Anda di halaman 1dari 2

CHAR KUEY TEOW PENANG

Untuk paste

200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! ) 250 ml air 4 ulas bawang putih di ketuk 6 sudu besar sos tiram 3 sudu kecil kicap pekat 3 sudu besar kicap manis 1 kiub pati ikan bilis saya tak letak!! takde!! 2 sudu kecil garam ( jika sos tiram masin boleh kurangkan 1 sudu ) 1 sudu makan gula

Untuk Kuey teow


200 g kue teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan ) 1 sudu makan cili kisar kerang ( tak de saya ganti dengan sotong ) taugeh dan kucai 1 biji telur

Cara penyediaan untuk paste 1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu. 2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya. 3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis. 4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan. Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

Cara untuk masak Kuey Teow 1. Tumis cili kisar hingga garing Masukkan 4 sudu besar paste tadi. 2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. 3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masuukan kuey teow, kucai dan taugeh. 4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat.