Anda di halaman 1dari 1

upsr - Tips Peperiksaan SEBAB-SEBAB KESALAHAN DALAM PEPERIKSAAN.

Anda Tidak tahu - Ini bermakna persediaan anda belum mencukupi. Penyelesaian: Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk tersebut. Anda Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. Penyelesaian: Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda. Anda Keliru Anda tidak dapat memahami dengan jelas apa yang anda ingin pelajari atau fahami. Penyelesaian: Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak berulang. Anda Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi atau mengulangkaji apa yang telah anda pelajari. Penyelesaian: Kerapkan ulangkaji. Anda Cuai Anda tidak teliti semasa membaca soalan. Penyelesaian: Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penting dalam Strategi Menjawab Soalan. Pastikan anda benar-benar sudah memahami kehendak soalan sebelum menjawab. Umumnya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan:

Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran. Mendapatkan jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah. Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali. Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan contoh jawapan.

Anda mungkin juga menyukai