabkan kejatuhan Dinasti Manchu dan penubuhan sebuah republik di China apabila Maharaja Hsuan Tung atau Pu Yi diturunkan takhta pada 12 Februari 1912. KESIMPULAN Revolusi China bermula dengan rasminya pda 10 Oktober 1911 dan Dr Sun Yat-sen tidak berada di China semasa meletusnya revolusi tersebut. Beliau hanya mengetahui mengenai revolusi melalui akhbar semasa berada di Amerika. Beliau kembali ke China pada 25 Disember 1911 dan dilantik sebagai Presiden Sementara pada 29 Disember 1911. Dr Sun Yat-sen memegang jawatan tersebut secara rasminya pada 1 Januari 1912. Akibat dari saingan Yuan Shih Kai, Dr Sun Yat-sen telah menyerahkan jawatan Presidennya kepada Yuan Shih Kai pada 15 Februari 1912. Revolusi ini telah berjaya menjatuhkan kerajaan beraja mutlak dan digantikan dengan kerajaan republik. Walau bagaimanapun, kerajaan republik ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana pemimpin dan rakyat negara China tidak memahami istilah republik. Keadaan ini menyebabkan muncul golongan beridealogi komunis yang kemudiannya berjaya menubuhkan kerajaan Republik Komunis mulai tahun 1949.

JM10790/10

JMS 319

Lampiran

Dr Sun Yat-sen

JM10790/10

JMS 319

Bibliografi

Harold Z. Schiffrin, 1970. Sun Yat-Sen And The Origins Of The Revolution. University of California.

Lyon Sharman, 1968, Sun Yat-sen: His Life and Its Meaning Stanford: Stanford University Press.

Suffian Mansor, 2009. Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Yusoff Iskandar Khaliil Yusoff, 1979 Diskusi Sejarah, , Pulau Pinang: Teks Publising Sdn Bhd.

JM10790/10

JMS 319

JMS 319/3 - SEJARAH CHINA MODEN

SOALAN 2

From 1895 until 1912, Dr Sun Yat-sen spent his years in exile. He became a globetrotter with a cause, sailing several times around the world to campaign for the Chinese Revolution. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan peranan Sun Yatsen dalam Revolusi 1911 di China.

PENGURUS KURSUS NAMA PELAJAR MATRIK KAD PENGENALAN

: DR. KU BOON DAR : ARBAANAH BT BASERAN : JM 10790/10 : 690604085684

Anda mungkin juga menyukai